Followers

Thursday, December 31, 2009

Wednesday, December 30, 2009

Kepada Wanita Cantik...


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa ibu menangis?"

"Karena aku seorang wanita",
kata si ibu kepada anaknya..

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan",
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia berhubung dengan Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Tuhan berkata:



"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik
takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan pada waktu bila pun ia diperlukan."


"Kau tahu:


Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk badan yang ditampilkan, atau bilaman ia menyisirkan rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya -
tempat dimana cinta itu ada." Kirimkan ini kepada setiap wanita cantik yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita.
Anda akan menambah
harga diri wanita!
Karena setiap Wanita itu Cantik.
Kirimkan juga kepada setiap lelaki
agar sentiasa dapat menghormati wanita,
siapapun mereka
ibu, isteri, kekasih, kakak, adik
dan bahkan wanita yg tidak ia kenal yg kebetulan berada di dekatnya..

Naz : Cantik di hati, cantik di luar...

Tuesday, December 29, 2009

AL-IMAM QARDHAWI


SUKA DUKA AL-IMAM QARDHAWI DIGELAR WAHABI


Oleh : Yussamir Yusof
Sumber: www.yussamir.com

Meninjau kembali sejarah dan liku-liku perjuangan Prof Dr Yusuf
al-Qardhawi, seseorang itu pasti akan menimba pelajaran yang sangat besar
dari tokoh besar ini. Kehidupannya yang penuh dengan ilmu dan dakwah,
membentuk diri beliau sebagai seorang sarjana dan ilmuan islam yang disegani
pada zaman ini.

Ketika anak-anak murid beliau mengadakan seminar memperingati jasa dan
ketokohan beliau serta menamakan beliau sebagai Al-Imam. Air mata beliau
menitis deras membasahi janggutnya, kemudian tokoh besar ini berkata,
“Sesungguhnya tidaklah layak aku memakai gelaran ini. Aku hanyalah seorang
penuntut ilmu, dan akan terus menuntut ilmu hingga akhir hayatku.”

Kesarjanaan dan ketokohan beliau telah diakui oleh beratus malahan beribu
ulama besar yang lain di seluruh dunia. Beliau yang sering dijoloki dengan
gelaran Al-Imam Al-Wasatiyah (Imam yang bersederhana) bukan sahaja memberi
pengaruh yang besar dalam dunia intelektual, malahan memberi sumbangan dalam
dunia politik Islam.

Namun begitu, tokoh Ilmuan Islam ini semasa mudanya menempuhi pelbagai
dugaan dan cabaran bukan sahaja dari luar malahan dari dalam pusat
pengajiannya. Suatu ketika dahulu, beliau berhadapan dengan pelbagai
konterversi hanya kerana beliau menegur gurunya berkaitan dengan perkara
khurafat yang berlaku di sekitar Mesir. Atas peristiwa ini, *beliau digelar
oleh gurunya dengan gelaran Wahabi! *

Bukan setakat di bilik darjah, di tempat tinggalnya juga beliau terpaksa
menangani kekecohan dari penduduk tempatan yang mendakwa beliau telah
menghina para ulama kerana mengeluarkan pandangan yang berbeza.


Dalam Mukadimah buku beliau Fatwa Mu’asarah, beliau menulis, “Pada mulanya
saya menimbulkan kekecohan di kalangan orang ramai. Mereka tertanya-tanya:
“Bagaimana pemuda ini berani berbeza pandangan dengan syeikh-syeikh besar?
Bagaimana dia mengajar orang-orang bukan daripada kitab-kitab muktabar?
Bagaimana dia boleh mengeluarkan pandangan-pandangan yang sebelum ini belum
pernah kami dengar?” Saya menghadapi hal ini dengan penuh tabah sambil
mempertahankan pandangan. Saya katakana kepada orang-orang yang tidak
bersetuju: “Di antara saya dan kamu ialah al-Quran dan Sunnah. Oleh itu
marilah kita kembali kepadanya.”

Prof Dr Yusuf al-Qadhawi mengharungi tuduhan dan fitnah ini dengan penuh
takwa dan sabar. Kerana beliau sedar dan yakin bahawa hak sentiasa akan
ditentang oleh kebatilan. Malahan al-Quran dan as-Sunnah telah menceritakan
bagaimana sukarnya perjuangan Nabi Muhammad shallahu-alaihi wasalam
menyebarkan risalah tauhid dan membersihkan kesyirikan manusia ketika itu.

Kerana yakin dan tahu bahawa hanya kebenaran yang dibawa, Prof Dr Yusuf
al-Qardhawi tidak berganjak dengan prinsip dan seruan tajdidnya(pembaharuan)
terhadap agama. Kesungguhan dan keyakinan beliau terhadap seruan kembali
kepada al-Quran dan Sunnah (tajdid) atas prinsip dan kefahaman para sahabat
dan tabien, telah memberi pengaruh yang besar dalam dunia Intelektual Islam.

Jika disoroti perjalanan dakwah dan kesarjanaan Al-Qardhawi, ia hanyalah
kesinambungan dan kelansungan perjuangan Ulama-ulama besar sebelum beliau.
Misalnya al-Imam Ibnu Taimiyah dan al-Imam Ibnu al-Qoyim yang sinonim dengan
gerakan Tajdidnya dan usaha mereka memerangi syirik dan bid’ah.

Tuduhan dan fitnah yang sentiasa bermain di bibir masyarakat kepada
al-Qardhawi masih wujud sehinggalah masa kini, setelah beliau dikenali
sebagai Sarjana dan Ilmuan Islam besar. Istilah-istilah Wahabi masih lagi
terus wujud dan diletakkan di bahu beliau. Malahan tuduhan bahawa beliau
Muktazilah serta kafir turut berlegar di kalangan mereka yang membenci tokoh
ini.

Namun, beliau tidak pernah beranjak sedikit pun dari prinsip dan
perjuangannya. Walau ditohmah dan dituduh dengan gelaran Wahabi dan
sebagainya, beliau tidak pernah menganggapnya sebagai batu penghalang kepada
seruannya kepada umat Islam agar kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Menariknya apabila ditanya kepada beliau tentang Muhammad bin Abdul Wahab,
seorang tokoh islam yang dituduh dengan pelbagai tuduhan serta mengaitkan
tokoh ini dengan gelaran Wahabi. Al-Qardhawi menjawab dalam bukunya Feqh
al-Auliyat (Feqah keutamaan) , “Perkara pokok dalam da'wah Imam Muhammad bin
Abd al-Wahhab di Jazirah Arabia ialah pada bidang aqidah, untuk menjaga dan
melindungi tauhid dari berbagai bentuk kemusyrikan dan khurafat yang telah
mencemari sumbernya dan membuat keruh kejernihannya. Dia menulis berbagai
buku dan risalah, serta menyebarkan dan mengamalkannya dalam rangka
menghancurkan berbagai gejala kemusyrikan.”

Justeru, jika ada tokoh atau Sarjana Islam yang membawa misi yang sama dan
seruan yang sama maka bersiap-siaplah untuk mendapat gelaran Wahabi; yang
anda sendiri tidak tahu menahu tentang terminologi ini.

Kepada mereka yang suka bermudah-mudah dan ringan mulut memburukan dan
membuat tuduhan di atas nama agama. Marilah kita muhasabah dan bersikap
amanah dalam menyebarkan ilmu. Buangkan prasangka, sikap ujub serta tabiat
melabel-labelkan orang, lebih-lebih lagi apabila kita bercakap atas tiket
agama. Firman Allah dalam surah al-Hujrat ayat 12, “hai orang-orang yang
beriman. Jauhilah banyak bersangka-sangka, kerana sesungguhnya sangkaan itu
berdosa”

Dikuatkan lagi dengan pesanan Nabi Muhammad shallahu-alaihi wasalam,
“Hati-hatilah kamu terhadap prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu
adalah sedusta-dusta perkataan” (Hadith direkodkan Imam Bukhari).

Maka beruntunglah mereka yang tetap di jalan kebenaran, dan jika anda berani
untuk mengaku sebagai wahabi, hafallah dan telanlah ucapan HAMKA ini sebagai
panduan apabila diasak dengan soalan, “Adakah anda Wahabi?.”

“Bagi kami yang dikatakan kaum muda itu tidaklah keberatan jika dituduhkan
Wahabi. Kalau 20 atau 30 tahun yang lalu semasa pengetahuan agama hanya
boleh dipercayai oleh mufti-mufti sahaja, mungkin orang takut dikatakan
Wahabi. Tetapi sekarang orang telah tahu bahawa Wahabi tidak lain adalah
daripada penganut Mazhab Hanbali yang keras mempertahankan Sunnah. Dan yang
berpengaruh memperbaharui (Tajdid) faham Mazhab Hanbali itu ialah Syeikhul
Islam Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qoyim. Oleh sebab itu bagi kami dituduh Wahabi
bukanlah satu penghinaan.” (Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah dalam
tulisannya terhadap Mufti Johor as-Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad pada
tahun 1958)

Naz : Jangan berburuk sangka jika tiada bukti yang kukuh...

Sunday, December 27, 2009

Perangkap maut


Oleh Mohd Azis Ngah

MUSIM cuti sekolah ini pasti dipenuhi pelbagai aktiviti seperti mengunjungi tempat menarik atau pun melawat saudara mara. Kesempatan itu bagaimanapun, memerlukan individu memandu pada tempoh lama. Ada yang suka memandu pada awal pagi dan tidak kurang juga yang gemar memulakan perjalanan pada sebelah malam.


Memandu pada waktu tengah hari misalnya, mudah mengundang rasa mengantuk, apatah lagi berada di dalam kenderaan yang dipasang sistem pendingin hawa yang berfungsi baik sekali gus mewujudkan suasana selesa untuk melelapkan mata.

Atas dasar itu serta nasihat kepada pengguna jalan raya supaya berhenti rehat jika rasa mengantuk, sememangnya memberikan banyak pilihan kepada pemandu untuk berehat seketika dan tidur di dalam kenderaan.

Tidak hairanlah jika berhenti di mana-mana kawasan rehat sepanjang lebuh raya, pasti kelihatan kenderaan yang enjin dan pendingin hawa dihidupkan dengan pemandunya kelihatan terbaring diulit lena, mungkin kerana terlalu penat selepas memandu lama.

Namun, mungkin ramai tidak menyedari bahawa peredaran udara di dalam kenderaan statik atau tidak bergerak dan dipasang pendingin hawa adalah jauh berbeza dengan kenderaan yang bergerak dan turut dipasang pendingin hawa.

Hakikatnya, kenderaan bergerak mempunyai suhu dalaman yang lebih sejuk kerana mendapat bantuan udara luar semasa bergerak berbanding kenderaan statik yang agak panas disebabkan hanya bergantung kepada pengedaran dalaman saja.

Ini bermakna, tidur dalam kenderaan dengan sistem pendingin hawa terpasang juga berisiko, bukan setakat boleh menghilangkan penat dan mengantuk, bahkan boleh menyebabkan nyawa melayang jika berlaku masalah kebocoran tanpa disedari.

Tidak hairanlah istilah mati ketika tidur dalam kenderaan, sememangnya biasa didengari. Malangnya, tidak ramai berminat membincangkannya sedangkan aspek keselamatan inilah yang menentukan sama ada anda selamat dalam kenderaan sendiri atau kereta itu sebenarnya menjadi perangkap maut.

Lebih sukar, lazimnya pengguna jarang menyedari berlakunya masalah seperti kebocoran pada sistem pendingin hawa atau terhidu gas karbon monoksida berlebihan yang menjadi antara punca mati mengejut di dalam kenderaan.

Pengerusi Persatuan Automobil Malaysia (AAM), Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha, menjelaskan kebocoran yang kerap berlaku pada sistem kenderaan ialah membabitkan sistem ekzos, sistem brek dan ‘clutch,’ sistem enjin seperti minyak enjin dan minyak transmisi.

Kebocoran juga boleh berlaku pada sistem penyejukan iaitu radiator, hose atau saluran, pam air dan gas pendingin hawa.

“Jika kebocoran pada sistem hawa dingin, ia boleh dikesan dengan alat ‘gas leak detector.’ Biasanya, jika ada masalah kebocoran gas, ia akan berlaku pada penyambungan atau ‘cooling coil’ dan gas berkenaan akan meresap ke udara.

“Jenis gas yang digunakan adalah freon Gas (R134a) tetapi ia tidak beracun, mesra alam, tidak mengandungi CFC (Clorofluro Carbon), tidak berwarna, tidak berbau dan tidak menyumbang kepada kenipisan lapisan ozon,” katanya.

Namun, kata Tunku Mudzaffar, walaupun gas hawa dingin jenis R134a dikategorikan sebagai mesra alam dan selamat, ia cuma banyak digunakan untuk kenderaan baru sedangkan kenderaan lama yang dikeluarkan sebelum 1990 sebenarnya menggunakan gas berbeza iaitu jenis R12.

“Gas R12 mengandungi CFC (ClorofluroCarbon), tidak mesra alam dan turut menyumbang kepada kepanasan rumah hijau. Sebab itulah, perlu ditegaskan, bukan semua jenis kenderaan yang sama jenis mempunyai tahap keselamatan yang sama, bergantung kepada usia, tahap penggunaan dan kerosakan,” katanya.

Paling penting, kata Tunku Mudzaffar, orang ramai perlu maklum akan kepentingan sistem pendingin hawa itu sendiri.

“Sistem penghawa dingin dipasang bertujuan mewujudkan rasa selesa kepada penumpang dan pemandu, bukannya untuk tidur lama. Oleh itu, pemilik kenderaan perlu pastikan sistem kenderaan mereka diselenggara setiap enam bulan sekali.

“Buang sikap tidak ambil peduli kerana ini bukan setakat soal keselesaan semata-mata tetapi keselamatan nyawa sendiri dan orang tersayang,” katanya.

Justeru, katanya, selain lebih peka kepada kepentingan penyelenggaraan, pemilik kenderaan juga perlu mengamalkan perbuatan membuka bonet kereta dan periksa secara kasar setiap pagi ketika memanaskan kenderaan.

“Itu amalan yang baik kerana jika berlaku kebocoran serius, kita boleh kesan awal,” katanya.

Apakah pula masalah yang timbul jika berlaku kebocoran pada ekzos, kaburator yang dikatakan boleh menyumbang kepada penghasilan racun akibat penghasilan karbon monoksida yang terlalu banyak?

Ini menyebabkan penggunaan minyak petrol yang berlebihan, enjin hilang kuasa dan jika gas karbon monoksida masuk ke dalam kenderaan, ia akan menyebabkan pemandu, penumpang berasa pening, loya, kurang selesa dan beracun.

“Jika karburator bocor dan mengalir ke kawasan panas seperti ekzos, ia boleh menyebabkan kebakaran. Pemandu dan penumpang akan berasa kurang selesa, sesak nafas jika bau petrol merebak ke dalam kenderaan.

“Itulah antara punca yang menyebabkan kematian mengejut disebabkan terhidu gas karbon monoksida terlalu lama dan jika terbakar, pemandu mungkin terperangkap di dalam kenderaan kerana sedang tidur,” katanya.

Ada yang menasihatkan jika ingin tidur di dalam kenderaan, pastikan cermin tingkap tidak ditutup terlalu rapat bertujuan memastikan berlakunya pengedaran keluar masuk udara di dalam dan luar kenderaan. Bahkan, jika berlaku kebocoran gas, ia tidak terperangkap sepenuhnya di dalam kenderaan.

INFO: Bagaimana karbon monoksida membunuh?
#
Karbon monoksida - sejenis gas tidak berbau dan berwarna ini yang dilepaskan ekzos kenderaan dan boleh meresap masuk ke dalam kereta apabila berlakunya kebocoran.

#
Ia menjadi racun apabila ia diserap pantas ke dalam saluran darah dan menghalang oksigen dalam badan selain menyebabkan kerosakan pada sistem saraf pusat.

#
Mereka yang menghidap penyakit tertentu seperti penyakit jantung dan paru-paru amat mudah terdedah kepada bahaya gas ini. Begitu juga dengan bayi, kanak-kanak, wanita hamil dan warga tua.

Naz : Kadang2 bawak moto... jimat masa, jimat minyak..

Saturday, December 26, 2009

TIGA BELAS AURAT WANITA


Email dari : Ida

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.......jadi hantu loceng..........

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.




Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Naz : :)

Friday, December 25, 2009

Hargailah isteri anda......


Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini

Naz : Mari sebarkan... :)

Wednesday, December 23, 2009

Menguap & bersin


Sedarkah kita selama ini di dalam kita menguap dan bersin, sebenarnya di sana
Islam telah ada suatu garis petunjuk yang perlu kita ambil tahu mengenainya?

Berkenaan dengan menguap, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahukan
kepada kita bahawa ia adalah dari Syaitan. Maka, apabila kita menguap atau terasa
hendak menguap, maka hendaklah kita menahannya atau jika tidak mampu menahannya,
hendaklah kita menutupnya (menutup mulut ketika menguap). Bukan sahaja sekadar
menutup dan menahan diri dari menguap (dengan sedaya upaya), tetapi hendaklah juga
kita mengelak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Kerana apabila seseorang itu
menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana
sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim,
Kitab az-Zuhud, hadis no. 7129)

Juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah
(dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang
itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis
Riwayat al-Bukhari, Kitab Permulaan Penciptaan, hadis no. 509)

Manakala berkenaan dengan bersin pula, ia adalah suatu yang disukai oleh Allah,
yang mana berbeza dengan perbuatan menguap tadi yang ianya adalah dibenci oleh
Allah. Apabila seseorang itu bersin, maka dengan itu hendaklah dia memanjatkan
pujian kepada Allah, dan kepada saudaranya yang mendengar saudaranya yang bersin
itu, maka hendaklah dia mendoakannya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
bersabda,

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci tindakan menguap. Maka apabila
seseorang itu bersin, maka pujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”).
Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi
tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu
dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Manakala
menguap, ia adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap,
tahanlah ia dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu
menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat
al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 242)

Di dalam riwayat yang lain, juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah ia memanjatkan pujian kepada Allah
(dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar
saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan
saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi
rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “
يَرْحَمُكَ اللهُ”, maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” (Semoga
Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).” (Hadis Riwayat
al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 243)

Dalam hadis yang lain, dinyatakan bahawa orang yang bersin yang mendengar
saudaranya mendoakannya, maka dia boleh juga mengucapkan (selain di atas),

يَغْفِرُاللهُ لَنَا وَلَكُمْ

“Semoga Allah mengampuni diri kami dan kamu.” (Hadis Riwayat at-Thabrani. Lihat di
dalam Shahih al-Jami’ oleh Syaikh al-Albani)

Atau, di dalam sebuah atsar dijelaskan, dari Nafi radhiyallahu ‘anhu,

“Apabila Ibnu Umar (radhiyallahu ‘anhu) bersin dan seseorang mengucapkan:

“يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya), maka dia (Ibnu Umar)
mengucapkan:

“يَرْحَمُنَ اللهُ وَ يَغْفِرْ لَنَا وَلَكُمْ” (Semoga Allah memberi rahmat ke atas diri kami dan
kamu)”. (Hadis Riwayat Imam Malik di dalam Muwaththa’, 54/5)

Juga adalah suatu sunnah, apabila seseorang itu bersin, hendaklah dia menutup atau
meletakkan tangannya atau bajunya (atau kain yang seumpamanya) kepada mukanya
sambil merendahkan mukanya dan memperlahankan suaranya.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (maksudnya),

“Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersin, beliau meletakkan
tangannya atau kain bajunya ke mulutnya (untuk menutupnya) sambil memperlahankan
suaranya (bunyi bersin).” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, hadis no. 5011.
Lihat juga di dalam Shahih Sunan Abi Daud oleh Syaikh al-Albani)

Naz : Kalu sendawa sebutlah Alhamdulillah...

Tuesday, December 22, 2009

Husband, wife & beautiful fairy


A married couple in their early 60s was celebrating their 40th wedding anniversary in a quiet, romantic little restaurant.

Suddenly, a tiny yet beautiful fairy appeared on their table.

She said, 'For being such an exemplary married couple and for being loving to each other for all this time, I will grant you each a wish.'

The wife answered, 'Oh, I want to travel around the world with my darling husband.'

The fairy waved her magic wand and - poof! - two tickets for the Queen Mary II appeared in her hands.

The husband thought for a moment: 'Well, this is all very romantic, but an opportunity like this will never come again.

I'm sorry my love, but my wish is to have a wife 30 years younger than me.'

The wife, and the fairy, were deeply disappointed, but a wish is a wish.

So the fairy waved her magic wand and poof!...the husband became 92 years old.

The moral of this story: Men who are naughty should remember fairies are female.....

Naz : Ahaks..

Monday, December 21, 2009

Aku terpaksa menjadi gigolo


Teman-teman, Bacalah kisah di bawah ini: (Cubalah ambil hikmahnya..)

Seorang pemuda frust mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik. Si pemuda itu merasa ne r vous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain. Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok. Semakin di fikir seperti itu, b e rahinya juga makin muncul.

Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus.
Akhirnya dia membuka semua bajunya, dan menunggu di bilik. "Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.

Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecil.

Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu, "Tengok ni, Wati dan Budi, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni"


Huahaha..ha. .ha..





Waaaaaaaaaa Serius nampak Baca tuuuu...
pergi kerja! kerja!




Naz : Sekali sekali kenakan korang seronok gak.. hahahaha..

Sunday, December 20, 2009

CEGAH PENYAKIT DGN MENJAGA PERUT KITA AJARAN NABI S.A.W.


Kita kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau kita sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada kita .

Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, ke sayangan kita maksudnya:

“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan.

Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya:

“Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)

6. Selalu lah membaca Bismillah memasa minum dan makan apa apa .

Oleh itu jagalah cara pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya.

Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah)

Naz : Makan sehari sekali...

Saturday, December 19, 2009

Strategi Mendidik Isteri


Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah bekalkan kepada kita kaum lelaki kekuatan akal yang rasional tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Firman Allah yang bermaksud:

“lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”

Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri - makhluk yang kuat perasaannya.

Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.

Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah prasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendekata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.

Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa belajar sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran kita.

Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf.

Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah saw. Tatkala Rasulullah saw lalu di sebelah rumahnya dia akan membaling sampah kepada Rasulullah saw. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah saw. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Rasulullah lalu di sebelah rumahnya. Tetapi sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda Rasulullah saw.

Suatu hari Rasulullah rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Rasulullah sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu menyebabkan terbuka hatinya memeluk Islam.

Pada masa yang lain, pernah Rasulullah melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu baginda memberi salam. Tetapi tiada siapa pun yang menjawab salam baginda. Baginda memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua mereka menjawab, “Kami sengaja mahu Rasulullah saw mendoakan untuk kami.”

Begitu Rasulullah saw mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Rasulullah masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kita kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kita kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, kita kaum lelaki mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.

Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah dan bertanya tentang mandi hadas. Rasulullah menjawab, “Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya.” Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya, “Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?” Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah meminta kepada Siti Aisyah supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata, “Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti,”

Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin.

Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, kita hendaklah merendahkan sifat ego kita. Seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah tatkala bersama Siti Aishah. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang dalam perlumbaan tersebut. Bermakna sewaktu bersama isteri adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan.

Sebagai orang yang ditua-tuakan dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami. Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala dia sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela,Katrina dan lain-lain).

Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.

Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Saya bukanlah menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya.

Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah saw. Suatu hari isteri-isteri datang menemui baginda dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya, “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?” Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian.

Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada dikalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang lain.

Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah saw mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain. Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah saw menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan.

Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, baginda pun berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.

Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:

“Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.”

Apabila wanita dapat dididik dengan betul maka ia dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah akan membahagiakan seluruh isi alam.

Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: ” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Naz : Bukan senang nak jadi ketua keluarga...

Friday, December 18, 2009

Mengenal Penyakit Fibroid


Mengenal Penyakit Fibroid

Pendahuluan.

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan di dalam rahim wanita. Perlu diigatkan bahawa walaupun ianya juga disebut sebagai fibroid tumour, 99% darinya adalah tidak merbahaya dan tidak merebak (tidak seperti cancer). Dengan kata-kata lain ianya adalah benign tumour.(sila rujuk istilah tumour). Nama lain bagi fibroid adalah leiomyoma.

Punca penyakit.

Fibroid kerap terjadi kepada wanita iaitu hampir 20% wanita mempunyainya. Kekerapannya bertambah dengan pertambahan umur. Tetapi kebanyakkannya adalah kecil dan tidak mendatangkan apa-apa tanda.

Otot yang membentuk rahim adalah dari jenis yang dipanggil “smooth muscle”. Fibroid berasal dari ketumbuhan yang terjadi pada otot tersebut. Kedudukannya adalah samaada:-

1) Didalam dinding rahim sendiri (intramural) - tidak memberi apa-apa kesan.kecuali jika saisnya amat besar.

2) Melekat dan bergantung pada luar rahim (subserous/subperitoneal) - Boleh menyebabkan kesakitan dan boleh menekan pundi kencing (menyebabkan kerap membuang air kencing ataupun tidak boleh membuang air kencing bergantung kepada kedudukannya) dan mendatangkan sakit pinggang. Jikalau amat besar boleh menghalang pembesaran bayi ketika hamil.

3) Melekat dan bergantung kearah dalam dinding rahim (submucous) - Hanya 5% adalah jenis ini. Ia biasanya membawa masalah iaitu pendarahan yang banyak (darah istihadah), kerap dan menyebabkan keguguran. Jenis inilah yang biasanya dikenali kerana masalah yang disebabkan olehnya.

Pembesaran fibroid bergantung kepada sejenis hormon wanita yang dipanggil oestrogen. Hormon ini bertambah ketika mengandung dan juga terdapat dalam kebanyakan pil perancang keluarga. Kerana itulah fibroid membesar ketika mengandung dan ketika memakan pil ini. Makanan yang mengandungi cholestrol tinggi boleh meninggikan kandungan hormon ini.

Kadang-kadang fibroid boleh mereput secara tiba-tiba (red degeneration), terutama sekali ketika mengandung dan menyebabkan pendarahan yang banyak, kesakitan dan demam. Sekali-sekala ia boleh mengeras (calcify) iaitu bahan galian didalam badan memasukinya dan menjadikannya keras seperti batu. Setelah putus haid, pengeluaran hormon oestrogen terhenti jadi fibroid boleh mengecil dan tidak lagi memberi masalah kepada pesakit.

Rawatan.

Dukacita dimaklumkan pilihan rawatan tidak banyak dan tidak begitu menyenangkan hati. Jikalau ia benar-benar mendatangkan masalah dan pesakit sudah mempunyai ramai anak, pembedahan pembuangan rahim boleh dilakukan. Bagi wanita muda yang menggunakan pil perancang oestrogen, ianya akan ditukar kepada jenis lain.

Selain dari itu, keadaan seperti “putus haid” boleh dibuat menggunakan sejenis ubat yang dinamakan LHRH analogues untuk mengecutkan fibroid. Masalahnya ia mempunyai kesan sampingan (menyebabkan osteoporosis) dan kesan lain, jadi nasihat pakar amat diperlukan. Masalah lain ialah fibroid boleh tumbuh semula apabila ubat ini dihentikan.

Fibroid boleh dibuang dengan pembedahan (bergantung kepada kedudukannya) tetapi jika berlaku pendarahan yang tidak terkawal ketika pembedahan, doktor terpaksa membuang terus kesemua rahim pesakit. Satu ketika dahulu teknik pencucian rahim (dilatation and currettage, D&C) digunakan sebagai rawatan, tetapi oleh kerana kajian menunjukkannya tidak berkesan jadi kebanyakan pusat rawatan moden tidak lagi melakukannya.

Ramalan

Setelah putus haid, pengeluaran hormon oestrogen terhenti jadi fibroid boleh mengecil dan tidak memberi masalah kepada pesakit.

Thursday, December 17, 2009

Akhlak Bezakan Manusia Dengan Haiwan


AKHLAK adalah suatu fenomena kemanusiaan yang tidak terpisah daripada kehidupan setiap manusia walaupun golongan yang rendah tahap tamadunnya, bahkan masyarakat primitif sekalipun.

Manusia dikenali sebagai makhluk yang hidup bermasyarakat. Dalam kehidupan itu manusia melaluinya dengan peraturan tertentu yang dinamakan akhlak. Cuma yang berbeza dari segi baik atau buruk akhlak dipersembahkan.
Sekiranya ada manusia di dunia ini yang mendakwa tidak mempunyai agama atau menganuti fahaman bebas sepenuhnya, akhlak yang tersemat pada dirinya itulah juga sebagai ganti agama dan itulah agamanya.

Akhlak dalam kehidupan manusia amat jelas, malah didorong rasa ingin mengetahui, aspek itu menjadi suatu bahan pemikiran dan penyelidikan secara khusus dalam pelbagai bidang sejak zaman berzaman.

Semua pengkaji mendapati akhlak menjadi satu daripada aspek yang menjelaskan lagi bukti perbezaan antara manusia dan haiwan.

Daripada kesan dan bukti sejarah perkembangan, kemajuan serta tamadun manusia menunjukkan kekuatan dan keutuhan suatu umat atau bangsa dan tamadunnya bergantung pada dua unsur.

Pertama, kekuatan dan keutuhan kebendaan, manakala yang kedua keutuhan dan kekuatan akhlaknya.

Dua unsur terbabit sama-sama diperlukan, kerana ketiadaan satu daripadanya tidak akan membawa kepada kekuatan suatu umat atau bangsa di dunia.

Kecemerlangan dan kegagalan, ketinggian dan kerendahan, kemajuan dan kemunduran, malah kekuatan serta kelemahan sesuatu bangsa bergantung kepada dua unsur terbabit.

Tetapi sekiranya diperhatikan dengan lebih teliti, antara dua kekuatan terbabit akan zahir kekuatan sebenar sebagai tenaga berkesan serta penentu kepada kesejahteraan hidup manusia dan tamadunnya atau sebaliknya.

Kekuatan itu ialah akhlak yang disifatkan sebagai kekuatan maknawi, bukannya kekuatan kebendaan (maddi), sedangkan dunia kini lebih banyak memberi fokus kepada unsur kebendaan, dengan mengambil mudah aspek akhlak.

Oleh kerana itu dapatlah dirumus, kejayaan dan kemajuan, ketinggian dan kesejahteraan bangsa adalah kekuatan serta keutuhan akhlaknya.

Walau betapa membangun sesebuah negara itu, megah bersama bangunan pencakar langit dan teknologi moden, tetapi jika bangsanya rendah budi bahasa dan buruk akhlaknya, sudah tentu negara terbabit tidak dijulang serta tidak disebut-sebut.

Lihat saja bangsa yang menjadikan rasuah sebagai amalan, tidak dipandang tinggi masyarakat antarabangsa, walaupun pembangunan di negara terbabit tidak kurang hebat, malah bilangan rakyatnya melebihi daripada sesetengah negara lain.

Ringkasnya akhlak itulah yang akan merendahkan atau meninggikan suatu umat dan bangsa. Akhlak itulah yang akan melemahkan atau memajukan dan dengan faktor itulah akan membuatkan bangsa itu derita, sejahtera, cemerlang atau binasa.

Pantun Melayu lama berbunyi:

Kukuh rumah kerana sendi
Rosak sendi rumah binasa
Kukuh bangsa kerana budi
Rosak budi bangsa binasa.

Contoh kehancuran umat manusia di zaman silam disebabkan keruntuhan akhlak jelas di depan kita, yang boleh diteladani melalui kisah dipaparkan al-Quran serta hasil penemuan dan kajian ahli arkeologi, seperti generasi manusia yang rendah akhlak di zaman Nabi Luth a.s.

Umat terbabit menerima musibah kerana sudah ketandusan dan kekeringan unsur kemuliaan akhlak. Mereka pupus benih kebaikan, dilanda keruntuhan dan kerosakan akhlak yang melampau-lampau, sehingga disifatkan al-Quran sebagai umat yang zalim.

Kehancuran umat terbabit dan kebinasaannya sebagai akibat daripada sebab keruntuhan akhlak, adalah suatu sunnah atau suatu undang-undang yang pasti kepada setiap umat dan bangsa di dunia.

Justeru, akhlak walaupun aspek yang sering dipandang remeh oleh banyak pihak, ia sebenarnya nadi utama dalam mewujudkan keseimbangan riwayat hidup setiap manusia, umat dan tamadunnya.

Nabi s.a.w ada bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.” (Riwayat al-Hakim)

Naz : Perindahkan akhlak...

Wednesday, December 16, 2009

Himpunan petua (II)


Sakit Kepala
Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.

i.Punca Dari Pakaian
Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan
ii.Punca Dari Cahaya
Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang
iii.Punca Dari Mata
Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala
iv.Punca Dari Penyakit
Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.
v.Punca Dari Kepala
Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala

Ubat sakit kepala

i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera.

atau

ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.

Cirit-Birit
Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya). Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut

Kencing Tidak Lawas
Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.

Menyembuhkan Luka
Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.

Menyembuhkan sakit gigi
Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.

Untuk mendapat anak
Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut.

Jika terlekat tulang
Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan. Insya-allah ,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.

Untuk mengubati penyakit batu karang
Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.

Panawar racun dan sengatan binatang berbisa
Ramuannya;madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati, kemudian diminum.

Penawar jika dipatuk ular
Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.

Penawar gigitan anjing gila
Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.

Untuk merawati masalah batuk kering
Ramuannya;1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut.

Penawar sesak nafas
Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.

Penyakit gagap
Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan.

Batuk Biasa
Ramuannya;bawang putih dan madu.Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari.Setiap kali makanberatnya sebanyak 100gm untuk sekali makan.Amalkan selama 3-7 hari.

Benjol dan luka yang teruk
Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.

Mempercepatkan penumbuhan rambut
Ramuannya;darah kambing dan madu.Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali.

Mata berselaput
Bahan-bahannya;Buih laut dan madu. Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu, kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.

Penjagaan badan supaya sentiasa langsing
Ramuan;halia,telor ayam kampung dan madu.Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya.Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap.Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah.

Pelembap muka
Ramuannya;kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar.Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah.Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan ini, insya-allah kulit muka akan menjadi lembab dan segar.

Membersihkan Muka
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.

Deman Selsema
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.

Tuesday, December 15, 2009

Himpunan petua (I)


Himpunan Petua

Sakit bahagian buah pinggang
Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.

Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.

Sakit siplis
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.

Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

Bisa-bisa tulang
Dapatkan “akar sakit lelaki” sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

Lemah jantung dan darah tinggi
Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu. Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.

Kencing manis
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana. Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.

Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

Demam kuning
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

Penyakit kuning
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

Demam Berdarah
a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera
b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut

Cara-cara mengurangkan demam
a.Beri pesakit minum air yang banyak
b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal

Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya
b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:

“Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu”

Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.

Pening Kepala
Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.

Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.

Ubat Kencing Batu
Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.

Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik
Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong == 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.

Naz : Bersambung esok...

Monday, December 14, 2009

SILA BACA



Email dari Man...

baca skiranya anda mngaggap diri anda beragama islam!

sebelum kamu baca,saya berjanji untuk menyampaikan mesej ini kepda kawan-kawan saya yang lain dalam lingkungan tiga hari selepas habis membaca surat ini.

wahai manusia,adakah iman kamu kuat atau lemah. adakah kamu berani untuk melawan DAJJAL.iman kamu hendaklah kuat dan hendaklah kamu jangan memikirkan kamu kuat.surat-surat berantai,mesej palsu,mesej nasib adalah semua tidak bagus.mempercayai nasib adalah fasik.hendaklah kamu membaca surah al-kahfi setiap masa yang lapang.

dajjal akan keluar apabila MasjidilAqsa tidak berazan selama 5 atau 7 hari. kemungkinan pada 21/12/2012. ramai orang fikir itu tarikh kiamat. TIDAK!!!! Nabi Isa tidak turun utuk berdakwah lagi selama 7 tahun!! dajjal ada 30. semuanya akan insaf sebelum mati. dikatakan dajjal benar akan berkuasa selama 44 hari atau tahun. jangan takut... dajjal tidak boleh masuk baitul maqdis,mekah dan madinah.

ya'juj dan makjuj tidak muncul lagi. kaum yang telah dkepung dan diperangkap oleh raja zulqarnain dan kaumnya serta membina dinding tinggi yang diperbuat daripada besi dan tembaga. haiwan yang aneh,ad-dabah,tidak keluar lagi.haiwan sepanjang 60 hasta ini membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman. matahari masih tidak terbit dari tempat terbenamnya bermakna pintu taubat masih terbuka.

kekurangan gempa bumi dan gunung berapi mengakibatkan tekanan pada bumi lalu mereka bencana terbesar di dunia. laut akan kering dan menjadi gurun. neraka jahannam akan terbuka pintunya. kiamat akan berlaku apabila tiada orang menyebut nama ALLAH.

sebarkan kepada orang lain terutamanya umat islam. sesunguhnya kiamat adalah jari hantu dan kelahiran Rasul Allah SAW adalah jari telunjuk.betapa dekatnya kiamat itu.sebarkan lah kerana kamu telah berjanji di awal surat ini. jika kamu tidak menghantar surat ini seperti janji yang kamu telah kotakan. sesungguhnya orang yang mungkir janji dia adalah munafik. dan orang munafik dimurkai ALLAH!!!!!!

Naz : Jangan terpengaruh dakyah dari barat...

Saturday, December 12, 2009

Hujan meteor geminid hiasi langit awal pagi 13 & 14 Disember 2009

Dipetik dari : http://myadha.blogspot.com



Hujan meteor menghiasi pusat kaji bintang Beijing, China pada 1998. Fenomena serupa dijangka berlaku pada esok atau Isnin jika melihat ke arah sebelah timur terutama awal pagi.

Oleh RAMLI ABDUL SAMAD

Satu daripada fenomena cakerawala menarik sepanjang tahun ini ialah hujan meteor geminid. Meteor adalah tahi bintang. Tahi bintang boleh kelihatan saban malam ketika ruang angkasa tidak dilindungi awan atau diganggu oleh cahaya lampu.

Tahi bintang ini kelihatan sekali sekala, tidak kelihatan seperti datang menurun dalam jumlah yang banyak. Jika anda ingin melihat tahi bintang dalam jumlah yang banyak, buatlah perancangan dan persediaan pada awal pagi esok atau Isnin ini sekitar jam 2 pagi hingga ke fajar menyinsing.

Itulah waktu kemuncak hujan meteor geminid yang pasti akan berlaku seperti diduga oleh ilmuwan astronomi. Di seluruh dunia, berjuta-juta peminat astronomi sama ada di kalangan amatur atau profesional akan turut mendongak ke langit ke arah Timur menghadap gugusan Gemini bagi menyaksikan satu sajian alam semesta yang menawan ini.

Tahi bintang geminid boleh dilihat di pelosok mana saja, dari kedua-dua hemisfera selatan dan utara dunia. Sebenarnya meteor geminid sudah boleh kelihatan mulai selesai waktu senja tetapi kekerapannya atau pesta tahi bintang geminid akan berlaku selepas tengah malam dan memuncak pada waktu pagi.

Pada awal pagi, tarikh berkenaan dijangkakan kita boleh melihat sekurang-kurangnya 100 tahi bintang dalam tempoh waktu sejam. Fenomena ini bagaikan menghiasi ruang langit yang gelap itu. Ia kelihatan indah dan fenomena ini dikatakan sebagai suatu sajian cakerawala paling menarik bagi menutup tirai fenomena astronomi untuk 2009.

Kita akan dihidangkan satu pertunjukan bola api kecil yang menyeberangi langit. Bagi tahun ini ia berlaku ketika anak bulan belum muncul, bererti tiada sinaran bulan yang boleh menjejas penglihatan kita terhadap fenomena itu.

Tahun lalu, kemuncak hujan meteor geminid terjadi pada saat serentak purnama penuh. Sajian hujan meteor geminid ini akan mengatasi hujan meteor perseid dan leonid yang berlaku masing-masing pada Ogos dan November lalu.

Apa yang sebenarnya berlaku tatkala fenomena ini? Apabila bumi berputar dan menghadap buruj Gemini, maka akan kelihatan tahi bintang turun bagaikan hujan yang terang lagi jelas seakan-akan bersumber daripada gugusan itu, lantas namanya meteor geminid.

Tahi bintang berupa kerlipan cahaya yang terang itu berhayat tidak sampai dua saat. Ia bergerak dengan kelajuan sekitar 35 kilometer sesaat. Kelajuan meteor geminid menembusi atmosfera bumi dikategorikan sebagai meteor yang berkelajuan sederhana.

Jika tahi bintang itu sampai ke daratan bumi, ia menjadi meteorit. Jika kita halusi cahaya meteor geminid terpantas, ia kelihatan berwarna kuning dan biasanya pula berwarna kebiruan. Jaluran cahaya itu adalah akibat serpihan daripada objek langit, digelar 3200 phaethon, juga dinamakan sebagai komet purba yang sudah mati memasuki atmosfera bumi.

Pergeseran itu menyebabkan terjadinya jaluran cahaya di angkasa bumi. Serpihan itu yang terdiri daripada ais atau debu tidak tahan lama. Ia terbakar dan meninggalkan kesan jalur cahaya yang indah dilihat.

Meteor geminid dikesan sejak 150 tahun dulu dan dipercayai setiap tahun ia akan bertambah jelas dengan syarat cuaca ketika melihatnya adalah gelap gelita. Pada tahun ini, objek 3200 Phaethon berada pada jarak 18 juta kilometer dari bumi, jarak terdekat pernah ia hampiri. Objek langit 3200 Phaethon adalah sebesar saiz bumi.

Jadi bersedialah menunggu detik awal pagi 13 dan 14 Disember ini. Pada waktu itu nanti, hujan meteor geminid pasti terjadi. Hujan meteor geminid adalah peristiwa yang terjadi setiap tahun dan dianggap paling memberikan pertunjukan yang memuaskan.

Jika ditakdirkan malam 12 Disember hingga Isnin ini bercuaca baik, maka anda boleh melihat hujan meteor geminid dan menikmati pengalaman bahawa anda benar-benar melihat hujan meteor.

- BERITA HARIAN

Naz : Tak sabar nak tengok langit... Subhanallah..

Window washer





Naz : Hmmm..... part time also can???

Friday, December 11, 2009

RON95 vs RON97


Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
@majalahkereta.com.my

Ada orang menyatakan petrol A lebih baik daripada petrol B atau minyak B lebih bagus daripada bahan api C. Adakah itu benar?

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.

TIDAK pasti tentang kualiti petrol untuk kereta anda? Sila rujuk pemberitahuan yang ada pada tangki kereta, buku manual atau berhubung terus dengan pengeluar kereta.

Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.

Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai ‘pakar’ automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.

Baca dengan teliti kerana sebahagiannya memberi fakta yang songsang. Ringkasnya begini, mengapa anda perlu membeli pakej Streamyx 4.0 mbs sedangkan kelajuan 384kb sudah mencukupi untuk hanya memeriksa e-mel dan membaca kosmo.com.my?

Naz : Tengah menanti enjin berasaskan air...

Thursday, December 10, 2009

Meningkatkan Daya Ingatan dan Otak


Otak kita sentiasa perlu diaktifkan untuk meningkatkan dan memanjangkan keupayaannya. Otak yang sentiasa aktif akan menajamkan daya ingatan agar tidak dimakan usia.

Tidak semua aktiviti yang kita lakukan akan mengaktifkan semua bahagian otak. Sebagai contoh menonton TV hanya melibatkan bahagian kecil otak sahaja yang berfikir. Jika kita mahu otak berfikir secara keseluruhan, aktiviti-aktiviti berikut boleh membuat otak berfikir secara keseluruhan menggunakan semua bahagiannya.

Membaca menambah ilmu. Ia juga turut mengaktifkan otot untuk berfikir secara keseluruhan. Membaca dengan kuat dengan mulut menyebut satu-satu perkataan kedengaran di telinga sendiri lagi menambah aktiviti otak. Ianya merupakan aktiviti yang melibatkan banyak organ dan deria. Antaranya mulut yang bercakap, mulut yang mendengar dan otak yang berusaha untuk membaca. Aktiviti otak akan lagi bertambah apabila bacaan mulut dilakukan dengan lebih laju lagi.

Aktiviti menulis turut dikatakan boleh meningkatkan aktiviti otak secara menyeluruh. Adalah dicadang, sambil menulis, baca semula apa yang ditulis secara kuat agar didengar oleh telinga.

Aktiviti-aktiviti kiraan metamatik mudah dapat meningkatkan aktiviti otak.

cara yang paling berkesan menurut dr adalah melalui latihan matematik mudah yang dibuat secara cepat. Sebagai contoh latihan matematik

1 darab 8
6 campur 4
6 bahagi 3
4 tolak 2

ia nampak mudah namun begitu menurut kajian latihan mudah matematik meningkatkan lagi aktiviti otak. Lagi cepat latihan dibuat lagi meningkat aktiviti otak.

Untuk mendapatkan lagi latihan-latihan matematik mudah, dicadangkan penggunaan buku matematik PMR atau buku latihan matemaik darjah 5 dan 6. Ia mungkin latihan mudah bagi kita tapi ia adalah senaman otak agar otak terus terasangan dan berfungsi sehingga hari tua.

latihan mudah matematik adalah umpama senaman jalan perlahan di taman dilakukan selama 1 jam 3 kali seminggu. Walaupun perlahan ia merupa senaman yang terbaik untuk sepanjang hayat. Begitu juga otak ia perlukan senaman otak yang melibatkan semua bahagian otak untuk terus mengekalkan fungsinya.

latihan mematik mudah, membaca dengan mulut adalah baik dilakukan pada waktu pagi. Waktu pagi otak masih segar dan berfungsi paling aktif.

jumlah soalan matematik adalah sebaiknya 100 soalan setiap kali latihan. Dicadangkan kertas latihan dibuat salinan sewaktu masih kosong. Latihan matematik otak ini perlu dijalankan berulang kali dengan soalan yang sama. Setiap latihan perlu diambil masa dan berapa jumlah jawapan yang betul.

Kita boleh lakukan ia dengan berselang hari. Hari lain buatlah latihan secara membaca dengan mulut.

Latihan sebegini mengambil masa. Perubahan sepatutnya dirasa selepas 60 hari. Perubahan dinilai dengan jumlah jawapan betul yang meningkat pada masa yang semakin cepat.

Satu lagi latihan matematik yang boleh dilakukan adalah sewaktu memandu kenderaan. Cuba lihat nombor kenderaan disekeliling dan campur ia untuk mendapatkan jumlahnya. Atau pada satu masa lain cuba tolakkan pula untuk mendapatkan jumlah walaupun negatif. Disamping menghilangkan kebosanan sewaktu memandu ia merupakan latihan mengaktifkan otak.

Sudoku
http://en.wikipedia.org/wiki/Sudoku

Sudoku adalah permainan penyelesaian susunan nombor yang dikatakan dapat meningkatkan keaktifan otak. Otak adalah lebih aktif apabila penyelesaian melibatkan lebih banyak anggota badan dan deria. Belilah buku Sudoku yang banyak dipasaran. Cara ini adalah lebih baik daripada menggunakan permainan sama dalam komputer.

Membaca menambah ilmu. Bukan ilmu sahaja malah otak menjadi aktif dan boleh terus kekal ketajaman sehingga hari tua.

Beliau memperkenalkan konsep ini
http://en.wikipedia.org/wiki/Ryuta_Kawashima

Wednesday, December 9, 2009

Menjaga Mata Anda


Dari mata turun ke hati. Kepentingan mata kepada kita terlalu penting
kerana ia adalah deria utama bagi aktiviti harian kita. Kehilangan
kemampuan mata boleh menimbulkan pelbagai masalah, antaranya low
myopia, high myopia dan amblyopia (lazy eye).

otot Cilinary yang mengawal kantat mata menegang sewaktu melihat objek-
objek dekat manakala ia akan mengendur sewaktu melihat objek-objek
jauh.

Aktiviti-aktiviti melihat objek-objek dekat membuat otot mata ini
menjadi penat dan ia boleh menyebabkan mata menjadi rabun. Usia tua
turut melemahkan otot mata dan menjadikan penglihatan semakin rabun.

Penjagaan awal adalah penting. Mata perlu sentiasa direhatkan selepas
melakukan aktiviti yang melibatkan objek-objek dekat seperti
menggunakan komputer, membaca buku dan pelbagai lagi.

Sebagai contoh rehat setiap 45 minit selamat 10 minit sewaktu
penggunaan komputer. Rehat dengan tidak lagi melihat komputer atau
membaca apa-apa dokumen. Alihkan mata kepada pandangan jauh yang dapat
mengendurkan otot mata. Pandangan jauh seperti pokok-pokok hijau,
warna-warna bangunan yang jauh dapat melatih mata berehat.

Lain-lain langkah penjagaan mata yang perlu diambil.

Gunakan kaca mata hitam yang disahkan dapat melindungi mata daripada
sinaran ultra unggu daripada cahaya matahari yerik. Tidak semua kaca
mata hitam boleh melindungi mata ultra unggu, pastikan kaca mata hitam
anda disahkan. Pendedahan lama cahaya matahari terik terhadap mata
boleh menyebabkan katarak dan lain-lain masalah mata.

Jangan sesekali melihat secara terus matahari. Walaupun dengan
penggunaan kaca mata hitam ia masih merbahaya.

Makan makanan berkhasiat dan seimbang. Betacarotene yang kemudian
ditukar kepada vitamin A adalah perlu untuk mata. Sayur-sayuran dan
buah-buahan yang berwarna kuning dan oren mengandungi betacarotene dan
vitamin A sebagai contoh carrot dan oren. terdapat juga pil
betacarotene yang boleh dibeli di farmasi. Pastikan ia daripada bahan-
bahan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.

Buah Bilberry didapati dapat mengekalkan kesihatan mata terutama waktu
malam. Bilbery bermanfaat untuk mereka yang bekerja melibatkan
penglihatan halus dan terperinci seperi pelajar yang kuat membaca,
juru terbang, mereka yang tugasan perlukan tumpuan kepada komputer dan
pemandu yang bekerja memandu malam.

Sekiranya habuk masuk ke dalam mata. Jangan gosok mata kerana ia boleh
menyakitkan mata.

Lakukan pemeriksaan mata apabila menhadaapi masalah membaca atau
melihat. Pemeriksaan tahunan perlu dilakukan kepada anda yang berumur
40 tahun ke atas.

Bagi anda yang berumur 60 tahun ke atas, tanyalah doktor anda tentang
Age-Related Macular Degeneration (AMD). Ia adalah penyakit yang
mengurangkan keupayaan makular pada selaput retina mata. Pengurangan
ketajaman mata, visi tumpuan tengah dan AMD merupakan penyakit utama
bagi golongan tua.

Maklumat lanjut boleh hubungi

Hospital Mata Kebangsaan Tun Hussein Onn
Lorong Utara B
P.O Box 514, Jalan Sultan
46760 Petaling Jaya
Tel : 03-7956 2522
Fax : 03-7956 1741

Naz : Jaga juga mata dari lihat perkara2 yg x elok...

Tuesday, December 8, 2009

Risiko Tidak Melabur


1. Risiko pelaburan, khasnya dalam unit trust salah satunya adalah kejatuhan harga bagi unit-unit yang dibeli. Adakah ini mungkin terjadi? Ya, ini kerana saham amanah turut sama menerima kesan dari perubahan keadaan ekonomi. Namun sekeras mana kesan yang diterima mungkin tidak sama berbanding industri lain, oleh kerana adanya langkah-langkah alternatif dan proses pemulihan oleh pengurus dana, serta kesan diversifikasi yang dijalankan.

2. Pendek kata, asalkan ianya pelaburan, maka disitu ada risiko. No pain, no gain. Tetapi sudah pasti pain yang diambil diuruskan dengan baik oleh pengurus dana yang diiktiraf bukan sahaja di peringkat tempatan, malah di peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun, risiko pelaburan mungkin tidak sehebat ‘risiko untuk tidak melabur’. Maksud saya, sekiranya pelaburan berisiko melalui kejatuhan harga, tidak membuat pelaburan pula berisiko kejatuhan nilai wang melalui inflasi.

3. Inflasi adalah keadaan dimana nilai wang semakin berkurangan, contohnya RM10,000 hari ini mungkin bernilai RM9,000 pada masa depan.
Bagaimana mengetahui anda berdepan risiko inflasi? Jika:

- Anda tidak membuat sebarang pelaburan.
- Anda membuat pelaburan yang memberi pulangan sangat sedikit, kurang dari nilai inflasi tahunan negara.

Contohnya, akaun simpanan. Sekiranya anda menyimpan dalam akaun simpanan yang menawarkan kadar dividen 2-3% setahun, manakala nilai inflasi negara pula pada kadar 3.x%, maka lama-kelamaan, nilai wang simpanan anda akan menyusut. Ia sangat terbalik dengan pelaburan saham amanah yang menggunakan konsep compounding. Selain saham amanah, pelaburan pada property atau emas adalah cara mengatasi inflasi.

Naz : Lebih minat perniagaan dpd pelaburan..

Monday, December 7, 2009

memang...


* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH S.W.T

* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang g salah supaya kita

dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH S.W.T MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA .

* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL .

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

HARI ESOK BELUM PASTI MILIK KITA CARILAH KEREDHAAN ALLAH S.W.T DENGAN MELAKUKAN SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA....