Followers

Monday, February 1, 2010

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut


Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai
jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa
dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada
diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin
ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer
atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat
otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah
selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko
bagi kesihatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari
Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja
pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing
berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu
pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap
-trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang
menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang
menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis
tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil
dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin
dimana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama
di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja
pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama
lebih 10
jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri
teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah
mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi,
sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang
melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan
oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan
gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki.
Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa
menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat
serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus
berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca
daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung
kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang
berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh
berkumpul
di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari
kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam
paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa
metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah
pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang
terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung
sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat
‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali
diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke
seluruh bahagian paru-paru.

Simptom


1. Cepat penat
2. Mengah
3. Sakit dada
4. Denyutan nadi laju
5. Lemah di bahagian kaki
6. Kurang selera makan
7. Batuk
8. Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.


Cegahan

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep
vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena
supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan

Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan
darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah
darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan
darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan
menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh
dengan enzim yang bertindak memecahkannya).


Naz : Jangan Dok Lama - lama Depan Komputer !!!!!!

16 comments:

Jawa a.k.a USERMODE said...

DAMN~!!!! aku nak tukar profession lah. terang-terangan dah sebut webmaster. adoyai....

hmm. mau jadik asassin (cita2 aku dari kecik lagik). hu hu hu ...

Naz said...

bro jawa...
x payah tukar profession... cuma kena lebihkan sikit senam dan aktiviti fizikal... aku pun selalu gak mengadap pc lama2... smpai lenguh kaki aku... hahaha

Solehah said...

bahaya eh..saya la salah sorang yang suka duduk ja dpn komputer ni.

mamai said...

nie yang takut kerja depan komputer nie

mamai said...

nie yang takut kerja depan komputer nie

Naz said...

Solehah...
bahaya hanya jika duduk terlaaluuu lama dpn pc... elok kena bersenam atau wat aktiviti yg mengeluarkan peluh selalu...

Naz said...

mamai...
hehehehe.. aku pun sama bro.. bila baca artikel ni hari tu, aku dah kurangkan masa on9...

Anonymous said...

uiks..

menakutkan!

Unknown said...

huhu
terima kasih dia atas info...tapi sehingga hari ini masih ok sebab langkah2 pencegahan telah diamalkan

Naz said...

GhOsToNe...
agak menakutkan jugak... huhuhu

Naz said...

tengku_fir21...
bagus3... cegah sebelum kena... thumbs up!!!

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Saye rase saye macam.. Err.. Belum lagi kot kene.. Kene kurangkan ngadap komputer ni.. Huuhuu..

Naz said...

cik Hana...
kurangkan hadap pc dan juga lebihkan aktiviti yg boleh keluarkan peluh... Malaysia sihat!! :D

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

sy on9 time ptg..walaupun keje as freelance it tpi sy tetapkan masa ptg untuk on9..paling lama 4 jam..pagi sibukkan diri kuarkan peluh....hehe..mlm sambung pulak dalam 2-3 jam..

mengadap lama pun letih jugak..betul tu..malaysia sihat..

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

klu tk silap faizal tahir kena dvt..tiap ari kena telan ubat rm13 sbijik..ubat tahan sakit..

Naz said...

♥akukahmilikmu®♥...
jom kita sama2 sihat sokmo... :D
kesian faizal kan... semoga dia cpt2 sembuh...
~kerja apa tu?