Followers
Tuesday, December 8, 2009
Risiko Tidak Melabur
1. Risiko pelaburan, khasnya dalam unit trust salah satunya adalah kejatuhan harga bagi unit-unit yang dibeli. Adakah ini mungkin terjadi? Ya, ini kerana saham amanah turut sama menerima kesan dari perubahan keadaan ekonomi. Namun sekeras mana kesan yang diterima mungkin tidak sama berbanding industri lain, oleh kerana adanya langkah-langkah alternatif dan proses pemulihan oleh pengurus dana, serta kesan diversifikasi yang dijalankan.
2. Pendek kata, asalkan ianya pelaburan, maka disitu ada risiko. No pain, no gain. Tetapi sudah pasti pain yang diambil diuruskan dengan baik oleh pengurus dana yang diiktiraf bukan sahaja di peringkat tempatan, malah di peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun, risiko pelaburan mungkin tidak sehebat ‘risiko untuk tidak melabur’. Maksud saya, sekiranya pelaburan berisiko melalui kejatuhan harga, tidak membuat pelaburan pula berisiko kejatuhan nilai wang melalui inflasi.
3. Inflasi adalah keadaan dimana nilai wang semakin berkurangan, contohnya RM10,000 hari ini mungkin bernilai RM9,000 pada masa depan.
Bagaimana mengetahui anda berdepan risiko inflasi? Jika:
- Anda tidak membuat sebarang pelaburan.
- Anda membuat pelaburan yang memberi pulangan sangat sedikit, kurang dari nilai inflasi tahunan negara.
Contohnya, akaun simpanan. Sekiranya anda menyimpan dalam akaun simpanan yang menawarkan kadar dividen 2-3% setahun, manakala nilai inflasi negara pula pada kadar 3.x%, maka lama-kelamaan, nilai wang simpanan anda akan menyusut. Ia sangat terbalik dengan pelaburan saham amanah yang menggunakan konsep compounding. Selain saham amanah, pelaburan pada property atau emas adalah cara mengatasi inflasi.
Naz : Lebih minat perniagaan dpd pelaburan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Ermmm.. Tak tau bab2 labur ni.. "Melabur" tu paham dan reti laa.. Hahaha.. ;p
uurm,..nak beri pendapat, walaupun tak kena dengan post ni, ...kadang2 saya masih tak faham kenapa multi level atau pun system piramid yang dah terbukti takkan dapat kayakan orang2 bawahan pun masih ramai yang follow...kadang2 kesian,...bagi aku, baik pegg jadi agen insuran ke...mau tak mau, ngko memang kena kerja jgk...ini tidak, goyang kaki harap duit masuk...~...sesuatu yang sangat mustahil...dan ramai sangat yang dah rugi...setuju dengan tuan blog, baik kita guna duit tu untuk berniaga....
labur dalam stock emas mungkin risikonya adalah rendah
huhuh...
masukkan kat ASB je lew...
nk melabur tp x brani..tggu la keberanian tu dtg dulu..ehe..
Post a Comment