Followers

Thursday, November 4, 2010

Kebaikan Halba

Sumber : Email

Lepas ni kita mesti ada stok a least 1 kilo halba kt rumah....
Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah
digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda :
' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup
tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang
sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah
datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan
Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah, Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba
1. Diminum sebagai teh untuk- Melancarkan haid- Menghilangkan kembung,sebu
dan senak- Pencuci perut- Menguatkan jantung- Menghilangkan lender tekak-
Melegakan sakit kepala/ migraine- Membuang angin- Menyembuhkan buasir-
Senggugut- Merangsang rahim- Kegemukan- Kurang berat badan- Mengawal kencing
manis- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah- Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh- kecergasan- kekuatan badan- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib
China untuk rawatan mati pucuk.. Halba merupakan antara ubatan yang tertua
di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan
Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT Halba?
Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil
dipasaraya. Semoga ada manafaat kepada orang ramai yang berpenyakit tetapi
tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya. InsyaAllah sembuh
dengan izin Allah jua..

Naz ~ Aku baru tahu... hehehe

4 comments:

AdiE said...

wah..lamenye x mkn nasi dagang!

~ DanieL AdiE ~

bUdAk kEnTaNg said...

halba??
mcm penah dengo tp klu tgk pic tu bagai tak penah tgok...
mcm dedak pun ade ghupernyer??
tp klu iannya Rasulullah SAW sndiri kate bagus,boleh cuba diamalkn nih....
thanx Naz share info nih...

FiNa said...

thanks naz... tapi, halba tu amenda erk? napa aku tak pernah dengar?

person said...

mohon untuk copy n paste....