Followers

Friday, April 30, 2010

Blog bercuti...

Salam... aku dilanda kesibukan yang teramat sangat. Minta maaf pasal aku x dapat nak terjah blog korang. Terima kasih pesal sudi kasi komen kat sini. Komen2 korang ada yang membina dan ada jugak buat aku senyum dan ketawa sorang2. Hehehehe... thanks korang memang best. :D

Blog Kotak Email ni akan bercuti seketika. Don't worry, bila sumer dah setle, aku akan hapdet macam biasa dan akan terjah balik blog korang sumer. Apa2 pun aku akan rindu kat korang. So, take care dan jangan nakal2... ahaks ;)

Wednesday, April 28, 2010

Malaikat Rahmat Hibur Hati Orang Beriman Ketika Sakaratulmaut

Ingatan bagi pelupa: Malaikat Rahmat Hibur Hati Orang Beriman Ketika Sakaratulmaut

MEREKA yang dipermudahkan dan senang ketika menghadapi nazak ialah mereka yang beriman dan beramal kebajikan secara ikhlas. Allah mengutus berpuluh-puluh Malaikat Rahmat untuk menghibur hatinya ketika menghembuskan nafas terakhir, berpisah meninggalkan anak isteri dan keluarganya sehingga dia menghadapi mati dengan tenang, mudah, bahagia dan gembira.

Manakala orang terbabit dosa besar dan maksiat akan menghadapi kesukaran serta keperitan bertindih-tindih ketika nazak. Firman Allah yang bermaksud: “Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih.” (Surah al-Qiyamah, ayat 29)

Orang disukarkan nazak ialah yang mendustakan agama, tidak mengerjakan solat, sombong, jahat, serta bergelumang dosa demi dosa. Ketika menghadapi nazak atau sakaratulmaut, Allah memperlihatkan kepada dirinya segala dosa dilakukan, seluruh penderitaan zahir dan batin mangsa perbuatannya dikumpulkan dan ditayangkan.

Jika dia membunuh diperlihatkan perbuatan pembunuhan itu. Jika dia menzalimi orang, maka diperlihatkan kezaliman dilakukan.

Sumber: Khutbah online Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Naz ~ Selalulah ingatkan mati...

Tuesday, April 27, 2010

Jangan memancing ketika petir

Petua: Jangan memancing ketika petir

KU sangka cuaca cerah hingga ke petang, rupanya mendung di tengah hari. Bagi kaki pancing apabila mendung tiba, itulah petanda ribut akan turun. Bagaimanapun, sebelum ribut, pastinya kilat menyambar dulu.

Petua Pak Nuri kali ini mengajak pemancing berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai cuaca sebelum mereka memancing – sama ada di laut, sungai, tasik, parit atau kolam komersial.

Ketika cuaca kurang baik seperti guruh dan kilat sabung-menyabung, pemancing dinasihatkan tidak meneruskan aktiviti memancing terutama mereka yang menggunakan kekili elektrik berkuasa bateri. Ini kerana dikhuatiri kekili akan disambar petir lalu berlakunya renjatan elektrik. Keadaan ini boleh membahayakan pemancing, namun ikhtiar perlu dilakukan serta merta dengan melepaskan joran pancing daripada tangan tapi tidaklah dicampak ke laut.

Kumpulan pemancing yang menggelarkan diri mereka 'Pemburu Ombak' yang diketuai anak keluarga nelayan, Atan Lintang, pernah mengalami peristiwa disambar petir pada batang joran pancing yang menggunakan kekili elektrik. Mangsa yang terkena renjatan elektrik itu jatuh pengsan, tapi segera dipulihkan rakan pemancing yang berpengalaman.

Sehubungan itu, atas beberapa faktor dan demi keselamatan pemancing, Pak Nuri berpesan pemancing mengelak daripada melakukan aktiviti memancing ketika cuaca guruh dan kilat, biarpun pada ketika itu ikan galak memburu umpan.

Bagi pemancing di darat seperti di tepi tasik, tebing sungai atau lombong, sebaik-baiknya mengelakkan diri daripada berteduh di bawah pokok rendang atau terdedah di tanah lapang kerana dikhuatiri disambar petir.

Oleh: Nuri Angkasa (Sisipan Joran)

Naz ~ Memancing di darat jer :p

Monday, April 26, 2010

Imej menakjubkan dari Hubble!

Dari http://www.falak-online.net

"Mystic Mountain". Gelaran terbaru yang diberikan kepada sebuah Nebula di dalam buruj Carina yang berjaya dirakam oleh Teleskop Hubble. Ia merupakan satu hadiah istimewa dari Hubble kepada kita di Bumi, sempena harijadinya yang ke-20 baru-baru ini!

Saya terpegun dengan complexity struktur Nebula ini. Percaya atau tidak, yang kita lihat ini hanya sebahagian kecil daripada sebuah Nebula gergasi, yang juga merupakan kawasan kelahiran bintang yang terbesar di dalam galaksi Bima Sakti kita!

Menurut laman web Universe Today, Nebula ini seakan-akan sama dengan sebuah lagi Nebula yang dirakam oleh Hubble pada tahun 1995, yang digelar sebagai "The Pillar Of Creation". Namun, yang ini lebih istimewa kerana ia bukan sahaja mengandungi "Bintang Bayi" tetapi ada juga "Sistem Suria Bayi" ! Apa yang kita lihat di sini ialah contoh keadaan Sistem Suria yang kita duduki sekarang ketika ia masih muda remaja!

Foto ini cukup menggerunkan dan juga cukup indah untuk dihayati lama-lama. Lebih menarik lagi, anda boleh menjelajah Nebula ini secara 3D menerusi video ini..



Naz ~ Terpesona dlm kegerunan... Subhanallah...

Sunday, April 25, 2010

Hadith mengenai gagap membaca Al_Quran

Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.”

(Muslim)

Huraian
Allah SWT berfirman:
“ Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara, (Lauhul Mahfuzh), yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekelian alam.” (Al-Waaqiah: 77-80).

Dalam kehidupan seharian seorang mukmin, pengajian Al-Quran adalah amat perlu dititikberatkan karena melalui Al-Quranlah Allah memberi petunjuk kepada hamba-hamba-Nya untuk mencapai keredhaan dan keselamatan. Dan kerana Al-Quran pula Allah mengeluarkan hamba-hamba-Nya daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Oleh itu Allah mengangkat dan memuliakan orang yang suka membaca al-Quran sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi). Kebaikan membaca al-Quran amat banyak, di antaranya ialah; bagi orang yang membaca Al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya. Manakala orang yang membaca Al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan berat dirasakannya (gagap) maka baginya dua pahala. Sesungguhnya orang yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya lebih besar darjatnya daripada orang yang tidak membaca Al-Quran. Ibnu Abbas ra menceritakan bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada (tidak hafal) suatu ayat Al-Quran pun, keadaannya sama dengan rumah yang kosong.”

Naz ~ Allah itu Maha Pemurah...

Saturday, April 24, 2010

Anjing bukan binatang peliharaan

http://groups.google.com.my/ group/sinarislam?hl=ms

SOALAN:
APAKAH kedudukan orang Islam yang menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan? Mereka pula bangga dengan perbuatan itu dengan kata rezeki saya makin bertambah sejak saya bela anjing?

Jawapan:

Orang Islam tidak boleh dan tidak dibenarkan memelihara anjing sebagai binatang peliharaan seperti kucing. Ia jelas boleh dipelihara hanya sebagai:

*Anjing perburuan seperti yang disebut dalam al-Quran, surah al-Maidah, ayat 4: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (makanan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah padanya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertakwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan apa yang diharamkan oleh Allah); Sesungguhnya Allah Maha segera hitungan hisab-Nya”.

Haiwan buruan yang ditangkap olehnya tidak perlu disamak kerana ia antara yang dimaafkan (ma’fuwwun ‘anhu).

*Untuk menjaga tanaman

*Untuk menjaga binatang ternakan seperti lembu dan kambing seperti yang kita lihat dalam filem-filem koboi.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga tanaman atau berburu maka akan berkurangan daripada pahala amalan hariannya sebanyak satu qirat setiap hari. (riwayat Muslim dari Abu Hurairah dan Ibnu Umar)

Qirat dijelaskan dalam hadis lain riwayat Muslim dari Tsauban: “Qirat itu umpama sebesar bukit Uhud”. Malah dalam hadis lain yang muttafaq ‘alaih (diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) dari Ibnu Umar: “…sebanyak dua Qirat”.

Jika difikirkan memang logik kerana jika kita memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan, sudah pasti tidak dapat mengelakkan diri daripada dijilat oleh anjing tersebut. Sedangkan setiap kali dijilat dikira najis mughallazah (berat).

Jadi, ia akan mengurangkan masa kita untuk melakukan ibadah lain kerana terikat dengan prosedur menyucikan diri dan tempat daripada najis mughallazah khususnya untuk solat lima kali sehari. Atau kita menjadi malas lalu mengabaikan status najis mughallazah yang perlu disucikan dengan tujuh kali air mutlak, yang pertama bercampur tanah yang suci.

Bayangkan rumah-rumah kita pada hari ini – bagaimana untuk mendapatkan tanah yang suci? Akan tetapi jika diabaikan, solat anda tidak sah pula.

Satu hadis yang diriwayatkan oleh Darqutni dan Hakim dinyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah menolak jemputan satu kaum yang membela anjing untuk datang ke rumah mereka.

Apabila ditanya, baginda menjawab kerana dalam rumah mereka ada anjing. Sebaliknya baginda menerima jemputan kaum yang membela kucing. Apabila ditanya, baginda menjawab, “kerana kucing itu bukan najis”.

Menolak jemputan

Lalu para sahabat baginda mengambil kesimpulan daripada hadis ini bahawa baginda menolak jemputan mereka yang membela anjing kerana bimbang terkena najis terutamanya air liur daripada jilatannya.

Terdapat juga hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Malaikat tidak akan menemani seseorang yang berada di suatu tempat yang terdapat anjing dan juga loceng.

Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing atau gambar. (muttafaq ‘alaih- diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) dari Ali.

Ulama kini pula mengharuskan penggunaan anjing untuk mengesan penjenayah, dadah, bahan letupan seperti bom atau periuk api, mangsa bencana alam seperti gempa bumi atau tsunami, dan sebagainya.

Ia bagi membantu kerja-kerja mencabar pihak pengawal keselamatan, pegawai penjara, pihak polis, dan imigresen terutamanya untuk pengawasan hatta kepada rumah-rumah persendirian yang memerlukan khidmat anjing daripada masalah kecurian atau rompakan.

Begitu juga untuk menolong orang yang cacat sama ada untuk tujuan pengawasan (contohnya daripada dibuli) atau untuk menunjukkan jalan seperti membantu orang buta.

Larangan membela anjing dan statusnya dikategorikan najis mughallazahnya mungkin menjadi tanda tanya. Mungkin satu kajian saintifik veterinar mempunyai jawapannya.

Dapatan kajian menunjukkan anjing biasanya sentiasa terkena jangkitan pelbagai jenis cecacing parasit yang menjadi perumah di dalam tubuhnya dan juga di bahagian luar seperti kulit dan bulunya.

Contoh cacing yang biasa didapati pada anjing ialah Toxocara canis yang membiak di dalam perutnya dan terdapat pada najisnya. Menyentuh dan membelai-belai anjing boleh menyebabkan perpindahan cacing jenis ini kepada manusia.

Seorang doktor haiwan dari Somerset, Ian Wright, melaporkan di dalam Jurnal New Scientist bahawa ia boleh mengakibatkan ‘toxocariasis’ yang boleh mengancam daya penglihatan manusia. Beliau mendapati purata 180 biji telur cacing pada setiap gram bulu anjing. Satu kuantiti yang lebih tinggi daripada jumlah telur cacing yang didapati dalam satu gram tanah.

Ada pun isu mengaitkan kehadiran anjing belaan dengan penambahan rezeki adalah syirik, (nauzubillah). Oleh itu, ia haram dalam Islam kerana Allah sahaja yang berhak menentukan rezeki makhluk-makhluk-Nya.

Tiada sekutu baginya dalam pembahagian rezeki. Wallahu ‘alam.

SOALAN:
APAKAH pandangan Islam kepada golongan fakir dan miskin yang meminta-minta?

Jawapan:

Di dalam Islam, Allah SWT mengiktiraf hakikat kewujudan dua jenis sifat bagi manusia yang dikategorikan fakir dan miskin. Iaitu, ada di kalangan mereka yang fakir dan miskin tetapi tidak suka menzahirkan keadaan diri mereka.

Daripada Imran bin Husain katanya, telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-Nya yang beriman, yang miskin, yang tidak suka meminta-minta sedangkan dia mempunyai anak yang ramai”. (riwayat Ibnu Majah)

Dalam ayat 273 surah al-Baqarah, Allah SWT menyatakan: (Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka (seperti) orang kaya, oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak minta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa juga yang kamu belanjakan daripada harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.

Namun ada pula fakir dan miskin yang gemar menzahirkan kemiskinan mereka. Rasulullah SAW menyatakan di dalam hadisnya yang lain: “Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta-minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma – ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai, dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan. (orang inilah yang sebenarnya layak diberi zakat)”. (riwayat Imam Ahmad)

Oleh itu, dapatlah difahami bahawa Islam sebenarnya tidak menyukai sifat yang suka meminta-minta ini, sehinggakan Rasulullah SAW menyatakan, bahawa golongan yang menyembunyikan kefakiran dan kemiskinan mereka itulah yang lebih berhak untuk dibantu dengan zakat.

Ini kerana, ada kalangan manusia yang fakir dan miskin dan menjadikan status kefakiran dan kemiskinan itu sebagai tiket untuk meraih simpati sesama manusia.

Seterusnya menjadi alasan bagi mendapatkan habuan dunia dengan mudah tanpa perlu bekerja.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah bermakna si fakir miskin tidak boleh mendapatkan habuan ke atas zakat.

Jika mereka adalah fakir dan miskin, maka layaklah mereka mendapatkan wang zakat bagi meneruskan kehidupan mereka.

Yang menjadi suatu kesalahan di sisi agama apabila mereka dengan sengaja menjaja kefakiran dan kemiskinan diri ke merata-rata tempat. Ia adalah perbuatan tidak bermaruah, sedangkan mempertahankan maruah diri dan sudah pastinya maruah agama adalah dituntut di dalam Islam.

Lebih bahaya lagi, jika mereka sendiri reda dengan kemiskinan dan kefakiran atas tujuan meraih simpati manusia dan atas nama mendapatkan zakat selama-lamanya. Wallahu a’lam.

Naz ~ Pernah kena kejar dengan anjing... :))

Friday, April 23, 2010

RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU


Ditulis oleh Ustaz Zahazan

Jumaat, 17 Julai 2009 17:35


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh
alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.


Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui
konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan
menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi
sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua
agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan
rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam
, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya
bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

wallahua'alam. ....



Naz ~ Sila sebarkan... :)

Thursday, April 22, 2010

Wednesday, April 21, 2010

Telur


Amat ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.

Setelah mangsa dikeluarkan, Amat berlari pulang dan terlupa membeli telur. Amat dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.

Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai…

Tiba-tiba ibunya mencelah, Telurnya mana?

Amat menjawab, Err… . tak tau pulak ke mana tercampaknya!

Naz ~ No komen... hehehe

Tuesday, April 20, 2010

Anak Pintar (Prodigy) atau Anak Genius ?


Dari Miecyber's Blog

Oleh Hazirah Che Sab
Definisi tepat tahap kecerdikan sebenar individu

BUKAN sedikit ibu bapa yang mengidamkan anak seperti Sufiah Yusof, 24, yang memasuki universiti pada usia 13 tahun dan Adi Putra Abdul Ghani yang mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan masalah matematik. Tidak kurang juga yang mengidamkan anak seperti Muhammad Ahmad Zahid yang bergelar hafiz muda pada usia 13 tahun.

Semua pasti mahukan zuriat yang pintar kerana inilah ‘tiket’ kepada masa depan lebih cerah. Penat lelah membesarkan mereka seakan berbaloi apabila si anak membawa pulang kejayaan. Namun, apakah mereka ini pintar, berbakat, genius atau pun prodigy? Jangan keliru kerana inilah takrifan sebenar keupayaan mereka berdasarkan istilah psikologi.

Seperti kata-kata ‘serupa tapi tak sama,’ pakar linguistik dan Pengasas PTS Publications and Distributors Sdn Bhd, Ainon Mohd, berkata masih ramai yang tidak dapat membezakan istilah sebenar ini. “Aspek berbakat, pintar dan genius adalah antara perkataan yang kerap digunakan untuk menggambarkan kebolehan seseorang anak kecil mengatasi usia tanpa menyedari ia sebenarnya merujuk kepada makna yang kurang tepat.
“Genius adalah individu normal, tetapi mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah teknikal yang sukar atau tidak dapat diselesaikan pakar lain. Contoh paling tepat menggambarkan seseorang yang dianggap genius ialah Albert Einstein dalam bidang sains fizik manakala Thomas Edison dalam bidang elektrik,” katanya yang berkelulusan ijazah sarjana muda linguistik Universiti Malaya dan sarjana dalam bidang sama Leeds University.
Beliau yang pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi, berkata seseorang itu disebut genius apabila dapat menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan mereka yang normal. Justeru Einstein dan Edison layak digelar genius disebabkan mereka berjaya menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan saintis dan jurutera lain.

“Kanak-kanak yang layak digelar genius adalah kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan orang dewasa. Jika tidak, mereka setakat digelar berbakat atau pintar, bukan genius. Mereka yang dapat menghafal al-Quran pada usia tujuh tahun adalah berbakat, bukan genius.

"Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"

Fadzilah Kamsah
Pakar motivasi

“Istilah genius tidak boleh digunakan kepada kanak-kanak kerana belum ada kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah setaraf orang dewasa. Einstein menyelesaikan masalah teori relativiti pada usia 25 tahun, selepas lulus universiti,” katanya.

Ainon mendakwa, disebabkan genius adalah pakar dalam sesuatu bidang, tiada kanak-kanak genius kerana anak kecil itu tidak mempunyai kepakaran ilmu. Oleh itu, baginya, tiada kanak-kanak genius dalam bidang sains, kejuruteraan, kedoktoran ataupun perfileman atau yang bergelar pakar bedah.

Satu lagi istilah ‘prodigy’ yang merujuk keupayaan kanak-kanak melakukan perkara yang hanya dapat dilakukan orang dewasa.

“Kanak-kanak pada usia lapan tahun yang dapat mengikuti pelajaran matematik peringkat universiti atau mencipta muzik seperti pemuzik dewasa, selayaknya digelar ‘prodigy.’ Mereka ini hanya ada dalam dua bidang iaitu matematik dan muzik. Kanak-kanak prodigiy mempunyai kepintaran orang dewasa dalam bidang matematik ataupun muzik saja. Dalam lain-lain hal, mereka adalah kanak-kanak seperti budak lain,” katanya.

Persoalannya, apakah ada sebarang petua mendapatkan anak pintar ini? Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berkata ini terletak kepada usaha ibu bapa mencari dan memperbaiki kelemahan diri terlebih dulu selain mengamalkan doa dan ajaran berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

“Doa adalah senjata umat Islam dan sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan bacaan surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Bapa juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut isteri.

“Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. Apabila hati terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Ibu juga digalakkan membaca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur,” katanya.

Katanya, satu perkara perlu diingati oleh semua ibu bapa iaitu semua anak dilahirkan pintar cuma cara merangsang yang membezakan impaknya. Ini wujud dalam bentuk pakej iaitu mesti membetulkan hati, otak, makanan, persekitaran dan didikan.

Beliau menegur sikap kebanyakan ibu bapa yang tidak mempunyai misi jelas dalam usaha memulakan keluarga.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Bagi tujuan itu, ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak sebagai doktor misalnya. Ibu dan bapa perlulah memupuk minat anak menjadi doktor dengan membaca buku berkaitan perubatan sejak hamil.

“Wanita Yahudi misalnya, mendidik anak sejak dalam kandungan. Sebaik hamil, mereka akan membuat latihan matematik, mendengar muzik dan bermain muzik untuk merangsang perkembangan anak. Ia terbukti berkesan dan jangan hairan jika anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. Kita juga boleh berbuat demikian. Malah sebagai orang Islam kita mempunyai 1,001 cara untuk membentuk anak menjadi pintar dan soleh pada masa sama,” katanya.

Dr Mohd Fadzilah berkata, dia sendiri pernah bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil.

“Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung membaca dan pahala dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan tinggi akhlaknya. Ini bukti betapa ayat Quran dan doa cukup berkesan dalam usaha membentuk anak pintar. Jika tidak berkesempatan mendidik anak dari dalam perut, belum terlambat untuk berbuat demikian walaupun mereka sudah menjejak alam persekolahan,” katanya.

Malah, baginya, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah ‘hypnagogic moment’ iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur.

“Ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untuk membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan ketika mereka dalam keadaan itu dan Insya-Allah anak-anak akan menurut apa yang dikatakan.

“Waktu lain yang turut memberi impak besar kepada usaha ibu bapa memberi didikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru bangun tidur. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat,” katanya.

Beliau turut menegur tindakan ibu bapa yang selalu terlanjur mengeluarkan perkataan negatif ketika marah.

“Kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi biarlah marah itu berunsurkan positif. Jangan sesekali keluarkan perkataan degil, keras kepala kepada anak. Sebaliknya jika mereka melakukan sesuatu kesilapan, katakan kepada mereka: “Kamu anak baik. Kamu anak bijak. Mengapa lakukan perkara itu,” katanya.

'Formula Adi Putra berasaskan kiraan Islam'

IMPIAN untuk bertentang mata dengan Adi Putra Abdul Ghani, 11, tidak kesampaian kerana dia berada di kampung neneknya yang baru meninggal dunia. Namun peluang bertemu ayahnya memberi kesempatan mengenali siapa sebenarnya Adi Putra yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan sehingga kini sudah mencipta 228 formula menyelesaikan masalah matematik.

Kisah kepintaran Adi Putra menyelesaikan masalah matematik sudah terlalu banyak diperkatakan tetapi kali ini penulis dihidangkan dengan sisi lain budak cerdik itu.

Menerusi paparan cakera padat, Adi Putra hanya menonjol dalam matematik tetapi pelbagai bidang lain yang melampaui usia sebenarnya.

“Ia satu anugerah Allah yang wajar kita syukuri. Ia juga satu bukti kehebatan Allah yang mampu memilih sesiapa saja untuk diberikan keistimewaan biarpun makhluk itu semuda Adi Putra,” kata Abdul Ghani ketika ditemui baru-baru ini.

Menariknya mengenai Adi Putra ialah semua formula matematiknya berasaskan cara kiraan Islam 100 peratus dan cara penyelesaiannya berdasarkan cakerawala, peredaran bulan, matahari, bumi serta menggunakan semua ciptaan Allah SWT di muka bumi ini seperti bukit dan tidak ketinggalan mengguna pakai perkiraan orang dulu.

Abdul Ghani mendakwa, kaedah pengiraan itu diiktiraf pakar antarabangsa malah di luar negara satu formula Adi Putra dinilai bersamaan RM1 juta dan modul sifir yang dihasilkannya bernilai berbilion ringgit.

“Jangan anggap Adi Putra budak kecil kerana selain pintar dalam matematik, dia juga mampu mengajar, petah berbicara walaupun ketika ditemubual stesen televisyen antarabangsa malah tidak kekok bersama dengan pembesar negara,” katanya.

Katanya, anaknya itu juga diiktiraf memiliki pengetahuan ilmu matematik berusia 400 hingga 500 tahun dulu yang pernah dikuasai ilmuwan Islam. Adi Putra bukan hanya menguasai formula matematik sebaliknya mengkaji setiap nombor.

“Kita dianugerahkan jari dan pelbagai bentuk bantuan semula jadi untuk mengira. Adi Putra juga menggariskan tiga perkara yang merosakkan dan melemahkan minda umat Islam iaitu terciptanya kalkulator, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan permainan video.

“Matematik dan sains tidak dimonopoli sesuatu bangsa sebaliknya terpulang kepada kita untuk menguasainya. Ilmuwan Islam terdahulu sudah membuktikan betapa kita sebenarnya menguasai matematik, bukan orang lain.

“Apa yang penting ialah bukan sekadar anak kita bijak tetapi juga kreatif. Adi Putra mengajar budak lain untuk turut kreatif mencari penyelesaian kepada masalah matematik dengan tempoh paling cepat,” katanya.

Malah, kata Abdul Ghani, salah seorang pelajarnya cuma mendapat satu markah daripada 50 soalan matematik dan selepas mengikuti kelas Adi Putra, dia mampu memperoleh 100 peratus selepas dua hari.

INFO: Tip untuk ibu bapa

  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.


FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

  • 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  • 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  • 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  • 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”


* Genius & Prodigy tak sama rupanya...


Naz ~ Inginkan anak2 yang bijak dan beriman... amin...

Monday, April 19, 2010

Memandu cara yang betul


Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
irwan@majalahkereta.com.my

KETIKA memandu di jalan raya, kita perlu menerapkan satu perkara yang paling asas di fikiran. Kita tidak keseorangan. Jalan raya adalah tempat yang digunakan secara bersama, maka sama ada anda memandu sebuah kereta murah atau berharga berjuta-juta ringgit, ia merupakan lorong yang kita semua wajib patuhi.

Jalan raya direka dengan sistem dan undang-undang. Kenderaan juga begitu, datang dengan sistem. Jadi apabila sistem tidak dipatuhi, maka kepincangan seperti kemalangan dan kesesakan akan terjadi.

Nilai sendiri kualiti pemanduan anda. Setiap orang memiliki daya kepekaan berbeza sewaktu memandu. Ada orang yang tidak pernah mengalami kemalangan walaupun jarang memandu perlahan. Ramai juga yang keretanya calar balar biarpun memandu pada posisi seperti mencium stereng. Perbezaannya adalah kepekaan dan teknik memandu.

Adakah anda sering menjadi sasaran kemarahan pemandu lain atau adakah anda sering diekori rapat ketika memandu dan dihala dengan lampu tinggi?

Jika semua ini berlaku, ini bermakna memang ada yang tidak kena dengan gaya pemanduan anda. Satu perkara penting yang harus diingat, ketika memandu anda harus memastikan setiap pergerakan dapat dijangka oleh pemandu lain.

Pandu secara konsisten

Pastikan anda memandu secara konsisten, tidak kiralah agresif atau tidak. Ini perlakuan yang baik bagi membantu pemandu lain menjangka pergerakan anda.

Banyak padahnya jika tidak memandu dengan konsisten, atau dengan kata lain memandu seperti orang yang tiada pedoman. Sekejap laju, sekejap perlahan. Ini konsep yang penting dan harus diamalkan bagi mengelakkan pemandu lain di sekeliling tidak terkejut dengan perubahan perilaku pemanduan anda.

Kelajuan yang betul

Sebagai contoh, jika had kelajuan di lebuh raya ialah 90km/j dan majoriti pemandu lain memandu di antara 90 hingga 110 km/j, janganlah anda memandu 90km/j di lorong paling kanan. Beredar ke lorong tengah atau ke lorong paling kiri jika anda tidak berminat untuk menyamai kelajuan pemandu lain.

Beri isyarat jika anda terpaksa memandu perlahan kerana hendak mencari sesuatu lokasi atau kereta mengalami masalah mekanikal. Dengan memberi isyarat, pemandu lain akan faham dan seboleh-bolehnya beri laluan kepada kenderaan lain di belakang.

Jika kereta lain masih sukar untuk melepasi anda kerana keadaan trafik, sentiasalah mencari peluang atau posisi yang sesuai untuk membolehkan kereta lain memintas dan meneruskan perjalanan dengan lancar.

Jangan mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat. Jika kereta di hadapan tidak memberi laluan dan kereta dari arah bertentangan tidak putus-putus, sebagai pilihan terakhir, kembali ke jarak selamat dan beri lampu tinggi secara sopan (jangan dinyalakan berkali-kali).

Pemandu di hadapan mungkin akan faham dan bertimbang rasa untuk memberi laluan kepada anda. Jika anda pula berada dalam keadaan dirapati oleh kenderaan belakang, anda dinasihatkan untuk memberi laluan.

Guna cermin sisi

Cermin sisi direka untuk melihat ke belakang. Gunakan cermin sisi, cermin pandang belakang dan melihat titik buta (blindspot) sebelum memotong. Ini kerana mungkin ada kenderaan di belakang anda yang sedang memotong dalam kelajuan tinggi. Beri laluan kepada mereka dahulu. Apabila selesai mereka memotong, barulah anda meneruskan pemanduan di lorong kanan.

Lampu isyarat jangan lupa

Menggunakan lampu isyarat untuk menunjukkan ke mana arah anda supaya pergerakan tidak mendatangkan kejutan kepada pemandu lain. Seelok-eloknya bagi isyarat lebih awal, terutama dalam keadaan trafik yang sibuk.

Jangan sudah hampir memasuki simpang, baru hendak memberi signal atau suka-suka bertukar lorong tanpa melihat kenderaan di belakang.

Brek dengan perlahan

Jika anda perlu membrek, tekan dengan perlahan-lahan. Bagi amaran awal kepada pemandu di belakang. Sebagai anggaran untuk masa membrek yang praktikal, lihat kereta selang kereta di hadapan anda. Membrek secara mengejut merupakan perbuatan berbahaya.

Jika keadaan trafik memaksa anda membrek secara mengejut (kemalangan atau sebagainya) cuba cari ruang lega di hadapan agar kenderaan di belakang anda mempunyai masa yang cukup untuk membrek.

Memecut pada masanya.

Memecutlah di tempat sepatutnya seperti apabila lampu isyarat bertukar hijau atau ketika giliran anda di simpang bertanda berhenti.

Ia membantu mempercepatkan kelancaran trafik. Sebaik lampu bertukar hijau, bersedia dengan kedudukan gear dan kemudian terus bergerak. Jangan 5 saat sudah lampu trafik bertukar hijau baru terkial-kial mencari tuil gear.

Jika hendak memasuki trafik yang sedang bergerak, anggar dengan baik dan pantas masuk ke dalamnya. Jadi, anda tidak memaksa pemandu dari belakang menekan brek. Cuba bersabar, tunggu ruang yang agak luas dan terus masuk dengan pantas.

Berhenti di tempat sepatutnya

Tiada faedah berhenti melebihi garisan. Ini hanya boleh menyusahkan kenderaan lain dan mungkin alat pengesan lampu isyarat juga tidak dapat mengesan anda.

Di persimpangan jalan raya dengan saiz jalan yang terhad, anda hanya menjadi penghalang kepada kenderaan dari simpang bersebelahan. Ia akhirnya akan memperlahankan trafik secara keseluruhan.

Jangan berhenti di tengah jalan tanpa tujuan. Jika terpaksa berhenti di bahu jalan, berikan isyarat dan bukannya berhenti sesuka hati.

Beretika

Jika berada di lebuh raya yang sedang sesak, pilih lorong anda dan tetap di situ. Jangan terlalu kerap bertukar lorong kerana ia tidak membuatkan anda lebih pantas menuju ke destinasi.

Sebaliknya, ia membuatkan keadaan trafik bertambah teruk. Jika kenderaan di lorong sebelah kanan anda dipandu laju melepasi anda, tidak perlu anda meningkatkan kelajuan kerana hendak menunjuk-nunjuk.

Jangan memotong ikut kiri. Ini perlakuan yang berbahaya dan dikategori kurang sopan ketika lebuh raya sesak dan biasa dilihat pada musim perayaan.

Selain menyalahi undang-undang, ia berbahaya kepada kenderaan lain yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak.

Lampu kecemasan

Lampu kecemasan (hazard light) adalah untuk kecemasan. Ia digunakan ketika kenderaan berhenti, bukannya ketika sedang bergerak. Bukan sama sekali digunakan ketika hujan. Ketika hujan, pasang lampu utama. Walaupun pihak berkuasa selalu menggunakan lampu kecemasan ketika mengiringi konvoi, jangan sesekali anda menyalakan lampu itu ketika anda berkonvoi.

Anda tidak kacak untuk berbuat begitu dan hanya membahayakan pengguna lain.Bayangkan anda menyalakan lampu kecemasan ketika hujan kemudian perlu masuk ke simpang kiri. Jadi bagaimana?

Naz ~ Al Fatihah untuk arwah Achik Spin..

Sunday, April 18, 2010

Jom cari ilmu


Sabda Rasulullah saw maksudnya:

"Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu padanya nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga."
hadith riwayat Muslim.

Naz ~ Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad

Saturday, April 17, 2010

BEZA RM1 & RM50


Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata
tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia,
lepak One Utama, Sunway Piramid, Konsert
AF, MyStarLG
M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh,
ko camner lak?"

Duit singgit menjawab perlahan seraya
menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg
sama............, "
TABUNG....,SURAU....,
MASJID.......,TABUNG....,SURAU.........
MASJID "

Naz ~ Derma lebih sikit taw ;)

Friday, April 16, 2010

Hukum Membeli dan Menjual Barang Tiruan


Diambil dari blog Ustaz Nor Amin

Soalan yang telah ditanya kepada saya ialah :

Apa hukum menjual dan membeli barangan tiruan kepada jenama-jenamaan yang mempunyai hak cipta terutamanya pakaian, beg kasut dan lain-lain?

Jawapannya

Barangan tiruan adalah barang yang telah diciplak, ditiru dan di copy tanpa izin pencipta dengan jenama yang sama dan pengguna tidak dapat membezakan yang mana original dan yang mana tiruan. Sekarang ini barangan tiruan bersepah dan banyak di pasaraya, pasar malam, kedai borong dan sebagainya.

Barangan tiruan ialah barang yang dicuri reka dari pencipta yang sebenar tanpa izin dan hal ini sama dengan masalah mencuri. Islam melarang umatnya mencuri, kerana mencuri itu adalah haram. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Janganlah seorang dari kamu menjual atas barang jualan orang lain”

Fatwa dari Persatuan Ulamak Fiqh Sedunia dalam masalah ini ialah haram bagi sesiapa yang meniru barangan orang lain tanpa izin dari penciptanya. Barangan yang dimaksudkan di sini ialah barang yang menjadi hak cipta terpelihara.

Orang yang memprodukkan barangan tiruan seolahnya seperti mereka menipu pengguna dengan jenama yang diberikan. Contohnya baju kemeja yang diklon dari jenama yang terkenal tanpa izin dari penciptanya, kemudian produk tersebut dicopkan dengan jenama yang terkenal. Maka perkara ini merupakan penipuan yang nyata dan Islam sangat melarang umatnya menipu sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud :

“Barangsiapa menipu kami, maka bukanlah dari golongan kami”

Masalah curi dan menipu ini sangat jelas dalam Islam dan ia merupakan perkara yang haram dan mungkar. Setiap perkara yang haram itu jelas dan tiada ragu-ragu dan setiap perkara yang halal itu juga jelas dan tiada ragu-ragu. Cari sumber rezeki yang halal dan jauhkan diri dari terlibat dengan perkara yang haram. Kerana rezeki yang haram akan menjadi darah daging kita dan keluarga kita. Rezeki yang haram juga akan membuatkan hati menjadi hitam dan benak untuk melakukan perkara-perkara yang makruf. Hati orang yang makan rezeki yang haram menjadi keras dan susah untuk dibentuk dan ditarbiah.

Carilah rezeki yang halal dengan penat lelah diri sendiri, kerana rezeki yang halal ini walaupun sedikit tetapi ia memperolehi keberkatan dari Allah. Orang yang makan perkara yang halal dan baik, mudah untuk dirinya dan keluarganya untuk mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki yang diberikan kepada kita semua. Sesungguhnya Allah telah menentukan rezeki kepada setiap manusia. Kuat doa, usaha dan tawakal maka banyaklah rezeki yang diperolehi oleh kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.” (Al-Baqarah : 172)

“Oleh itu, makanlah (Wahai orang-orang Yang beriman) dari apa Yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda Yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.” (An-Nahl : 114)

Naz ~ Apa yang haram, kita sama2 jauhkan...

Thursday, April 15, 2010

ISTERI TERSAYANG


Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah
komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk
menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa
mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di
sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya
selepas
pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil
keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat
mesej
daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail
pertama
itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun
bergegas
ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun
membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tah u Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini.
Mereka
telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh
menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.
Abang
lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari
esok.
Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke
sini
nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Naz ~ kuang..kuang..kuang.....

Wednesday, April 14, 2010

6 Tips Memulakan Hubungan


1. Kenal hati budi pasangan dan belajar untuk mengenalinya secara telus. Apabila kita sudah terbiasa dengan sikap dan tingkah lakunya itu memudahkan kita untuk memikirkan sama ada ingin meneruskan hubungan dengannya atau tidak.

2. Jadilah pendengar yang setia dan luangkan masa bersama dengannya sekiranya anda mempunyai masa terluang. Sikap ambil berat yang kita tunjukkan kepadanya akan dapat membantu dalam memulakan sesuatu perhubungan.

3. Sentiasa mengingati setiap tarikh penting walaupun hanya dengan sebaris ’sms’. itu sudah cukup menunjukkan yang anda benar-benar menghargainya.

4.Belajar mengawal kemarahan itu lebih baik daripada anda sentiasa ego tidak bertempat.

5. Belajar untuk hidup berdikari dan pandai menjaga diri sendiri. Itu adalah asas dalam memulakan sebuah perhubungan dan jangan terlalu bergantung pada dirinya.

6. Sentiasa bersikap terbuka dan dapat menerima sebarang pendapat yang diberikan. Kita harus bijak untuk berkongsi setiap perkara dengan dirinya.

Renung-renungkan dan selamat beramal..

Naz ~ Tak kenal maka tak cinta

Tuesday, April 13, 2010

Kelisa,Evo 7 dan Porsche


Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan (PLUS highway) kelihatan sebuah Kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik Kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu tetapi tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba- tiba datang lah sebuah kereta Mitsubishi Evo 7 berhenti di sebelah Kelisa tadi.

“Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?”tanya mamat Evo 7 berusia dalam lingkungan 20an.

“A’ha rosak “jawab pakcik tu simple je….

“Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol”mamat nie bagi idea.

“Canteek gak tu…” tapi…. nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam”

“Woraaitt pakcik”..mamat nie pun ikatlah tali kat depan Kelisa putih didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper Evo 7nye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, maklumlah Evo 7 brother….apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah Porsche 911 datang dari belakang dan press minyak kat mamat Evo7, apa lagi bro….jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar Porsche 911 nie…lupa la pulak dia dengan Kelisa putih org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah….angin punya pasal. Tak sampai 2 kilometer di depan ada mamat Polis bertenggek buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm…. bedesup peginye.

“Ini dah lebih speed limit nie”kate mamat Polis nie.

“Mak ai !! ini dah cecah 250kmj” Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie…

“Over..over.. over”kate mamat Polis tadi pada kawannya didepan.

“Ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah Porsche 911, Mitsubishi Evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye” kate mamat Polis.

“Kereta ape yang satu lagi Bro” kate member Polis yg ada di depan. ?

“Kelisa putih beb…. tengah cucuk angin ngan Evo7 tu….siap bagi “hor”n dan “hi beam” nak potong !!! pergh gilerrr…

Naz ~ heheheehe...

Monday, April 12, 2010

KISAH NEGRO YANG HAUS...


Al kisah, Seorang negro di Afrika sana sedang kehausan nak mati akibat
tak de air kat padang pasir. Sedang die mencari air, terjumpe la die
dengan jin padang pasir.
Jin tu cakap...

"Aku akan tunaikan tiga permintaan kau, oleh sebab kau dah nak KO, aku
akan tunaikannye pada kehidupan lain engkau"

Negro tu pun cakap..."Pertama, aku nak jadi putih. Kedua, aku nak
sentiasa kene air supaya sejuk dan tak dahaga. Ketiga, aku nak tengok
punggung wanita tanpa mereka sedar"

Negro tu pun mati dengan tenang nye. Pada kehidupan lain, Negro tu
jadi...............

.....mangkuk tandas wanita...

Naz ~ Cakap biar terang... hehehe

Sunday, April 11, 2010

Posmen


Seorang posmen yang datang menghantar surat.

" Assalamualaikum "

" Walaikumsalam "

" Ni rumah encik encik Sameon ye?

" Ya saya"

" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "

" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje

Naz ~ :))

Saturday, April 10, 2010

Jangan Minum dan Memandu


Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru
jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi
memang dia betul-betul mabuk. So masa on her way home she got blocked
from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross
the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and
rushed to the accident scene.

So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off
back to her car and head straight back home in Klang. So the next
morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK
PEGI MANA MALAM SEMALAM?"

Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"

Po mpuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN

HOUSEMATE SAYA."

So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"

Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"

Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam
tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira)

cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer.

Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Naz ~ And don't sleep and drive...

Friday, April 9, 2010

karam singh walia - ayat power


1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttleco ck
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati
meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di
dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau
nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pul ut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

Naz ~ Hahahahaha....

Thursday, April 8, 2010

Tinggalkan 24 perkara ini


Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)

6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.

11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolehdatang bila-bila masa.

12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.

17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.

19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.

24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

Naz ~ Jauhi segala yang ditegah...

Wednesday, April 7, 2010

Asiyah permaisuri Firaun


PERMAISURI Asiyah ialah isteri kepada Firaun. Beliau dikahwini oleh Firaun sejak kecil lagi, iaitu ketika berusia 12 tahun. Ketika Firaun sedang hebat melancarkan pembunuhan anak lelaki Bani Israel beramai-ramai, permaisuri Asiyahlah yang menyambut Nabi Musa ketika dihanyutkan di Sungai Nil dan menahan niat Firaun untuk membunuh baginda.

Nabi Musa diambil sebagai anak angkat oleh permaisuri Asiyah dan Firaun sendiri. Permaisuri Asiyah telah menerima ajaran Nabi Musa dan beriman kepada Allah SWT. Akan tetapi permaisuri Asiyah menyembunyikan keimanannya daripada pengetahuan suaminya Firaun.

Lama kelamaan, Firaun mengetahui juga bahawa permaisurinya telah menerima ajaran Nabi Musa dan beriman kepada Allah SWT. Firaun menjadi murka terhadap Permaisuri Asiyah.

Lalu Firaun pun pergi menemui ibu Permaisuri Asiyah dan menceritakan bahawa isterinya itu telah menderhakainya. Mendengar akan berita itu, ibu Permaisuri Asiyah datang menemuinya,

"Wahai anakku, ikut sahajalah kehendak Firaun itu," kata ibunya.

"Aku tidak akan sekali-kali kufur terhadap Allah SWT," jawab Permaisuri Asiyah.

Permaisuri Asiyah tetap dengan keputusannya iaitu mahu beriman kepada Allah SWT. Pujukan ibunya itu tidak berhasil. Firaun sangat marah, lalu diperintahkan para pegawainya menyalib Permaisuri Asiyah di tengah-tengah kota Misra. Firaun mahu penduduknya melihat bahawa dia sanggup menghukum sesiapa sahaja yang menderhakainya walaupun permaisurinya sendiri.

Permaisuri Asiyah digantung di atas palang dengan dipaku tangan dan kakinya. Alangkah terseksanya Permaisuri Asiyah ketika itu, namun Permaisuri Asiyah tetap bersabar dan tetap dengan pendiriannya mahu beriman kepada Allah SWT.

Firaun tidak boleh menahan sabar, lalu diperintahkan para pegawainya menambahkan seksaan ke atas Permaisuri Asiyah. Permaisuri Asiyah dipaksa memakan roti barli yang masin dan dikoyakkan kulit kakinya.

Nabi Musa juga menyaksikan penderitaan yang ditanggung oleh Permaisuri Asiyah, lalu Nabi Musa berdoa kepada Allah SWT agar Permaisuri Asiyah diberi rahmat oleh-Nya. Allah SWT telah memakbulkan doa Nabi Musa dengan mengarak awan agar melindungi Permaisuri Asiyah daripada panas matahari.

Dalam kezaliman Firaun, permaisuri Asiyah berdoa: "Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah disisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku daripada kaum yang sangat zalim." Demikianlah doa yang hebat daripada seorang wanita bergelar permaisuri. Biarpun beliau mampu untuk kembali kepada agama Firaun dan menikmati kemewahan di istana, beliau menganggap bahawa kemewahan itu bersifat rapuh dan hanya untuk sementara. Cintanya kepada Allah jauh lebih kuat serta memohon syurga di sisi Tuhan Yang Maha Kekal.

Permaisuri Asiyah diseksa oleh Firaun sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir. Firaun telah memerintahkan para pengawalnya supaya melontarkan sebiji batu yang besar bagi mengakhiri hidup permaisuri Asiyah. Akan tetapi, Allah SWT telah mencabut roh permaisuri Asiyah sebelum batu itu mengenainya.

lPetikan daripada buku 366 Kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

Naz ~ Bagaimana pula kita???

Tuesday, April 6, 2010

Terimalah Kekurangan Suami Seadanya


Seorang isteri mengadu begini kepada saya,” Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya, Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.

Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.

Lalu saya perjelaskan, Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI’. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia. JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan. INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata “NO MAN IS PERFECT”.

Naz ~ Cinta itu indah, kurniaan dari Maha Pencipta. Jagalah ia dgn sepenuh keikhlasan... :)

Monday, April 5, 2010

Akta 15


Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid
dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika
mereka berdua keluar berdating... Hamid : "Kita nak kemana nie?"
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai.."
Rosni : "Saya ok aje.."
Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar
da ri kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual
didalam kereta.. Mulanya berbual biasa..
lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya dipaha
Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa
minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa
inci ke atas... Rosni masih tidak membantah...
hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya
beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan..
"Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam
perlembagaan pekerja sosial" Setelah mendengarkan
teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya
menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa
ingat isi kandungan akta 15 itu..
Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"
Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke
bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan
mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya...
"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan
Sahaja"

Naz ~ Membazir sungguh... hahahaha...

Sunday, April 4, 2010

Rawat Jongang Dari Kecil


SUMBAT sahaja puting pada mulut bayi yang menangis namun formula mudah itu boleh membawa kesan negatif jika ia diamalkan secara berterusan.

Menurut pakar, amalan tersebut boleh menyebabkan fenomena gigi jongang. Malah selebriti seperti Os, Misha Omar, Allahyarham A.R. Tompel atau pemain bola sepak Ronaldinho, pernah dikaitkan dengan gigi jongang.

Pakar Perunding Kanan Ortodontik Klinik Pergigian Bangsar, Dr. Norlian Daud berkata, amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi.

“Bahagian dalaman mulut ini amat kompleks kerana ia merupakan kombinasi tisu lembut dan keras,” ujar Norlian ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Jelas beliau, bentuk mulut si kecil amat mudah berubah atau dilentur dengan hanya menghisap jari.

“Kanak-kanak bawah enam tahun lebih berisiko tinggi kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif.

“Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut,” jelasnya.

Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi.

Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal serta kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.

“Jongang ditakrifkan sebagai perbezaan jarak antara gigi atas dan bawah yang berselisih melebihi empat milimeter (mm).

Tiga tahap jongang

“Secara umum terdapat dua keadaan jongang iaitu gigi dan rahang mencembung ke dalam atau ke luar. Keadaan tersebut diistilahkan sebagai poor bite dan deep bite,” kata Norlian.

Tahap keadaan gigi-gigi sebelah atas dan sebelah bawah yang mempunyai hubungan yang tidak normal ini dibahagikan kepada maloklusi kelas I, II dan III.

“Maloklusi kelas I merupakan satu keadaan gigi atas berselisih dengan gigi bawah pada paras normal iaitu dua hingga empat mm tetapi gigi tidak teratur, sesak ataupun jarang. Ia tidak melibatkan rahang dan ramai yang mengalaminya,” katanya.

Mandibular retrognathism atau gigitan berlebihan (over bite) diletakkan sebagai jongang kelas II. Ini menjadikan rahang atas dan gigi berselisih dengan rahang dan gigi bawah dengan jarak yang agak besar seperti pelakon komedi Os.

Jongang jenis ini bertambah teruk jika bibir bawah terperangkap di belakang gigi atas atau bibir atas seseorang itu agak pendek dan tidak dapat mengawal posisi gigi atas.

Kelas III atau prognathism pula berlaku apabila gigi bawah lebih menonjol daripada gigi atas.

“Dalam kes seperti ini, pesakit selalunya mempunyai tulang rahang bawah yang besar atau tulang rahang atas yang pendek,” jelasnya.

Perbezaan saiz dan struktur rahang juga mempengaruhi pembentukan gigi serta kecembungan rahang.

Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan dalam menstruktur semula gigi dan rahang tetapi rawatan bergantung kepada tahap masalah dan umur pesakit.

Opsyen rawatan

Jelas Norlian, rawatan mengatasi masalah jongang lebih berkesan dan mudah jika abnormaliti rahang atau gigi dapat dikesan pada peringkat awal terutama pada fasa gigi kekal mula tumbuh kerana corak pembentukan gigi boleh dikenal pasti.

“Pendakap berfungsi merupakan satu daripada kaedah rawatan. Kaedah ini membabitkan sejenis pendakap berspring yang dipasang di antara geraham atas dan bawah,” jelas Norian.

Sambungnya, penggunaan alat tersebut membantu membetulkan kedudukan gigi atas dan bawah melalui tekanan pada tulang rahang.

Kaedah lain pula ialah dengan menggunakan pendakap tetap ortodontik membabitkan satu set dawai dan pendakap yang dilekatkan pada gigi.

Pendakap-pendakap tersebut secara umumnya dipanggil braces. Tempoh penggunaan pendakap adalah berbeza mengikut kes tetapi secara lazim, ia memakan masa sehingga 28 bulan.

Teknik tersebut menggunakan dawai gred perubatan yang disesuaikan dan diketatkan secukupnya untuk mengubah kedudukan gigi pada kedudukan yang dikehendaki.

Cabut gigi

“Bagi sesetengah kes, beberapa batang gigi terpaksa dicabut bagi memberi ruang pendakap menarik gigi lain ke ruang kosong ini,” ungkap Norlian.

Jelas Norlian, pendakap kekal atau pendakap berfungsi perlu dipakai sepanjang masa bagi memastikan rahang terus bergerak kepada posisi yang lebih baik.

Secara perlahan-lahan, alat tersebut akan mengalihkan kedudukan gigi bersama pembesaran rahang yang berlaku secara semula jadi.

Kaedah terakhir ialah penggunaan retainer atau penahan gigi. Alat tersebut berfungsi menahan gigi pada tempatnya selepas rawatan pergigian.

Sesetengah pakar gigi turut menasihatkan pesakit memakainya untuk satu tempoh yang tertentu bagi memastikan kedudukan gigi kekal pada kedudukan baru.

Naz ~ Ciptaan Allah semuanya cantik...

Saturday, April 3, 2010

Tidur dengan saya...


Tregedi di bulan Puasa

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah
bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya
menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...

Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi...

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku....

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu...

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.
Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...

Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi...

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan aku...

Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu...

Lelaki:Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap
wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang
menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa

tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab
berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu
berkata-kata...

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa,
saya akan tidur dengan anda.

Lelaki Arab : Astaghfirullah..
(lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

Naz ~ Jgn harapkan balasan.. lakukan dgn ikhlas.. ;)

Friday, April 2, 2010

Pepatah...


1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta
pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear
reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu
tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati
meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan
hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli
gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga...
nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok,
jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang
kecuali kalau ada beruk atas pokok tu

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau
walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin
lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai
kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian
lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan
isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-
nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak
sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula
tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri
sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah
hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu
tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

22. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging
dicincang tandanya ada kenduri
.........hehehehe..

Naz ~ Yang no 2 tu.. x bleh blahlah... hahaha..

Thursday, April 1, 2010

Kuburan Menunggu Kita


Pernahkah anda melihat kuburan?


Pernahkah anda melihat gelapnya kuburan?


Pernahkah anda melihat sempit dan dalamnya liang lahat?


Pernahkah anda membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?


Sedarkah anda bahawa kuburan itu dipersiapkan untuk anda dan untuk orang-orang selain anda?


Bukankah silih berganti anda melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga dekat anda diusung

dari dunia fana ini ke kuburan?

Dari buaian dunia yang terang benderang ke kegelapan liang lahat.


Dari keceriaan bermain dengan keluarga dan anak-anak kepada kekerasan tanah dan ulat-ulat.


Dari kenikmatan makanan dan minuman kepada timbunan debu dan tanah.


Dari kelembutan pergaulan di tengah-tengah keluarga kepada bersendirian yang mengerikan.


Dari tilam yang empuk kepada tempat pergulatan amal yang sangat menakutkan.

Di dalam kubur, liang yang sangat sempit itu, tak lagi berbeza antara pelayan dan sang majikan,

yang kaya dan yang miskin, semuanya sama.

Nikmat kemewahan dan kelazatan dunia pasti berakhir dengan kematian.

Dan segenap umat manusia bersependapat bahawa kematian itu,

tidak mengenal umur tertentu, waktu tertentu atau sakit tertentu.

Hal mana agar manusia selalu waspada dan terus bersiap-siap kerananya.

Kengerian kubur Dari Hani' Maula Utsman, ia berkata,





"Jika Utsman ra. berdiri di samping kuburan maka beliau menangis hingga basah "

Maka dikatakan kepada beliau,



"Jika engkau mengingat Syurga dan Neraka tidak menangis, mengapa engkau menangis kerana ini?"




Maka beliau menjawab,



"Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:
"Kuburan adalah awal kehidupan akhirat. Jika seseorang selamat daripadanya, maka setelahnya menjadi lebih mudah.

Dan jika ia tidak selamat daripadanya, maka setelahnya lebih mengerikan."


Kemudian Utsman ra. berkata,



"Rasulullah saw. juga bersabda,



"Aku tidak melihat suatu pemandangan melainkan kuburan lebih mengerikan daripadanya."


HR. Ahmad dan At-Tirmidzi, dihasankan oleh Al-Albani

Umar bin Abdul Aziz rahimahullah suatu hari menasihati para sahabatnya, diantaranya beliau berkata:

"Jika kalian melalui kuburan, panggillah mereka jika engkau boleh memanggil.

Lihatlah, betapa berdempetnya ( sempit ) rumah-rumah mereka.

Tanyakanlah kepada orang-orang kaya dari mereka, masih tersisakah kekayaan mereka?
Tanyakan pula kepada orang-orang miskin di antara mereka, masih tersisakah kemiskinan mereka?
Tanyakanlah tentang lisan-lisan yang dengannya mereka berbicara, sepasang mata yang dengannya mereka melihat indahnya pemandangan?.
Tanyakan pula tentang kulit-kulit lembut dan wajah-wajah yang cantik jelita, juga tubuh-tubuh yang halus mulus, apa yang diperbuat
oleh ulat-ulat di balik kafan-kafan mereka?
Lisan-lisan itu telah hancur,

wajah-wajah yang cantik jelita itu telah dirobek-robek ulat,

anggota badan mereka telah terpisah berserakan.

Lalu di mana pelayan-pelayan mereka yang setia?


Di mana tumpukan harta dan sederetan pangkat mereka?


Di mana rumah-rumah gedong mereka yang banyak dan menjulang tinggi?


Di mana kebun-kebun mereka yang rendang dan subur?


Di mana pakaian-pakaian mereka yang indah-indah dan sangat mahal?


Di mana kenderaan-kenderaan mewah kesukaan mereka?


Di mana kolam renang dan telaga peribadi mereka?


Bukankah mereka kini berada di tempat yang sangat sunyi?


Bukankah siang dan malam bagi mereka sama saja?


Bukankah mereka berada dalam kegelapan?


Mereka telah terputus dengan amal mereka.


Mereka telah berpisah dengan orang-orang yang mereka cintai, harta dan segenap keluarganya.

Kerana itu, wahai orang yang tak lama lagi akan tinggal di kuburan!
Kenapa engkau terpedaya dengan dunia?
Renungkanlah orang-orang yang telah pergi meninggalkan kita. Sungguh mereka amat berharap untuk dapat kembali ke dunia. Agar
dapat menghimpun amal sebanyak-banyaknya. Tetapi, itu semua tidak mungkin terjadi kerana mereka telah dikuburkan."


Yazid Ar-Riqasyi rahimahullah berkata kepada dirinya sendiri,



"engkau wahai Yazid!,



siapa yang akan mendirikan sholat untukmu setelah engkau mati?


Siapa yang akan berpuasa untukmu setelah engkau mati?


Siapa yang akan memintakan maaf untukmu setelah engkau mati?"



Lalu dia berkata,



"Wahai manusia, mengapa kalian tidak menangis dan meratap kepada dirimu atas sisa hidupmu.

Barangsiapa yang akhirnya adalah mati, kuburan sebagai rumah tinggalnya,

tanah sebagai tilamnya dan ulat-ulat yang menemaninya, serta dalam keadaan demikian ia menunggu Hari Kiamat yang sangat mengerikan.


Wahai, bagaimanakah keadaan seperti ini?"




Lalu beliau rahimahullah menangis.


NASIHAT TENTANG KUBUR

Abdul Haq Al-Isybily rahimahullah berkata,



"Hendaknya orang yang masuk ke kuburan menghayalkan bahawa dirinya telah mati.

Telah menyusul orang-orang yang dikubur sebelumnya, dan bahawa dia memerlukan amal sebagaimana yang diperlukan oleh mereka,

ia menyukai apa yang mereka suka, ingin mendatangkan apa yang ingin mereka datangkan,

ingin menimbun apa yang ingin mereka timbun. Lalu hendaknya ia membayangkan tentang berubahnya warna kulit mereka,

berserakannya anggota badan mereka. Hendaknya pula ia membayangkan keadaan mereka. Betapa baru saja ia bercengkerama dengan mereka, lalu tiba-tiba ia menjauh bahkan ngeri untuk sekedar
melihat keadaan mereka. Lalu hendaknya ia merenungkan tentang terbelahnya bumi dan dibangkitkannya ahli kubur. Merenungkan tentang keluarnya setiap orang dari kuburnya dalam keadaan tanpa alas kaki,

telanjang dan tanpa disunat. Semua sibuk dan panik dengan urusannya sendiri."




"Wahai, mengapa aku melihatmu begitu asyik dengan kehidupan dunia.


Wahai orang yang berlindung di balik tembok rumah-rumah megah. Tidak ada tempat lain selain kuburan tempat tinggalmu.

Hari ini engkau bermegah-megahan dan menghias diri. Tetapi esok, engkau akan diusung ke kuburan, dibalut hanut dan kain kafan.


Maka wahai engkau, bersegeralah bertaubat kepada Rabbmu. Jalan itu masih mungkin sekali bagimu.

Palingkanlah hawa nafsumu kerana takut kepada Rabbmu, dalam keadaan sunyi atau ramai, selalu jagalah dirimu.'


Penyair lain berkata:




"Aku menyaksikan, jika orang kaya raya meninggal dunia, maka dibangun diatas kuburnya bangunan megah. Mereka tetap sahaja ingin
menyombongi orang-orang miskin hingga di kuburan.

Demi Allah, jika engkau menyingkap tanah dari mereka. Tentu tak engkau kenali lagi mana yang miskin dan mana yang kaya.

Tidak akan kau kenali mana kulit yang berpakaian sutera dan mana yang berbalut kain biasa.
Jika tanah telah memakan jasad ini dan itu, adakah kelebihan si kaya dari si miskin?"


Muhammad bin Shabih berkata,



"Telah sampai berita kepada kami bahawa manakala seseorang telah diletakkan di kuburannya, lalu


disiksa atau mendapatkan sesuatu yang dibenci, maka tetangganya dari orang-orang yang telah meninggal sebelumnya berkata kepadanya,



'Wahai orang yang baru datang dari dunia, tidakkah engkau mengambil pelajaran daripada kami?


Tidakkah engkau merenungkan tentang kematian kami yang mendahuluimu?


Bukankah engkau mengetahui bahawa amal kami telah terputus, sementara engkau masih diberi tempoh waktu?


Mengapa tidak engkau kejar apa yang tidak diperolehi oleh saudara- saudaramu?


FITNAH KUBUR

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di kuburan?


Tidakkah engkau tahu, bahwa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama dan orang-orang sholeh menangis.

"Suatu hari pasti aku tinggalkan tempat tidurku (dunia), dan ketenangan pun menghilang dariku. Berada di kuburan pada malam pertama, demi Allah, katakanlah kepadaku, apa yang terjadi di sana?"

Kerana untuk senantiasa mempersiapkan malam tersebut, diceritakan bahwa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya.

Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati,

lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

"Ya Rabbku, kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal sholeh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)."


Al-Mu'minun: 99-100


Kemudian ia menjawab sendiri,



"Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'. Dan kerananya ia didapati pada hari-hari setelahnya senantiasa dalam keadaan ibadah dan takwa kepada Allah."





Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?


Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?


Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?


SEBAB SIKSA KUBUR

Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa siksa kubur
ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:


1. Melaga-lagakan dan mengampu.


2. Tidak cebok atu cuci bersih sehabis buang air kecil.


3. Solat tanpa bersuci.


4. Berdusta.


5. Melalaikan dan malas mengerjakan solat.


6. Tidak mengeluarkan zakat.


7. Zina


8. Mencuri


9. Berkhianat
10. Menfitn

ah sesama umat Islam
11. Makan riba


12. Tidak menolong orang yang dizalimi


13. Minum khamar ( tuak, minuman keras )


14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki


15. Membunuh


16. Mencaci sahabat


17. Mati dalam keadaan membawa bid'ah.





Imam Ibnu Qayyim rahimahullah selanjutnya berkata,



"Ketika keadaan manusia banyak yang melakukan dosa-dosa di atas,

maka kebanyakan ahli kubur adalah dalam keadaan disiksa. Dan orang yang selamat daripadanya amatlah sedikit.

Secara lahirnya, kuburan itu memang hanyalah tanah biasa,

padahal didalamnya terdapat penyesalan dan siksa. Di atasnya nampak tanah, batu-batu yang terukir dan bangunan, tetapi di dalamnya adalah bencana.

Mereka mendidih dalam penyesalan sebagaimana periuk mendidih dengan apa yang ditanaknya. Sedangkan angan-angannya tak mungkin lagi dipenuhi."


YANG MENYEBABKAN SELAMAT DARI SIKSA KUBUR

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan,



sebab-sebab keselamatan siksa kubur adalah dengan menjauhi sebab-sebab terkena siksa kubur,

yakni berbagai macam maksiat dan dosa.



Untuk itu, Ibnu Qayyim rahimahullah menganjurkan, hendaknya setiap muslim melakukan perhitungan atas dirinya setiap hari, tentang apa dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu.

Selanjutnya, hendaknya ia memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada malam itu dalam keadaan taubat.

Jika ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia meninggal dalam keadaan telah bertaubat.

Jika bangun dari tidurnya maka ia siap menghadapi harinya, dan bersyukur kerana ajalnya masih ditangguhkan. Dengan demikian ia masih berkesempatan beribadah kepada Rabbnya dan mengejar amal yang belum dilakukannya.

Sebelum tidur, hendaknya pula ia dalam keadaan berwudhu, senantiasa mengingat Allah dan mengucapkan zikir-zikir yang disunnahkan Nabi saw. sehingga ia tidur.

Jika seseorang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya dia akan diberi kekuatan untuk melakukannya.

Kemudian Ibnu Qayyim rahimahullah menyebutkan ketaatan yang dapat menyelamatkan dari siksa kubur, di antaranya:


1. Senantiasa mengikatkan diri di jalan Allah.


2. Mati syahid di jalan Allah.


3. Membaca surat Al-Mulk.


4. Meninggal kerana sakit perut.


5. Meninggal dunia pada hari Jum'at.


MANFAAT ZIARAH KUBUR

Sebagaimana disebutkan dalam riwayat Muslim,



menziarahi kubur menjadikan orang mengingat akan mati. Dan mengingati mati melahirkan sikap terpuji.





Ad-Daqqaq berkata,



"Barangsiapa banyak mengingat mati, nescaya dimuliakan dengan tiga perkara;

segera bertaubat,

diberi hati yang qana'ah (menerima pemberian Allah)

dan bersemangat dalam ibadah.



Sedang orang yang lupa mengingati mati akan diganjar dengan tiga perkara;



menunda- nunda taubat,

selalu merasa tidak cukup dan malas dalam beribadah."





Al-Hasan berkata,



"Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya.

Kerana itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya."


SAKITNYA SAKARATUL MAUT

Sakitnya sakaratul maut, tak seorang pun dapat mengetahui dan menceritakannya kecuali dirinya sendiri, yang langsung merasakan.




Aisyah ra.berkata,



"Di hadapan Nabi saw. terdapat gayong berisi air.

Lalu beliau memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian membasuh wajahnya seraya bersabda:



"Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah. Sesungguhnya kematian itu ada sakaratnya.""




HR. Al-Bukhari


Dalam lafaz lain diriwayatkan,



bahawa ketika menjelang wafatnya, beliau berdoa:



"Ya Allah, tolonglah aku ketika sakaratul maut."




HR. Ahmad dan Tirmidzi, dihasankan oleh Hakim

Yang dimaksud dengan sakarat yaitu kengerian dan kedahsyatan saat menjelang kematian.

Wallahu'alam Bisshawab

http://groups.google.com.my/group/sinarislam?hl=ms

Naz ~ Bila teringatkan 'Malam Pertama'... hati mula risau... Astagfirullahhalazim...