Followers

Monday, October 26, 2009

Bermotivasi dengan Memberi Motivasi


Bagi Anda yang dah selalu memberi semangat pada sesiapa saja ketika emosi mereka merundum, syabas diucapkan. Itu maknanya Anda ada sesuatu yang menjadi pendorong untuk Anda minat membantu menceriakan hidup orang lain dengan kata-kata Anda.

Persoalannya adalah, sesetengah orang memang minat nak bagi nasihat ataumotivasi untuk orang yang pada pandangan mereka amat memerlukan. Tapi, mereka tak tahu caranya. Kekadang keliru nak gunakan cara apa. Nak selalu bagi nasihat, tapi yang nak dibagi nasihat ni orangnya lebih tua. Bagaimana ya.

Untuk jadi bermotivasi, berilah motivasi. Katakanlah apa saja, janji yang baik-baik supaya dia rasa ada orang ambil berat pada dirinya. Kemudian, buat supaya dia nampak jalan untuk dia bangkit semula, keluar dari masalah atau simply untuk jadi bertenaga semula. Motivasi membuat kita bergerak, ibarat minyak petrol menggerakkan sebuah kereta.

Bila Anda dah mendesak diri sendiri untuk memberi motivasi pada sesiapa saja hatta orang yang lebih tua daripada Anda, kesannya Anda akan bermotivasi sama, bahkan makin bermotivasi lagi untuk minit-minit seterusnya.

Jika Anda memberi nasihat untuk membantu meringankan beban emosi seseorang itu adalah satu bentuk motivasi. Anda membantu merubah moodnya, jadi bermakna Anda memberi motivasi pada dirinya walaupun dia orang lebih tua daripada Anda. Jika Anda muda, tak bermakna umur jadi penghalang untuk Anda memberi motivasi sebagai peransang semangat kepada orang yang lebih tua daripada Anda.

Kita memerlukan antara satu sama lain. Setiap seorang daripada Kita berbeza dari segi pandangan, pengetahuan, ilmu, pengalaman dan pembelajaran tentang hidup. Mereka memerlukan kita, satu hari nanti kita pula akan perlukan mereka juga.

Memberi nasihat motivasi atau dorongan kata-kata semangat amat menyeronokkan terutama bila nasihat Anda itu menampakkan hasil! Jika dia rasa seronok merasai perubahan itu lalu mengucapkan terima kasih, Anda teringin nak buat lebih lagi.

Naz : Suka bagi motivasi dan mintak dimotivasikan.... :)

3 comments:

NS said...

sensei tak berapa pandai nk beri nasihat tapi kalau nak ceriakan sedikit suasana mungkin boleh kot.

mamai said...

setuju sama macam kita beri nasihat bukan sahaja untuk orang tapi sebenarnya untuk diri kita sendiri

Anonymous said...

pernah jmpa kaunselor. tp rasa kaunselor tu x berpihak kpd kita

entah la...
kaunselor yg x berjaya mengkaunselingkan orang. makin geram adalah. sejak tu mmg x nk jmpa kaunselor