Sumber : Email
SUNGGUH sangat beruntung apabila menjadi wanita solehah di dunia ini. Mereka akan menjadi cahaya bagi keluarganya dan berperanan melahirkan generasi dambaan. Walaupun mereka sudah meninggal dunia, Allah S.W.T. akan menjadikan wanita solehah sebagai bidadari di akhirat nanti. Oleh kerana itu, para pemuda jangan sampai salah memilih pasangan hidup. Pilihlah wanita solehah untuk dijadikan isteri dan pendamping hidup setia.
Siti Khadijah R.A. adalah figure seorang isteri solehah yang menjadi pendukung setia, dan penguat semangat suami dalam berjuang dan beribadah kepada Allah subhanahu wa ta'ala. Beliau telah banyak berkorban dengan harta, kedudukan, dan diri beliau demi membela perjuangan Rasulullah shalallahu alaihi wassalam. Begitu kuatnya kesan kesolehan Khadijah r.a., sehingga nama beliau banyak disebut-sebut oleh Rasullullah S.A.W walaupun beliau sendiri sudah meninggal dunia.
Allah S.W.T.berfirman dalam QS. An Nuur ayat 30-31
" Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara farji (kemaluan) - nya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara farji- nya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa nampak dari padanya. "
Rasulullah Saw. bersabda
" Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. " (HR. Muslim).
Ciri khas seorang wanita solehah adalah ia mampu menjaga pandangannya. Ciri-ciri lain, senantiasa taat kepada Allah S.W.T. dan Rasul Nya.
-Make up nya adalah basuhan air wudhu.
-Lipstiknya adalah memperbanyakkan zikir kepada Allah S.W.T. di mana pun berada.
-Celak matanya adalah memperbanyakkan bacaan Al Quran.
Jika seorang muslimah menghiasi dirinya dengan perilaku takwa, akan terpancar cahaya kesolehan dari dirinya.. subhanallah....
Wanita solehah tidak mahu kekayaan termahalnya, iaitu iman, runtuh. Wanita solehah juga sangat memperhatikan kualiti kata-katanya. Tidak ada dalam sejarah seorang wanita solehah, suka melompat-lompat, dan menjerit-jerit saat mendapat sesuatu kesenangan. Mereka sangat menjaga setiap adab tutur kata agar bernilai bagaikan untaian intan yang penuh makna dan bermutu tinggi. Dia sedar bahawa kemuliaannya bersumber dari kemampuannya menjaga diri (iffah).
Wanita solehah itu pemurah pada senyuman, kerana senyum sendiri adalah sedekah. Namun, senyumnya mempunyai batasan. Bukan setiap lelaki yang ditemuinya diberikan senyuman manis. Intinya, senyumnya adalah senyum ibadah yang ikhlas dan tidak menimbulkan fitnah bagi orang lain.
Wanita solehah juga harus bijak dalam bergaul dengan siapapun. Dengan pergaulan itu ilmunya akan terus bertambah, sebab wanita solehah akan sentiasa mengambil hikmah dari orang-orang yang mereka temui. Pendekatannya kepada Allah S.W.T. semakin baik sehingga hal itu berbuah kebaikan bagi dirinya mahupun orang lain. Pendek kata, hubungan kemanusiaan dan taqarrub kepada Allah S.W.T. dilakukan dengan sebaik mungkin.
Wanita solehah juga selalu menjaga akhlaknya. Salah satu ciri bahawa imannya kuat adalah dari kemampuannya memelihara rasa malu. Dengan adanya rasa malu, segala tutur kata dan tindak tanduknya akan selalu terjaga. Tidak akan mereka berbuat sesuatu yang menyimpang dari bimbingan Al Quran dan As Sunnah. Dan tentu saja godaan syaitan kepada diri mereka akan menjadi sangat kuat. Jika mereka tidak mampu melawan godaan tersebut, maka kualiti iman mereka akan berkurangan. Semakin kurang iman seseorang, maka makin kurang rasa malunya. Semakin kurang rasa malunya, maka makin buruklah kualiti akhlaknya.
Pada prinsipnya, Wanita Solehah itu adalah wanita yang taat kepada Allah S.W.T. dan Rasul-Nya. Rambu-rambu kemuliaannya bukan dari beraneka aksesori yang mereka gunakan. Wanita solehah selalu menjaga kecantikan dirinya agar tidak menjadi fitnah bagi orang lain. Kecantikan satu saat boleh jadi anugerah yang bernilai . Tapi jika tidak berhati-hati, kecantikan boleh menjadi sumber masalah yang akan menyulitkan pemiliknya sendiri.
Dengan kelemahan yang ada pada diri, wanita solehah tidak akan pernah merasa kecewa dan sakit hati. Mereka yakin bahawa kekecewaan adalah sebahagian dari sikap kufur nikmat. Mereka tidak akan merasa rendah diri dengan kelemahan yang ada. Peribadi mereka begitu indah sehingga make up apa pun yang dipakainya akan memancarkan cahaya kemuliaan. Bahkan, kalau tanpa make up sedikit pun, kecantikan jiwanya akan tetap terpancar dan menyejukkan hati tiap-tiap orang di sekitarnya. Kerana mereka yakin bahawa Allah S.W.T. tidak akan pernah lupa memberikan kurnia kepada hamba-Nya. Semakin wanita solehah menjaga kehormatan diri dan keluarganya, maka Allah S.W.T. akan memberikan kurnia terbaik baginya di dunia dan di akhirat.
Jika ingin menjadi wanita solehah, maka banyak-banyakkanlah belajar dari lingkungan persekitaran dari orang-orang yang kita temui. Ambil ilmunya dari mereka. Bahkan kita digalakkan mencontohi isteri-isteri Rasulullah shalallahu alaihi wassalam. Seperti Siti Aisyah R.A. yang terkenal dengan kepandaiannya dalam berbagai bidang ilmu. Beliau terkenal dengan kekuatan pemikirannya. Seorang isteri seperti beliau adalah seorang isteri yang boleh dijadikan gudang ilmu bagi suami dan anak-anak.
Banyak wanita boleh berjaya. Namun tidak semua boleh memperolehi solehah. Solehah atau tidaknya seorang wanita bergantung ketaatannya pada peraturan-peraturan yang Allah S.W.T. tetapkan. Dan peraturan-peraturan tersebut berlaku secara universal, bukan saja untuk wanita yang sudah bernikah, tapi juga bagi remaja perempuan. Tidak rugi jika seorang remaja perempuan menjaga sikapnya ketika mereka berinteraksi dengan lawan jenis yang bukan mahramnya. Berkawanlah dengan orang-orang yang akan menambah kualiti ilmu, amal dan ibadah kita. Ada sebuah ungkapan mengatakan, Jika kita ingin mengenal peribadi seseorang maka lihatlah teman-teman di sekelilingnya.
Jika para wanita muda mampu menjaga diri dan memelihara akhlaknya, maka iman kaum lelaki akan semakin kuat. Cahaya kesolehan wanita mukminah akan menjadi penyejuk sekaligus peneguh hati orang-orang beriman. Apatah lagi bagi kaum muda yang sangat lemah dari godaan syahwat. Mereka harus dibantu dalam melawan godaan syaitan.
Peranan wanita soleh sangat besar dalam keluarga bahkan negara. Kita pernah mendengar, bahawa di belakang seorang pemimpin yang berjaya ada seorang wanita yang sangat hebat. Jika wanita solehah ada di belakang para lelaki di dunia ini, maka cuba dibayangkan, berapa banyak kejayaan yang akan diraih. Selama ini wanita hanya ditempatkan sebagai pelengkap saja, iaitu hanya mendukung dari belakang, tanpa peranan tertentu yang serius. Dalam sebuah keterangan dinyatakan bahwa hebatnya akhlak wanita boleh menyebabkan hancurnya sebuah negara. Bayangkanlah, jika tiang-tiang penopang bangunan itu rapuh, maka sudah pasti bangunannya akan roboh dan rata dengan tanah, sehingga tidak akan ada lagi yang tersisa kecuali puing-puing yang nilainya tidak seberapa.
Jadi kita ditinggalkan dengan pilihan, ingin menjadi tiang yang kuat atau tiang yang rapuh? Jika ingin menjadi tiang yang kuat, kaum wanita harus terus berusaha menjadi wanita solehah dengan mencontohi peribadi isteri-isteri Rasulullah S.A.W.. Dengan adanya usaha yang berterusan untuk menjaga kehormatan diri dan keluarga serta memelihara farji-nya, maka pesona wanita solehah akan melekat pada diri kaum wanita kita.
No comments:
Post a Comment