Followers

Friday, October 30, 2009

Digital camera for sale

Looking to sell a digital camera - I don't need it any longer as I'm in the hospital. I'm including the last photo that I took so that you have some idea about the picture quality.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Naz : Murah. murah... hahahaha!

Thursday, October 29, 2009

Jodoh


Jodoh.. satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.

Persoalannya apakah cara yang terbaik untuk mendapatkan jodoh? Banyak kita dengar dan belajar dari persekitaran kita dengan mendengar cerita dari ibu bapa,pakcik makcik,adik beradik,sahabat handai tentang kisah pertemuan sebelum menjejakkan kaki ke alam perkahwinan, begitu juga kisah agung dongeng-dongeng dan titipan sejarah cinta yang telah dibukukan malah difilemkan yang menjadi garis panduan malah impian kepada manusia dewasa ini.

Tidak kurang juga dengan kisah-kisah sedih dan pilu yang menjadikan perkahwinan satu institusi yang sangat ditakuti oleh sebilangan lelaki dan wanita Melayu beragama Islam di negara kita ini. Setelah membuat banyak kajian secara peribadi dan juga membaca rujukan carta statistik yang dikeluarkan oleh pihak berwajib, saya mendapati beberapa cara telah wujud bagi masyarakat Melayu Islam negara ini berjumpa dengan jodoh mereka. Saya juga mendapati penduduk Malaysia hari lebih suka mencari pasangan sendiri yang kononnya akan menjamin kebahagiaan berkekalan kerana sudah saling mengenali antara satu sama lain. Ini memang terbukti kerana asas bagi sesebuah perkahwinan adalah persetujuan antara dua pihak. Jadi ini memudahkan urusan pembinaan mahligai syahdu pasangan dan saya secara peribadinya sangat menghormati dan kagum terhadap pasangan sebegini. Dengan jangka masa pengenalan yang agak matang itulah mendewasakan mereka malah mampu memahami pasangan sebaik mungkin.

Tetapi setiap yang pro pasti ada kontranya, itulah adat dunia yang tidak mampu disangkal oleh cerdik pandai dari tempat dan masa mana sekalipun. Kalau pasangan pilihan hati sendiri begitu enak melayari bahtera rumah tangga begitu juga mudahnya pasangan yang terlalu memahami pasangan masing-masing terjebak dalam permasaalahan rumah tangga, yang akhirnya terbukti dengan hanya perceraian. Tidak saya mahu huraikan disini apakah faktornya kerana bukan tujuan coretan tinta ini.

Lain pula perbedaan yang berlaku apabila pasangan bersatu kerana dijodohkan, tapi cara ini dianggap kolot dan tidak praktikal kerana pemikiran masyarakat sekarang mementingkan kebebasan berfikir dan bersuara. Jadi cara ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini, kerap kali kita dengar banyaknya kesan negatif akibat penjodohan sebegitu. Tapi lain pula jika saya berbual dan bertanya dengan pakcik-pakcik atau makcik-makcik lewat setengah abad yang majoritinya berkahwin setelah dijodohkan tetapi ternyata bahagia sehingga akhir hayat mereka.Maka saya sedar bahawa selayaknya kita harus berfikir apakah cara yang paling terbaik untuk diri kita mendapat jodoh hayat.

Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.

Pada setengah perkara ternyata tidak layak otak kita yang sejengkal ini mahu membuat perkiraan tepat mengenai apatah lagi persoalan qada dan qadar Allah. Kerana semestinya setiap ketetapan Allah adalah yang terbaik, cuma cara penerimaan kita terhadap nikmat dan ujianNya menunjukkan kita menerima semua ketapan itu sebagai baik atau tidak. Pada golongan yang bakal berhadapan dengan situasi ini mahupun yang telah lewat, “jangan takut dan jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita” dan lagi Allah berfirman “berdoalah kepaku nescaya akan kumakbulkan.”

Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah.

Tetapi tidak secara totalnya cara tersebut dijadikan sandaran, macam mana caranya sekalipun, tetapkan hati dan tanamlah dengan bisikan amalmu yang ikhlas kerana Allah, paksalah hatimu untuk belajar menjadi ikhlas hati dan budi. Semestinya kita sebagai orang Islam wajib percaya dengan syurga. Sedarkah kita segala kesempurnaan nikmat hanya boleh dirasai di sana? Berapa ramai para sahabat di zaman Rasulullah hidup penuh dengan keaiban, kehinaan dan penderitaan tetapi sekarang terbayangkah kita di mana mereka? Sebahagian besar daripada mereka sekarang berada di sisi Zat yang agung malah dengan kenikmatan yang tidak akan mati, Allahu rabbul jalil.

Begitu juga dengan hal jodoh yang menjadi topik kita kali ini. Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.

Naz : Jika ada jodoh x kan ke mana... :)

Wednesday, October 28, 2009

Ibubapa mana punya kerja ni...




Naz : Inilah kegunaan hanger selain dpd dibuat sangkut baju... hehehehe....

Tuesday, October 27, 2009

Nilai Persahabatan


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.

Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan.. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

Naz : Bersahabat biar seribu, bercinta biar lebih seribu... eh... biar satu la... hehehehe...

Monday, October 26, 2009

Bermotivasi dengan Memberi Motivasi


Bagi Anda yang dah selalu memberi semangat pada sesiapa saja ketika emosi mereka merundum, syabas diucapkan. Itu maknanya Anda ada sesuatu yang menjadi pendorong untuk Anda minat membantu menceriakan hidup orang lain dengan kata-kata Anda.

Persoalannya adalah, sesetengah orang memang minat nak bagi nasihat ataumotivasi untuk orang yang pada pandangan mereka amat memerlukan. Tapi, mereka tak tahu caranya. Kekadang keliru nak gunakan cara apa. Nak selalu bagi nasihat, tapi yang nak dibagi nasihat ni orangnya lebih tua. Bagaimana ya.

Untuk jadi bermotivasi, berilah motivasi. Katakanlah apa saja, janji yang baik-baik supaya dia rasa ada orang ambil berat pada dirinya. Kemudian, buat supaya dia nampak jalan untuk dia bangkit semula, keluar dari masalah atau simply untuk jadi bertenaga semula. Motivasi membuat kita bergerak, ibarat minyak petrol menggerakkan sebuah kereta.

Bila Anda dah mendesak diri sendiri untuk memberi motivasi pada sesiapa saja hatta orang yang lebih tua daripada Anda, kesannya Anda akan bermotivasi sama, bahkan makin bermotivasi lagi untuk minit-minit seterusnya.

Jika Anda memberi nasihat untuk membantu meringankan beban emosi seseorang itu adalah satu bentuk motivasi. Anda membantu merubah moodnya, jadi bermakna Anda memberi motivasi pada dirinya walaupun dia orang lebih tua daripada Anda. Jika Anda muda, tak bermakna umur jadi penghalang untuk Anda memberi motivasi sebagai peransang semangat kepada orang yang lebih tua daripada Anda.

Kita memerlukan antara satu sama lain. Setiap seorang daripada Kita berbeza dari segi pandangan, pengetahuan, ilmu, pengalaman dan pembelajaran tentang hidup. Mereka memerlukan kita, satu hari nanti kita pula akan perlukan mereka juga.

Memberi nasihat motivasi atau dorongan kata-kata semangat amat menyeronokkan terutama bila nasihat Anda itu menampakkan hasil! Jika dia rasa seronok merasai perubahan itu lalu mengucapkan terima kasih, Anda teringin nak buat lebih lagi.

Naz : Suka bagi motivasi dan mintak dimotivasikan.... :)

Sunday, October 25, 2009

Different between Girls and Matured Women


Email dari cik Red...

Think about it…….

For all the girls out there. This maybe a good read for you toprepare urself of being 'maturedwomen'...


Girls leave their schedule wide-open and wait for a guy to call and makeplans.

Matured women make their own plans and nicely tell the guy to getin where he fits



Girls want to control the man in their life.

Matured women know that if he’s truly hers, he doesn’t need controlling.



Girls check you for not calling them.

Matured women are too busy to realize you hadn’t.



Girls are afraid to be alone.

Matured women revel in it-using it as a time for personal growth.



Girls ignore the goodguys.

Matured women ignore the badguys.



Girls make you come home.

Matured women make you want to come home.



Girls worry about not being pretty and/or good enough for their man.

Matured women know that they are pretty and/or good enough for any man.



Girls try to monopolize all their man’s time ( I.e., don’t want him hanging with his friends).

Matured women realize that a lil’ bit of space makes the ‘togethertime’ even more special-and goes to kick it with her own friends!



Girls think a guy crying is weak.

Matured women offer their shoulder and a tissue.



Girls want to be spoiled and ‘tell’ their man so.

Matured women ’show’ him and make him comfortable enough to reciprocate without fear of losing his‘manhood’.



Girls get hurt by one man and make all men pay for it.

Matured women know that, that was just one man.



Girls fall in love and chase aimlessly after the object of their affection, ignoringall ’signs’.

Matured women know that sometimes the one you love,don’t always love you back and move on, without bitterness.



Girlswill read this and get anattitude.

Maturedwomen will read this and pass it on to other Matured women and theirmale friends.

Naz : :)

Saturday, October 24, 2009

Mak yg kejam


Email dari Su...






KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.

Naz : Apa punya mak lah mcm ni... :(

Friday, October 23, 2009

Azimat Untuk Lelaki


Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini. Yang pompuan pun sama jadikan sebagai pedoman.

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ….

15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL

Jangan dimakan, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1. Ketaqwaan

2. Kasih sayang

3. Kesetiaan

4. Komunikasi dialogis

5. Keterbukaan

6. Kejujuran

7. Kesabaran

Semoga bermanfaat untuk kita semua…

Naz : ;-)

Thursday, October 22, 2009

Pisang & Hati


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci…!

Naz : Minat pisang goreng cicah kicap pedas... yum..yum...

Wednesday, October 21, 2009

Unusual Uses For Lemons


When life gives you lemons, make lemonade ... or use them to polish chrome, get rid of bad cat litter box odor, deodorize your garbage disposal and more! Here are some unusual uses of lemons around the house:

The science behind these ingenious household uses of lemon is citric acid: a natural, organic acid that is present in concentrations as high as 8% in some varieties of lemon.

The wonders of citric acid have been known by scholars in Europe since the medieval times. The benefits of lemon and lime juice were recorded in a 13th century manuscript.

AROUND THE HOUSE

* Get rid of cat litter box odor
Cut up a few lemons and put near the cat litter box. The lemons will soon neutralize the odor, leaving the room lemony fresh.
* Get rid of stain on marble
For stubborn stain on marble, cut a lemon in half. Pour some salt on top of the stain and rub with the cut lemon. Be careful, however, as the acid in the lemon can actually cause more damage.
* Get rid of ants
Squirt some lemon juice into holes and cracks where the ants are coming in. Place small pieces of lemon rinds or peels around the house.
* Get rid of roaches and fleas
Wash your floor with the juice of 4 lemons in about half a gallon of water.
* Get rid of moths
Hang a sachet of dry lemon rind in the closet to get rid of moths.
* Get rid of mothball smell
Now that you can use lemon to get rid of moths, you won't need those mothballs anymore ... but how do you get rid of the lingering mothball smell? Lemon to the rescue (again!) - simply wash the drawers and closet with a solution of lemon juice in water.
* Polish chrome
Got dull chrome faucets? Simply rub lemon rind, rinse and dry with a paper towel.
* Clean tarnished brass, bronze, copper, and stainless steel
Make a paste of lemon juice and baking soda and apply to the tarnished area. Let soak for 5 to 10 minutes and wash in soapy water.
* Air freshener
Put a mixture of lemon juice and water into a spray bottle. Voila! A natural and inexpensive air freshener. You can also put slices of lemon in a dish or a dish of lemon juice and baking soda mixture to help absorb bad odor and freshen the room.
* All purpose cleaning solution
Add lemon juice, vinegar, and water in a spray bottle for a natural, all-purpose cleaning solution.
* Furniture polish
For varnished wood, add a few drops of lemon oil into a cup of water.
For unvarnished wood, mix equal parts of oilve oil and lemon juice. Use dry cotton rags to wipe the furniture.
* Toilet bowl cleaner
Make your own toilet bowl cleaner with 1 part of lemon juice to 2 parts of borax. You can get rid of toilet rings by applying this solution and letting it sit for a couple of hours before rinsing.

Microwave lemons for 20 seconds before squeezing - that way, you get a lot more lemon juice out of every single one.

DOING LAUNDRY

Down(y) with laundry detergent! Skip the powders and turn the Tide against chemicals and Cheer for the Ultra alternative ... lemon!

* Use lemons instead of bleach
Soak clothes in a mixture of lemon juice and baking soda for half an hour before washing.
* Get rid of stain, mildew and rust
Scrub mildewed clothes with a paste of lemon juice and salt. Let dry in the sunlight, then wash. Remember to test for color fastness before using this technique!
* Whiten clothes
To boost your laundry detergent and whiten clothes, add 1 cup of lemon juice into the washer.

The custom of serving a slice of lemon with fish dates back to the Middle Ages. It was believed that if you accidentally swallowed a fish bone, then the lemon juice would dissolve it. Most people now do it because lemon to enhance flavor and get rid of that "fishy" smell.

IN THE KITCHEN

Besides food, lemon have plenty of other uses in the kitchen. For example:

* Get rid of garbage disposal odor
If your garbage disposal smells bad, simply put leftover lemon and orange peels and grind them down the drain. Do this as frequently as needed to keep the garbage disposal odor away.
* Get rid of bad fridge odor
Here's an easy way to get rid of musky or bad refrigerator odor. Soak a sponge with lemon juice, place on a plate and leave it in the fridge overnight.
* Get rid of cutting board odor
After cutting meat, fish, onion, garlic and other smelly food, you can get rid of bad cutting board odor simply by rubbing it with half a lemon. This also works for wooden cutlery and bowls.
* Clean your microwave
Got hardened gunk of food in the microwave? Don't reach for harsh chemicals, use lemons instead! Add 1/4 cup of lemon juice to 1-1/2 cup of water and microwave on High for about 10 minutes. The water will boil and steam will condense inside the microwave. The gunk will easily wipe away with a paper towel or cleaning rag.
* Lift tough grease stain
Put lemon peel in a water with some water in a blender. Apply the mash to the tough grease stain and scrub.
* Brightens aluminum pots and pans
Fill the pot with water and add 3 tablespoons of lemon juice, then boil for 15 minutes. For the outside of the pots and pans, scrub with a half of a lemon.
* Prevent potatoes and cauliflower from turning brown
Potatoes and cauliflower can turn brown after being boiled. To prevent this, simply add a teaspoon of lemon juice into the water before you turn on the stove.
* Prevent avocado and guacamole from turning brown
The culprit is oxidation - when a cut avocado is exposed to air, an enzyme called polyphenol oxidase change the structures of phenolic compounds in the flesh of the avocado and thus their color. Since the enzyme doesn't work as well in acidic environment, you can slow down this reaction by sprinkling lemon or lime juice.
* Prevent apple slices from turning brown
Same idea as above. For apple slices, simply rub them with half a lemon.
* Prevent rice from sticking
Add a teaspoon of lemon juice into the water before you cook the rice. The lemon will also make the rice whiter and brighter!
* Make lettuce crisp again
Got soggy lettuce? Don't toss it way - You can "revive" it by squeezing half a lemon into a bowl of ice water. Soak the soggy lettuce for about an hour. Rinse and dry the lettuce before serving in a salad or sandwich.
* Get rid of cabbage odor
If you don't like the smell of cooking cabbage, simply put a slice of lemon in the pot.

If you only need half a lemon, don't throw the other half away! Squeeze the remaining lemon juice into an ice tray and freeze. Each ice cube of lemon juice is equals two tablespoons. (You can pop 'em out after they're frozen and put them in a freezer bag for storage).

HEALTH & BEAUTY

Before you reach for that expensive cream and lotion, give the humble (and cheap) lemon a try:

* Soften dry and scaly elbows
Make a paste of lemon juice and baking soda. Rub into your elbows to exfoliate and soften the scaly skin. Repeat daily as required.
* Soften rough hands and feet
Soak in equal part of lemon juice and water. Rinse, then dry with a towel. Repeat daily as required.
* Clean your face
A rinse with lemon juice and water will clean and exfoliate your face for pennies as compared to expensive facial soaps.
* Clean your hands
If your hands smell from peeling garlic or cleaning fish, rub your fingers with a lemon wedge to remove the odor.
* Get rid of dandruff
Got itchy, scaly dandruff? Apply lemon juice directly to your scalp and massage it in before you hop on the shower. Then rinse away and wash your hair as usual.
* Remove warts
Apply lemon juice directly on the wart with a Q-tip. Repeat daily until the wart disappears.
* Treat poison ivy rash
Apply lemon juice directly to the rash to soothe the itching.
* Treat insect bites
Apply a slice of lemon onto insect bites to help soothe the irritation.
* Lighten age spots
Got liver spots and freckles? You can lighten them without expensive skin creams with lemon juice. Apply lemon juice directly to the spots for 15 minutes. Then rinse with water. Repeat daily until you lighten that age spot.
* Whiten nails
Soak your fingertips in a mixture of lemon juice and water (1/2 cup lemon juice to 1 cup of water). You can also rub lemon rind on the nails to whiten them.
* Treat acne and blackheads
Got blackheads? Dab lemon juice directly on the acne breakout once a day for several days until the condition improves.
* Disinfects minor scrapes
If you've got minor cuts and scrapes and don't mind a little stinging, you can use lemon juice as a disinfectant. Simply apply a few drops of lemon juice to the cuts and let sit for a minute or two before rinsing with water.
* Heartburn relief
Drink a glass of water and 2 teaspoons of lemon juice.

In The Simpsons episode Lemon of Troy, the beloved lemon tree of Springfield is stolen by the kids from nearby Shelbyville. To get it back, Bart Simpsons and friends used Ned Flanders' RV as a Trojan horse to get into an impound lot to save the tree.

Homer gleefully remarked that "no one in history has ever done anything this clever"

MISCELLANEOUS

* Shoe polish
Add a few drops of lemon juice to olive oil. Apply to shoes, then buff with a clean rag for a perfect shine.
* Soil amendment
If you need acidic soil (for azaleas and rhododendrons, for example) , simply add lemon rinds to the ground.

Naz : Beribu2 lemon...

Tuesday, October 20, 2009

Cinta vs. Suka


Cinta vs Suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Naz : ;-)

Monday, October 19, 2009

Tips Untuk Penjimatan MInyak Yang Sempurna


Mengisi minyak
Suhu memainkan peranan penting semasa mengisi minyak. Pengisian minyak ke dalam tangki pada waktu pagi dan malam adalah lebih menjimatkan. Kerana minyak disimpan di bawah tanah dan suhunya adalah jauh rendah berbanding suhu persekitaran di atas. Ini bagi mengelakkan pemeruapan minyak. Pengisian minyak pada waktu tengah hari akan menyebabkan minyak mengembang dan sekaligus jumlah yang sepatutnya anda isi adalah lebih kurang berbanding isipadu ketika minyak dalam keadaan suhu sejuk.


Pemanduan
Elakkan dari menekan minyak secara tiba-tiba kerana jumlah minyak yang memasuki enjin adalah lebih banyak berbanding kuasa yang dikeluarkan oleh enjin. Amalakan penekanan pedal minyak secara konsistan semasa memecut dan juga elakkan dari melepaskan pedal minyak secara tiba-tiba sekiranya ingin berhenti dari memecut.


Kekalkan kelajuan
Pemanduan yang optimum bagi semua jenis kenderaan bertaraf kereta adalah sekitar 90 +- 5 (85-95 km/j). Pada ruangan ini, jumlah minyak yang digunakan adalah paling minimum untuk menggerakkan kereta. Yang mana daya geseran pada tayar+rintangan angin adalah sama dengan kekuatan enjin yang diperlukan untuk menggerakkan kereta.


Kekalkan posisi gear
Untuk kereta manual, elakkan dari selalu melakukan penukaran gear. Kerana setiap kali gear ditukar, penggunaan minyak adalah lebih tinggi. Setiap kali gear ditukar, kadar putaran enjin akan berlaku menyebabkan penyelarasan jumlah minyak yang masuk juga akan berubah.


Amalkan pengisian tangki penuh
Cuba amalkan pengisian minyak secara penuh setiap kali. Kerana, pengisian penuh tangki membolehkan tekanan pada tangki adalah lebih tinggi berbanding pada enjin. Jumlah minyak yang memasuki enjin boleh dikawalan dengan lebih mudah berbanding tangki yang diisi separuh atau sedikit demi sedikit menyebabkan tekanan rendah akan terhasil. Tekanan rendah akan memaksa enjin untuk menarik lebih banyak minyak bagi mengeluarkan tenaga yang cukup untuk menggerakkan kereta.


Di jalan yang sesak
Sekiranya berdepan dengan situasi sesak (jamm), cuba untuk tidak menggunakan penghawa dingin kerana pada ketika kenderaan berhenti untuk lebih 2 minit, 70% tenaga yang dihasilkan oleh enjin adalah untuk menggerakkan kompressor penghawa dingin. Sekiranya penghawa dingin dimatikan, hanya 30% penggunaan minyak digunakan.

Naz : Pakai beskal... hehehehe

Sunday, October 18, 2009

Kenali Disfagia & Kanser Esofagus


KEBELAKANGAN ini Hasan, 56, seperti fobia mahu makan. Bukan kerana paras gula, kolestrol atau tekanan darahnya naik mendadak tetapi dia tidak sanggup berdepan dengan cabaran besar menelan makanan.

Setiap kali menjamu selera, Hasan pasti akan berasa makanannya tersangkut di belakang dada hingga menyebabkan rasa ngilu dan sakit. Senario yang berlaku pada Hasan merupakan kes yang seringkali dihadapi oleh golongan lanjut usia dan kanak-kanak yang gemar menelan benda asing seperti duit syiling, pin, alat permainan atau objek kecil yang boleh menyekat kerongkong mereka.

Dikenali sebagai disfagia, pesakit akan berdepan dengan kesukaran menelan makanan.

Menurut Profesor Surgeri dan Pakar Pembedahan yang juga Perunding Kanan Pembedahan Am dan Kemasukan Minima, Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Jasmi Ali Yaakub, gejala disfagia ini boleh mengundang rasa sakit dan dalam beberapa kes, pesakit tidak boleh menelan langsung.

“Kebanyakan kes disfagia atau kesukaran menelan tidak begitu membimbangkan. Ia boleh terjadi apabila anda makan terlalu cepat atau tidak mengunyah makanan dengan sempurna.”

“Bagaimanapun, jika ia dibiarkan berlanjutan dan kesukaran menelan menjadi semakin serius, ia mungkin menandakan ada sesuatu yang tak kena.”

“Bagi golongan lanjut usia, kanser esofagus adalah penyebab utama disfagia,” katanya.

Terang Dr. Jasmi, disfagia terjadi apabila terdapat masalah dengan mana-mana bahagian proses menelan makanan.

“Apabila menelan, lidah menolak makanan ke bahagian belakang kerongkong dan otot-otot akan mengecut dengan cepat.

“Makanan kemudiannya dialihkan melalui farinks iaitu kawasan yang bersambung dari bahagian belakang kerongkong ke bahagian atas esofagus anda.

“Makanan kemudiannya akan bergerak masuk ke dalam esofagus iaitu tiub yang menyambungkan kerongkong ke perut anda.

“Lingkaran otot-otot sfinkter di bahagian atas dan bawah esofagus akan terbuka setiap kali anda menelan makanan untuk membiarkan makanan berlalu dan akan cepat-cepat tertutup.

“Bahagian bawah sfinkter pula akan membenarkan makanan memasuki perut anda dan menyimpan asid perut serta menghalangnya daripada naik semula ke dalam esofagus. Otot-otot di dinding esofagus akan membantu menolak makanan ke arah perut anda,” jelasnya.

Punca

Terdapat pelbagai punca yang boleh mendatangkan kesukaran untuk menelan sama ada di peringkat pangkal kerongkong atau dada.

Antara punca yang dominan ialah proses penuaan, penyakit achalasia iaitu kerosakan sfinkter bawah esofagus dan tumor esofagus.

Bahan asing seperti makanan atau alat permainan juga boleh menyebabkan disfagia, contohnya sebiji gula-gula keras, seketul daging yang besar atau objek-objek lain yang tidak sepatutnya dimasukkan ke mulut.

Bagi orang dewasa yang memakai gigi palsu, mereka terdedah kepada risiko sukar mengunyah makanan dengan betul dan ini bakal memberi risiko berlakunya penyekatan di kerongkong atau esofagus anda. atau objek-objek kecil yang boleh tersekat di kerongkong mereka.

Simptom

Bagi mengenal pasti sama ada anda memiliki penyakit kesukaran menelan ataupun tidak, anda boleh merasainya apabila rasa sakit ketika menelan, langsung tidak boleh menelan, tercekik atau tersedak sewaktu makan.

Perhatikan juga situasi makanan rasa tersekat di kerongkong, dada atau?belakang dada dan tekanan atau rasa sakit pada bahagian dada.

Selain itu, simptom disfagia yang lain ialah pesakit muntah atau mengeluarkan semula makanan, sering rasa pedih ulu hati, sering mengeluarkan bunyi gogokan di kerongkong dan kehilangan berat badan luar biasa.

Risiko

Menurut Dr. Jasmi, kes disfagia banyak dilaporkan berlaku di Malaysia namun sekiranya penyakit itu dikenal pasti, ia boleh dirawat.

Bagi penyakit achalasia dan kanser esofagus, kaedah yang biasa digunakan ialah pembedahan.

“Apabila mendapat disfagia, anda tidak dapat mengambil makanan dan minuman yang secukupnya untuk kekal sihat dan kesannya pesakit berisiko untuk mengalami malnutrisi dan dehidrasi.

“Jika makanan atau cecair memasuki rongga udara sewaktu anda cuba untuk menelan, masalah respiratori atau jangkitan akan berlaku seperti pneumonia atau infeksi respiratori,” katanya.

Tambah beliau, jika wujud sesuatu halangan untuk pesakit menelan sehingga mengganggu kelancaran pernafasan, pesakit perlu diberi pertolongan cemas.

“Kesukaran menelan makanan yang sedikit atau jarang berlaku mungkin tidak perlu dirisaukan tetapi jika kesukaran menelan berlanjutan khususnya bagi warga emas ia menandakan masalah yang serius dan boleh membawa kepada kanser esofagus.

“Sekiranya anda mendapati orang sekeliling terutamanya warga emas dan kanak-kanak bermasalah sewaktu menelan, segera bawa mereka berjumpa dengan doktor.

“Ujian khusus dapat mengenal pasti jenis dan sebab disfagia dan merawatnya sebelum lebih melarat,” saran beliau.

sumber: Kosmo

Naz : Mencegah lagi baik dari merawat...

Saturday, October 17, 2009

KALAU... JIKA...


Kalau suami mula berahsia, Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara, Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua, Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada, Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje, Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha

Kalau suami tidur di ruang tamu, Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu, Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa, Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje, Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka, Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

………… ..

Jika suami sayangkan isteri, Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri, Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri, Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri, Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri, SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri, Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri, Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri, I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri, Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri, Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri, Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri, Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri, Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri, Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori ini?
JIKA SUAMI … lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI ….
KALAU SUAMI …. lebih banyak dari JIKA SUAMI … maka berhati-hatilah.
Wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :

Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA?

JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI .. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..

DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA…

Naz : Jika teringat tentang dikau, jauh di mata dekat di hati... lalala...

Friday, October 16, 2009

Suami Boroi Tanda Perkahwinan Bahagia


Ada terbaca dalam satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga. Betul atau tidak terserah pada pandangan masing-masing.

JAWAPAN
Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk “makan di rumah”.

Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga.Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu.

Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain “boroi”.

Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua dimana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit. Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan.

Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang “slim” dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang.. namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga. Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula “jemu” atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si isteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas,isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin “bulat” atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga,buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air “zat” isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.

Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Bagaimana pulak wanita yg boroi.. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai.Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang yang kelihatan boroi atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan adakalannya mempunyai perasaan cemburu dan sebagainya.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

Naz : Hai senangnya dalam hati... lalalala..

Thursday, October 15, 2009

Assalamualaikum...


Ilmu utk dikongsi bersama :-

Pagi semalam dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz “assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh “waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”.

Beri salam - “assalamualaikum”
Jawab salam - “waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh”

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr..

Bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH ye”

Dan bukannya ” Kirim salam maut” statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

“Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot”
Maksud singkatan ” Akum”

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform Akum dalam sms ataupun email. Perkataan “AKUM” adalah gelaran orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud “BINATANG” dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan “Avde Kokhavim U Mazzalot” yang bermaksud “HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT”. Mulai sekarang jika ada kawan-kawan hantar shortform “Akum”, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

Naz : Salam sejahtera ke atas kamu... :)

Wednesday, October 14, 2009

Petua


Petua Kecantikan Semula Jadi Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.


Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda.


Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.


Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.


Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.


Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.


Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.


Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.


Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman. Menghasilkan kulit cantik. Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yang telah dihancurkan.


Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yang anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.


Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.


Awet Muda
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.


Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan dimuka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.


Menghaluskan Kulit Muka
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi, kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.


Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insya allah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.


Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.


Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.


Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.


Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.


Menyegarkan Mata
Ambil timun yang telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata untuk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.


Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut.


Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.


Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.


Melembutkan Rambut.
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan sela ma dua minggu.


Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.


Tuesday, October 13, 2009

Merayu sumbangan untuk Pondok Pdg Temu, Melaka


Sumber : Email

Salam,

Tuan / Puan / En. / Cik yang di hormati sekelian.

Bagi pihak Pondok Pdg Temu, Melaka , kami merayu sumbangan sedekah jariah/ zakat berbentuk seperti berikut :-

1. Sumbangan kewangan & Sumbangan kayu – kayan dan bahan binaan.

Sumbangan ini membolehkan untuk membina seperti berikut :-

· Lima (5) buah wakaf Kayu dan mampu menempat pelajar sekitar 40 – 45 orang dalam sesuatu masa

· 200 (buah) pondok kecil, bagi tempat penginapan pelajar serta kelas pengajian secara kumpulan kecil

· Sebuah (1) mussala dua tingkat

Mohon juga dipanjangkan email ini kepada rakan sekerja muslim dan semoga usaha ini dirahmati Allah s.w.t.

Sila rujuk lampiran yang disediakan bagi mengikuti perkembangan

semasa pembangunan di tapak projek

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut atau lawatan ke tapak pembinaan sila hubungi Ustaz Zul di talian 013-2619765 atau En. Mohd Shafiq di talian 016-6407889.



Segala sumbangan tuan / puan yang

dirahmati Allah s.w.t hendaklah disalurkan seperti dibawah :-

No Akaun: 2-54068-0000014-5

Nama : PMKT

Bank: RHB BANK BERHAD



Sekian

http://otam67.blogspot.com/

Naz : Bersedekah amalan mulia...

Monday, October 12, 2009

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN


Email dari Faridah...

Setelah Allah s.w.t. selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat ( ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud... "tidak"

Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah s.w.t. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannku dan ketinggianku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahku."

Kemudian Jibrail a.s. berkata:

"Ya tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud:

"Ya Jibrail, akan aku berikan syurga ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah s.w.t. maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud.

Kepada Allah s.w.t. lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan...."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah s.w.t telah menyembunyikan enam perkara iaitu:

Allah s.w.t telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
Allah s.w.t telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
Allah s.w.t telah menyembunyikan nama-Nya yang maha agung di dalam Al-Quran.
Allah s.w.t telah menyembunyikan lailatul qadar di dalam bulan ramadhan.
Allah s.w.t telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
Allah s.w.t telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Naz : Subhanallah... begitu istimewanya manusia di sisi Allah...