Followers

Sunday, February 26, 2012

SURAT UNTUK IBU YANG TERSAYANG…

SURAT UNTUK IBU YANG TERSAYANG…MAAFKANLAH ADIK DI ATAS DOSA YANG ADIK LAKUKAN……

Assalamualaikum……

Buat ibu yang adik kasihi dan sayangi…..susah rasanya untuk adik meluahkan rasa hati yang terpendam selama ini…….terlalu sukar untuk adik membuka mulut menyusun kata-kata yang sesuai untuk adik lafaz kepada ibu lantaran dosa adik terlalu banyak pada ibu…….

Ibu………..

Maafkan adik kerana telah membuatkan ibu susah hati…….maafkan adik sekiranya adik menyebabkan ibu menangis tidak berhenti…….maafkan adik sekiranya adik menyebabkan ibu menyesal kerana melahirkan adik……adik tahu mungkin ibu marah sangat dengan adik….adik redho ibu…kalau ibu bencikan adik…tak mahu lihat wajah adik…..adik pasrah kerana ini semua salah adik…..

Ibu…………

Suatu masa dahulu ibu selalu berpesan pada adik…jaga akhlak…jaga maruah adik…..tapi adik tak ambil kisah pun kata-kata ibu….kerana bagi adik ..biasalah ibu ni kan suka membebel……pot pet pot pet……Adik masih ingat adik suka mengejek-ngejek bila ibu bercakap….adik suka melawan dan menyampuk bila ibu memberikan nasihat……..sampai ibu menangis melihat kelakuan adik…….

Ibu………….

Suatu hari ibu memarahi adik….dan memang pada ketika itu ibu marahkan adik sangat-sangat…..adik tahu adik yang salah tetapi kerana sikap adik yang degil dan sombong…adik melawan ibu……. adik menengking ibu……hari itu kita bergaduh besar……

Puncanya adik tahu sangat ….. ibu tak suka adik ada boyfriend….dan boyfriend adik tu pulak ibu kata tak berjenis…tercicir dari belajar…dan terbiar….tiada masa depan……

Ibu…………

Ketika itu adik masih tak faham dan tak nampak akibatnya…….bagi adik dialah cinta pertama adik…..adik rasa seronok sangat apabila ada lelaki yang mengambil berat tentang adik….menyayangi adik…dan sentiasa bertanyakan khabar tentang adik…..dia pada adik adalah lelaki yang terlalu baik…romantik…memahami….caring…sehinggakan dia akan selalu bertanyakan tentang masalah adik atau memujuk adik bila ibu marahkan adik.

Adik buta ibu….adik dibutakan oleh kasih sayangnya….adik dibutakan oleh layanan mesranya…..adik amat-amat menyayanginya..sehingga adik rasa adik tak boleh hidup tanpa dia……..

Ibu………….

Rupanya ibu marahkan perhubungan kami kerana ibu tahu akan akibatnya….ibu tahu bahawa perhubungan cinta adik dengan si dia hanya akan membawa padah…..hubungan adik dengan dia umpama bunga yang layu kerana diracuni oleh kumbang durjana yang menghisap madunya……….

Adik masih ingat ibu…..pada malam ibu menyuruh adik memutuskan perhubungan dengan si dia….ibu mengamuk marahkan adik…..ibu pukul adik…..adik merajuk….adik melarikan diri dari rumah…di situlah bermulanya neraka kehidupan adik…..yang adik cipta sendiri……!!!

Ibu ……………

Malam itu ketika ibu marah…..adik rasa ibu dah tak sayangkan adik…..ibu dah tak ambil berat tentang adik….ibu dah tak suka dengan adik……sehinggakan perasaan marah dan dendam pada ibu membuak-buak di hati adik….adik nekad….adik dah buat keputusan…malam itu juga adik mesti lari…..Ya larikan diri ke rumah si dia……supaya si dia dapat pujuk hati adik….dapat tenangkan hati adik…….kerana ketika itu hanya dialah sahaja yang menyayangi adik sepenuh hati………

Ibu……..

Ketika ibu tidur nyenyak…adik telah mengheret keluar beg pakaian adik….adik keluar senyap-senyap supaya ibu tidak tersedar dan terjaga……..adik masih ingat jam pada masa itu menunjukkan pukul 2.00 pagi.Adik terus keluar tanpa menoleh….lagi….dan adik pun rasa adik tak mahu kembali lagi ke rumah kita kerana ibu dah tak sayangkan adik…….adik dah tiada siapa lagi melainkan dia…apatah lagi ayah pun sudah tiada…..tiada siapa lagi tempat untuk adik mengadu….

Ibu…………

Bila adik melarikan diri ke rumah si dia……adik ada juga macam rasa menyesal…tetapi kerana memikirkan ego dan sakit hati adik….adik teruskan juga mengetuk pintu rumahnya tanpa rasa malu dan bersalah……..adik yakin perbuatan adik ni tepat……

Ibu………..

Rupa-rupanya…..teman lelaki adik tu..bila nampak adik... dia cepat-cepat tarik tangan adik dan mengajak adik ke rumah kawan-kawan bujangnya.Adik tak melawan dan menolak kerana percayakannya…….adik tahu dia tak akan mengapa-apakan adik kerana dia cintakan adik…..

Adik dibawa masuk ke rumah kawan-kawannya….dan adik disuruh tinggal di dalam sebuah bilik kepunyaan sahabatnya……..semua kawan-kawan dia tengok adik …..mereka tersenyum dan berbisik-bisik sesama mereka………

Ibu………

Pada malam itu…..kekasih adik…..tidur bersama adik……adik tak benarkan tapi apa kan daya..adik tak dapat menolaknya kerana…kata-katanya yang manis….yang lembut…..yang romantik…..hati adik menjadi cair…..adik sayangkan dia dan kerana sayang adik….serahkan segalanya ….segalanya ibu….atas nama cinta sejati…….dan atas dasar adik inginkan belaian kasih sayang…di kala hati adik tengah sedih dan kecewa…………

Ibu…………….

Rupa-rupanya…….tindakan adik itu suatu kebodohan dan kedunguan yang adik sendiri tak boleh maafkan……rupa-rupanya tindakan adik keluar rumah dan meninggalkan ibu…..duduk dengan budak-budak lelaki sahabat kepada kekasih adik itu membawa bencana yang takkan adik lupakan…….betapa besarnya kekesalan di hati adik…..apabila adik bukan sahaja kehilangan maruah dan kehormatan yang dijaga selama ini…..tetapi adik juga telah dimalukan dan dihina apabila adik diserahkan oleh kekasih kepada kawan-kawannya untuk “DIKENDURIKAN”….Ya Allah….ibu adik tidak menyangka yang adik akan diperlakukan sebegini …..sakitnya……pedihnya……malunya…..terhinanya…….diri….tersiksa jiwa ini……..!!!!

Ibu………….

Setelah lebih seminggu adik duduk di dalam neraka yang adik cari sendiri……yang adik bina sendiri…adik telah dihalau dari rumah bujang itu…..adik dikutuk dikeji sebagai perempuan murahan jalanan pemuas nafsu…..taraf adik kata mereka tak ubah seperti bohsia jalanan………..

Adik menangis…menangis….meraung…..meratapi kebodohan dan kejahilan diri adik…..ketika itu barulah adik teringatkan ibu…..baru adik merasa kebenaran kata-kata ibu…..baru adik menyesal kerana melawan ibu….tapi itu semua sudah tidak berguna lagi…….nasi sudah menjadi bubur…..adik sudah tidak mempunyai harga diri…maruah adik sudah tercemar…..

Ibu…………

Ketika adik terkontang kanting …tiada arah yang hendak dituju…..adik tebalkan kan muka kembali balik ke rumah ibu……walaupun adik tahu ibu pastikan akan marah adik…..ibu pasti tidak akan memaafkan adik…..ibu pasti akan ….lebih membenci adik…….

Ibu……..

Adik rasa terharu dan sebak bila adik sampai ke rumah hari itu….ibu sedang sakit kerana rindukan adik….risaukan…adik….dan adik takkan lupa sehinggalah ke akhir hayat adik… bagaimana ibu menyambut adik…dengan payah ibu bangun dari katil……ibu memegang dinding..rumah….sambil berjalan perlahan-lahan mendapatkan adik….ibu menangis tersedu sedan.... ibu…..memeluk adik…ibu meminta maaf kerana memarahi adik sehingga menyebabkan adik lari dari rumah……

Adik terus sujud pada kaki ibu….adik meraung sekuat-kuat hati adik….memohon ampun di atas kesalahan dan kebiadaban adik selama ini…adik menyesal…adik telah mencontengkan arang ke muka ibu…..adik telah membiarkan lelaki-lelaki bangsat itu merosakkan maruah adik….adik rasa adik sudah tiada harga diri…..adik rasa macam nak bunuh diri………tapi adik teringatkan ibu…rindu pada ibu….ingin sangat meminta maaf pada ibu dan sujud di kaki ibu………

Ibu……..

Sehingga ke hari ini....saat ini ....detik ini.......

Adik rasa terharu…walaupun diri adik ini sudah tercemar….ibu masih sayangkan adik….masih ingin menjaga adik……dan kandungan adik yang sudah membesar ini…..menjaga adik dan sanggup untuk menjaga bayi yang bakal lahir nanti…..walaupun pedih untuk terima hakikat bahawa anak yang bakal dilahirkan ini adalah anak haram tidak berbapa….tetapi ibu tidak benarkan adik gugurkan dan buang….kerana kata ibu….janganlah kita menambahkan dosa lagi setelah satu dosa yang telah kita lakukan…..anak itu tidak bersalah….

Ibu……….

Adik bersumpah dan berjanji…..tidak akan melawan cakap ibu lagi…….tidak akan mengikut perasaan diri….tidak akan berdegil lagi…..tidak akan melakukan perkara yang ibu marah lagi……….

Walaupun lelaki-lelaki bangsat itu sudah menerima hukuman mereka di muka pengadilan….namun ianya tidak akan dapat mengembalikan maruah dan kehormatan diri adik yang sudah tercalar….harga diri adik yang tercemar menjadi najis yang tak akan dapat dibasuh dengan seribu jenis air sekalipun
.
Ibu……..

Izinkanlah adik menumpang kasih…di sisi ibu……izinkan adik menumpang teduh di rumah ibu ini……mungkin adik akan terus tinggal di sini bersama ibu….menjaga ibu…berkhidmat untuk ibu….dan sekiranya ibu pergi nanti…..adik akan tetap terus tinggal di sini…..hidup dengan memori yang indah yang hanya tinggal satu sahaja buat adik….iaitu adik hidup dengan kasih dan sayang ibu kepada adik……. Hidup dengan memori..bahawa adik telah diterima kembali oleh ibu…walaupun adik sudah menjadi makhluk terhina…… hidup dengan memori bahawa .. ibu tetap melayan adik dan menyayangi adik…sehingga ke akhir hayat ibu……..

Ibu………..

Terima kasih atas kasih sayang ini……izinkan adik memeluk ibu….mencium kedua pipi ibu setiap hari selagi ada nyawa ibu…..dan adik hanya inginkan sesuatu dari ibu……pelukan mesra ibu….ciuman ibu di dahi adik…sebagai penghilang resah dan derita perasaan…..yang takkan hilang dari sanubari adik buat selama-lamanya.

Terima kasih ibu.....terima kasih di atas kasih sayang ini....adik sayang ibu...sayangkan ibu sepenuh hati adik....selama-lamanya.....

Ikhlas dari anakmu yang berdosa……………..

(Surat ini telah ditulis oleh seorang remaja bawah umur yang terjebak degan cinta palsu ..yang akhirnya merosakkan maruahnya……oleh itu nasihat kepada remaja yang masih bersekolah jauhilah pergaulan bebas …cinta di bangku sekolah dan katakanlah tidak kepada seks bebas…… hiduplah dengan berlandaskan agama dan syariat Allah yang menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat)

Naz ~ Fikir dulu sebelum...