Followers

Sunday, January 31, 2010

Saturday, January 30, 2010

Kisah Mi Bandung


Untuk beberapa tahun, Roland telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Mary...

Suatu hari, Mary memberitahu Roland yang dirinya mengandung ... Roland yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Mary balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun... Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Roland menyuruh Mary supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mi Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti.. Roland akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Roland pulang dari kerja, isterinya Nancy menegur Roland dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Nancy. "Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Roland. Nancy pun memberi poskad itu kepada Roland dan melihat Roland membaca poskad tersebut, sebelum muka Roland bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!

Poskad itu berbunyi ... "Mi Bandung 4 - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Naz : Jangan cureng erkk... :p

Friday, January 29, 2010

Arak Perosak Ummah


ARAK adalah minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan. Dalam bahasa Arab ia disebut al-khamr, bermaksud menutup.

Menutup itu mengambil sifat khamr itu yang menghilangkan kewarasan akal peminum arak (mabuk), menjadikan si peminum terlena dan tidak sedarkan diri.

Islam mengharamkan arak yang terdiri daripada air, karbohidrat (glukos), mineral, vitamin dan etanol. Dalam hadis yang diriwayatkan Muslim, daripada Ibnu Umar, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Semua yang memabukkan adalah arak dan semua yang memabukkan adalah haram”.

Pengharaman itu dibuat sebanyak empat kali iaitu secara berperingkat (tadriji) sebelum ia diisytiharkan haram dan berdosa besar jika meminum arak. Ini membuktikan arak amat berbahaya daripada aspek kesihatan.

Bukan Islam saja mengharamkan arak, tetapi agama lain turut melarang penganutnya menjauhi arak kerana ia memudaratkan kesihatan dan perlakuan mereka.

Arak dihasilkan daripada buah-buahan seperti anggur, tamar dan bijirin seperti gandum melalui kaedah peram atau penapaian. Nama komersialnya seperti wiski dan brandi.

Namun, dalam bidang perubatan, alkohol mempunyai kepentingannya terutama dalam pembuatan minyak wangi.

Bagaimanapun, berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai alkohol dalam minyak wangi, hukumnya harus dan dimaafkan.

Namun, bagi minuman tanpa mengira apa jenis, hukumnya tetap haram.

Pengarah Institut Kajian Hadis Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Mohd Farid Ravi Abdullah, berkata Ibnu Abbas r.a meriwayatkan Islam mengharamkan arak kerana ia boleh menjadikan manusia rosak akal dan hilang maruah diri.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikannya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya.” (Surah al-Nahl ayat 67).

“Ayat pertama itu memberi peringatan supaya umat Islam ketika itu berfikir kerana arak daripada tamar dan anggur yang manis itu jika dimasukkan bahan lain seperti ragi lalu diperam boleh mengubah sifatnya serta menyebabkan peminumnya mabuk atau khayal,” katanya.

Beliau berkata, ayat itu juga menceritakan tabiat orang Arab ketika itu gemar memproses tamar dan anggur bagi menghasilkan arak yang akhirnya merosakkan akal fikiran.

“Islam menggunakan pendekatan berhemah dengan mendidik umat-Nya meninggalkan sesuatu yang diharam itu secara perlahan-lahan,” katanya.

Bagi mengelak anak muda terjebak minum arak, ibu bapa perlu memberikan pendidikan agama.

“Jika bapa sendiri membawa anak ke pusat hiburan dan mengambil arak, jangan salahkan si anak jika suatu hari nanti mereka juga mengambil minuman haram itu.

“Apabila arak menjadi minuman harian, ia akan merosakkan generasi itu dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang minum khamr seteguk, Allah tidak menerima amal fardu dan sunatnya selama tiga hari. Siapa yang minum khamr segelas, Allah SWT tidak menerima solatnya selama 40 hari. Orang yang tetap minum khamr selayaknya Allah memberinya minum dari Nahrul Khabaal ? Ketika ditanya : Ya Rasulullah apakah Nahrul Khabal itu? Jawabnya: Darah bercampur nanah ahli neraka”. (Hadis riwayat Atthabrani).

Dalam ayat kedua, Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya…” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Seterusnya ayat yang berkaitan dengan pengharaman arak dijelaskan dalam firman Allah s.w.t, maksudnya: Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menghampiri solat sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan (baca)…” (surah al-Nisa’ ayat 43).

Sebab turun ayat ini adalah bersandarkan riwayat kepada Saidina Ali bin Abi Thalib yang bermaksud: ” Kami diundang Abdul Rahman bin ‘Auf untuk makan di rumahnya, dihidangkan bagi kami makanan dan dihidangkan arak, kami minum sehingga mabuk. Kemudian masuklah waktu solat (Isyak), lalu aku diminta menjadi imam. Maka aku bacalah: ” Qul ya ayyuha al-kafiruna la a’budu ma ta’buduna, wa nanhnu na’budu ma ta’buduna.” (Abu Daud, al- Termidzi, al- Nasaie dan Hakim).

Farid berkata, ketika itu sahabat sedang bersolat yang diimamkan Ali, tetapi disebabkan Ali mabuk dia membaca ayat sedemikian rupa.

Manakala ayat yang terakhir yang secara jelas mengharamkan arak adalah dari Surah al-Maidah ayat 90 yang mana Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: ” Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.”

Ayat yang diturunkan di peringkat keempat ini adalah muktamad bahawa hukum minum arak itu haram dan termasuk dalam dosa besar.

Farid kesal kerana kaedah penjualan arak kepada orang ramai masa ini terlalu mudah sehinggakan golongan remaja boleh mendapatkan di kedai serbaneka di tempat tinggal mereka.

“Mula-mula mereka kenal arak kemudian dengan sendirinya mereka melakukan perkara keji seperti seks bebas, pergaduhan dan pembunuhan.

“Perbuatan minum arak adalah amalan syaitan dan makhluk durjana itu tidak pernah menginginkan amal kebaikan manusia.

“Syaitan sentiasa menyuruh manusia melakukan kejahatan kerana itulah janjinya kepada Allah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata sejarah kejatuhan kerajaan Mesir dan China kuno ada kaitan dengan penggunaan arak berlebihan.

“Terdapat tiga jenis arak seperti bir, wain dan spirits. Setiap satunya mempunyai peratusan kandungan alkohol yang berbeza.

“Minum arak dalam jumlah yang banyak atau sedikit tetap memberi kesan kepada kesihatan.

“Antaranya merosakkan otak, hati, usus kecil dan dinding perut. Akibatnya, tekanan darah menjadi tidak menentu sehingga otot tidak berfungsi sepenuhnya.

“Itu menyebabkan mereka yang mabuk berjalan terhoyong- hayang, mudah marah dan hilang sifat malu,” katanya.

Katanya, amalan minum arak melebihi 50 gram sehari boleh menyebabkan kanser mulut, tekak, kerongkong, payudara, hati, paru-paru, perut, hempedu, ovari, prostat dan kulit.

Naz : Ada juga orang Melayu Islam yang bekerja di kilang arak... :(

Thursday, January 28, 2010

SEBAB MATA LELAKI GEMAR LIHAT BADAN WANITA....


Dari : http://bjue.blogspot.com

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.


Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk

badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.


Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu.


Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.


Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.


Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi

laranganNya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang

tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.

Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap

bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan

berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.


Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan

dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara

oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.


Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah

ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka

wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat

bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya

dengan melabuhkan tudungnya.


Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka

labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu

akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan

pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat

bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat

sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki

itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana

terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju

labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki

akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?


Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan

dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk

menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau

memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata

lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka

tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang

indah pada pandangan lelaki.


Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan

fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.


Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,

maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.


Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan

tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika

ianya berada pada perempuan.


Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya

terang-terangan sangat.


Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda

semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat

telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga

kehormatan diri masing-masing, jangan keluar orang-orang,keluarlah dengan mahram,

atau keluarlah sekurang-kurangnya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata

lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah

menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.


Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia

sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai

tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib

untuk tidak mencuricuri melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.


Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik

untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Wallahu’alam.………………….

Naz : Semoga mata ni melihat yang baik2 saja... Insya Allah...

Wednesday, January 27, 2010

Apa itu anti-oksida


Diambil dari : http://www.kekalsihat.com

Pengoksidaan adalah proses semula jadi dalam tubuh. Umumnya, tumbuh-tumbuhan akan melepaskan oksigen untuk digunakan oleh manusia. Manakala manusia pula akan melepaskan karbon dioksida untuk digunakan oleh tumbuhan.
Bagaimanapun, gaya hidup dan keadaan persekitaran yang tidak sihat seperti merokok dan pengeluaran asap berlebihan telah menyebabkan tubuh kita cepat kehilangan vitamin penting yang menjadi agen anti-oksida. Hal ini penting untuk memastikan kesihatan sel-sel dalam tubuh.

Sikap tidak gemarkan makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan turut menyumbang kepada masalah kekurangan vitamin yang teruk. Jadi untuk mengatasi kekurangan vitamin ini, penggunaan pil adalah penting terutama vitamin C dan E. Kedua-duanya adalah penting sebagai agen anti oksida yang menghalang pembentukan radikal bebas.

Pembentukan radikal bebas ialah kesan sampingan fungsi mitokondria yang tidak dapat dielakkan, tetapi penghasilan ini turut mempengaruhi mutasi mitokondria (pembahagian mitokondria tidak normal)

Mutasi meningkat mengikut peredaran masa, akibat toksin pada persekitaran, radiasi, penyakit berpunca daripada bahan kimia, bahan tambahan di dalam makanan dan kemungkinan tekanan emosi. Apabila mutasi banyak berlaku maka banyaklah DNA mitokondria yang akan rosak, hasilnya menyebabkan kerosakan dan kematian sel.

Naz : Teringat iklan nescaffe...

Tuesday, January 26, 2010

Cium Isteri dan Bunuh Setan


1.Cium Isteri
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami :Kenapa? Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja,
suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan
berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka.
Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'

2.Bunuh Setan
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa
yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.'Abang,
abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh
kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang
betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti
membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'. Kata si suami 'yerr kerr?'
Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg?
sambil ketawa.. Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
'takpe...tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata:
'banggg, jom kita bunuh syaitan...bang' .
Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
'banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ...........
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang

Naz : Ahaks...

Monday, January 25, 2010

Persekitaran Mempengaruhi Keperibadian Muslim


ALAM persekitaran atau dalam istilah Arabnya bi’ah ialah segala sesuatu yang berada di sekelilingnya dan mengesani kehidupan seseorang, sama ada secara langsung atau tidak, dari dalam kandungan ibu hinggalah ke akhir hayat.

Dari pengertian ini, alam sekitar merangkumi kedudukan geografi atau tempat didudukinya, rumah tangga yang terdiri daripada ibu dan bapa serta anggota keluarga lain yang dinaungi, teman yang digauli serta masyarakat yang dianggotainya.

Semua unsur alam persekitaran ini mempunyai pengaruh terhadap pembentukan diri seorang insan, terutama dalam pembentukan sahsiah diri. Cuma bezanya kecil atau besar pengaruh terbabit.

Mengenai unsur tempat, Ibnu Khaldun mengemukakan pendapatnya, yang tempat tinggal mempunyai kesan dan pengaruh kepada sifat sesuatu bangsa, walaupun kesan dari faktor ini amat kecil.

Secara umum ada sunnah yang mengakui kesan dari faktor ini, seperti hadis yang bermaksud: “Hati-hati yang kasar dari sebelah timur dan amanah bagi ahli Hijaz.”

Faktor ibu, ada kajian baru yang mengakui kesan dari keadaan jiwa ibu yang mengandung ke atas anak kandungannya.

Dalam kajian itu selalunya disebut mengenai pengakuan seorang ahli fikir barat Tomes Hobbs. Sifat yang berduka itu ada kaitannya dengan keadaan jiwa ibunya yang ketakutan ketika kapal tentera Sepanyol, Armada menuju ke pantai.

Kes seperti ini berlaku di kalangan masyarakat umum.

Di antara yang disebut ialah ‘kenan’. Dari petunjuk sunnah, Islam mengakui kesan dari faktor kandungan ibu.

Rasulullah mengajar umatnya supaya memulakan dengan doa ketika berhubung mesra bersama isteri, memohon tidak bercampur dengan syaitan, yang dinaskan al-Quran, sentiasa mencampuri urusan umat.

Jika ditakdirkan mendapat keturunan, Rasulullah menjamin si anak terselamat dari penguasaan syaitan.

Doa Rasulullah kepada anak Abdullah bin Abu Talhah yang masih di dalam kandungan ibunya. Doa dari Rasulullah adalah keberkatan kepada si anak dan memberikan ketenangan hati kepada kedua-dua ibu bapanya.

Demikianlah kita mendoakan anak sejak masih di dalam kandungan atau meminta dari orang yang soleh supaya mendoakannya.

Faktor keluarga. Selepas kelahiran bayi, keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan yang lain adalah faktor lebih penting daripada yang disebutkan.

Kajian psikologi kanak-kanak memperlihatkan betapa besarnya kesan keluarga. Sifat suka meniru pada kanak-kanak adalah jalan awal yang terpenting dalam proses pembelajaran pada peringkat kanak-kanak.

Jika jalan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh keluarga dalam mendidik dan membentuk akhlak kanak-kanak, sudah pasti akan memberikan hasil yang amat berkesan, malah pembentukan pada peringkat ini akan terukir pada jiwa yang kesannya akan dirasai ketika dewasa kelak.

Dari keluarga, kanak-kanak akan mempelajari hubungan masyarakat paling awal, seperti menghormati dan mematuhi kepada yang lebih tua, menyayangi lebih kecil, menghargai pendapat orang lain dan membantu yang lemah.

Bermula dari keluarga juga kanak-kanak mempelajari adat resam yang baik dan asas agamanya, bahkan mempelajari perkara yang betul lagi bermanfaat dan meninggalkan yang salah.

Ini sekali gus menjelaskan ibu bapa sangat rapat dengan anak dan pengaruhnya sudah tentu sangat besar ke atas pembentukan jiwa dan akhlak anak terbabit. Sehubungan ini Imam al-Ghazali ada berkata:

“Kanak-kanak adalah amanah Allah kepada kedua-dua ibu bapa. Hatinya yang masih bersih adalah mutiara yang berharga, yang sedia menerima untuk dibentuk dan digilap.”

Hadis Rasulullah bermaksud: “Setiap anak itu dilahirkan atas fitrah, maka kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi… ”

Naz : Ramai pelajar miskin lebih bijak... :)

Sunday, January 24, 2010

Bagaimana lelaki memikat wanita


Kajian bagaimana lelaki memikat wanita
Oleh ZAMRI MOHAMAD

Pada tahun 1771, penjelajah Inggeris bernama Kapten Cook telah tiba
disebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, masalahnya timbul
apabila dia tidak dapat berkomunikasi dengan penduduk asli di kawasan
tersebut.

Satu-satunya cara untuk Cook berkomunikasi ialah dengan menggunakan
bahasa isyarat, yakni menggabungkan pergerakan tubuh dan isyarat
tangan. Begitulah halnya yang berlaku hari ini, penggunaan bahasa
badan memainkan peranan dalam memperkuatkan mesej lisan, apatah lagi
dalam hubungan percintaan.

Kajian terhadap bidang ini dikenali sebagai kinesics.

Melalui beberapa kajian mereka mendapati empat peringkat yang berlaku
dalam proes membina percintaan menggunakan bahasa badan dikenali
sebagai Quasi-courtship behaviour (kelakuan seakan-akan memikat).

Peringkat persediaan (courtship readiness).

Apabila sudah mula terpaut kepada seseorang, individu akan cuba
mempamerkan fizikalnya dalam keadaan yang dirasakan terbaik dengan
menegangkan otot, mengempiskan perut dan menegakkan tubuh badan.

Peringkat menghiasi diri (preening behaviours).

Individu akan cuba menghiasi diri dengan penampilan kemas, menyisir
rambut, pakaian yang sesuai dan akan cuba kelihatan hebat di hadapa
cermin dengan melihatnya berkali-kali.

Peringkat memposisi diri (positional cues).
Melalui postur badan dan kedudukan badan, inidividu dalam peringkat
ini akan cuba menonjolkan dirinya agar mudah dilihat dan dikesan oleh
orang yang diminatinya.

Peringkat mempelawa (appeals to invitation).

Dalam satu kajian di Amerika Syarikat, para pengkaji mengenalpasti 52
jenis bahasa badan yang digunakan untuk menyampaikan mesejnya terhadap
lelaki. Ia melibatkan senyuman, merapatkan jarak, keadaan tapak tangan
terbuka dan kedudukan yang terbuka.

Petikan buku (dengan izin) Memahami Bahasa Cinta Lelaki


ZAMRI MOHAMAD
Penulis Buku Sepenuh Masa di Malaysia
www.zamrimohamad.com

Naz : Pernah tengok orang pikat burung merbuk...

Saturday, January 23, 2010

Kalender mendapatkan jantina anak


Dr. Hamid Arshad's ovulation guide for baby's gender

Original Message Excerpts from Dr.Hamid Arshad's Q&A article :

Puan bolehlah membuat pengiraan dari tarikh puan datang haid. Contoh pengiraan adalah seperti dibawah, :-

KALENDER KESUBURAN BULANAN (cth; sekiranya haid Puan jatuh pd 1hb)
Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10hari)
Hari Subur (Anak Lelaki) : 11,12,13,14,15,16,17 (7 hari)
Hari Subur (Anak Perempuan) : 18,19,19,20,21,22,23 (7 hari)
Hari Tidak Subur : 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)

Berdasarkan kalender di atas, Puan bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid Puan bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak. Sekiranya haid Puan jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya Puan mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras bersama suami. (yeah, I like this one. Hehehe. Excuse me, gatai mode ya !!)

Walaupun masa haid Puan hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10. Jadi pada hari ke 11 hingga 17, Puan dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki adalah cerah.

Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan

Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25 (lagi seminggu nak period) puan akan rasa sakit-sakit badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangi haid dalam masa seminggu dan waktu period semula akan jatuh pada 30hb (selalunya akan tercepat atau selewat sehari) dari tarikh period terakhir.

ALL THE BEST & GOOD LUCK!! INSYALLAH

Naz : Oh.. mcm tu yer...! ahaks...

Friday, January 22, 2010

Thursday, January 21, 2010

Penalaan Halus di dalam Alam Semesta


Article diambil dari : http://www.harunyahya.com

Dia Yang telah menciptakan tujuh lapisan syurga. Kamu tidak akan dapat menemui sebarang kecacatan dalam penciptaan Yang Maha Penyayang. Perhati kembali – adakah kamu lihat sebarang jurang? Kemudian perhati kembali dan kembali. Penglihatan kamu akan berubah kepada kamu terpukau dan kelelahan! (Quran, 67:3-4)

Dia Yang Memiliki kerajaan syurga – syurga dan bumi.Dia tidak beranak dan Dia tidak ada sekutu dalam kerajaanNya. Dia telah menciptakan segala-galanya dan telah menentukannya dengan amat sempurna.(Quran, 25:2)

Falsafah kebendaan muncul dengan tuntutan bahawa keseluruhan sistem adalah semulajadi dan alam semesta sebagai jentera yang berfungsi dengan sendiri serta perjalanan dan keseimbangan alam tanpa sebarang kecacatan hanyalah suatu kebetulan.Walau bagaimanapun kini fahaman palsu kebendaan dan Darwinisme yang diistilahkan asas sains telah terbukti secara saintifik.

Penemuan-penemuan saintifik abad ke-20 yang berturutan dengan pantas, satu demi satu dalam lapangan astrofizik dan biologi membuktikan kehidupan dan alam semesta telah dicipta. Dengan runtuhnya penyataan kajian Darwinisme, teori Letupan Besar (Big Bang Theory) telah menunjukkan alam semesta telah diciptakan daripada tiada. Penemuan-penemuan telah menyerlahkan rekabentuk terhebat dan penalaan halus dalam dunia kebendaan yang telah menunjukkan ciri semulajadi yang dituntut oleh fahaman materialisme tanpa asas.

Kita perhatikan hanya Bumi yang dapat memenuhi syarat-syarat yang perlu bagi kehidupan. Bagi sebuah persekitaran yang sesuai untuk hidup, pelbagai keadaan yang tidak terhitung berlaku secara serentak tanpa noktah di sekeliling kita.Terdapat sejumlah ratusan bilion galaksi yang setiapnya mengandungi purata ratusan bilion bintang. Dalam keseluruhan galaksi terdapat kemungkinan banyak planet seperti bintang. Bagi menghadapi bilangan yang terlampau kuasa ini, seseorang akan lebih memahami akibat pembentukan sebuah persekitaran tanpa pengecualian di bumi.

Daripada daya letupan besar kepada nilai-nilai fizikal atom, daripada tahap-tahap empat daya asas kepada proses kimia dalam bintang-bintang, daripada jenis cahaya yang dipancarkan oleh matahari kepada aras kelikatan air, daripada jarak bumi ke matahari kepada sudut kecondongan terhadap orbit dan daripada kelajuan putaran bumi atas paksinya kepada fungsi lautan dan gunung ganang di bumi: setiap yang terperinci sesuai bagi kehidupan kita. Hari ini, dunia sains menerangkan ciri-ciri tersebut dengan konsep-konsep “Prinsip Antropik” dan “Penalaan Halus.” Konsep-konsep ini merumuskan bahawa alam semesta bukan tanpa tujuan, tanpa kawalan, atau pengumpulan jirim secara kebetulan tetapi mempunyai matlamat ke arah kehidupan manusia dan telah direkacipta dengan kepersisan tertinggi.

Perhatian diungkap dalam ayat di atas terhadap ukuran dan harmoni dalam ciptaan Allah. Perkataan “taqdeer” bermaksud “merekacipta, mengukur, mencipta dengan ukuran” telah diambilkira dalam ayat Al-Quran seperti Surah Al-Quran. Perkataan “tibaaq” bermaksud “dalam harmoni” digunakan dalam Surah Al-Mulk 3 dan Surah Nuh 15. Tambahan lagi, Allah menyingkap dalam Surah Al-Mulk dengan perkataan “tafaawut,” bermakna “bantahan, rusuhan, tidak mengikuti, tidak tersusun, berlawanan,” bahawa mereka yang mengingini ketidakharmonian akan gagal menemuinya.

Istilah “penalaan halus” yang telah mula digunakan hampir akhir abad ke-20 mewakili singkapan kebenaran dalam ayat-ayat tersebut. Selepas suku abad lalu, ramai saintis terulung, bijak pandai, dan penulis-penulis telah menunjukkan bahawa alam semesta bukan suatu pengumpulan kebetulan. Sebaliknya wujud suatu rekacipta dan susunatur luarbiasa memenuhi setiap inci kehidupan manusia dengan amat sempurna. Banyak ciri-ciri dalam alam semesta menunjukkan secara nyata rekaannya dijuruskan untuk menyokong kehidupan. Ahli Fizik Dr. Karl Giberson menyatakan fakta ini:

Dalan tahun 1960an, sejumlah ahli fizik membuat pemerhatian bahawa alam semesta kita telah ditala sehalusnya bagi kewujudan kehidupan manusia.

Kelajuan letupan besar:

Keseimbangan-keseimbangan yang diperkenalkan oleh fenomena letupan besar, kesegeraan formasi alam semesta adalah merupakan bukti-bukti keberadaan alam semesta secara kebetulan.Menurut profesor ternama Universiti Adelaide dalam fizik matematik Paul Davies, sekiranya kadar pengembangan yang berlaku hasil letupan besar hanya satu dalam bilion bilion bahagian perbedaan, alam semesta tidak akan wujud.

Empat daya:

Semua gerakan fizik dalam alam semesta berterima kasih kepada interaksi dan keseimbangan empat daya oleh fizik moden:
1. gravity
2. daya electromagnet
3. daya kekuatan nuclear
4. daya lemah nuclear.
Daya-daya ini memiliki nilai-nilai luarbiasa antara satu sama lain.

Jarak antara jasad selestia:

Penempatan jasad-jasad selestia di angkasa dan ruang yang besar antara mereka adalah perlu demi kewujudan kehidupan di bumi. Jarak-jarak antara jasad-jasad selestia telah ditentukan melalui perkiraan dengan daya-daya sejagat yang berkuasa sabagai sokongan kehidupan atas muka bumi.

Graviti:

-Jika graviti lebih kuat, ammonia dan metana berlebihan akan berkumpul di ruang atmosfera bumi memberikan kesan kemusnahan ke atas kehidupan.
-Jika gravity lebih lemah, atmosfera bumi akan kehilangan kuantiti air berlebihan mengakibatkan kehidupan menjadi mustahil.

Jarak Bumi dari Matahari:

-Jika jarak lebih jauh, planet akan menjadi amat sejuk, kitaran air atmosfera akan terjejas mengakibatkan planet mengalami zaman ais.
-Jika bumi lebih dekat ke matahari, tumbuh-tumbuhan akan terbakar, kitaran air atmosfera musnah terus, dan kehidupan menjadi mustahil.

Ketebalan Kerak Bumi:

-Jika kerak bertambah tebal, jumlah oksigen akan berpindah kepadanya secara berlebihan dari atmosfera.
-Jika kerak bertambah nipis, peningkatan aktiviti gunung berapi mengakibatkan kehidupan menjadi mustahil.

Kelajuan Putaran Bumi:

-Jika kelajuan berkurang, perbezaan suhu siang dan malam akan meningkat dengan besar.
-Jika kelajuan bertambah, angin atmosfera akan mencapai kelajuan tertinggi mengakibatkan taufan dan ribut dan menjadikan kehidupan mustahil.

Medan Magnet Bumi:

-Jika lebih kuat, ribut elektromagnetik yang amat kuat akan timbul.
-Jika lebih lemah, maka bumi akan kehilangan perlindungan terhadap zarah-zarah berbahaya yang dikeluarkan oleh matahari dan dinamakan angin-angin suria. Kedua-dua keadaan akan mengakibatkan kehidupan menjadi mustahil.

Kesan Albedo (Pecahan Cahaya Pantulan oleh Bumi)

-Jika berlebih, zaman ais akan pantas terhasil.
-Jika berkurang, kesan rumah hijau akan menyebabkan kepanasan lampau.Bumi akan mula dibanjiri dengan peleburan glasiar dan kemudian terbakar.

Perkadaran Oksigen dan Nitrogen dalam Atmosfera:

- Jika bertambah, fungsi-fungsi terpenting untuk kehidupan akan diperlambatkan.
- Jika berkurang, fungsi-fungsi terpenting untuk kehidupan akan dipercepatkan.

Perkadaran karbon Dioksida dan Air dalam Atmosfera:

- Jika bertambah, atmosfera akan mengalami panas lampau.
- Jika berkurang, suhu atmosfera akan menurun.

Ketebalan Lapisan Ozon:

- Jika bertambah, suhu bumi akan menurun secara mendadak.
- Jika berkurang, bumi akan menjadi panas lampau dan tidak dapat bertahan terhadap sinaran lampau ungu yang dipancarkan oleh matahari.

Aktiviti Seismik (Gempa bumi):

-Jika bertambah, akan berlaku perubahan mendadak yang tetap terhadap benda-benda hidup.
-Jika berkurang, zat makanan di dasar laut akan gagal merebak ke dalam air.Ini akan memberi kesan kemusnahan kepada hidupan laut dan lautan juga seluruh benda-benda hidup di bumi.

Sudut Kecondongan Bumi:

Sudut kecondongan bumi ke orbit ialah 23 darjah.Ini merupakan penyebab kepada timbulnya musim-musim. Sekiranya sudut condong ini bertambah atau berkurang daripada nilainya kini, akan mengakibatkan perbezaan suhu antara musim-musim mencecah dimensi lampau, dengan musim panas teramat dan musim sejuk terperit.

Saiz Matahari:

Bintang terkecil daripada matahari bermakna bumi akan membeku dan bintang terbesar akan mengakibatkan kebakaran.

Tarikan antara Bumi dan Bulan:

-Jika bertambah, kuasa tarikan bulan akan memberi kesan tersangat serius ke atas keadaan atmosfera, kelajuan putaran bumi di atas paksinya dan pasang-surut lautan.
-Jika berkurang, akan mengakibatkan perubahan iklim berlebihan.

Jarak antara Bumi dan Matahari:

-Jika berkurang hanya sedikit, bulan akan berlanggar dengan bumi.
-Jika bertambah hanya sedikit, bulan akan hilang di angkasa.
-Jika berkurang walau sedikit, kesan bulan terhadap pasang surut di bumi akan mencapai dimensi berbahaya.Gelombang lautan akan melimpahi kawasan tanah rendah.Geseran yang timbul hasil daripada fenomena ini akan meningkatkan suhu lautan dan keseimbangan suhu peka yang perlu bagi kehidupan di bumi akan hilang.
-Jika bertambah walau sedikit, pasang surut akan berkurang menjadikan lautan lebih tenang tanpa gelora. Air tenang akan membahayakan hidupan laut dan aras oksigen untuk pernafasan kita akan turut bahaya.

Suhu Bumi dan Kehidupan Asas Karbon:

Kewujudan karbon sebagai asas semua kehidupan bergantung kepada baki suhu dalam had tertentu. Karbon adalah bahan keperluan untuk molekul organic seperti asid amino, asid nukleik dan protin: Semua ini merupakan asas kehidupan. Atas alasan tersebut, kehidupan hanyalah berasaakan karbon. Oleh itu, suhu yang wujud mestilah tidak kurang daripada – 20 darjah Celsius dan tidak lebih daripada 1200 darjah Celsius (2480 F). Inilah had suhu atas bumi.

Ini hanya sebahagian kecil keseimbangan-keseimbangan peka yang berlebihan perlu bagi kehidupan atas bumi yang telah muncul dan untuk terus hidup. Bahkan ini sudah mencukupi untuk menyingkap secara nyata bahawa bumi dan alam semesta bukan wujud hasil daripada kebetulan-kebetulan yang berturutan. Konsep-konsep “Penalaan Halus” dan “Prinsip Antropik” yang telah bermula digunakan dalam abad ke-20 merupakan pembuktian terhadap ciptaan Allah. Keharmonian dan perkadaran di dalamnya telah diterangkan dengan kejituan yang amat unggul empat belas abad dahulu dalam Al-Quran.

“Untuk membeli hasilusaha Harun Yahya, sila lawati laman web www.bookglobal.net

Naz : Sungguh seimbang alam semesta ciptaan Allah SWT... Allahuakhbar...

Wednesday, January 20, 2010

Pengenalan ringkas Alam Semesta


Alam semesta merujuk kepada kesemua benda yang wujud, sama ada dapat dilihat (pepejal), atau tidak dapat dilihat (udara). Benda-benda di dalam alam semesta dapat di bahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu benda hidup dan benda bukan hidup.

Sebahagian pakar sains percaya bahawa Alam Semesta bermula dengan satu letupan besar (Big Bang) yang membentuk ruang, masa, tenaga, dan jirim.

Dalam Alam Semesta terdapat kelompok-kelompok galaksi yang teramat besar yang dikenali sebagai Kelompok agung, yang terdiri daripada kelompok-kelompok galaksi yang lebih kecil.

Dalam kelompok galaksi yang lebih kecil daripada Kelompok agung, di mana kita berada dikenali sebagai Kelompok tempatan. Terdapat 30 galaksi termasuk Bima Sakti yang telah dikenal pasti, beredar mengelilingi pusat Kelompok tempatan.
Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

Dalam setiap galaksi dianggarkan terdapat pula 100,000 juta bintang dan pada kebiasaannya setiap galaksi berbentuk leper dan tebal sedikit dibahagian tengah seperti piring dengan saiz diameter 100,000 tahun cahaya.
Galaksi Andromeda yang letaknya paling hampir dengan Galaksi Bima Sakti

Bagaimanapun terdapat galaksi berbentuk lingkaran, lingkaran berpalang, elips, bentuk tak seragam.

Setiap galaksi berputar mengelilingi pusat galaksi, dan ini termasuk sistem suria yang terletak di dua per tiga ke tepi galaksi Bima Sakti, kira-kira 30 ribu tahun cahaya dari pusat.
Kedudukan kita hanyalah dipinggiran Bima Sakti

Sistem suria mengambil masa 220 juta tahun untuk melengkapi satu edaran mengelilingi pusat galaksi Bima Sakti. Dalam Sistem suria pula kesemua lapan planet (Planet Pluto telah digugurkan taraf sebagai planet) beredar mengelilingi matahari. Sesetengah planet di sistem suria memiliki bulan yang beredar mengelilingi mereka.
Klik gambar untuk paparan lebih besar

Naz : Semakin banyak diteroka, semakin banyak yang tak tahu... Maha Suci Allah

Tuesday, January 19, 2010

Alhamdulillah


DEAR ALLAH:

I want to thank You for what you have already done.

I am not going to wait until I see results or receive rewards.

I am not going to wait until I feel better or things look better.

I'm not going to wait until people say they are sorry or until they stop talking about me.

I am not going to wait until the pain in my body disappears.

I am not going to wait until my financial situation improves.

I am not going to wait until the children are asleep and the house is quiet.

I am not going to wait until I get promoted at work or until I get the job.

I am not going to wait until I understand every experience in my life that has caused me pain or grief.

I am not going to wait until the journey gets easier or the challenges are removed.

I am thanking you right now.

I am thanking you because I am alive. I am thanking you because I made it through the days of difficulties. I am thanking you because I have walked around the obstacles.

I am thanking you because I have the ability and the opportunity to do more and do better.

I'm thanking you because , YOU haven't given up on me.

Naz : Alhamdulillah...

Monday, January 18, 2010

Gerak Jari Singkap Rahsia Diri


1. Memicit atau suka memegang hidung
-Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
-Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

2. Meletak tangan pada bahu kawan
-Suka ikut kepala sendiri
-Pentingkan diri sendiri
-Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat

3. Bermain dgn tangannya
-Mempunyai tahap humor yang tinggi
-Pandai berjenaka
-Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa am bil hati
-Jenis open minded

4. Mematahkan jari jemarinya
-Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain
-Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja

5. Menggigit kuku
-Gugup dan gementar bila berbicara
-Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati

6. Memintal hujung rambut
-Suka berkhayal
-Sukar diperdayakan
-Keras kepala

7. Menongkat dagu
-Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
-Suka mendengar masalah teman2
-Setia dlm persahabatan

8. Suka letakkan tangan atas meja
-Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
-Seorang yg Peramah
-Suka bergantung pada orang lain

9. Menggosok 2 telapak tangan
-Ramah dan berfikiran matang
-Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit2
-Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu

10. Memutar cincin
-sangat menepati janji
-berhati2 dlm tutur kata
-gemar hidup yang teratur

Naz : Suka buat 'V'... peace :D

Sunday, January 17, 2010

Hukum sertai Facebook


Bersama Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Saya ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi? Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin? Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah? Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had.

KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

- HARIAN METRO

Naz : Jika FB kita andaikan sebuah negara, ia merupakan negara yang paling ramai rakyat di dunia.. huhuhu

Saturday, January 16, 2010

Gambar dan Video Gerhana Matahari Separa 15 Januari 2010


Gambar sekitar kejadian fenomena gerhana matahari semalam 15 Jan 2010...
Gambar ikhsan : http://planetariumnegara.blogspot.com

Rakaman video yang sempat aku rakam dalam website http://angkasa.gov.my



Naz : Sungguh kagum dengan keindahan ciptaan Maha Pencipta...

Friday, January 15, 2010

Gerhana Matahari Separa 15 Januari 2010



Submitted by shahgazer..

Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat. Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut. Kiraan waktu gerhana dari lokasi bandar-bandar utama di malaysia adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM

Fasa Maksimum (41% 28.6% Matahari Tertutup):4:26 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM

Kota Bharu

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:03 PM

Fasa Maksimum (47% 34.5% Matahari Tertutup):4:31 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:45 PM

Langkawi (Kuah)

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 2:54 PM

Fasa Maksimum (52% 39.7% Matahari Tertutup):4:27 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:46 PM

Kuching

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:34 PM

Fasa Maksimum (23% 12.2% Matahari Tertutup):4:34 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:27 PM

Miri

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:43 PM

Fasa Maksimum (24% 12.9% Matahari Tertutup):4:41 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:33 PM

Kota Kinabalu

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:47 PM

Fasa Maksimum (24% 13.5% Matahari Tertutup):4:44 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:35 PM

Nota: Kiraan dibuat berdasarkan waktu standard Malaysia. Perisian Skymap Pro (versi 8). Laman web Solar Eclipse Calculator

Ada sedikit kekeliruan terhadap data peratusan matahari tertutup di atas. Nilai sebelum ini adalah berdasarkan tafsiran salah terhadap eclipse magnitude dan bukannya eclipse obscuration.

Laman web NASA yang disediakan oleh Fred Espanak mengandungi peta interaktif gerhana menggunakan Google Map. Klik SINI

Nota: Waktu kejadian yang dipaparkan di laman web NASA adalah berdasarkan Universal Time (UT). Untuk tukar ke waktu Malaysia, sila tambah 8 jam.

Cara melihat gerhana

Seperti yang selalu diingatkan, jangan SEKALI-KALI melihat Matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta.

Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera).

Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection).

Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperi baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda!

Rujuk SINI

Suasana ketika Gerhana Matahari Separa.

Disebabkan matahari teramat cerah, tidak banyak kesan yang dapat dirasa atau dilihat ketika fasa gerhana. Mungkin paling jelas ialah suasana sekeliling akan kelihatan 'kurang' terang berbanding biasa. Namun, anda perlulah mempunyai skil observasi yang tinggi untuk benar-benar dapat melihat perbezaan cahaya ketika fasa gerhana.

Rajah di atas menunjukkan keadaan ketika gerhana maksimum dari Kuala Lumpur. Simulasi dibuat menggunakan perisian Stellarium.

http://www.falak-online.net/portalfalak

Naz : kalo x sempat nak tengok, boleh gi sini ~ http://www.angkasa.gov.my
untuk menyaksikan siaran langsung gerhana matahari separa mulai pukul 3 hingga 5.40 petang pada tarikh tersebut.

Thursday, January 14, 2010

Lima serangan terhadap rangkaian sosial


Oleh GUILLAUME LOVET

Kini laman web rangkaian sosial seperti Myspace, Facebook, dan Twitter melebihi fungsi asas sebagai pengantara untuk berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Perkembangan pesat laman-laman web ini juga membuka saluran baru kepada syarikat-syarikat untuk berkomunikasi dan berhubung dengan rakan-rakan perniagaan dan para pelanggan mereka.

Syarikat korporat sedang menyelidik dan mengkaji penggunaan saluran rangkaian sosial yang bercirikan kos efektif bagi tujuan memperbaiki operasi perniagaan, meningkatkan daya pengeluaran serta memperbaiki komunikasi dalaman di kalangan para pekerja yang kian bertambah.

Bagaimanapun, laman-laman rangkaian sosial ini berkemungkinan mendatangkan bahaya dan risiko yang baru kepada rangkaian-rangkaian korporat tanpa diketahui oleh orang ramai.

Justeru, industri adalah dinasihatkan supaya tidak terlalu agresif dalam mengikuti aliran semasa terbaru ataupun tergesa-gesa untuk menjadikan rangkaian sosial sebagai alat komunikasi.

Disebabkan laman-laman rangkaian sosial kian dijadikan sebagai alat pemasaran, semua syarikat dengan penggunaan perkhidmatan atas talian sepatutnya diberitahu mengenai Lima Serangan Rangkaian Sosial yang Utama yang mana mereka berkemungkinan besar akan terdedah kepadanya semasa meletakkan syarikat mereka dalam talian dan cara bagaimana yang boleh dilaksanakan bagi melindungi diri mereka.

1. Malware – cecacing Koobface telah mengancam Facebook buat jangka masa yang agak panjang, dan ia turut menjadikan Twitter sebagai sasaran buat kebelakangan ini.

Serangan adalah melalui kejuruteraan sosial, disebabkan para pengguna biasanya dikelirukan untuk klik ke atas pautan berniat buruk yang bersembunyi dalam pesanan peribadi dan berpura-pura sebagai kawan (yang mungkin menjangkiti diri mereka).

2. Hak persendirian – Pengguna yang mempunyai kecenderungan untuk mendedahkan maklumat peribadi yang melebih dalam talian, sebagai contoh, rangkaian sosial, komen, gambar-gambar ahli keluarga, berkenaan dengan tempat kerja dan sebagainya.

Ini membolehkan maklumat berkenaan jatuh ke tangan penjenayah siber yang tidak beretika serta disalahgunakan untuk menggodam ke dalam soalan-soalan keselamatan perkhidmatan dalam talian dengan lebih efektif, seterusnya terdorong mencuri identiti.

Penggodam juga boleh menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan menjana serangan yang telah disasarkan.

Sebagai contoh, seseorang penggodam sanggup menghabiskan masa selama beberapa minggu tanpa rehat dan beberapa liter kopi demi menembusi rangkaian korporat sesebuah syarikat dan cuba untuk mencari kelonggaran di dalam sistem keselamatan rangkaian sasarannya.

Selain itu, dia boleh mencari nama akauntan kewangan, kemudian mengambil masa lima minit untuk semak imbas profil sosialnya, seterusnya lima minit lagi untuk menulis e-mel yang berlandaskan minat akauntan berkenaan yang bernasib malang.

e-mel tersebut adalah pembawa pautan berniat buruk atau dokumen yang berniat buruk.

3. Tipu helah (phishing) – Rangkaian sosial merupakan gudang yang kaya dengan pelbagai maklumat, dari maklumat dan profil peribadi sehinggalah pesanan dalam profil yang mungkin memudahkan penjenayah siber mencipta pesanan e-mel palsu ataupun laman web palsu (lebih dikenali sebagai laman phishing) . Ia

Ia dihasilkan bagi mengumpan mangsa-mangsa supaya memaparkan maklumat peribadi yang sensitif seperti nama pengguna dan kata laluan atau nombor kredit kad.

4. Kecacatan laman – Pada awal bulan Jun, suatu kelonggaran telah dijumpai dalam Facebook yang memberi kuasa kepada para penggunanya untuk mengimbas maklumat asas daripada sebarang akaun yang lain, bergantung kepada tahap hak persendirian yang telah ditentukan oleh pengguna.

Maklumat tersebut termasuklah nama ibu, biasanya digunakan sebagai soalan keselamatan atas talian dan pemeriksaan keselamatan kehidupan seharian.

Kelonggaran itu telah dibaik pulih pada 23 Jun, tetapi seperti mana kepingan yang diprogramkan 100 peratus, kesemua laman-laman sosial ini mempunyai kecacatan.

Sebagai makluman, sesetengah daripada kelemahan ini telah pun dikemukakan, sementara yang lain belum lagi ditemui.

Oleh itu, para pengguna perlu berwaspada terhadapnya.

5. Spam 2.0 – Salah satu kemungkinan yang menyebabkan penjenayah siber memancing bagi akaun rangkaian sosial adalah untuk menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan pengiklanan dan spamming.

Justeru itu, bagaimana anda boleh melindungi syarikat anda (nilai jenama di risiko) serta diri anda dalam keadaan yang sedemikian?

Baiklah, yang pertama, anda boleh lebih berwaspada apabila menerima pesanan (meskipun ia datang daripada kawan) yang kelihatan pelik.

Sebagai contoh, mengajak anda untuk menonton video.

Apakah yang perlu dilakukan oleh orang ramai bagi menentang serangan tersebut?

Berwaspadalah apabila menerima pesanan (meskipun ia datang daripada kawan) yang kelihatan pelik (terutamanya jika ia mengajak anda untuk menonton video).

Jangan memasang Codec apabila suatu laman menggalakkan anda supaya berbuat demikian – bagi laman video gerakan atas talian yang popular seperti YouTube yang menggunakan Flash, anda tidak perlu Codec video.

Naz : Dunia internet... segalanya di hjung jari...

Wednesday, January 13, 2010

Tahi lalat dan sifat anda


Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu. Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.

* bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
* bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
* bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka
* bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
* leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
* leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
* leher di tengah - tercapai cita-cita
* biji mata kanan - suka serong dan pembohong
* biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
* hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
* hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
* betis kanan - suka berhibur, boros
* betis ! kiri - rajin,tidak suka menganggur
* lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
* lutut kiri - kurang kuat berusaha
* kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
* kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
* kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun
* kening kanan - cerdas dan cekap
* kening kiri - cerdas, sopan santun
* tengah kening - keras hati, berani segala hal
* hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
* hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
* ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
* ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
* pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)
* pergelangan kaki kiri - kehendak kuat
* batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
* pada hidung - banyak rezeki
* dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
* dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur
* kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama
* di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2
* tumit kanan - jujur dan banyak kawan
* tumit kiri - baik budi
* alis kanan suka - menolong, baik hati
* alis kiri - ramai yang suka
* pangkal peha kanan - kemahuan kuat
* pangkal peha kiri - suka kerja apa pun
* telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
* jari kaki kanan - suka menolong
* jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik
* bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
* bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab
* lengan kanan - setia dan taat pada atasan
* lengan kiri - menepati janji dan rajin
* pipi kanan - ramai teman
* tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka
* tengah-tengah pipi kiri - ramai teman
* ubun-ubun - kurang jujur
* pusat - cerdas, tangkas, tekun
* pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
* pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan
* pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup
* pinggang kiri - disayang pasangan hidup
* dada kanan - dapat mengatasi masalah
* dada kiri - berani, jujur dan sabar
* telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
* telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
* siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
* siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
* jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
* jari tangan kiri - serba baik bekerja
* jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
* jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat
* perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
* perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
* sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
* sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
* sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta
* pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya
* pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha
* kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah,berjaya
* kelopak mata kiri atas ! - baik budi, ramai yg suka
* elopak mata kanan bawah - agak malas
* kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana

Naz : Jadi pakat2lah tilik korg punye tahi lalat ye!!!!!

Monday, January 11, 2010

BlogParty JB



Durasi : 1 hari
Agenda :
Sesi 1- 10 Facts about blogging - Syed Syahrul ( 9 pagi -10 pagi)
sesi 2- Blogging Evolution - Tok Rimau (10 pagi - 11 pagi)
Briefing & perasmian pertandingan blog; (11 pagi - 12 ptg)
1.Photo blog
2. Micro blog
3. Video blog
Sesi 3 - Film talk - Geng Filmuda ( 12 tgh - 1 ptg)
Free session - Sesi 'live blogging' (2 ptg - 4 ptg)
Pertandingan di tutup (4 ptg)
Pemilihan pemenang & sesi 4 baca blog - Jimbo (4 ptg- 5 ptg)
Penyampaian hadiah, bergambar & bersurai (6 ptg)

Tempat : Pohon Minda. (6B Jalan Mawar 46, Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor)
Jemputan : Semua blogger dijemput hadir.
Bayaran : RM20/pax. Maximum 50-60 orang sahaja.

Nota :

1. Tempat terhad jadi siapa cepat dia dapat.

2. Pertandingan akan mempunyai tema khas dan jika mempunyai sponsor, berkisarkan produk/servis sponsor tersebut.

3. Semua diharap dapat membawa laptop untuk sesi blogging dan pertandingan blog. Kalau tiada, pinjam ke, atau sesiapa ada telefon canggih, itu pun dan mencukupi.

4. Semua posting untuk acara ini hendaklah di tag 'blogpartyjb' dan '#blogpartyjb' (twitter)

5. Sila warwarkan pada kawan-kawan yang lain. Terima kasih

6. Register dulu, cara bayaran akan diberitahu kelak.

7. Pembayaran : Sila bank in ke akaun CIMB (syed syahrul zarizi b syed abdullah) 12320067858528 sebelum Januari 10. Sila print screen / scan resit dan email ke syed.syahrul@gmail.com dengan tajuk 'blogparty jb' sebagai bukti pembayaran.

Untuk Maklumat lanjut sila lawati http://thewonderspace.blogspot.com atau email ke syed.syahrul@gmail.com

Naz : Majulah blog untuk negara...

Sunday, January 10, 2010

Cermin Diri Dulu Sebelum Pilih Kerja


SELEPAS habis belajar, perkara yang bermain di kepala setiap remaja ialah kerjaya. Persoalan apa saya nak jadi sering berlegar dan ini juga antara soalan yang kerap ditanyakan kepada pelajar sekolah.

Apakah cita-cita kamu?? soalan klise yang saban tahun ditanya guru kepada anak muridnya. Maka akan keluarlah pelbagai jawapan mengenai kerjaya pilihan – peguam, doktor, guru, jururawat, ahli perniagaan, pensyarah, angkasawan, jurutera, pramugari, arkitek termasuklah kerjaya sebagai wartawan. ?Nak jadi wartawan?? Ya, sebab saya suka menulis,? kata seorang pelajar.

Namun dalam senarai yang cukup panjang itu, satu yang tidak diterangkan kebanyakan guru dan juga dilupakan oleh sebilangan besar kita ialah mengenai keperluan terhadap kerjaya berkenaan.

Bagi kerjaya profesional sudah tentu pendidikan yang baik menjadi ciri utama untuk seseorang itu mencapainya. Tetapi pada zaman pekerjaan semakin kurang dan persaingan semakin sengit, banyak berlaku kursus yang diambil ketika pengajian tinggi tidak sama dengan pekerjaan yang diceburinya.

Sebenarnya dalam soal kerjaya, apa yang lebih penting adalah minat kerana dengan minat yang mendalam sajalah seseorang itu dapat melaksanakan tanggungjawabnya berkesan. Juga yang lebih penting tidak menyusahkan orang lain.

Perkara ini Yoi timbulkan setelah mengalami satu peristiwa yang cukup membengangkan.

Pada satu senja, mata Yoi tiba-tiba merah dan menjelang pukul 11 malam merahnya semakin ketara dan badan mula berasa panas.

Untuk memastikan keadaan tidak bertambah teruk, Yoi pergi ke sebuah klinik 24 jam. Pukul 11 malam di Kuala Lumpur… masih meriah, masih banyak aktiviti… masih happening, kata orang sekarang.

Tetapi doktor di klinik berkenaan? Alamak, sedang tidurlah. Penat agaknya. Maklumlah dah tak ada pesakit. Jururawat pula? Bersembanglah.

Selepas hampir 20 minit menunggu, doktor tadi muncul dengan keadaan yang masih terpisat-pisat. Yoi dipanggil masuk. Dengan soalan lazim, sakit apa (macamlah dia tak nampak mata Yoi yang merah), doktor itu seterusnya menyuluh mata. Selepas itu, tengok sikit dan tulis sikit dalam fail perubatan, kemudian kata okay, ambil ubat.

Apa ni? Cepatnya? Apa sakitnya? Bila boleh sembuh? Adalah persoalan yang bermain dalam kepala Yoi. Apabila ditanya, doktor tadi hanya berkata, tiada apa-apa, alahan. Apa pun, sikap doktor berkenaan memang Yoi tak boleh terima.

Bagi Yoi itu adalah kali pertama dan terakhir Yoi berjumpa doktor berkenaan.

Jika ?saya nak jadi doktor kerana nak tolong orang sakit,? adalah jawapan yang diberikan oleh doktor itu apabila ditanya gurunya kenapa nak jadi doktor sewaktu bersekolah dulu dan melihat kepada sikapnya, apa yang jelas dia sebenarnya tidak faham keperluan tugasnya.

Apa yang Yoi alami mungkin tidak teruk, tetapi bayangkan jika pakcik tua yang sakit teruk dan ini pula sikap yang ditunjukkan, sebenarnya doktor sebegini lebih banyak mendatangkan masalah daripada membantu menyelesaikan masalah.

Untuk golongan remaja, memandangkan keputusan peperiksaan SPM dan STPM akan diumumkan sebulan dua lagi, fikirkan semula kerjaya yang menjadi pilihan anda. Cermin diri anda, kaji sikap dan hala tuju anda dan tanya sama ada anda bersedia dengan keperluan kerjaya berkenaan.

Jika anda tidak suka berjumpa dengan orang, lupakan kerjaya sebagai jururawat, malah anda juga tidak layak menjadi penyanyi. Jika anda tidak suka kanak-kanak, jangan mimpi menjadi guru. Juga, jika anda kaki tidur, jangan jadi doktor!

Naz : Nak carik kerja goyang kaki, tapi masyukk... hehehe

Saturday, January 9, 2010

Komunikasi Dalam Rumahtangga


Salah satu perkara yang terpenting dalam membina dan seterusnya mengekalkan rumah tangga di atas landasan yang bahagia, dan lebih penting lagi di atas jalan hidup Islami adalah aspek perhubungan suami isteri.

Rumah tangga Islam, sepertimana yang telah dijelaskan dalam rencana yang sebelum ini , mempunyai ciri-ciri khususnya. Di antara ciri-ciri ini

Jika kita merenung sejenak kepada firman Allah SWT di dalam Surah ar Rahman ayat 4:

“… mengajarnya pandai berbicara”

Salah satu terjemahan kepada makna al bayan ialah seni berkomunikasi dan ini merupakan salah satu nikmat yang besar yang dianugerahkan kepada kita. Komunikasi adalah satu usaha untuk seseorang itu dikenali dan difahami. Sekiranya melalui komunikasi yang berkesan seorang itu dapat dikenali besar kemungkinan akan dihormati dan dikasihi. Aspek komunikasi dalam keluarga adalah penting kerana kita mahu dikenali dan difahami oleh mereka yang sangat rapat dan akrab dengan kita.

Sebenarnya banyak masalah rumah tangga berpunca dari komunikasi yang kurang berkesan, yang banyak menimbulkan salah faham dan ketegangan. Proses berkomunikasi ini melibatkan perkongsian buah fikiran, pandangan dan perasaan dengan orang lain dengan jujur dan ikhlas.

Contoh teladan yang terbaik untuk kita dalam hal ini tidak lain dari yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Baginda memperlihatkan kemampuan komunikasi yang sangat berkesan dalam semua ketika, sama ada dalam mendidik keluarga, sahabat-sahabat mahupun dalam keadaan berhadapan dengan mereka yang memusuhi daƒ­wahnya.

Di dalam al Qur’ an Surah al Ahzab ayat 70 terdapat arahan Allah SWT, yang bermaksud:

“ Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan berkata-katalah dengan kata-kata yang tepat”

Komunikasi yang utama di dalam rumah tangga

Kita sama-sama memahami rumah tangga yang dibina di atas asas Islam sudah pasti jauh berbeza dari rumah tangga yang lain. Tumpuan kita berkomunikasi adalah untuk memastikan supaya kehidupan kita tidak kegelincir dari landasan syaraƒ­ dan jatuh kepada kemerosotan akhlak. Di dalam al Qur’an telah disebutkan juga bahawa kita dituntut untuk berpesan-pesan kepada kebenaran; kepada kesabaran dan kepada kasih sayang. Kita berkomunikasi dalam berbagai bentuk tetapi kesemuanya menjurus ke arah ubudiyyah kepada Allah SWT sahaja. Bicara atau tuturkata mukmin sepatutnya mempunyai ramuan yang bersifat rabbaniah yang terbit dari ketulusan hati dan kejernihan jiwa yang terikat dengan Allah SWT dan berkomunikasi pula dalam mengajak hati yang mendengar untuk menerima kebenaran yang membawa kepada makrifah dan ubudiyyah.

Walaupun komunikasi dalam rumah tangga merangkumi komunikasi yang luas antara suami dengan isteri, ibu bapa dengan anak dan berhubungkait dengan segala aspek kehidupan, tetapi komunikasi di dalam rumah tangga Islam tidak terkeluar dari unsur-unsur rabbaniyyah, sama ada kandungan komunikasi mahupun cara atau perlaksanaan komunikasi.

Ta`aruf dan kasih sayang: rahsia komunikasi yang berkesan

Keberkesanan komunikasi dalam rumah tangga secara khususnya banyak bergantung kepada se dalam mana perhubungan kita. Kita perlu berusaha untuk menyelami perasaan serta isi hati pasangan kita supaya dapat diwujudkan komunikasi yang membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan.

Pentingnya memberitahu hajat-hajat dalam rumah tangga

Walaupun kita mungkin telah berumahtangga beberapa tahun tetapi kita masih merasai bahawa kita tidak mengetahui pengharapan dan hajat pasangan kita. Matlamat-matlamat khusus dalam kehidupan, cara-cara layanan yang dihajati dan diharapkan perlu difahami dengan jelas oleh suami mahupun isteri supaya dapat dipertingkatkan perhubungan dan dikukuhkan tali kasih. Perkara-perkara ini walaupun telah diberitahu secara tersirat tetapi saya merasakan bahawa pengharapan ini perlu diberitahu secara lisan.

Komunikasi dalam pendidikan keluarga

Salah aspek yang terpenting dalam komunikasi dalam rumah tangga Islam adalah dalam melaksanakan proses pendidikan isteri dan anak-anak terutama sekali sewaktu menanamkan hakikat-hakikat Islam, membentuk akhlak dan tidak kurang pentingnya dalam meluruskan semula isteri dan anak sekiranya tergelincir dari adab dan garis-garis syara’. Komunikasi ini tidak hanya berbentuk lisan kerana tindakan dan perbuatan boleh membatalkan bimbingan lisan sekiranya bertentangan tutur kata dengan tindakan. Oleh itu komunikasi berkesan hanya berlaku sekiranya adanya thiqah (keyakinan) dalam diri yang menerima bimbingan lisan kepada yang memberikan bimbingan. Arahan untuk mendidik keluarga ini boleh kita dapati dalam Surah asy Syu‘ara : ayat 214:

“….dan berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat”

Beberapa perkara penting dalam berkomunikasi

(a) Berkomunikasilah di atas dasar kasih

Ramai orang berada di dalam takut dikenali diri yang sebenar dan mungkin akibatnya akan mendapat layanan yang negatif dari orang lain. Rasulullah SAW telah menunjukkan pendekatan yang paling baik dengan melayani orang dengan penuh kasih sayang dan menerima sesiapapun dengan lapang dada. Kita mestilah jujur, bersikap tidak bermuka-muka. Apabila kita melihat isteri kita dengan penuh kasih dan tanggungjawab kita akan sensitif terhadap keperluan dan perasaan mereka dan ini akan membantu untuk menghasilkan suasana yang harmoni.

(b) Layanlah mereka supaya dirasai diri mereka penting dan dihargai

Setiap kita, sama ada suami atau isteri, akan merasakan sangat beruntung sekiranya pasangannya melayaninya sehingga dirasakan diri mereka penting dan dihargai. Pasangan kita akan terguris perasaan atau akan menderita di dalam perhubungannya dengan kita tidak merasai dirinya dihargai malah akan merasakan diri mereka terbiar. Rasulullah SAW sentiasa membawa sahabat-sahabatnya malah kanak-kanakpun merasai diri mereka penting.

(c) Setiap perkara itu ada masa dan situasi yang paling sesuai

Seperkara lagi yang tidak kurang pentingnya adalah memilih masa yang sesuai untuk memperkatakan sesuatu terutama sekali dalam memberikan teguran dan kritikan. Kita perlu memilih masa dan suasana yang tepat terutama sekali dengan isteri atau suami kerana dengan cara ini dapat dikurangkan kesan negatif teguran tersebut. Kadangkala sesuatu teguran itu boleh diterima sekiranya dilakukan sesuai dengan situasinya.

(d) Berilah perhatian kepada yang bertutur

Adalah penting dalam komunikasi agar yang mendengar memberikan perhatian kepada yang bertutur kerana bukan sahaja dengan memberikan perhatian kita berpeluang untuk lebih memahami yang lace w:st=”on”cuba lace dikemukakan dan lebih penting dari itu adalah dengan memberikan perhatian kita juga memberikan penghargaan kepadanya.

(e) Kurangkan membuat andaian tetapi mintalah penjelasan

Terdapat juga situasi apabila kita tidak memahami yang diberitahukan kepada kita dan ramai di kalangan kita biasanya membuat andaian dan kerap juga kita silap dalam andaian kita. Untuk mengelakkan salah faham dan mungkin akibat yang lebih serius maka eloklah kita meminta penjelasan.

Komunikasi dalam rumah tangga muslim adalah sangat penting kerana melalui proses komunikasi inilah dapat dibaca isi hati dan diri sebenar seseorang itu. Hikmah dalam komunikasi boleh bererti kemampuan memilih waktu yang sesuai untuk berkata-kata ataupun harus diam sahaja. Walaupun komunikasi tidak hanya terhad kepada pertuturan atau aspek komunikasi lisan sahaja tetapi ini ditekankan kerana salah faham paling kerap berlaku akibat lisan dan salah faham dalam keluargalah akan membawa akibat yang berat.

KOMUNIKASI YANG PALING UTAMA: MENTARBIYYAH ISTERI dan ANAK DENGAN TARBIYYAH ISLAM YANG SEBENARNYA

Setelah dikemukakan kepentingan dan aspek-aspek perlaksanaan komunikasi dalam rumahtangga, tujuan komunikasi yang paling utama adalah untuk mendidik atau membawa isteri melalui proses tarbiyyah Islamiyyah yang bersumberkan al Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW agar suami isteri yang mengemudikan rumahtangga disediakan untuk pembangunan keluarga yang berasaskan Islam dan dapat melahirkan anak-anak yang berperanan dalam memperjuangkan Islam.

Naz : Diam juga adalah salah 1 cara komunikasi... :)

Friday, January 8, 2010

Isu Nama Allah: Garis Panduan Penggunaan Nama Allah

Oleh : Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Di sini saya mencadangkan beberapa perkara untuk diteliti dalam isu penggunaan nama Allah oleh mereka yang bukan Islam.

Seperti mana yang saya sebutkan dalam artikel saya pada tahun 2007 yang bertajuk “[1] Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah” bahawa isu ini lebih bersifat tempatan atau keselamatan setempat, bukan membabitkan larangan secara khusus dari nas-nas Islam. Harap kenyataan ini dibaca bersama dengan artikel tersebut.

Kristian Arab dan juga musyrikin Mekah dahulu juga menyebut Allah sebagai Tuhan. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak membantah hal tersebut. Namun dalam konteks Malaysia, perkara ini agak baru. Ia menimbulkan kegusaran terutama disebabkan berbagai persoalan yang timbul, antaranya apakah maksud yang terselindung di sebalik tuntutan ini?!

Juga di pihak umat Islam sendiri, pendidikan akidah Islam tidak ditekankan secara yang sepatutnya. Kita lebih banyak menumpulkan soal fekah sehingga melupai pokok yang lebih penting iaitu akidah. Inilah sebabnya ramai orang melayu sekalipun bersolat, ada yang mudah terpengaruh dengan khurafat, bomoh, tahyul dan seumpamanya.

Jika kita jelas dalam persoalan akidah, tentu unsur-unsur seperti itu, pengaruh kristianisasi, unsur-unsur agama lain tidak dapat mengelirukan akidah dan pemikiran umat. Isu nama Allah ini sepatutnya menyedarkan kita keperluan menegaskan soal akidah dan batas-batas iman dan kufur.

Untuk mengelakkan ketegangan yang tidak baik untuk negara dan kehidupan masyarakat yang berbilang agama dan kaum, maka saya sekadar mencadangkan beberapa pekara berikut sebagai garis panduan yang patut diambil perhatian oleh pihak kerajaan;

  1. Nama Allah tidak boleh dipanggil melainkan hanya kepada tuhan yang sebenar. Maka dengan itu tiada pihak yang boleh menamakan sekutu-sekutu Allah yang didakwa oleh manusia sebagai tuhan atau perantara tuhan sebagai Allah. Ini seperti memanggil berhala, atau batu, atau patung, atau manusia dengan panggilan Allah. Jika ini berlaku, muslim memang wajar menentang dan membantah. Musyrikin Quraish yang memanggil tuhan sebenar Allah tetapi mensyirikkanNya, pun begitu tidak menamakan berhala mereka dengan nama Allah, sebaliknya menamakan berhala-berhala mereka dengan panggilan al-Lata, al-‘Uzza, Manat dan seumpamanya.
  2. Manusia memang sewajar memanggil tuhan yang sebenar Allah. Ini juga membuktikan ajaran Islam yang memanggil tuhan ‘Allah’ itulah yang benar. Maka, tidak mengapa, bahkan sepatutnya semua manusia tanpa mengira agama menyatakan “Allah yang menciptakan alam”, “Allah yang menurunkan hujan”, “Allah menyuruh kita melakukan kebaikan” dan seumpamanya. Perkataan-perkataan itu benar. Adalah tidak wajar seorang muslim membantah apabila mendengar bukan muslim menyatakan perkara seperti itu. Bahkan al-Quran menyebut: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
  3. Jika mereka akur Allah adalah Tuhan sebenar, lalu mereka memanggilnya dalam ibadat mereka maka seorang muslim tidak boleh mengganggu urusan ibadah agama lain. Walaupun Islam mempertikaikan kesyirikan mereka, tetapi kebebasan beribadah adalah hak setiap agama.
  4. Bukan muslim tidak boleh menggunakan nama Allah untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam. Ini seperti mempersendakan Allah dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain-mainkan nama Allah dalam tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam masyarakat Barat.
  5. Bukan muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan. Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain.
  6. Menyebut nama Allah dalam pergaulan antara muslim dan bukan muslim dengan cara yang hormat dan mengagungkan Allah seperti bukan muslim menyebut kepada muslim “semoga Allah merahmati kamu”, atau “semoga Allah memberi rezeki kepada kamu” adalah diizinkan. Bahkan itulah yang sepatutnya. Nabi s.a.w ketika membuat perjanjian dengan Quraish Mekah juga masing-masing menggunakan nama Allah seperti hadis Muslim: Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.

Ini adalah beberapa cadangan saya mengenai hal ini untuk dijadikan garis panduan kepada rakyat Malaysia agar kita tidak merusuh disebabkan isu ini. Sebaliknya, hendaklah setiap pihak menghormati sensitiviti pihak yang lain.



Naz : Jangan sampai isu ni dipolitikkan...