Diriwayatkan Dari Abu Hurairah RA:
Bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Ketika datang bulan Ramadhan,sesungguhnya telah datang
kepadamu bulan yang penuh berkat,maka diwajibkan ke atas kamu untuk
berpuasa,kerana dalam ini pintu Jannah dibuka,Pintu Neraka ditutup dan
syaitan-syaitan dibelenggu.Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama
dengan seribu bulan maka barang siapa yang tidak beramal sesungguhnya tidak
mendapat kebaikan di bulan lain seperti dibulan ini "
(HR.Ahmad Nasai dan Baihaqi)
Kelebihan Beramal Pada Bulan Ramadhan.
Keistimewaan ini diberikan pada setiap umat manusia dan
dalam bulan Ramadhan
ini banyak manfaat dan fadilat kepada mereka yang tahu
menghayatinya.
1-Orang yang berpuasa dapat balasan syurga
2-Dihapuskan dosa-dosa.
3-Dimakbulkan doa-doanya.
4-Mendapat perlindungan dari Allah.
5-Disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk
memasuki Jannah.
6-Mendapat dua berita gembira iaitu semasa berbuka dan
bertemu dengan Allah di akhirat nanti.
Amalan-amalan yang digalakkan pada bulan puasa.
1-Solat sunat Terawih
2-Sembahyang sunat setelah selesai mengiringi solat fardu.
3-Banyakkan berdoa
4-Bertasbih.
5-Sembahyang tahajjud.
6-Sembahyang sunat tasbih.
7-Bersedekah.
8-Banyakkan istighfar dan bertaubat.
9-Banyakkan bersabar.
10-Tinggalkan dan jauhi perbuatan kemungkaran.
Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana
beriman dan
ikhlas,maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang
sekarang"
(HR.Bukhari Muslim)
Salam ramadhan Naz...
ReplyDeletelama tak up-date blog......semoga sentiasa diberkati selalu
Waalaikussalam wbt kak Atie...
ReplyDeletememang lama x update. blog kawan2 pun dah lama x singgah. thanks, semoga akak dan family dirahmati Allah :)