Followers

Sunday, December 6, 2009

Ujar lelaki, wanita itu lemah


Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut…..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan …kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima…
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani…di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat…di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah…bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah…bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah…terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud… Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita….
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

‘KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT’

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI…..

6 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Errr.. Saye.. Wanita ke?? Hehe.. ;)

Semua manusia tak sempurna.. Tapi lelaki dicipta untuk prempuan bgitu juga sebaliknya utk saling melengkapi mane yg kurang.. Hidup tak slalu perfect.. Kan pokcik? ;)

atie said...

Salam Naz...

Betul2... N3 yang baik utuk suami2 baca...Wanita lemah lembut aje lemah tak... kalau kami lemah kami tak akan mampu melahirkan zuriat utk suami2 kami.. kerana proses mengandung dan melahirkan tu hanya mampu ditanggung orang2 yang tabah dan kuat .... sebab tu Allh SWT pilih wanita melalui proses kehamilan tu..... sebab sikap dan kesabaran yg ada pada wanita yg diciptakaNya

Cik Akma said...

salam.
entry yg bgs. setuju2 :D
kaum adam ptt take note.
kaum wanita tak selemah yg disangka! :D

Cik Akma said...

salam.
entry yg bgs. setuju2 :D
kaum adam ptt take note.
kaum wanita tak selemah yg disangka! :D

Cik Cookie said...

Cik Cookie xnah rasa lemah.
Ini antara entry yang terbaik.
Buat Adam di luar sana anda tau siapa anda.

mamai said...

dan yang lemah itu sering terus berjaya untuk hidup