Followers

Monday, November 8, 2010

Kisah Lelaki Berbohong


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada
suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W.
kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah
syahadat, lelaki itu lalu berkata : "Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini
selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka
Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup
meninggalkan cakap bohong?" "Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat.
Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.


Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat
terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi
dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya
upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta
nasihat dari Rasulullah S.A.W. Dalam perjalanan pulang dari menemui
Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya : "Berat juga aku
hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu." Maka setiap
kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya
oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil.
Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala
pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata : "Kalau
aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku
padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima
hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan
Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."


Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya
di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu
lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah
berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan
oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin
yang soleh dan mulia.

Naz ~ Alah bisa tegal biasa

4 comments:

Ibu Ammar said...

hanya dengan bercakap benar. dan meninggalkan cakap bohong, semuanya menjadi baik.

kalau lah semua manusia jujur, pasti tiada sebarang kepincangan.

DanieL AdiE said...

mmmm....zaman skang nie, susah nak tau sape yg berckp benar, n sape yg berdusta...

~ DanieL AdiE ~

Muhammad Izuan said...

nice entry...

Ayu Zan said...

alah bisa tegal biasa..em..
betulla kan..

tapi..
kita boleh berubah..


ENTRY BARUKU :
Cikgu Ayu