Followers

Tuesday, December 15, 2009

Himpunan petua (I)


Himpunan Petua

Sakit bahagian buah pinggang
Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.

Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.

Sakit siplis
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.

Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

Bisa-bisa tulang
Dapatkan “akar sakit lelaki” sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

Lemah jantung dan darah tinggi
Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu. Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.

Kencing manis
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana. Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.

Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

Demam kuning
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

Penyakit kuning
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

Demam Berdarah
a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera
b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut

Cara-cara mengurangkan demam
a.Beri pesakit minum air yang banyak
b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal

Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya
b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:

“Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu”

Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.

Pening Kepala
Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.

Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.

Ubat Kencing Batu
Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.

Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik
Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong == 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.

Naz : Bersambung esok...

4 comments:

izakhairi said...

tak sangka sis, adk naz ada banyak petua yang mantap2, tolong cari petua nak bagi awet muda...manalah tau muka blh nampak mcm sweet 17

Kish said...

uiks abg naz... menjadi ye petua2 ni sume? tardisional sungguh.. paling menarik perhatian, 'sepotong temu lawak' utk buah pinggang tu... ngeh~ x leh imagine cane!

Kish said...

@ izakhairi : he he, petua awet mude senang je, senyum2 selalu, sengeh2, bg hati berbunga2.... confirm muka nampak ayu dan ceria je! (^.^) oh ye, wudhuk petua paling mujarab~

Kish said...
This comment has been removed by the author.