Followers

Friday, August 3, 2012

Kesilapan Muslim dalam bulan Ramadhan


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).


Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)



2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)



3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.


Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)



4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.



5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.



6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)



7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.



8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)



9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja.


Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)



10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.



11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.


Nabi Muhammad menceritakan :-


ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ


Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)


Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.



12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-


ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم


Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )


Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.


إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد


Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih

Diambil dari : http://bjue.blogspot.com
  Naz ~Puasa itu menguji kesabaran...

Wednesday, August 1, 2012

Kebenaran Tentang Kepimpinan Imam Mahdi


Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi ialah seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.

Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, 
“Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi adalah sbb:

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Kefahaman terhadap Imam Mahdi dalam Islam berbeza mengikut aliran Ahli Sunah Waljamaah dan Syiah.

Nama Imam Mahdi

Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya.

Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam = pemimpin, ataupun Mahdi = orang yang mendapat petunjuk

Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama bapanya pun sama seperti nama bapa RASULULLAH S.A.W, iaitu Abdullah. Nama Imam Mahdi sama dengan RASULULLAH S.A.W. iaitu Muhammad bin Abdullah.
Ciri-ciri Imam Mahdi

Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya sbb:

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, 
“Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)

Jika diteliti secara tersirat pada maksud Imam Mahdi itu sendiri, ia tersimpan seribu satu rahsia yang disembunyikan oleh Allah dan Rasul-Nya kerana seperti mana kitab Al-quran yang tersimpan seribu satu macam rahsia dan ilmu. Maka, begitu juga pada Imam Mahdi sendiri. Ini adalah kerana Allah hendak memelihara agama-Nya dan hamba-Nya yang taat.

Sesungguhnya Allah memelihara Agama-Nya dan Hamba-hambaNya yang taat kepadanya. Imam Mahdi adalah golongan atau kelompok manusia yang mendapat petunjuk dari Allah melalui Kitab-Nya(Al-quran) dan mereka menyebarkan kebaikan atas muka bumi ini mengikut tiap kehendak ayat-ayat dari Al-quran. Mereka juga mengajak dan memimpin manusia ke arah melaksanakan Titah Perintah Allah seperti yang dilaksanakan oleh Rasullullah. Seperti mana yang terkandung di dalam Surah Ibrahim ayat 1:

Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka,(yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji

Golongan ini akan meneruskan usaha yang diwariskan oleh Rasulullah dan sehingga manusia telah ramai yang mengikut mereka. Pada suatu masa akan berlaku suatu perubahan di mana sistem pemerintahan Islam yang pernah tegak kukuh berdiri kukuh akan didirikan semula iaitu Khilafah.

Pemerintahan yang telah dijatuhkan oleh kelompok yahudi yang akhirnya mereka berjaya memecahbelahkan umat Islam semula dan kembali kepada keadaan di masa sebelum Nabi Muhammad di angkat menjadi Rasulullah. Pada masa itu kaum arab berpuak-puak dan mereka sangat bangga dengan puak mereka sendiri. Mereka tidak pernah boleh bersatu untuk menyelesaikan apajua masalah.

Keadaan sekarang juga tidak kurangnya seperti itu, manusia dipuak-puakkan(berbangsa-bangsa/bernegara-negara) kembali dan mereka sangat bangga, angkuh dan ekstrim dengan puak(bangsa/negara) mereka sendiri. Maka, dengan terhasilnya kembali keadaan berpuak ini. Amat mudah musuh-musuh Allah memusnahkan pengikut-pengikut ajarannya.

Malah Manusia juga telah jauh dari memahami isi kandungan Al-quran. Maka apabila golongan manusia yang mendapat petunjuk dari Allah ini berusaha mengajak seluruh manusia bersama-sama melaksanakan tiap ayat dalam Al-quran dan kelompok mereka makin ramai. Sudah tentu mereka perlu melantik pemimpin utama.

Dengan itu, seorang pemimpin dilantik yang kebetulan namanya adalah seperti nama Rasulullah dan nama ayahnya sama seperti nama ayah Rasulullah. Maka ketika itulah sistem pemerintahan Islam(Khilafah) akan tegak semula. Maka, semua manusia yang mengikutnya menyedari siapa sebenarnya Imam Mahdi.
Kemunculan Imam Mahdi

Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah s.w.t. meng islahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis berikut :

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
"Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis berikut :

Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata,
"Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim)

Tidak akan muncul seorang pemimpin (yang dikatakan Imam Mahdi) dikalangan umat Nabi Muhammad di akhir zaman sebelum kebanyakan orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya bersatu di bawah satu kitab(Al-Quran) memenuhi bumi ini dengan kebaikan dan mereka juga mengajak dan memimpin manusia yang hendak beriman mengikut mereka melaksanakan semua perintah di dalam Al-Quran.

Mereka, tidak berbuat sesuatu kerana manusia atau kerana kepentingan diri sendiri. Ini kerana mereka telah melihat banyak sekali kerosakan yang berlaku atas muka bumi hasil dari tangan-tangan manusia sendiri. Terlalu banyak pecah belah yang berlaku di kalangan manusia seperti mana yang tertulis di dalam surah Ar-Ruum ayat 32:

yaitu orang-orang yang memecah belas agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada gologan mereka

Sebagaimana yang berlaku di dalam setiap negara yang ada di muka bumi ini. Selain umat Islam berjaya dipecahbelahkan menjadi berbangsa-bangsa (wujud negara-negara) mereka juga berjaya dipecahbelahkan dengan wujudnya berbeza-beza kepimpinan di dalam sesebuah negara (wujud parti-parti politik). Dengan adanya keadaan begini semakin sukar umat Islam untuk bersatu kerana perbezaan kepentingan di dalam kelompok masing-masing.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
"Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi." (HR. Muslim)

Golongan pemimpin yang mendapat petunjuk dari Allah (Imam Mahdi) sedang berusaha menyatukan kembali perpecahan ini. Akan tetapi mereka juga tidak lari dari mendapat ujian dalam menyatukan semua manusia untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
"Suatu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak berarti akan kembali ke Baitullah. Lalu diutuslah (oleh penguasa) sekelompok tentara untuk mengejar mereka, sehingga apabila mereka telah sampai pada suatu padang pasir, maka mereka ditelan bumi." (HR. Muslim)

Umat Islam akhir zaman ini amat jauh dari memahami kitabnya sendiri. Kebanyakan mereka hanya menggunakan Al-Quran sekadar baca-bacaan dan tidak kurang yang menggunakan sebagai azimat. Sedang fungsi sebenar kitab itu tidak dilaksanakan sebenar-benarnya. 

Telah bersabda Rasullah s.a.w,
"Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka." (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, 
"Akan dibaiat seorang laki-laki antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah." (HR. Ahmad, Abu Dawud)

Difahami bahawa perlantikan Imam Mahdi(Khalifah terakhir umat Islam) akan berlaku dihadapan Baitullah. Ini kerana hadis di atas jelas menerangkan peristiwa yang akan berlaku.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
"Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (HR. Ahmad)

Kepemimpinan Imam Mahdi

Dalam hadis yang disebutkan di atas Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa kaum muslimin untuk memerangi kezaliman, hingga satu demi satu kezaliman akan tumbang takluk dibawah kekuasaanya.

Kemenangan demi kemenangan yang diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajal) sehingga membuat Dajal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya.

Kekuasaan dan kehebatan Dajal bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh karena itu sesuai dengan takdir Allah, maka Allah swt akan menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajal.

Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajal dan pengikutnya, hingga Dajal mati ditombak oleh Nabi Isa di pintu Lod dalam kompleks al-Aqsa.

Seperti Nabi Isa, Imam Mahdi tidak pernah berkahwin

Tuesday, July 31, 2012

Hidupkan Sunnah Bersahur

Berdasarkan ayat 183 surah al-Baqarah, umat terdahulu juga diwajibkan berpuasa. Matlamatnya sama, iaitu melahirkan ketaqwaan kepada Allah. Walau bagaimanapun, terdapat satu perbezaan besar antara puasa umat Nabi Muhammad s.a.w. dengan umat terdahulu dalam aspek pelaksanaannya.

Perbezaan yang jelas ialah bersahur. Sahur hanyalah khusus untuk umat Muhammad s.a.w. Berdasarkan sebuah hadis Imam Muslim, dia meriwayatkan yang antara lain bermaksud, sabda Rasulullah s.a.w.: "Beza antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah kita disyariatkan (disunatkan) bersahur." (Hadis no. 1836)

Berkat Bersahur

Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bersahurlah, sesungguhnya pada bersahur itu ada keberkatan." (Riwayat al-Bukhari no. 789 dan Muslim no. 1835)

Hadis ini menjanjikan kelebihan bersahur iaitu mendapat keberkatan dalam hidup. Ketika mensyarahkan hadis keberkatan sahur ini, Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya, Fath al-Bari berkata, keberkatan melalui bersahur diperoleh kerana beberapa perkara iaitu:

1. Mengikut sunah Rasulullah s.a.w.

2. Menyalahi (tidak menyamai) kaedah ahli kitab

3. Menambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat

4. Mengelakkan akhlak yang buruk disebabkan lapar

5. Menjadi sebab untuk kita bangun berzikir dan berdoa kerana waktu itu sangat mustajab

6. Dapat berniat puasa bagi yang terlupa untuk meniatkannya sebelum tidur.

Berkat adalah sesuatu yang tidak boleh dilihat. Oleh sebab itu berkat adalah termasuk dalam perkara ghaib yang wajib diimani oleh seseorang Muslim. Maka bersahur yang menepati kehendak Islam akan menambahkan iman dan taqwa.

Tawaran daripada Rasulullah s.a.w., seharusnya tidak dibiarkan begitu sahaja malah setiap orang boleh mengukur keimanan masing-masing terhadap janji-janji Baginda. Sejauh mana kita sanggup merealisasikan amalan tersebut dalam kehidupan.

Selain itu Ibn Hajar juga membawakan hadis riwayat Imam Ahmad yang menyatakan sekurang-kurang sahur adalah sesuap makanan atau seteguk air. Menurut Sheikh Ibn Uthaimin dalam Syarh Riyad al-Salihin, antara bentuk berkat sahur ialah dia mampu menjadikan seseorang itu boleh bertahan sehingga waktu maghrib. Masakan seseorang yang hanya minum air sekadar seteguk boleh bertahan begitu lama kalau tidak ada keberkatan daripada Allah.

Kita boleh bayangkan kalau pada hari-hari biasa, setelah bersarapan pada waktu pagi, kita akan makan lagi pada tengah hari, itu pun masih terasa lapar. Lalu ditambahkan lagi dengan minum petang. Ya dengar bersahur kita mampu segar pada waktu petangnya.

Sunat Dilewatkan Bersahur

Sheikh Ibrahim al-Bajuri di dalam kitab Hashiyah al-Bajuri menyatakan bahawa waktu sahur bermula pada separuh kedua malam, maka makan sebelumnya tidak mendapat pahala sunah. Jadi, bersahur adalah satu sunah dan melewatkan sahur juga adalah satu lagi sunah berasingan yang sangat dituntut.

Para sahabat r.a. bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan kemudian menunaikan solat subuh berjemaah. Mereka menyatakan bahawa tempoh masa antara sahur dan solat Subuh adalah kadar membaca 50 ayat al-Quran. Peristiwa ini dirakamkan oleh Imam al-Bukhari no. 1787 dan Muslim no. 1837.

Jelas dari peristiwa itu menunjukkan bahawa Baginda melewatkan sahur sehingga hampir masuk waktu subuh. Jadi bagaimana dengan sahur anda?

Itu Bukan Sahur

"Ustaz, saya agak sukar untuk bangun bersahur sebelum subuh, selalunya saya supper sebelum tidur, kemudian hanya bangun apabila azan subuh dilaungkan. Adakah ini dikira sebagai sahur?" Soalan ini kerap dikemukakan apabila Ramadan menjelang. Sebenarnya amalan itu bukan supper (makan lewat malam), tetapi suffer (menderita).

Dalam ilmu kesihatan dan perubatan, sistem penghadaman seseorang menderita apabila ia makan dengan banyak kemudian terus tidur. Tindakan seumpama ini adalah budaya pemakanan yang tidak sihat bahkan boleh menyebabkan penyakit dan kegemukan. Jadi, pada bulan Ramadhan ini, budaya itu harus ditinggalkan.

Faedah Saintifik

Penekanan Nabi s.a.w. supaya sahur dilewatkan dan tidak diabaikan adalah signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian semasa menunjukkan bahawa makanan yang paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan pagi. BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi adalah penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain.

Kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark Pereira dan rakan-rakannya daripada Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap kencing manis. Kajian yang sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding dengan mereka yang jarang bersarapan pagi. (Dr. Danial Zainal Abidin, Quran Saintifik, hlm. 295)

Penemuan-penemuan ini menambahkan bukti kehebatan Islam yang datang daripada Yang Maha Mengetahui. Ilmu ini juga sangat bermanfaat untuk dikongsikan dengan sahabat-sahabat yang belum memeluk Islam. Walau bagaimanapun, seorang Mukmin wajar melakukan segala perintah Allah dan anjuran Rasul-Nya semata-mata kerana iman yang terpasak di dada. Islam menuntut kita melaksanakannya sama ada tahu hikmah atau tidak di sebalik sesuatu amalan.



Dari : https://www.facebook.com/KLikShaReJiKaSuKa
  Naz ~ Masa kecik2 dulu liat nak bangun sahur..

Sunday, July 29, 2012

Fidyah Puasa



Fidyah Puasa

Pengertian

Fidyah adalah tebusan yang wajib dikenakan untuk menebus atau membayar perkara-perkara yang makruh dan haram ke atasnya (yang telah dilakukan).

Hukum Syarak

Terdapat beberapa pecahan mengenai hukum orang-orang yang meninggalkan puasa dan yang berkaitan dengan fidyah seperti berikut:

Wajib Qada

  • Orang yang sedang sakit dan sakitnya akan memberi mudarat kepadanya atau bertambah lambat sembuhnya.
  • Orang yang meninggalkan puasa sewaktu belayar atau musafir kira-kira 2 marhalah, yakni dalam lingkungan 90KM.
  • Ibu yang hamil atau menyusukan anak dan khuatir dirinya menjadi mudarat.
  • Orang yang sedang haid atau nifas.
  • Orang yang terlalu lapar atau dahaga yang boleh membahayakan dirinya.
  • Orang yang batal puasanya kerana salah satu sebab yang membatalkannya.

Wajib Qada dan Membayar Fidyah

  • Ibu yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya hanya khuatir anaknya menjadi mudarat.
  • Orang yang berhutang puasa yang belum dijelaskan sehingga timbulnya Ramadan yang lain.
    Jika lewat qada puasa hingga datang bulan Ramadan yang lain wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, dan jika lewat 2 tahun, melewati dua kali Ramadan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqada puasa itu.

    Tidak Wajib Qada Tetapi Wajib Fidyah

    • Orang sakit yang tidak berdaya untuk berpuasa dan harapan sembuh sangat tipis.
    • Orang yang lemah kerana sudah tua dan tidak mampu lagi untuk berpuasa.

    Wajib Qada atau Fidyah

    • Waris bagi orang yang meninggal dengan ketiadaan uzur sebelum mengqada puasanya.

    Tidak Wajib Qada dan Fidyah

    • Waris bagi orang sakit atau musafir dan meninggal dunia sebelum mengqada puasanya.
    • Kanak-kanak.
    • Gila.
    Wallahua’lam

    Dalil

    Mengenai perkara in, Allah menjelaskan di dalam surah al-Baqarah, ayat 184, yang bermaksud:
    " Dan di atas orang-orang yang tidak sanggup (terdaya kerana uzur-uzur syar'ie) mengerjakan puasa, maka wajiblah ke ats mereka membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin, dan barangsiapa yang dengan kerelaan hatinya mengerjakan kebajikan (iaitu memberi makan lebih dari seorang miskin untuk satu hari), maka itulah yang lebih baik baginya. "
    Pada permulaan Islam, Syarak memberikan pilihan bagi umat Islam samada ingin berpuasa ataupun tidak dan bersedekah makanan kepada fakir miskin setiap hari yang ia tidak berpuasa sehingga turun ayat selepasnya iaitu ayat 185 yang memansuhkan ayat tersebut.
    " Maka sesiapa di antara kamu yang melihat hilal (ramadhan), maka hendaklah ia berpuasa. "
    Dengan penurunan ayat ini, maka puasa telah diwajibkan tanpa ada pilihan untuk tidak berpuasa kecuali mereka-mereka yang di dapati mempunyai keuzuran syar'ie yang membolehkan mereka untuk berbuka puasa dan membayar fidyah seperti orang sakit yang tidak mungkin akan hilang penyakitnya jika ia berpuasa, orang yang bermusafir dan sebagainya.
    Ayat ini dijelaskan lagi oleh Imam Ibnu Kathir Rahimahullahu Ta'ala di dalam kitabnya Tafsir al-Quran al-Adzim, Halaman 204 iaitu yang bermaksud:
    "Maka kesimpulannya: Sesungguhnya Naskh tetap thabit bagi mereka yang sihat (mampu tanpa ada keuzuran syar'ie), bermuqim dengan kewajipan berpuasa berdasarkan firman Allah (Maka sesiapa di antara kamu yang melihat hilal (ramadhan), maka hendaklah ia berpuasa), dan bagi mereka yang tersangat tua yang mana mereka ini tidak mampu untuk mengerjakan kewajipan berpuasa, maka mereka bolehlah berbuka dan tidak perlu mengqadha puasa yang ditinggalkan, (dan mengenai fidyah pula) pendapat yang sohih dan kebanyakan para ulama, sesungguhnya mereka-merka ini diwajibkan untuk membayar fidyah bagi setiap hari yang ditinggalkan.

    Kaedah Pengiraan

    Terdapat dua (2) kaedah pengiraan fidyah iaitu:

    Kaedah pertama

    Kadar timbangan bagi 1 gantang beras adalah bersamaan dengan 4 cupak (mud)
    1 gantang beras
    = RM 5.20 / 4 (cupak)
    = RM 1.30
    = RM 1.40


    Kaedah kedua

    1 gantang beras =  2.70 kg

    Nilai 1 gantang beras =  RM 5.20
    Oleh itu 1 kg =  RM 5.20 / 2.70 (kg)
    =  RM 1.92
    Bagi menentukan nilai 700 gram, ialah ;
    1 kilogram = 1000 gram

    Oleh itu 1 gram = 0.00192 sen
    700 gram = 0.00192 X 700 g
    = RM 1.34 per gram
    = RM 1.40

    Cara Pembayaran

    Fidyah hendaklah dibayar kepada fakir miskin yang memerlukan iaitu secupak makanan asasi sebuah negara bagi setiap hari yang ditinggalkan. Di Malaysia, fidyah itu dibayar menggunakan beras.
    Seseorang yang diwajibkan membayar 30 cupak untuk 30 hari puasa yang ditinggalkan, hendaklah memberi secupak beras kepada 30 orang miskin ataupun dibolehkan juga untuk membayar 30 cupak kepada seorang dari orang miskin.

    Sumber : http://www.pbns.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=6&Itemid=14
       Naz ~ Belajar sambil2 berkongsi..

    Saturday, July 28, 2012

    Kisah Rasulullah SAW Dengan Sebiji Limau


    “Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.

    Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

    Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
      Naz ~Contohilah sifat rasulullah...

    Friday, July 27, 2012

    Amalan-Amalan Di Bulan Puasa


    Diriwayatkan Dari Abu Hurairah RA:
    Bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
    "Ketika datang bulan Ramadhan,sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat,maka diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa,kerana dalam ini pintu Jannah dibuka,Pintu Neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan maka barang siapa yang tidak beramal sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti dibulan ini "
    (HR.Ahmad Nasai dan Baihaqi)


    Kelebihan Beramal Pada Bulan Ramadhan.
    Keistimewaan ini diberikan pada setiap umat manusia dan dalam bulan Ramadhan
    ini banyak manfaat dan fadilat kepada mereka yang tahu menghayatinya.
    1-Orang yang berpuasa dapat balasan syurga
    2-Dihapuskan dosa-dosa.
    3-Dimakbulkan doa-doanya.
    4-Mendapat perlindungan dari Allah.
    5-Disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk 
    memasuki Jannah.
    6-Mendapat dua berita gembira iaitu semasa berbuka dan
    bertemu dengan Allah di akhirat nanti.

    Amalan-amalan yang digalakkan pada bulan puasa.
    1-Solat sunat Terawih
    2-Sembahyang sunat setelah selesai mengiringi solat fardu.
    3-Banyakkan berdoa
    4-Bertasbih.
    5-Sembahyang tahajjud.
    6-Sembahyang sunat tasbih.
    7-Bersedekah.
    8-Banyakkan istighfar dan bertaubat.
    9-Banyakkan bersabar.
    10-Tinggalkan dan jauhi perbuatan kemungkaran.

    Rasulullah SAW bersabda,
    "Barang siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana beriman dan
    ikhlas,maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang"
    (HR.Bukhari Muslim)
        Naz ~Teringat kata2 nie masa kecik2 dulu, "Kalo x puasa x leh rayer"....hehehehe

    Saturday, April 21, 2012

    Solat didik hati manusia


    JIKA difahami dan dihayati, solat sebenarnya amalan yang cukup hebat. Solat adalah modul lengkap bagi mendidik hati dan jiwa manusia.

    Pelbagai kekuatan terhasil jika seseorang itu benar-benar menjiwai tuntutan solat. Solat juga menjadi penghubung antara hamba dengan Tuhannya.

    Setiap ayat dalam surah al-Fatihah yang dibaca adalah bicara dengan Allah.
    Perintah solat bukan untuk kepentingan Allah Yang Maha Agung yang sudah memiliki segala-galanya.

    Solat hanya untuk kepentingan hamba-Nya. Ia sebenarnya melatih seseorang hidup tertib sebab gerakan solat sangat tertib dimulai dengar takbir dan diakhiri dengan salam.

    Tujuan solat sebenarnya untuk mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah berfirman maksudnya: “Dirikanlah solat untuk mengingati Aku.”

    Dalam ayat lain Allah berfirman yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” Bayangkan seharian kita fikir mengenai dunia, fikir mengenai kerja, makan minum, kawan dan keluarga.

    Kalau semua itu kita dapat bahagikan masa, takkan kita tidak boleh memberi masa untuk mengingati Allah. Semakin baik kualiti dan mutu solat seseorang, semakin kukuhlah benteng kemampuan untuk memelihara diri mereka daripada perbuatan maksiat.

    Beberapa contoh solat dapat membina sifat positif manusia antaranya bersikap rajin. Untuk menjadi bangsa yang kuat, kita perlu sentiasa rajin. Dalam solat kita memuja dan memuji Allah.

    Kita membuat janji dan ikrar yang semua solat, ibadat, hidup dan mati kita hanya untuk Allah. Perbuatan dalam solat membuatkan kita cergas dan aktif, rajin dan sentiasa bergerak.

    Bermakna solat itu dapat membunuh sifat malas. Orang yang kuat hubungannya dengan Allah mesti banyak berhubung dengan manusia. Jika betul takut dan cinta kepada Allah, maka akan bertambah rasa cinta kepada manusia.

    Solat ibarat ‘tiang’ dalam Islam. Malah ketika bertempur dalam peperangan sekalipun tidak boleh tinggal solat. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu mesti solat.

    Solat perlu dilakukan dengan berdiri, jika tidak mampu berdiri, boleh duduk dan jika tidak mampu juga boleh dilakukan dengan cara baring.

    Sekiranya masih tiada daya juga dengan isyarat mata dan masih tidak boleh juga, lakukan dengan isyarat hati.

    Solat bukan saja menghapuskan dosa seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Solat menghapuskan dosa antara satu solat dengan satu solat yang lain kecuali dosa besar.”

    Imam Abu Aaliayah berkata: “Solat mempunyai tiga keistimewaan dan jika tidak ada ketiga-tiga ini maka solat itu tidak sempurna dan tidak boleh mencegah dosa. Keistimewaan itu adalah ikhlas, khusyuk dan zikrullah.

    Ikhlas membuatkan seseorang melakukan perkara baik, khusyuk akan mencegah perbuatan jahat manakala zikrullah (ingat Allah) pula mencegah mungkar dan menanam makruf (kebaikan).

    Sesetengah ulama dulu apabila tiba saat menghembuskan nafas terakhir, mereka masih sempat meminta pertolongan orang mengambil wuduk untuknya supaya dapat mengerjakan solat.

    Malah, ada yang minta diusung ke masjid kerana hendak mati di tempat solat.
    Justeru, janganlah kita mengabaikan solat dan jadikanlah ia rutin hidup kita.
    Setiap kali solat, anggaplah mungkin itu adalah solat yang terakhir.


    Naz ~ Solat itu senaman zahir dan batin

    Tuesday, April 10, 2012

    Membina Rumah Cara Islam


    Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari budaya Cina. Padahal, tidak semuanya selaras dengan ajaran Islam. Jika tidak berhati hati dan keliru, boleh jatuh syirik karena mempercayai Feng Shui selain Allah.

    Apa yang saya ingin terangkan di sini Islam ada panduan atau langkah langkah tersendiri tentang cara memilih tempat tinggal dan membina rumah.Sebagai seorang Muslim kita harus ikut cara Islam dan bukan meniru cara orang kafir buat.

    Namun apa yang akan saya bentangkan ini bukan perkara wajib syarii yang perlu di tunaikan.Tanya lah Iman dan buat lah setakad mana yang mampu.

    Perkara perkara berikut perlu di rancang sebelum memilih tempat tinggal dan mula membina rumah selain perancangan reka bentuk fisikal nya.Di antaranya ialah:

    1. Jiran Tetangga yang Baik

    Pilihlah tempat tinggal yang jiran tetangga nya baik baik. Sebab jika jiran tetangga kita tidak baik, maka hidup kita akan rasa terganggu dan kurang senang. Bayangkan jika jiran tetangga kita adalah, kaki gaduh, atau kaki gossip, jenis yang sombong dan ego yang tidak mahu campur orang.Atau yang jenis penting diri sendiri, suka buat hal sendiri. Bila ada kematian baru nak cari orang.

    Maka pilihlah jiran tetangga sebelum memilih rumah. Buat lah survey, tanya masyarakat di situ tentang bakal jiran anda itu. Yang di maksudkan jiran ialah lingkungan 40 buah rumah di sekeliling rumah anda.

    (Hadis Riwayat Ibnu ‘Asakir) Tiap empat puluh rumah adalah tetangga-tetangga, yang di depan, di belakang, di sebelah kanan dan di sebelah kiri (rumahnya).

    2. Hendaknya rumah cukup luas (tidak terlampau luas tetapi juga tidak terlampau sempit).

    Di antara kebahagiaan seorang muslim ialah mempunyai jiran tetangga yang soleh, rumah yang luas dan kenderaan yang sempurna. (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Hakim)

    Sekiranya semua orang bina rumah rumah banglo yang terlampau besar,ini akan menghasilkan masyarakat yang hidup sendiri sendiri, di mana jiran tetangga akan jadi tidak kenal di antara satu sama lain kerana para penghuni banglo tersebut hanya asyik berseronok di dalam “Istana” mereka masing masing.

    Sebaliknya rumah yang terlalu kecil dan sempit pun tak baik, kerana akan cenderung membuat penghuninya tidak selesa di rumah sehingga akhirnya banyak menghabiskan waktunya bergosip di luar.

    Rumah yang paling baik dalam Islam adalah rumah yang sederhana besarnya.

    3. Jangan membina Rumah Megah

    Dalam membina rumah, janganlah terlalu mewah sehingga jadi bermegah-megahan. Ini tidak disukai Allah dan merupakan satu sifat dari orang-orang yang buruk di akhir zaman.

    Rumah yang di bina dengan bermegah akan menjemput mala petaka.Terutama dari orang orang yang hasad dengki, pencuri dan perompak.

    “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu” [Al Quran At Takaatsur:1]

    Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab: “Apabila mereka saling bermegah-megahan dengan bangunan nya” [HR Muslim]

    Belum akan datang Kiamat sehingga manusia berlumba-lumba dengan bangunan-bangunan yang megah. (HR. Bukhari)

    Jangan membina rumah yang terlampau tinggi sehingga akhirnya mengganggu jiran tetangga hingga tidak mendapat sinar matahari atau angin.

    Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab:

    “Seorang hamba wanita melahirkan tuannya. Orang-orang yang berkaki ayam, setengah telanjang, melarat dan penggembala unta masing-masing berlumba membangun bangunan bertingkat.” [Hadis Riwayat Muslim]

    4. Buatlah Rumah yang Baik

    Katakanlah: “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat untung.” [Al Maa-idah:100]

    Rumah yang baik adalah rumah yang sehat. Yaitu tingkapnya cukup agar sinar matahari dapat masuk dan rumah tidak menjadi lembab. Selain itu ia dapat mempertingkatkan pengedaran udara bersih. Jarak antara lantai dan atap sebaiknya agak tinggi kerana ini akan mengurangkan suhu panas.

    5. Rumah juga perlu teguh dan kuat.

    Misalnya dengan menggunakan dinding batu dan simen, rumah jadi lebih selamat. Jika menggunakan kayu, pilih kayu yang kuat serta beri rawatan anti serangga saperti anai anai sehingga tidak mudah reput. Elak kan sedaya upaya dari membina rumah dari bahan bahan yang mudah terbakar.

    Sebaiknya rumah Muslim mempunyai sekurang kurangnya 3 bilik .Satu untuk suami-isteri, satu untuk anak laki-laki, dan satu lagi untuk anak perempuan.Jika ada kemampuan tambah satu lagi bilik buat tetamu.

    6. Buatlah Rumah yang cantik, Allah senang kepada kecantikan.

    Manusia pun banyak yang suka akan kecantikan. Oleh kerana itu buatlah rumah yang cantik dan indah. Tapi ingat, mempamerkan kecantikan dan keindahan tidak sama dengan mempamerkan kemewahan atau kemegahan.

    “Sesungguhnya Allah itu indah dan senang kepada keindahan. Bila seseorang keluar untuk menemui kawan-kawannya hendaklah menghiaskan dirinya. (Hadis Riwayat. Al-Baihaqi)

    7. Tandas Jangan Mengarah atau Membelakangkan Kiblat (Ini penting)

    Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra.: “Bahawa Nabi saw. bersabda: Apabila engkau ke tandas, janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya ketika buang air kecil atau buang air besar, tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat.” (Shahih Muslim No. 388)

    Usahakan seboleh boleh nya agar rumah anda mengarah ke Kiblat. Jika tidak, sebaiknya tempat solat anda tidak mengarah ke tandas.

    Usahakan di rumah ada paip air dan paip hujan, supaya anda boleh mandi wajib dan wudhu dengan lebih sempurna dengan air yang mengalir.

    Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Janganlah seseorang di antara kamu mandi dalam bekas air yang tidak mengalir ketika dalam keadaan junub.” (Hadis Riwayat Muslim).

    Sebaiknya tempat wudlu dipisah dari tandas supaya kita boleh membaca doa sebelum atau sesudah wudlu.(Di larang membaca doa di dalam tandas).Kalau baca doa keluar/masuk tandas sekali pun kena baca di luar tandas.

    Seboleh boleh nya jangan buat tandas dalam bilik tidur.Tandas atau jamban ada lah sarang tempat tinggal syaitan.Kalau ada tandas dalam bilik tidur bererti kita sentiasa berada bersama syaitan ketika tidur.

    Ada yang mengatakan tandas zaman ini adalah bersih tidak saperti tandas zaman dahulu.Ia sentiasa di besihkan bahkan di bubuh wangi wangian pula.Maka syaitan tidak akan berada di dalam tandas yang bersih.

    Bagi saya bersih di sini adalah bersih pada pandangan fisikal. Ambil contoh. Air minuman saperti kopi, sirap dan lain lain itu bersih, tetapi mengapa tidak suci untuk di buat berwuduk?

    Begitu juga dengan tandas atau jamban. Walaupun nampak bersih pada pandangan mata, ia tetap tempat yang tidak suci.Walaupun di wangikan dengan wangian seribu bunga.Maka jangan sekali kali kita tertipu dengan bisikan syaitan yang mengatakan tandas di dalam bilik kita itu suci!

    Ramai yang kena gangguan syaitan saperti hysteria, boring dan rungsing apabila balik ke rumah,bergaduh suami isteri, bergaduh anak beranak,sakit yang tidak tahu punca nya, rumah tangga dan famili yang kucar kacir.Yang sebenarnya, di antara sebabnya berpunca dan datang dari syaitan yang mengganggu yang kita sendiri pelihara di tandas bilik tidur .

    Sebaik baik (tetapi susah orang zaman sekarang nak ikut) buat tandas di luar rumah.

    8. Rumah Harus Bersih

    Rumah yang kotor tidak sihat. Ini akan mengundang berbagai penyakit. Oleh kerana itu, rumah harus bersih dan mudah dibersihkan.

    “Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang kepada kedermawanan. Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

    Penjelasan: Orang-orang Yahudi suka mengumpul sampah di halaman rumah

    9. Jangan letak Patung sebagai hiasan di dalam Rumah

    Rumah yang ada hiasan patung serupa macam kuil.Malaikat rahmat tidak akan masuk kerumah yang ada patung.Sebaliknya jadi sarang syaitan tempat berteduh.

    Ibnu Abbas pernah solat tempat ibadah agama lain kecuali tempat ibadat mereka yang ada patung di dalamnya. [HRBukhari]

    10. Jangan Memelihara Anjing

    Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata : “Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa memiliki anjing selain anjing penjaga ternak dan anjing pemburu maka setiap hari pahala amalnya berkurang dua qirath.” (Shahih Muslim No.2940)

    11. Peliharalah Anak Yatim

    Jika anda berkemampuan, asuhlah anak yatim dan didiklah dengan baik.

    “Sebaik-baik rumah kaum Muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diasuh dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum Muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk. (HR. Ibnu Majah)

    12. Tanamlah Pokok agar Teduh dan Sejuk

    Tanamlah pokok dan pokok hiasan di rumah anda sehingga rumah anda teduh dan mendapat udara segar dari oksigen yang dikeluarkan pohon tersebut.

    Kenyamanan naungan pohon ini digambarkan Allah sebagai berikut: “Dan naungan (pohon-pohon Syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya. ” [Al Insaan:14]

    Jika rumah anda luas mungkin anda boleh menanam pokok besar yang kuat. Jika sedang, anda boleh menanam pohon ukuran sedang seperti rambutan atau mangga.Hindar menanam pokok besar yang rapuh dan berbahaya seperti pokok sena.

    13. Apabila rumah siap di bina

    Di anjurkan setelah rumah siap di bina panggil Ketua kampung,Imam, jemaah Masjid atau surau dan jiran tetangga untuk sama sama berdoa kehadrat Allah agar rumah yang telah siap di bina itu akan dapat keridhaan Allah, dan perlindungan darinya dari segala kejahatan makhluk saperti jin dan syaitan dan juga minta perlindungan dari pada kejahatan manusia

    Di kesempatan ini kita berpeluang juga berkenal kenal, bermesra dan mula menjalin ukhwah bersama jiran jiran baru kita.

    Semoga bermanfaat … Wallahu ‘alam.

    Dari laman blog Hembusan Amal4u


    Naz ~ Rumahku syurgaku...

    Sunday, April 1, 2012

    Muadzin ar-Rasul


    Muadzin ar-Rasul

    BILAL bin Rabah atau nama lengkapnya Bilal bin Rabah Al-Habasyi dikenali dengan dengan gelaran Muadzin Ar-Rasul.

    Beliau memiliki tubuh yang tinggi, kurus, kulitnya berwarna coklat, pelipisnya tipis dan rambutnya lebat. Ibunya pula adalah hamba kepada Ummayyah bin Khalaf daripada Bani Jumuh.

    Apabila mendengar Islam daripada risalah yang dibawa Rasulullah SAW, lalu beliau menemui baginda dan mengikrarkan dirinya memeluk agama Islam.

    Ketika itu hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar bin Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Al-Miqdad bin Al-Aswad.

    Beliau pernah diseksa oleh Umayyah malah membiarkannya di tengah padang pasir selama beberapa hari. Sebahagian besar daripada kalangan mereka yang memeluk Islam pada masa tersebut mempunyai keluarga tempat mereka berlindung daripada kekejaman golongan musyrikin kecuali beliau, Ammar bin Yasir bersama-sama dengan bapa dan ibunya serta Suhaib. Oleh kerana itu mereka menjadi sasaran golongan musyrikin Quraisy melepaskan geram terhadap Islam.

    Dengan kepanasan matahari di padang pasir, beliau diseksa sambil perutnya diikat dengan seketul batu besar. Manakala lehernya pula diikat dengan tali. Beliau diseret oleh orang-orang kafir bersama anak-anak mereka di antara bukit-bukit di Mekah.

    Ketika diseret, Bilal dengan tenang mengucapkan kata "Ahad… Ahad" malah beliau menolak mengucapkan kata-kata kufur.

    Tidak cukup dengan penyeksaan itu, golongan musyrikin menanggalkan pula pakaian Bilal, mereka memakaikannya dengan baju besi kemudian mereka menjemur beliau di bawah panas terik cahaya matahari. Malah mereka memukulnya dengan menggunakan cemeti sambil memerintahkan Bilal supaya mencaci Nabi Muhammad SAW.

    Selepas kejadian itu, Abu Bakar memerdekakan Bilal dengan membelinya daripada Umayyah bin Khalaf dengan harga sembilan tahil emas. Umayyah bin Khalaf sengaja menjualnya dengan harga mahal supaya Abu Bakar tidak mahu membelinya.

    Umayyah berkata: "Sekiranya Abu Bakar tidak mahu membelinya dengan harga tersebut, aku tetap akan menjualnya walaupun dengan harga satu tahil emas."

    Sebaliknya Abu Bakar juga berkata di dalam hatinya: "Sekiranya dia tidak mahu menjual dengan harga tersebut, aku tetap akan membelinya walaupun dengan harga 100 tahil emas."

    Setelah Hijrah, azan disyariatkan dan Bilal mengumandangkan azan. Beliau adalah muadzin pertama dalam Islam kerana memiliki suara yang sungguh lunak. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai bendahara Rasulullah SAW di Bait Al-Mal. Malah beliau tidak pernah menolak daripada mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW.

    Ketika perang Badar, beliau melihat Umayyah bin Khalaf dan Bilal berkata; "Aku tidak akan selamat jika Umayyah selamat."

    Dengan pertolongan beberapa pasukan kaum Muslimin mereka berjaya membunuh Umayyah.


    Thursday, March 29, 2012

    Sabar separuh daripada iman


    Oleh AMINUDIN MANSOR

    SIFAT sabar sangat penting dididik dalam hati dan diri seseorang terutama apabila menghadapi ujian dan musibah. Dalam kehidupan, Allah akan sentiasa menguji kita, kerana ujian itu adalah untuk menilai sejauh mana kesabaran dan keimanan kita kepada-Nya.

    Ramai manusia yang kecundang dengan ujian Allah kerana tiada sifat sabar. Begitu juga kerana tidak dapat mengawal diri daripada segala ujian dan pahit getir hidup dengan bersabar.

    Ujian Allah dalam juga bentuk tidak mengira pangkat dan kedudukan. Apatah lagi bagi mereka yang beriman dan kuat beribadat.

    Puasa di bulan Ramadan juga sedikit sebanyak mendidik sifat sabar dalam hati dan diri seseorang. Sabar daripada lapar dan dahaga sebagaimana yang dirasai golongan yang kurang bernasib baik. Begitu juga bersabar melakukan ibadat sunat sepanjang bulan mulia tersebut.

    Dalam al-Quran terdapat 49 ayat yang menjelaskan dan menceritakan sifat kesabaran. Antaranya Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 153).

    Orang yang beriman mestilah mendidik hati dan dirinya dengan sifat sabar yang dapat mengangkat dirinya ke arah ketakwaan. Melalui sifat sabar dalam amalan-amalan lain, terutamanya solat akan dapat mendekatkan diri seseorang dengan Allah.

    Selanjutnya, Allah berfirman lagi: Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 155).

    Jelaslah, orang-orang yang sabar dengan ujian Allah berkaitan dengan ujian ketakutan, kelaparan, cuaca panas, banjir, kekurangan harta dan jiwa akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah. Balasan tersebut merupakan pahala dan juga hikmah yang lain, yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

    Berkaitan dengan orang yang sabar Allah berfirman: Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir. (al-Anf'al: 66).

    Cendekiawan Islam pernah menyatakan, kita jangan terlalu menginginkan semua berlangsung seperti yang kita kehendaki, tetapi sabarlah dengan kejadian yang berlangsung sebagai apa yang sudah berlangsung sehingga kita tetap tenang dan tenteram. Kita semua tidak berjaya mendapatkan apa yang kita sukai, melainkan kita bersabar pada perkara yang kita tidak senangi.

    Bukti kesabaran Rasulullah SAW dalam tempoh 23 tahun baginda mengajak penyembah berhala, kaum Yahudi dan Nasrani kepada tauhid yang murni dengan dakwah yang mantap.

    Sifat sabar baginda menghadapi tuduhan, cacian dan tentangan akhirnya terbukti apabila orang musyrik masuk memeluk agama Allah dan menyanjung tinggi syiar Allah.

    Berkaitan dengan sifat sabar Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sabar adalah separuh daripada iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan." (riwayat Ath Thabrani dan Al Baihaqi).

    Begitulah tingginya tahap sifat sabar dalam diri seseorang. Sementara rasa keyakinan adalah keseluruhan kepada keimanan seseorang. Dalam menjalani kehidupan sifat sabar dan yakin sangat penting bagi mencapai kejayaan sama ada dalam ujian, permasalahan hidup dan juga ketika menghadapi musibah.

    Selanjutnya Nabi SAW mengingatkan dalam sabdanya: Sabar yang sebenarnya adalah sabar pada saat bermulanya musibah. (riwayat Al-Bukhari).

    Sebagai manusia yang beriman, seharusnya tidak mudah tewas dengan apa juga ujian Allah. Sabar menerima ujian tidak mudah putus asa, tidak resah gelisah dan hilang sabar dengan sedikit kesulitan atau cabaran hidup biarpun ia menjanjikan sesuatu kejayaan dan kebaikan.

    Naz ~ Jangan sesekali mengeluh menghadapi ujian kerana ada yang lebih mampu bersabar dan senyum dengan dugaan yang lebih berat dan sangat getir untuk ditanggung.

    Wednesday, March 21, 2012

    DELIMA DAN NILAI PERUBATAN



    Buah dengan Sifat Peyembuhan, pencegahan dan Lain-lain Kegunaan.


    “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am (6:99)

    PENGENALAN
    Mengikut kepercayaan kuno, pokok delima, dipercayai berasal dari Taman Syurga dan sebutir dari benihnya terjatuh kebumi. Ia telah digunakan secara meluas dalam perubatantradisional oleh pelbagai bangsa dan budaya. Orang Babilona menganggap biji benihbuah delima sebagai ajen kebangkitan semula, orang Parsi percaya biji delima mempunyai kekebalan dan dapat memberi kekebalan dimedan peperangan.
    Delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa a.s lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima melambangkan panjang umurmenjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
    Delima telah disebut sebanyak tiga kali didalam Al-Quran dan didalam Hadis Nabi s.a.w. telah bersabda beberapa perkara berkenaan delima dan manafaatnya kepada umat manusia. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.
    Delima telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kaum Yahudi semenjak era alkitabiah (biblical). Dikatakan apabila Nabi Musa a.s. menghantar perisik untuk meninjautanah yang dijanjikan (Promised Land)mereka kembali membawa buah delima danbuah-buahan lain sebagai bukti kesuburan tanah dan limpah kurnianya.
    Setelah meninggalkan bumi MesirMusa dan kaum Bani Israel tiba ke tanah-tanah (dinegeri lainyang telah diberkati oleh tujuh jenis tanaman  "gandumbarli, anggur, buahara (Tinn)delima, zaitundan madu "( Deuteronomy 8:8 [5]).
    Delima amat penting bagi kaum Israel, mereka mengembara di sekitar Gurun Zin yang tandus, mengadu bahawa sekurang kurangnya mereka semasa di Mesir dapat menikmati " ... bijian dan pokok ara dan anggur dan delima ... "(Bilangan 20:05[5].


    Rahsia Penciptaan Buah Delima

    Komposisi buah Delima
    Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

    Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit.Setiap biji buah tersebut tersusun kemas seakan dilakukan oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dirangkumi dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

    Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. 
    Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

    Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad S.A.W daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk merawat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

    Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

    Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

    Buah delima (Punica granatumpokok / buah boleh dibahagikan kepadabeberapa petak anatomi:
    (1) Benih,
    (2) Jus,
    (3) Kulit buah,
    (4) Daun,
    (5) Bunga,
    (6) Kulit kayudan
    (7) Akar.

    Tindak balas fitokimia dan farmakologi dari semua komponen Punica granatummencadangkan pelbagai aplikasi klinikal untuk rawatan dan pencegahan kanserserta penyakit-penyakit lain yang di mana keradangan kronik dipercayai memainkan perananpenting etiologic.
    Bahagian yang boleh dimakan dari buah delima (80% daripada jumlah berat buah)adalah terdiri daripada 80% jus dan biji 20%Jus segar mengandungi 85% airjumlahgula 10%dan 1.5% pektinasid askorbik dan flavonoid polifenolik.
    Dalam jus delima, fruktosa dan glukosa hadir dalam kuantiti yang samakalsium adalah50% daripada kandungan abu dan asas kepada asid amino adalah asid aspartik danglutamik.
    Buah delima adalah sumber yang kaya dengan dua jenis sebatian polifenolikantosianinseperti delphinidincyanidingdan pelargonidin yang memberikan buah dan jus berwarna merah dan tanin hydrolysable seperti punicalinpedunculagingallgicand ellagin asidester glukosa yang merangkaum 92% daripada aktiviti antioksida dalam kandungankeseluruhan buah.Mampu larut polifenol dalam jus delima berbeza-beza di antara 0.2%ke 1.0%.
    Jus buah delima yang difermantasiminyak biji perahan tanpa haba dan kulit kupasanbuah delima mempunyai sifat antioksida yang tinggi yang jauh lebih banyak daripadawain merah dan teh hijauDi samping tahap tinggi tanin kaya antioksida dan flavonoid didalam jus dan kupasanminyak unik yang diperolehi daripada benih hancur dankeringan mengandungi kira-kira 80% daripada asid yang jarang terdapat 18-karbonlemakatau asid punicic. Benih delima mengandungi gentian mentah, pektin, gula dansteroid estrogen estronserta fitoestrogen genistein isoflavon dan daidzeindanphytoestrogen coumestrolmanakala ekstrak kupasan mengandungi tigasebatian-luteolin estrogenikquercetin dan kaempferol. Buah delima dianggap sebagaidiantara tumbuhan semulajadi yang sedikit yang mengandungi estron.

    Nilai perubatan daripada Delima
    Kesan anti-atherogenic:
    Pengumpulan kolesterol dalam urat makrofaj (macrophages) yang membawa kepadapembentukan sel berbuih lemak (atherosclerosis).  Penyumbang utama pengumpulankolesterol di dalam sel-sel arteri semasa atherogenesis termasukkepekatan kolesterolplasma yang tinggipeningkatan tekanan oksidatif, penurunan aktiviti paraoxonase serum,pengambilan meningkat lipoprotein atherogenic oleh sel-sel arteri, peningkatan kadarkolesterol esterification macrophagedan penurunan habis kolesterol dari sel-sel arteri.Delimayang kaya dengan polifenolik flavonoid, amat ketara mengurangkan tekanan oksidatif dengan menghalang pembentukan lipoprotein teroksida LDL dan peroksidaanlipid macrophagedan dengan mekanisma ini atherogenesis ini dikurangkanSelain itu,jus delima dengan mudah menurunkan LDL pengagregatan dan pengekalan (aggregation and retention), meningkat aktiviti paraoxonase serumpersekutuan HDL esterase yang boleh melindungi daripada peroksidaan lipid sebanyak 20%danmenindas teroksida degradasi LDL dan biosintesis kolesterol dalam makrofaj(macrophages ) yang boleh membawa kepada pengurangan pengumpulan sel kolesteroldan pembentukan sel buihdengan cara ini ia menghalang kemajuan kecederaanatherosclerotic.

    Penyakit Jantung Koronari
    Kesan delima dikaji keatas pesakit (n = 45) yang mengidap penyakit jantung koronari daniskemia miokardium (myocardial ischemia)yang secara rawak dibahagikan kepada dua kumpulan:
    Satu kumpulan telah diberikan jus delima (240 ml / d) selama 3 bulan, manakalakumpulan yang kedua diberi minum minuman kandungan kalori yang sama, jumlah,perisa, dan warna.
    Peserta menjalani perfusi electrocardiographic-berpagar foton tunggal miokardiumpelepasan kiraan tomographic Tc99m scintigraphy tetrofosmin dalan keadaan tenang dan semasa kegelisaan permulaan selama 3 bulan. Selepas 3 bulantekanan-iskemia padakumpulan pengambilan delima menuruntetapi meningkat bagi kemuplan lain. Maka,pengambilan harian jus delima boleh merubah tekanan iskemia pada pesakit jantungkoronari.

    Karotid Arteri stenosis (Carotid Artery Stenosis)
    Pengambilan jus delima berterusan selama tiga tahun, kepada pesakitatherosclerotic dengan stenosis arteri karotid, mengurangkan ketebalan karotid Intima -mediatekanan darah dan pengoksidaan LDL. Kesan-kesan iniberkait pada ciri-ciri kuat antioksida yang terkandung dalam jus delima.
    Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)
    Pengambilan jus delima (50 ml, 1.5 mmol dari jumlah polyphenols setiap hari,selama 2 minggu oleh pesakit hipertensi menunjukkan susutan 36dalamserum angiotensin penukar aktiviti enzim (ACE) dan pengurangan 5% dalamtekanan darah sistolik. Ini menunjukkan bahawa jus delima boleh melindungi daripada penyakit-penyakit kardiovaskular yang dikaitkan dengan kesanmelarang tekanan oksidatif dan aktiviti ACE serum.
     kencing manis
    Pengambilan jus delima (50 ml /hari selama 3 bulanoleh pesakit kencing manis tidak memburukkan lagi parameter bacaan kencing manis sepertiglukos serumtahap kolesterol dan trigliseridatetapi menghasilkan kesan-kesan anti-oksidaan pada serum dan makrofajyang boleh menyumbang kepada pengecilan daripada pembiakan atherosclerotic pada pesakit.Tambahan pula, bahagian ekstrak dari bunga Punica granatum Linn(Punicaceae) dapat menambah baik hiperglisemia pada pesakit diabetes jenis 2 dan obesiti dengan menghalang aktiviti usus alfa-glucosidase .
    Kesan penggunaan pati jus delima (40g / hari selama 8 minggupada profillipid jenis , keatas pesakit kencing manis (14 wanita8 lelakidenganhiperlipidemia (jumlah kolesterol atau trigliserida (triglycerides) atau = 200mg /dl) telah di nilaikan. Jus delima dengan ketara telah mengurangkan tahapjumlah kolesterol. Kolesterol LDL dan jumlah kolesterol / cholesterol – HDL tidak banyak berubah diperhatikan dalam serum triacylglycerol dankepekatan HDL-kolesterol kajian ini kecil menunjukkan bahawa penggunaanjus delima bertambah baik beberapa profil lipid dalam pesakit kencing manis.

    Penyakit gigi
    Gel yang mengandungi ekstrak Centella asiatica dan Punica granatum (delima)  telah diberikan kepada 15 orang pesakit ia berkesan sebagai terapiadjunctive periodontal. Selain itugel yang mengandungi ekstrak Punicagranatum diberi guna tiga kali sehari selama 15 hari juga berkesan untukpesakit-pesakit yang menderita candidosis yang berkaitan dengan gigi palsuVesicular (denture stomatitis).

    Kulit
    Kasai, et al. Telah menjalankan, percubaan kawalan plasebo secara klinikal menilaikankesan-kesan perlindungan dan pembaik-pulih ekstrak buah delima yang kaya denganasid ellagic keatas pigmentasi pada kulit selepas penyinaran sinar ultraungu (UV),menggunakan sukarelawan wanita dalam lingkungan umur 20 hingga ke 40s.
    Tigabelas sukarelawanis yang sehat dibahagikan kepada tiga kumpulan secara rawak. Diberi nama kempulan dos tinggi (200 mg/hari asid ellagic), kumpulan dos rendah (100mg/hari asid ellagicdan kumpulan kawalan (mg/hari asid ellagicplasebo ). Setiap kempulan menerima 1.5 MEd (erythema dos minimum) sapuan ubat sinaran UV padabahagian dalam atas lengan kananberdasarkan kepada ukuran nilai MEd yang diukur pada semalam hari. Asid ellagic kaya dengan ekstrak buah delimadiberi telan secara lisan, mempunyai kesan pencegahan pigmentasi keatas kulit yang disebabkan dari riadasi UV. Di samping ituekstrak jus delima, terutamanya dari kulit delima, mengalakpentumbuhan semula lapisan dalaman (dermis)dan pecahan lipophilic yang disediakandari benih buah delima menggalakkan pentumbuhan semula sel-sel kulit lapisan luar (epidermis) manusia dalam keadaan makmal.

    Osteoporosis
    Menurut Mori-Okamoto, et aldibayangkan bahawa jus delima secara klinikalberkesan pada keadaan tekanan kemurungan dan kehilangan kekuatantulang dalam sindrom putus haid di kalangan wanita.

    Kanser
    Jika kematian berdasarkan pada umur, kanser telah mengatasi penyakit jantung sebagai penyebab utama kematian bagi mereka yang lebih mudadaripada 85 semenjak 1999. Kadar Kelewatan larasan berlakunya kestabilan kanser di kalangan lelaki dari tahun 1995 ke tahun 2002, tetapiterus meningkat sebanyak 0.3setahun dari 1987 hingga ke tahun 2002kepada wanita. kadar kematian terus menurun untuk 3 jenis kanser biasakepada lelaki (cabang tenggorok dan paru-parukolon dan rektumdanprostatdan untuk payudara, kolon,  dan rektum pada wanita. Sebatian Antioksida yang wujud dalam diet pemakanan dianggap sebagai agenpenghalang kimo (chemoprevention) kanser dan agen rawatan kimo (chemotherapeutic). Maka penekanan tinggi harus diberi kepadabahan-bahan pemakanan secara semulajadi sebagai agen chemopreventivekanser. Laporan epidemiologi membuktkani peranan olih agen diet dalamkes-kes pelindungan kanser prostatpundi kencing dan buah pinggang.

    Kanser prostat
    Kanser prostat adalah masalah kesihatan awam yang utamamerangkumi lebih daripada184,000 kes baru dan 40,000 kematian yang dianggarkan dalam tahun 2000 sahaja di Amerika SyarikatKanser Prostat adalah satu contoh terbaik untuk penghalang kimo (chemoprevention), Kebiasanya ia dikenal-pasti (diagnose) di kalangan warga tua lelaki,dan walaupun kelewatan sederhana dalam ketumbuhan seketul daging lebihan (neoplastic) disebabkan dari punca perubatan (farmakologi) atau pemakanan bolehmenyebabkan pengurangan yang besar dalam insiden penyakit klinikal dikesan.
    Setakat ini, minuman tehselenium, vitamin Elycopenesayur-sayuran dari keluarga kobis (cruciferous)antiandrogensdan wain merah telah dianggap sebagai agen potensi menghalang (chemoprevention) kanser prostat atau agen chemotherapeutic.Dalam kajian tahun terkini buah delima masih lagi terus diuji kaji sebagai agen chemopreventiondan rawatan kanser prostat.
    Empat bahan kimia tulin – asid ellagic, asid kafeikasid luteolin dan punicicsemuanya komponen terpenting dalam petak jus (akueus) atau petak berminyak buah delimasetiapsatu mewakili kelas kimia yang berlainantanpa mengenali aktiviti antikansertelah diujisebagai inhibitor berpotensi in vitro serangan ke atas sel-sel kanser manusia PC-3prostat dalam cerakin yang menggaji sebatian membranes tiruan Matrigel. Semua sebatian dengan ketara menghalang pencerobohan apabila bertindak secara bersendirian.
    Kesan bahan buah delima dari ekstrak perahan-tekanan secara sejuk atau benih minyaksupergenting (supercritical) CO2 , fermantasi jus polyphenolsdan perikarpa polyphenolspada sel-sel kanser prostat manusia juga dikaji in vitromenunjukkan bahawa bahan-bahan hasilan - delima mempunyai aktiviti antitumor yang ketara terhadap kanser prostatmanusia.
    Kesan penggunaan jus delima (sumber utama antioksidanmengenai perkembanganantigen khusus prostat (PSA) di kalangan lelaki dengan peningkatan PSA disebabkan daripembedahan atau sinaran readasi dinilaiPesakit yang dikesan mempunyai PSA > 0.2 dan <5 ng / ml dan Gleason skor

    Ia seolah-olah bahawa penggunaan delima boleh membantut perkembangan kanser prostatmemanjangkan jangka hayat serta memperbaiki kualiti hidup pesakit yangmenghidap penyakit kanser prostatdan mempunyai potensi yang kuat sebagai ejenchemopreventive dan mungkin agen terapeutik terhadap karsinoma (carcinoma) prostat.

    Kanser Payudara
    Di dalam keadaan makmal, ekstrak buah delima dan genistein menunjukkanketara (dos dan masa bergantung kepadasitotoksik dan kesan perencatanpertumbuhan sel-sel kanser manusia payudara (MCF-7), menghalangpertumbuhan sel-sel kanser payudara melalui aruhan daripada apoptosis,dengan rawatan kombinasi yang lebih berkesan daripada rawatan tunggalOleh itu, ia telah dicadangkan bahawa buah delimayang mempunyai potensiterapeutik chemopreventive dan pembantuboleh digunakan untuk kanser payudara manusia.

     Kolon
    Jus delima menindas isyarat sel radang dalam HT-29 kolon manusia selselaras kanser.

     Antimikrobial
    Di India, pelbagai rempah-ratus telah digunakan secara tradisional sejak zaman dahulu kalauntuk memelihara produk makanankerana ia dianggap mempunyai sifat antiseptikdan sifat pembasmi kuman, dari 35 jenis pelbagai rempah -ratus India yang diujibenihbuah delima mempunyai aktiviti antimikrob mujarab terhadap Bacillus subtilis (ATCC6633), Escherichia coli (ATCC 10536), dan Saccharomyces cerevisiae (ATCC 10536).
    Interaksi diantara ekstrak Punica granatum (delima) methanolic dan 5antibiotik-chloramphenicol, gentamicinampicillintetracycline dan oxacillin terhadap 30pencilan klinikal tahanan-methicillin dan sensitif methicillin Staphylococcus aureusmenunjukkan bahawa ekstrak buah delima secara mendadak meningkatkan aktivitisemua antibiotik yang diuji,dengan aktiviti sinergi dikesan antara ekstrak buah delima danantibiotik yang diuji.
    Kesan ekstrak buah delima pada pertumbuhan dan pengeluaran enterotoxinStaphylococcus aureus FR1 722 dikaji. Kebarangkalian bakterial ditentukan dengan kaedah pencairan tiub dan penghasilan enterotoxin dinilai dengan menggunakan plates membran-lebih-agar (membrane-over-agar plates ). Pada kepekatan ekstrak rendah(0.01% v / v) pertumbuhan bakteria terbantut, dan pada kepekatan yang lebih tinggi (1% v /vpertumbuhan bakteria tersingkir, pada 0.05% (v / v) penghasilan kepekatan ekstrakenterotoxin Staphylococcal terhalang. Maka ekstrak buah delima berpotensi sebagai antibakteria dengan keupayaan untuk menyekat pengeluaran enterotoxin Staphylococcal.

    Antiviral
    Jus punica granatum (Delima) telah disaring untuk mengesan aktiviti menghalang terhadap HIV-IIIB menggunakan CD4 dan CXCR4 sebagai sel penerima. Jus yang terbaik itu juga telah diuji untuk perencatanjangkitanHIV-1 Bal, mengguna CCR5 sebagai pusat sel pernerima dan bagi mengikatgp120 IIIB dan gp 120  Bal, masing-masing kepada CXCR4 dan CCR5. Untuk membuang komponen perwarna jusbahan berkesan penjerapan untukmelerai penerima dan makanan lain sedang dikaji. Satu bahan komplek sedang diusahakan bagi perencatan jangkitan utama HIV-1. Keputusan menunjukkan kemasukan perencat HIV-1 dari jus delima melalui kanji. Hasil percantuman mengikat blok kompleks virus  CD4 dan CXCR4/CCR5 danmenghalang jangkitan virus utama kled A ke G dan kumpulan O.
    Ekstrak jus (aqueous) dari 21 herba ubatan yang digunakan secara tradisional di selatan tanah besar China telah disaring untuk aktiviti antiviralterhadap kuman jankitan kulit dan saraf (herpes simplex virus) jenis1. Tiga ekstrak dari  Agrimonia pilosaPithecellobium clypearia dan Punica granatum,masing-masingmenunjukkan aktiviti anti-HSV-yang mungkin disumbangkan dari sebatian polifenolik yang terhasil dari dalam ekstrak herba. Ini menunjukkan bahawa buah delima mempunyai aktiviti-aktiviti pelbagaiantivirus.

    Antihelminthic / antidiarrheal
    Penggunaan kulit dan akar buah delima sebagai rawatan jangkitan cacing pita telah disyorkan oleh beberapa penulis perubatan awal Rombuah delimadianggap sebagai antihelminthic.

    KESAN SAMPINGAN
    Seorang wanita yang berusia 85 tahun telah terkena penyakit luka luka lidah peringkat permulaan (tongue angioedema)  dari pengambilan buah delima seperti yang dibuktikan semasa cabaran ujian lisan double blind.  Satu lagi kes berkaitan dengan seorang kanak-kanak asma yang berusia 7 tahun, yang bergantung kepada pengambilan  IgEbeberapaminit selepas memakan beberapa butir biji buah delimamenunjukkan keadaan klinikalbronchospasm yang bertindak balas keatas rawatan hidu salbutamolSelain itu, jus delima boleh meningkatkan risiko rhabdomyolysis semasa rawatan rosuvastatin .
    Pengambilan kulit pokok harus digunakan secara berhati-hati, kerana pengambilan melebihi had (overdos) boleh mendatangkan toksik . Kulit pokok mengandungi kepekatantinggi tanin yang secara teori boleh menjadi toksik kepada hati, begitu juga dengan kulit pokok yang kering, ia juga didapati mengandungi bahan karsinogenikAflatoksinB-1.
    Berhubung kait diantara kanser kerongkong (esophageal) dan buah delima telahditerangkan,  seperti penyakit yang lazim dihadapi oleh penduduk di Mazanderan daerah pesisir Caspian Iran. Kebanyakan wanita hamil di kawasan itu mengamalkan pemakananmemakan makanan tempatan yang dipanggil "majum" atau "majoweh", yang mengandungi campuran biji buah delimalada hitam, kismis kering dan bawang putih.
    Penduduk tempatan disini meyimpan daging dengan menggunakan cara pengeringanmatahari dan menyimpan untuk satu tempoh masa yang panjang. Mereka juga suka meminum teh yang sangat panasdan amat kurang mengambil buah-buahan dansayur-sayuran dalam pemakanan. Oleh itu, ia seolah-olah bahawa gabungan pelbagai faktor seperti campuran makanan yang keras dan kasar menyebabkan gatal dan traumafizikal kepada sel-sel esophageal, dengan meminum teh yang sangat panas jugamengganggu esofagus, meyimpan makanan yang terlalu lama dalam jangka  masa yangpanjangdan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang rendah, semua faktor-faktor ini menjejaskan esofagus dan kemudian membawa kepada pembengkakkanesofagus. Maka adalah tidak mungkin buah delima menyebabkan kanser, kerana buah delima telah terbukti mempunyai sifat-sifat anti-kanser payudara, kanser prostat, kolondan tumor kulit.

    RINGKASAN
    Kajian ini menunjukkan bahawa buah delima purba mempunyai pelbagai ciripenting ubat-ubatan yang boleh digunakan dalam pencegahan dan rawatanpenyakit. Kesan sampingan buah delima jarang berlaku, termasukAngioedema, bronchospasmdan peningkatan risiko rhabdomyolysis semasarawatan rosuvastatin. Berkenaan dengan penyakit kanser esophageal yangdikesan di Irania merupakan gabungan beberapa faktortetapi bukan disebabkan dari buah delima.
    Ciri-ciri positif membuat makanan buah delima pilihan yang perlu disertakandalam pemakanan seharian.
    v  delima adalah dianggap sebagai tonik yang baik untuk jantung.
    v  Ia mengurangkan tekanan sistolikdan dengan itumengekalkan tekanan darah di bawah kawalan.
    v  Sebiji buah delima meningkatkan fungsi buah pinggang dan hatidan digunakan untuk merawatpembesaran limpaSelain itu, ia membekalkanmineral dan membantu hati untuk menyerap vitaminA daripada makanan.
    v  Kemanisan pelbagai berguna sebagai julap. Rasa pelbagai manis - masam melegakan pedih hulu hatidan radang perut.
    v  antioksida yang terkandung dalam jus minuman meningkatkan imuniti tubuh badan, dan meningkatrintangan pertahanan khas kepada penyakit TB dan kanserKajian telah menunjukkan bahawa buah delima boleh digunakan untuk merawat kanser paru-paruprostrate dan payudara.
    v  jus buah delima juga mempunyai sifat antiseptikdanberguna dalam mengurangkan demamLebih-lebihlagi, ia digunakan untuk penyembuhan luka.
    v  Oleh kerana sifat-sifat astringenia juga memberi manfaat dalam rawatan cirit-birit dan disenteri.
    v  jus digunakan sebagai pencernaan dan pembuka seleradan berguna dalam radang usus (kolitis).Apabila dicampurkan dengan madu, ia bolehmengurangkan loya dan muntah-muntah, khassemasa demam pagi bagi wanita menggandung.Gabungan ini juga digunakan dalam perubatantradisional bgi meningkat ingatan.

    Kegunaan Lain dari Buah Delima
    Viagra alamiah — jus buah delima !

    a)    Sejumlah doktor dari University of Boston, Amerika, telah melakukan uji kaji dan uji coba khasiat buah delima terhadap rangsangan seksual lelaki. Hasilnya, jus buah delima, terbukti meningkatkan aliran darah menuju penis -- yang tentu saja dapat membantu kaum lelaki yang mengalami masalah seksual.
    b)   Kulit buah, daunbunga, biji dan kulit kayu pokoktelah digunakan sebagai ramuan untuk ubat-ubatansemenjak beribu-ribu tahun.

    Kulit : boleh digunakan untuk merawat masalah kulit danmengurangkan gatal-gatalKulit buah yang dikeringkan dicampur dengan garam dapat digunakan untuk merawatpenyakit gusi dan menguatkan gusiAir rebusan daripada kulit pokok diminum, berkesan memusnahkan Cacing,kerana sifat alkalinya.

    Bunga : bunga yang dikeringkan dan dijadikan tepungboleh digunakan untuk mengurut bahagian gusi bagimengawal pendarahan.

    Biji : biji benih di kisar dijadikan pes digunakan untuk merawat batu buah pinggang dan pundi kencingBiji yang telah dikeringkan juga merupakan ramuan penting dalam beberapa hidangan seperti pencuci mulut, khususnya dinegara-negara Asia.

    Petua: buah yang telah dipotong hendaklah dimakandengan segera, kerana bijinya mudah kehilangan warnadengan cepat.
    Buah delima tidak hanya lazat dan menyegarkan, ia jugamenggabungkan beberapa manafaat kesihatanIa menjagaorgan-organ utama seperti jantung, buah pinggang danhati sihat dan berguna dalam merawat pelbagai keadaan.

    Ubat dari Delima (Anar)
    Perkataan 'Delima' secara kiasan (literally) bermaksud"epal berbiji banyak". Walaupun mengupas kulit buah inimerumitkan, tapi dengan membebaskan kantung kantung merah berair dari dalam buah ini akan membuat anda merasa puas dengan usaha yang diberi.
    Buah delima tidak mengandungi sebarang lemak, kolesterolatau natriumSelain itu ia menyediakan sumberterbaik vitamin C dan serat. Sebiji buah delimamengandungi hampir ratusan kalori. Menurut satu kajian,jika diambil setiap hari dalam satu tempoh masa yang panjang, kekuatan antioksida dalam buah delima dapatmembantu memerangi kansertekanan darah tinggi,osteoartritis dan juga dapat mencegah pembekuan arteri.

    Rawatan dari Rumah Dengan Buah Delima
    Berikut adalah cara pengunaan buah sebagai ubat:

    1)    Kulit kupasan buah harus dikeringkan, kemudian dikisar halus diambil dalam sukatan 5-10gdua atau tiga kali sehari jika dalam kes-kes kemasaman tinggi (hyper-acidity), cirit-birit, dan rendah selera.
    2)    Serbuk kulit dicampur dengan garam digunakan sebagai ubat gigi
    3)    Bagi serangan parasit seperti cacing pita dan lain-lainmerebus akar pokok10-20 gm perlu diambildiikuti dengan satu pencahar (purgative).
    4)    Buah ini juga bagus untuk batuk kering
    5)    Pengambilan jus segar melegakan gangguankencing.
    6)    Masukan buah ini kedalam pengambilan makanan apabila anda demam.
    7)    jus buah ini boleh digunakan sebagai pencuci luka dan ulser.
    8)    Bagi jangkitan tekak dan bahagian dalaman mulut, dikumur kumur dengan air rebusan kulit buah dapat membantu melegakan sakitan.
     Cacing
    a)    Dibasuh 7 gram akar delima yang telah dikeringkan, lalu dikacip seperlunya. Rebus dengan satu gelas air selama 15 menit. Setelah sejuk, saring dan minum airnya sekaligus.
    b)    Direbus kulit keringnya dan serbuk biji pinang (masing-masing 15 gram) dengan tiga gelas air bersih. Didihkan perlahan-lahan selama satu jam. Setelah sejuk, saring dan minum sekaligus sebelum sarapan pagi.
    c)    Masukkan satu sudu besar biji buah delima kering ke dalam segelas jus nanas yang belum terlalu masak (separuh masak). Gaul merata, minum sewaktu perut kosong.

    Radang gusi
    Basuh bunga delima tujuh kuntum dengan air bersih, lalu rebus dengan segelas air bersih sehingga mendidih. Setelah sejuk saring dan gunakan untuk kumur-kumur.

    Pendarahan
    Rebus bunga delima (20 g) dengan tiga gelas air bersih sehingga tinggal separuh. 
    Minum air rebusan dua kali sehari, masing-masing tiga perempat gelas.

    Luka
    Campurkan serbuk kulit buah atau bunga secukupnya dengan minyak gamat. Gaul merata, lalu sapukan pada bagian yang luka.

    Ulser Mulut
    Ambil dua buah delima segar yang masak. Keluarkan isinya, lalu tumbuk sampai hancur. Tambahkan satu gelas air sambil digaul merata, lalu saring. Gunakan airnya untuk berkumur, lalu telan. Lakukan 2--3 kali sehari, sehingga sembuh.

    Kekerapan kencing
    Ambil isi sebiji delima yang segar dan masak, dan segenggam kucai, dipotong kecil seperlunya. Rebus dengan tiga gelas air bersih sehingga  tinggal separuh, angkat dan sejukkan. Minum air rebusan dua kali sehari, masing-masing tiga perempat gelas.

    Keputihan
    Rebus kulit delima kering (30 g) dan herba sambiloto kering (15 g) dengan satu liter air bersih. Biarkan air rebusannya tinggal separuh. Setelah sejuk, disaring kepada tiga bahagian untuk tiga kali minuman, pagi, petang, dan malam. Air rebusan ini juga bolih digunakan untuk mencucicuci faraj. Khusus bagi wanita yang sudah berumah tangga, gunakan syringe untuk menyampaikan air sehingga ke liang faraj.

    Batuk Kering
    Makan isi buah delima yang separuh masak. Setiap malam sebelum tidur, bijinya dibuang. Dan untuk suara serak, kerongkong kering amalkan memakan buah yang segar 2--3 kali sehari untuk beberapa hari.

    KANDUNGAN KIMIA

    Fitokimia
    Kulit pokok buah delima mengandungi asid Punicotannic, asid Gallic, MannitePelletierine dan N-Methylisopelletierine. Jus pomegrante mengandungiEllagitanninsPelargonidinPunicalinPunicalagin,AntosianinCyanidinAsid Ellagic

    Nilai Pemakanan

    Nilai Bagi per 100gms bahagian boleh di makan.           Nilai Kalori -65

    Kelembapan
    78%
    Minerals dan Vitamins
    Protein
    1.6%
    Calcium
    10mg
    Lemak
    0.1%
    Phosphorus
    70mg
    Minerals
    0.7%
    Iron
    0.3mg
    Sirat
    5.1%
    Vitamin C
    16mg
    Carbohydrates
    14.5%
    sejumlah kecil vitamin B Complex

                                      100%





    Naz ~Pucuk Pauh Delima Batu Anak Sembilang Di Tapak Tangan Walau Jauh Beribu Batu Tengok World Cup Atas Tapak Tangan ;D