Followers

Monday, October 25, 2010

Petua Murahkan Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan Hidup


Berdoalah… Minta Allah murahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup. Menurut Ustazah Dr. Fatma Zaharah, saat doa mujarab ialah:

1. Setiap hari jumaat (mulai maghrib hari khamis sampai maghrib jumaat)
2. Waktu hujan mula turun...(jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)
3. Setiap malam (1/3 mlm maksudnya dalam pukul 3-5 buat sembahyang tahjud, hajat ,
taubat)
4. Sebelum subuh (sebelum azan dah bersedia ada atas tikar sembahyang, istighfar dulu)
5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)
6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa .
7. Waktu sakit (jangan mengeluh...masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita...)

Insyaallah setiap doa tu ALLAH makbulkan cuma jangan pernah putus asa....

Untuk hilangkan kesulitan dalam hidup ini

1. Banyakkan Istighfar
2. Amalkan doa nabi Yunus
3. Solat taubat setiap malam
4. Berdoa dengan nama2 Allah...asmaulhusna...

Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih

والله أعلم

Naz ~ :)

6 comments:

Nashrul Sabri said...

Terima kasih kerana berkongsi petua. Mudah-mudahan Allah Taala merahmati dan memurahkan rezeki saudara. Amin..

Unknown said...

sangat berguna...
tima kasih..

Hazlin Nazri said...

salam ..
boleh tak nak copy paste? nnt akak bg kredit ok..

tqvm

Naz said...

Nastradamus...
Sama2... semoga kita semua diberikan rezeki yg halal dan berkat... amin.. :)

Iella...
sama2... :)

kak Lin...
waalaikumsalam kak. boleh saja. semua artikel kat sini boleh di copy paste... :)

Ieza said...
This comment has been removed by the author.
Ieza said...

menarik..sangat berguna untuk panduan hidup..