Followers

Sunday, June 30, 2013

10 Rahsia Jika Ingin Hidup Indah

10 Rahsia Jika Ingin Hidup Dengan Penuh Keindahan

1. CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. FORGIVENEES
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. BERBAGI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka

10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal. Jadi carilah kedamaian di dalam dan di luar hati anda.

n.a.z.a

http://www.teratakmaya.com/1/post/2013/03/10-rahsia-jika-ingin-hidup-indah.html

Saturday, June 29, 2013

Syarat Fidyah Jika Tinggalkan Puasa

Ibadah niyabah wajib disempurnakan

Fidyah berkait rapat dengan ibadah puasa di mana ada beberapa sebab dalam puasa wajib yang jika ditinggalkan akan dikenakan fidyah iaitu meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh. Wanita hamil dan yang menyusukan anak terpaksa meninggalkan puasa serta menangguhkan qada puasa sehingga tiba Ramadan berikutnya.

Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak.

Firman Allah SWT bermaksud: “…Dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 184).

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan yang belum diqadanya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari ditinggalkan bagi pihaknya.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Terdapat beberapa keadaan di mana seseorang itu dikenakan fidyah apabila meninggalkan puasa atau sebaliknya:
Seseorang yang meninggalkan puasa kerana bermusafir atau sakit, maka wajib ke atasnya mengqada’ puasa sebelum datangnya Ramadan tahun berikutnya dan jika dilaksanakan dalam keadaan sedemikian maka tiada dikenakan fidyah.

1- Seseorang yang menangguhkan qada puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya kerana cuai atau tidak mengambil berat, maka dia dikira berdosa dan diwajibkan membayar fidyah berserta qada puasa mengikut bilangan hari ditinggalkan.

2- Seseorang sakit berterusan hingga masuk Ramadan yang lain, dia wajib mengqada puasanya saja tanpa dikenakan fidyah.

3- Sekiranya seseorang itu mati sebelum berkemampuan atau berkesempatan mengqada puasanya bukan disebabkan cuai atau sebagainya, maka dia tidak berdosa dan tidak perlu meminta orang lain mengqada bagi pihaknya serta tidak diwajibkan membayar fidyah bagi puasa ditinggalkannya.

4- Sesiapa yang mati selepas mampu mengqada puasanya, maka walinya (bapa, datuk atau ahli keluarganya) disunatkan mengqada hari-hari ditinggalkan bagi pihaknya.

Orang lain yang berpuasa bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang ahli keluarga terdekatnya. Jika dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti itu tidak sah.

5- Jika tiada seorang pun berpuasa bagi pihak si mati, maka hendaklah dikeluarkan satu cupak makanan bagi setiap hari ditinggalkannya. Makanan itu wajib dikeluarkan daripada harta pusaka ditinggalkannya, sama seperti hutang. Sekiranya dia tidak memiliki harta, maka orang lain boleh mengeluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.

6- Seseorang meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sekiranya dengan berpuasa akan membawa kesulitan kepadanya, maka wajib membayar fidyah saja berdasarkan kesepakatan ulama.

7- Seseorang yang tidak berkemampuan untuk berpuasa, sekiranya dia tidak berkemampuan juga untuk membayar fidyah maka tiada apa-apa dikenakan ke atasnya.

8- Seseorang yang mengalami sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh, maka wajib membayar fidyah dengan kesepakatan ulama, kerana puasa tidak lagi diwajibkan ke atasnya.

9- Wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak, jika meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan anaknya, maka wajib membayar fidyah berserta dengan qada puasa mengikut jumhur ulama.

Sebaliknya, jika dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan dirinya sendiri, maka dia boleh berbuka puasa dan diwajibkan qada’ puasa saja tanpa perlu membayar fidyah.

Menurut pandangan paling sahih dalam Mazhab Syafii, bayaran fidyah berganda dengan bergandanya tahun. Manakala menurut Mazhab Maliki dan Hanbali, bayaran fidyah tidak berganda mengikut tahun kerana ia dikira sekali gus saja.

Bayaran fidyah boleh ditunaikan sepanjang hidup. Namun, lebih baik mempercepatkan pembayarannya sekadar termampu dan seboleh-bolehnya ditunaikan dalam Ramadan kerana pahala pada bulan itu lebih banyak berbanding bulan lain.

Penulis Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)


http://www.teratakmaya.com/1/post/2013/03/syarat-fidyah-jika-tinggalkan-puasa.html

Friday, June 28, 2013

SYAITAN DAN HIDUNG


Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)

Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur. Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa).Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur. Cara nak membersihkannya …

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macaserombong kapal daa.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata……..

“Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatikuu”

Saturday, March 16, 2013

Reda terima musibah diampun dosa

ORANG yang beriman sepatutnya mengetahui, memahami dan meyakini konsep takdir Allah.

Allah takdirkan di kalangan manusia ada yang cacat, dipanjangkan umur dan sebagainya.

Semua perkara yang berlaku dalam urusan perjalanan hidup kita semuanya berada dalam lingkungan takdir Allah. Firman Allah bermaksud: "Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisi-Nya dengan kadar yang tertentu." (Surah Ar-Ra'd, ayat 8).

Abdullah bin Mas'ud berkata: "Aku menemui Rasulullah SAW ketika Baginda dalam keadaan tidak sihat. Aku menggosok Baginda dengan tanganku. Aku katakan kepada Baginda: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar tidak sihat. Rasulullah SAW bersabda: "Memanglah, apa yang aku alami sekarang ini sama seperti yang di alami oleh dua orang di antara kamu. Aku berkata: Kalau begitu engkau beroleh dua pahala sekali gus. Rasulullah bersabda: Benar. Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi: Setiap Muslim yang ditimpa musibah atau sakit dan sebagainya, maka Allah akan mengampunkan kesalahan daripada sakitnya, seperti daun yang gugur dari pokoknya." (Hadis Riwayat Muslim).

Cara berhadapan dengan takdir

Reda dengan takdir Allah sama ada baik atau buruk. Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Amat Mengetahui Bersyukur sekiranya menerima takdir baik

Bersabar sekiranya ditakdirkan dengan sesuatu yang tidak baik (pada pandangan kita), mungkin ada hikmah tertentu

Sentiasa berusaha dan berwaspada kerana ia cara hidup Islam dan ibadah

Sentiasa berdoa dan bertawakal

Wednesday, March 6, 2013

5 Kelebihan Berbaik Sangka & Berfikiran Positif


Berbaik sangka terhadap orang lain merupakan suatu yang mulia dan bakal menarik lebih ramai prospek serta rezeki ke dalam kehidupan anda. Antara kelebihan berbaik sangka adalah seperti berikut:

1. Jiwa Akan Menjadi Tenang & Sentiasa Memikirkan Perkara Yang Positif!

Tidak kiralah suratan ataupun kebetulan, jika kita secara tidak sengaja bertemu dengan orang yang pernah menyakiti kita dari segi fizikal ataupun mental, kita akan menjadi tenang apabila berhadapan dengan mereka.

Jika kita sentiasa bersangka baik, perasaan kita akan menjadi sentiasa tenang dan dipenuhi dengan senyuman walaupun kita berhadapan dengan orang-orang yang pernah memberikan pengalaman buruk kepada hidup kita.

2. Menjauhi Daripada Racun Perosak Jiwa Yang Negatif!

Racun perosak jiwa ini amatlah berbahaya kepada semua manusia kerana ia boleh meracuni dan membunuh sifat-sifat positif yang tertanam dalam hidup kita sejak azali lagi. Racun ini menyebabkan manusia semakin mementingkan diri.

Setelah racun ini memasuki jiwa manusia, kita akan sering berfikiran negatif dan sering berburuk sangka serta menyalahkan orang lain dalam apa jua keadaan sekalipun. Ia bakal menimbulkan perselisihan, perpecahan serta perperangan!

3. Sentiasa Memulakan Andaian yang Baik-Baik Sahaja!

Sudah menjadi kebiasaan naluri manusia akan mula memikirkan perkara-perkara yang tidak baik dahulu berbanding perkara-perkara yang baik. Jadi jika kita asyik memikirkan andaian yang buruk, kita akan diselubungi ketakutan serta kegelapan sehingga menjejaskan jualan produk.

Jika kita sentiasa mengamalkan sentiasa berprasangka baik serta berfikiran positif dalam apa juga situasi, secara tidak langsungnya kita akan membentuk satu tabiat dalam diri kita untuk berfikir mengenai perkara yang positif sahaja. Ini mampu membantu anda menjual produk dengan lebih baik.

4. Anda Akan Sentiasa Berasa Bertuah Dan Bersyukur!

Jika jiwa kita tenang, pasti apa yang kita lakukan akan dirasakan begitu seronok dan terhibur. Bersangka baiklah kepada sesiapa juga prospek/pelanggan yang kita temui, sudah pasti ia akan memberikan impak yang baik juga bukan setakat diri kita sahaja malah kepada prospek/pelanggan yang kita temui sekali.

Apabila kemesraan dapat di wujudkan, komunikasi akan berjalan lancar dan keghairahan kita melakukan jualan akan lebih terserlah lagi. Pasti tuah yang kita harapkan akan menjelma sekali bersama dengan usaha yang telah kita lakukan secara bersungguh-sungguh. Kita juga akan menjadi lebih bersyukur.

5. Segala Urusan Anda Dipermudahkan!

Jiwa yang tenang serta hati yang bersih pasti dapat memberikan semangat untuk bertemu prospek/pelanggan dengan cara tugasan yang cukup disenangi kepada sesiapapun yang kita temui. Berbaik sangka dengan permulaan salam dan senyuman yang manis pasti memikat sesiapapun juga yang kita hampiri.

Bila hati dan jiwa kita semakin tenang serta ceria, pasti jualan yang kita bakal lakukan ini boleh dikendalikan, kemudikan dengan baik dan menjadi sesempurna yang termampu untuk memikat hati dan perasaan prospek/pelanggan menerima tawaran yang ditawarkan.

Firman Allah S.W.T. bermaksud

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani” (Surah Al-Hujurat ayat 12).

Pasti ada hikmahnya jika dalam ayat Al-Quran turut menyeru kita supaya tidak mudah berprasangka buruk, menghakimi orang lain serta membuat andaian yang bukan-bukan ataupun mengarut sebelum mengetahui perkara tersebut dengan lebih mendalam.

Kita yang ingin melakukan jualan amatlah memerlukan sikap yang positif serta berprasangka baik terhadap orang lain yang kita temui. Sikap tenang dan sabar sentiasa akan membawa kepada kunci sebuah kejayaan yang gemilang dalam apa jua yang anda usahakan.

Berbaik sangkalah sesama manusia yang lain, nescaya hidup anda akan menjadi lebih tenang, lebih ceria, lebih bahagia serta dimurahkan rezeki disamping segala urusan anda akan sentiasa dipermudahkan.

Baca selanjutnya http://www.majalahniaga.com/5-kelebihan-bersangka-baik-sebelum-menjual.html#ixzz2MhDyCKYa
Follow us: @majalahniaga on Twitter | majalahniaga on Facebook

Naz~Lama sudah blog nie bersawang. Terima kasih buat follower2 dan visitors yang masih sudi bertandang dan berikan komen. <3 u all!!!