Followers

Saturday, October 17, 2009

KALAU... JIKA...


Kalau suami mula berahsia, Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara, Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua, Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada, Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje, Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha

Kalau suami tidur di ruang tamu, Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu, Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa, Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje, Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka, Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

………… ..

Jika suami sayangkan isteri, Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri, Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri, Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri, Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri, SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri, Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri, Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri, I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri, Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri, Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri, Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri, Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri, Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri, Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori ini?
JIKA SUAMI … lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI ….
KALAU SUAMI …. lebih banyak dari JIKA SUAMI … maka berhati-hatilah.
Wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :

Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA?

JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI .. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..

DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA…

Naz : Jika teringat tentang dikau, jauh di mata dekat di hati... lalala...

11 comments:

sayu=pilu said...

hurm ada benar nya juga..tp ku tak kwin gi...
rindu saper tuh...hehehe

Unknown said...

kahwin itu seronok tapi bila bergelar suami/isteri adakah seronok lagee..

Cik Akma said...

hihihi. mntak2 dpt suami yg mencintai kite seadanya. aminn =)

Naz said...

sayu=pilu...
awk rindu kat buah hati la... ahaks...

Naz said...

tengku_fir21...
hehehehe... soklan baek punyer.... ada sesiapa yg boleh tolong jawabkan??? hehehe

Naz said...

Cik Akma..
tu yg paling afdal. cinta biar sederhana... cinta pada Pencipta yang paling utama... :)

Along Fina said...

bile ko nak kawen???? hahahahaaaa

Naz said...

Fina...
org lelaki x kisah kawen lambat pun pesal tempoh expired agak lama berbanding ngan pompuan. ko nak aku kawen bila?? ahaks... :p

Along Fina said...

aku nak kawen bile ade org nikahi aku.. hahahahah

sweetsuraya said...

harap2 bakal suami trdiri dr golongan jika suami....
amin.....

sweetsuraya said...

harap2 bakal suami trdiri dr golongan jika suami....
amin.....