Followers

Sunday, January 30, 2011

Terdapat Tiga Jenis Nafsu Manusia di Jelaskan Oleh Al-Quran

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T mempunyai nafsu. Nafsu yang terdapat pada manusia adalah ujian Allah S.W.T. Jika manusia mampu menguasai nafsunya bermakna dia telah berjalan mengatasi salah satu ujian Allah S.W.T. yang cukup berat ini.

Sekiranya nafsu dididik ke arah kejahatan dan melalui sistem yang jahat, maka nafsu akan menjadi jahat dan liar. Maka akan lahirlah orang yang pandai tetapi jahat, orang bodoh yang jahat, pemimpin yang jahat dan pendidik yang jahat. Ini amat bahaya kepada kehidupan manusia. Sebab itu nafsu perlu dikenali tahap-tahapnya dan tingkatannya. Nafsu secara fitrahnya berwatak jahat, kalau dibiarkan ia tetap jahat, betapalah kalau dididik ke arah kejahatan oleh sistem pendidikan yang jahat dan yang mengajar pun adalah orang yang jahat maka masyarakat akan menuju kepada kehancuran.

Sebab itu Tuhan ingatkan kita tentang ini di dalam firman-Nya: Maksudnya: “Mereka yang berjuang ke jalan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan jalan jalanKami. Sesungguhnya Tuhan berserta dengan orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al- Ankabut ayat 69)

Sesiapa yang bermujahadah terhadap nafsu, ditingkatkannya daripada jahat kepada baik, maka Allah S.W.T. akan memberi petunjuk kepada jalan yang baik. Itu janji-Nya, sebab itu nafsu perlu dididik dan diasuh mengikut telunjuk iman. Nafsu adalah musuh utama manusia dan musuh kedua manusia baru syaitan. Nafsu adalah musuh dalaman sedangkan syaitan hanya musuh luaran. Bila nafsu sudah ditundukkan dan ia taat kepada perintah Allah S.W.T maka barulah syaitan akan dapat di kalahkan.

Dalam sirah ketika Rasulullah S.A.W dan para sahabat balik dan peperangan Badar, Rasulullah bersabda maksudnya : “Kita baru balik dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang maha besar.”

Para Sahabat bertanya : "Apakah peperangan yang maha besar itu ya Rasulullah?”
Jawab baginda : “Perang melawan nafsu.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam Al Quran, nafsu manusia boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

1. Nafsu Ammarah Bissu'

2. Nafsu Lawwamah.

3. Nafsu Mutmainnah

Huraiannya adalah seperti berikut :

Pertama : Nafsu Ammarah Bissu' .

Nafsu ini sangat berbahaya apabila melekat pada diri seseorang manusia sebab ia suka mengarahkan manusia kepada perbuatan dan perilaku yang dilarang agama.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Yusof ayat 53)

Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, “Siapa yang cuba nak mengalang tindakan ku akan menanggung akibatnya!” Bayangkanlah, kalau orang macam ini jadi pemimpin dan berkuasa.

Nafsu amarah tidak dapat dikawal dgn sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperi kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kepada diri serta persekitaran.

Susah nak tegur orang yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Keras kepala! Nafsu ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan manusia mempunyai akal. Minta Allah jauhkan kita dari nafsu amarah.

Kedua : Nafsu Lawwamah.

Nafsu ini adalah nafsu yang sudah mengenal baik dan buruk. Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah.

Nafsu ini mengarahkan pemiliknya untuk menentang kejahatan, tetapi suatu saat jika ia lalai beribadah kepada Allah S.W.T, maka ia akan terjerumus kepada dosa. Orang yang memiliki nafsu ini tidak tetap pendirian untuk menjalankan ketaatan dan meninggalkan perbuatan dosa.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “(Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merobah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkanlah mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al-Maidah ayat 13)

Orang yang memiliki nafsu lawwamah sebegini memiliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar.

Contohnya semalam melakukan dosa dan perkara maksiat yang dilarang di sisi agama . Hari ini dia sedar akan kesilapannya kerana terlalu mengikut nafsu, lalu ia insaf dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Orang yang banyak dikuasai nafsu lawwamah juga mudah membaiki diri dan mudah terima teguran org lain.

Ia juga tidak mudah hanyut dalam kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Selain dari itu, nafsu lawwamah juga sering memikirkan baik buruk, halal haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala tindakan. Jelas nafsu Lawwamah ini lebih baik dari nafsu amarah bissu'.

Ketiga : Nafsu Mutmainnah

Nafsu ini adalah nafsu yang membuat pemiliknya tenang dalam ketaatan. Nafsu ini telah mendapat rahmat Allah S.W.T. dan manusia yang mendapatkan nafsu ini akan mendapat reda Allah S.W.T. di dunia dan akhirat. Orang ini akan mendapat "husnul Khatimah" di akhir hidupnya sebagai pintu menuju syurga Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T.: “Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku.” (Surah al-Fajr ayat 27-30)

Orang yang memiliki nafsu mutmainnah dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Juga mereka mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak membuat dia lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini disebabkanhatinya ada ikatan yang kuat kepada Allah. Mereka juga mudah reda dengan ketetapan dan ujian Allah.

Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Semoga Allah S.W.T. golongkan kita dalam nafsu yang hebat ini.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita didik hati dan jiwa kita kepada nafsu mutmainnah iaitu nafsu yang terbaik dan yang paling dicintai Allah.

Nafsu ini adalah nafsu yang paling di redai Allah. Keredaan tersebut terlihat pada anugrah yang diberikan-Nya berupa senantiasa berzikir, ikhlas, mempunyai karomah, dan memperoleh kemuliaan, sementara kemuliaan yang diberikan Allah S.W.T itu bersifat universal, ertinya jika Allah memuliakannya, siapa pun tidak akan boleh enghinakannya, demikian pula sebaliknya orang yang dihinakan oleh Allah S.W.T, siapa pun tidak boleh memuliakannya.

Naz ~ Didik dan kekanglah nafsu sebelum ia mengawal kita

Saturday, January 29, 2011

Bila lambat dimakbulkan doa

Menurut Al Khatabi:

Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, itu tandanya Allah ingin mengujimu. Jika kamu masih bersabar, maka Allah akan memberi kepadamu ketenangan dan kelapangan hati. Atau dielakkan kecelakaan dari menimpa dirimu. Atau akan digantikan dengan pahala.

Manusia selalu menyangka yang tidak baik bila mereka berasa yang doa mereka tidak dimakbulkan. Sedangkan dia tidak tahu bahawa Allah telah memberi lebih dari yang dipohonnya (kesabaran dan ketenagan hati). Adakalanya apa yang insan meminta itu tidak elok buat dirinya, lalu Allah telah menolak kecelakan tersebut dari menimpa dirinya. Dan jika kamu bersabar, pasti akan mendapat ganjarannya di akhirat kelak.

Naz ~ Usaha, doa dan tawakal...

Friday, January 28, 2011

PEGANGLAH API APABILA TERINGAT ZINA

ada seorang soleh yang sangat patuh pada perintah allah s.w.t dan sentiasa menjaga segala rupa maksiat dan keburukkan, sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dgn seorng wanita jelita kerana terpesona dgn kejelitaanya.
kebetulan pada ketika itu, di sampingnya ada sebuah pelita yg baru sahaja dinyalakan utk menerangi rumahnya,lalu dye memandang tepat kearah pelita itu

kemudian dia berbisik pada dirinya"engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dgn wanita itu?baiklah! aku akn meletakkan jari ku ini di atas sumbu yg menyala itu ,kiranya ia tahan panas,nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu"
maka orang soleh itu pun meletakkan jarinya diatas sumbu tadi.dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya,sehingga hamper-hamper jarinya hagus terbakar kerana tidak tahan panasnya yang dideritainya itu.

lalu segeralah dia berteriak "wahai jiwa, tahniahlah engkau! rupanya enkau tidak tahan. ini baru kepanasan dunia,engkau sungguh tidak tahan, padahal api dunia itu telah disejukkan oleh allah s.w.t dengan air sebanyak 70kali ganda agar manusia boleh betentangan dengannya.

kalau menghadapi api dunia,engkau sudah tidak tahan,apatah lagi untuk menghadapi api neraka,yang panasnya 70 kali ganda lebih dasyat daripada api dunia ini"
lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi,sejak hari itu hatinya tidak penah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu

Naz ~ Hindari dari zina hati kerana di situ punca segala zina...

Wednesday, January 26, 2011

Ingin bertaubat

Dari ibnu umar r .ha meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang kepada rasulullah saw dan berkata;
Ya rasulullah saw,sesungguhnya aku telah melakukan dosa yang sangat besar,Adakah taubatku diterima ?.Nabi saw bertanya; Adakah ibumu masih hidup lagi ?.Dia menjawab; tidak,Baginda saw bertanya lagi;Adakah makcikmu masih hidup ?.Beliau berkata; Ya,Nabi saw bersabda;berbuat baiklah kepadanya.(melaluinya Allah Taala akan menerima taubatmu.) (HR Tarmizi)

Naz ~ Mulianya taraf seorang wanita

DAMBAAN PERIBADI WANITA SOLEHAH

Sumber : Email

SUNGGUH sangat beruntung apabila menjadi wanita solehah di dunia ini. Mereka akan menjadi cahaya bagi keluarganya dan berperanan melahirkan generasi dambaan. Walaupun mereka sudah meninggal dunia, Allah S.W.T. akan menjadikan wanita solehah sebagai bidadari di akhirat nanti. Oleh kerana itu, para pemuda jangan sampai salah memilih pasangan hidup. Pilihlah wanita solehah untuk dijadikan isteri dan pendamping hidup setia.



Siti Khadijah R.A. adalah figure seorang isteri solehah yang menjadi pendukung setia, dan penguat semangat suami dalam berjuang dan beribadah kepada Allah subhanahu wa ta'ala. Beliau telah banyak berkorban dengan harta, kedudukan, dan diri beliau demi membela perjuangan Rasulullah shalallahu alaihi wassalam. Begitu kuatnya kesan kesolehan Khadijah r.a., sehingga nama beliau banyak disebut-sebut oleh Rasullullah S.A.W walaupun beliau sendiri sudah meninggal dunia.



Allah S.W.T.berfirman dalam QS. An Nuur ayat 30-31



" Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara farji (kemaluan) - nya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara farji- nya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa nampak dari padanya. "



Rasulullah Saw. bersabda



" Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. " (HR. Muslim).



Ciri khas seorang wanita solehah adalah ia mampu menjaga pandangannya. Ciri-ciri lain, senantiasa taat kepada Allah S.W.T. dan Rasul Nya.

-Make up nya adalah basuhan air wudhu.

-Lipstiknya adalah memperbanyakkan zikir kepada Allah S.W.T. di mana pun berada.

-Celak matanya adalah memperbanyakkan bacaan Al Quran.

Jika seorang muslimah menghiasi dirinya dengan perilaku takwa, akan terpancar cahaya kesolehan dari dirinya.. subhanallah....



Wanita solehah tidak mahu kekayaan termahalnya, iaitu iman, runtuh. Wanita solehah juga sangat memperhatikan kualiti kata-katanya. Tidak ada dalam sejarah seorang wanita solehah, suka melompat-lompat, dan menjerit-jerit saat mendapat sesuatu kesenangan. Mereka sangat menjaga setiap adab tutur kata agar bernilai bagaikan untaian intan yang penuh makna dan bermutu tinggi. Dia sedar bahawa kemuliaannya bersumber dari kemampuannya menjaga diri (iffah).



Wanita solehah itu pemurah pada senyuman, kerana senyum sendiri adalah sedekah. Namun, senyumnya mempunyai batasan. Bukan setiap lelaki yang ditemuinya diberikan senyuman manis. Intinya, senyumnya adalah senyum ibadah yang ikhlas dan tidak menimbulkan fitnah bagi orang lain.



Wanita solehah juga harus bijak dalam bergaul dengan siapapun. Dengan pergaulan itu ilmunya akan terus bertambah, sebab wanita solehah akan sentiasa mengambil hikmah dari orang-orang yang mereka temui. Pendekatannya kepada Allah S.W.T. semakin baik sehingga hal itu berbuah kebaikan bagi dirinya mahupun orang lain. Pendek kata, hubungan kemanusiaan dan taqarrub kepada Allah S.W.T. dilakukan dengan sebaik mungkin.



Wanita solehah juga selalu menjaga akhlaknya. Salah satu ciri bahawa imannya kuat adalah dari kemampuannya memelihara rasa malu. Dengan adanya rasa malu, segala tutur kata dan tindak tanduknya akan selalu terjaga. Tidak akan mereka berbuat sesuatu yang menyimpang dari bimbingan Al Quran dan As Sunnah. Dan tentu saja godaan syaitan kepada diri mereka akan menjadi sangat kuat. Jika mereka tidak mampu melawan godaan tersebut, maka kualiti iman mereka akan berkurangan. Semakin kurang iman seseorang, maka makin kurang rasa malunya. Semakin kurang rasa malunya, maka makin buruklah kualiti akhlaknya.



Pada prinsipnya, Wanita Solehah itu adalah wanita yang taat kepada Allah S.W.T. dan Rasul-Nya. Rambu-rambu kemuliaannya bukan dari beraneka aksesori yang mereka gunakan. Wanita solehah selalu menjaga kecantikan dirinya agar tidak menjadi fitnah bagi orang lain. Kecantikan satu saat boleh jadi anugerah yang bernilai . Tapi jika tidak berhati-hati, kecantikan boleh menjadi sumber masalah yang akan menyulitkan pemiliknya sendiri.



Dengan kelemahan yang ada pada diri, wanita solehah tidak akan pernah merasa kecewa dan sakit hati. Mereka yakin bahawa kekecewaan adalah sebahagian dari sikap kufur nikmat. Mereka tidak akan merasa rendah diri dengan kelemahan yang ada. Peribadi mereka begitu indah sehingga make up apa pun yang dipakainya akan memancarkan cahaya kemuliaan. Bahkan, kalau tanpa make up sedikit pun, kecantikan jiwanya akan tetap terpancar dan menyejukkan hati tiap-tiap orang di sekitarnya. Kerana mereka yakin bahawa Allah S.W.T. tidak akan pernah lupa memberikan kurnia kepada hamba-Nya. Semakin wanita solehah menjaga kehormatan diri dan keluarganya, maka Allah S.W.T. akan memberikan kurnia terbaik baginya di dunia dan di akhirat.



Jika ingin menjadi wanita solehah, maka banyak-banyakkanlah belajar dari lingkungan persekitaran dari orang-orang yang kita temui. Ambil ilmunya dari mereka. Bahkan kita digalakkan mencontohi isteri-isteri Rasulullah shalallahu alaihi wassalam. Seperti Siti Aisyah R.A. yang terkenal dengan kepandaiannya dalam berbagai bidang ilmu. Beliau terkenal dengan kekuatan pemikirannya. Seorang isteri seperti beliau adalah seorang isteri yang boleh dijadikan gudang ilmu bagi suami dan anak-anak.



Banyak wanita boleh berjaya. Namun tidak semua boleh memperolehi solehah. Solehah atau tidaknya seorang wanita bergantung ketaatannya pada peraturan-peraturan yang Allah S.W.T. tetapkan. Dan peraturan-peraturan tersebut berlaku secara universal, bukan saja untuk wanita yang sudah bernikah, tapi juga bagi remaja perempuan. Tidak rugi jika seorang remaja perempuan menjaga sikapnya ketika mereka berinteraksi dengan lawan jenis yang bukan mahramnya. Berkawanlah dengan orang-orang yang akan menambah kualiti ilmu, amal dan ibadah kita. Ada sebuah ungkapan mengatakan, Jika kita ingin mengenal peribadi seseorang maka lihatlah teman-teman di sekelilingnya.



Jika para wanita muda mampu menjaga diri dan memelihara akhlaknya, maka iman kaum lelaki akan semakin kuat. Cahaya kesolehan wanita mukminah akan menjadi penyejuk sekaligus peneguh hati orang-orang beriman. Apatah lagi bagi kaum muda yang sangat lemah dari godaan syahwat. Mereka harus dibantu dalam melawan godaan syaitan.



Peranan wanita soleh sangat besar dalam keluarga bahkan negara. Kita pernah mendengar, bahawa di belakang seorang pemimpin yang berjaya ada seorang wanita yang sangat hebat. Jika wanita solehah ada di belakang para lelaki di dunia ini, maka cuba dibayangkan, berapa banyak kejayaan yang akan diraih. Selama ini wanita hanya ditempatkan sebagai pelengkap saja, iaitu hanya mendukung dari belakang, tanpa peranan tertentu yang serius. Dalam sebuah keterangan dinyatakan bahwa hebatnya akhlak wanita boleh menyebabkan hancurnya sebuah negara. Bayangkanlah, jika tiang-tiang penopang bangunan itu rapuh, maka sudah pasti bangunannya akan roboh dan rata dengan tanah, sehingga tidak akan ada lagi yang tersisa kecuali puing-puing yang nilainya tidak seberapa.



Jadi kita ditinggalkan dengan pilihan, ingin menjadi tiang yang kuat atau tiang yang rapuh? Jika ingin menjadi tiang yang kuat, kaum wanita harus terus berusaha menjadi wanita solehah dengan mencontohi peribadi isteri-isteri Rasulullah S.A.W.. Dengan adanya usaha yang berterusan untuk menjaga kehormatan diri dan keluarga serta memelihara farji-nya, maka pesona wanita solehah akan melekat pada diri kaum wanita kita.

Naz ~ Di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita

Thursday, January 20, 2011

Doa sekiranya ditimpa kesakitan / penyakit

Usman bin Abu Al- ‘Ash As-Saqqafi berkata : “Saya telah pergi bertemu Rasulullah SAW, sedang pada masa itu saya mengalami suatu penyakit yang agak berat, maka Rasulullah SAW bersabda:



“Usapkan tangan kananmu pada tempat yang sakit itu dan bacalah dengan doa ini sebanyak 7 kali.



أعوذُ بِعزّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرّ مَا اَجِدُ



Maksudnya: “Dengan nama Allah , aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya daripada kecelakaan yang aku alami.”



(Hadis riwayat Nasa’i)



Maka aku pun melakukan seperti yang di ajarkan oleh rasulullah itu, lalu Allah Ta’ala menyembuhkan aku.”

Naz ~ Semoga bersabar ketika sakit

Monday, January 17, 2011

Mengawal Hawa NAFSU

1)berzikir "Yaa Mumiit secara terus menerus
2)bersikir "Yaa 'Afuww" sbyk 166 kali sehari, akan mampu mgawal keinginan jahat hawa nafsu.
3) berzikir "Yaa Khabiir" sebyk-byknya.
4)Berzikir "yaa MUhyi secara trus-mnerus, akan dpt mgawal nafsu jahat dalam jiwa.

Naz ~ sentiasa istiqamah menuju ke jalanNYA...insyaAllah..

Saturday, January 8, 2011

7 Ayat Cinta

1.BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM – pada setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2.ALHAMDULILLAH – Pada setiap kali habis melakukan sesuatu.

3.ASTAQHFIRRULLAH HAL A’ZIM – Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.INSYA ALLAH – Jika berjanji atau ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.LAHAULAWALA QUATAILLABILLAH – Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.INNALILLAHI WA INNAA ILAIHI RAAJI’UN – Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.LAAILAAHAILLALLAH – Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya, amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang-orang yang terpilih oleh Allah s.w.t.

7 Ayat Cinta Menurut Sabda Rasulullah S.A.W
Sabda Rasulullah S.A.W: “Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah s.w.t dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan”

Naz ~ Hari2 jatuh cinta...