Followers

Tuesday, June 21, 2011

Kelebihan Berdiam

Bismillahirrahmanirrahiim..

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat.

Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya” (Riwayat Abu Naim)

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)

Kata-kata hikmah

1- Banyak diam tidak semestinya bodoh. Banyak Cakap tidak semestinya cerdik, Kerana kecerdikan itu buah fikiran . Orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari orang bodoh yang banyak bercakap.

2- Menasihati orang yang bersalah itu tidak salah, yang salah ialah memikirkan kesalahan orang lain.

3- Kalau orang menghina kita, Bukan Kita terhina. yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan pesanku biarpun satu ayat . ”

Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu kerana senyum itu adalah satu sedekah .. Insya’Allah

Wasalam…

Naz ~ Syyyy...

4 comments:

Seri said...

lebih sukar nak buat orang diam dari mengajar haiwan bercakap. hehe

Seri said...
This comment has been removed by the author.
aizamia3 said...

diam itu bukan bermakna kita kalah..
diam itu bukan bermakna kita salah..

Mîss Rôry said...

agree with aizamia3..

diam itu bukan bermakna kita kalah..
diam itu bukan bermakna kita salah..

tp MALAS nak layan..

sbb sy de citer, bru lg la.. skrg bus dh x msOk tmn, jd kna la nek bus len trun kt simpang nk msOk tmn.. klu jln lju leh la 10min smpai umah.. skrg pulak asik ujan je biler ptg.. sy mmg de simpan siap2 payung dlm beg.. sO smlm ujan, tentula buka payung smbil jln blk ke umah.. ujan nsib bek x lbat sgt.. kaki jeans je basah sbb x lipat.. pstu terlanggar lOpak air pulak..

smpai umah, hOsmet tnye, nek teksi ke.. sy kate nek bus luar, trun kt jln besar, jln kaki smpai umah.. die tnye de pkai payung x, pakailah.. pstu die leh tnye lg npe sy x basah.. ms ni sy diam je mls nk lyn dh.. (sOklan pe agaknye tuh..) die pOn bru smpai umah.. tau da ujan kt luar x brape lebat.. klu g kedai kt dpn tu pOn bju x sempt basah..

tensiOn hdp hOsmet yg cmni prangai.. leh giler lelame cmnihhh.. suka sgt tnye sOklan bOdO x fikir dlu.. wat fakta sndiri sblm selidik.. tensiOn2..