Followers
Wednesday, September 9, 2009
CARA MENCARI MALAM QADAR
PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.
PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR
JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:
1. AHAD ATAU RABU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;
2. ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;
3. SELASA ATAU JUMAAT- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;
4. KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;
5. SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 23 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 12 September 2009.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!
Tanda malam Qadar ialah :
1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHAN PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.
Naz :Malam Lailatulqadar yang Engkau ciptakan
KurniaanMu kepada insan yang miliki
Hati jiwa yang suci...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
isyaAllah...nk sgt berdoa byk2 di mlm itu nt...tq info ini naz...
selamat berpuasa naz...=)
hope jgn ada yang ala kadar ajer
abang besi...
cuba lebihkan amalan mlm 12 sept tu. mana tahu boleh jmpa mlm Lailatulqadar... segalanya mungkin... Insyaallah..
Slamat berpuasa kat ko juger... ;)
mamai...
hahahaha.. betul2... ;)
betul ker Naz?? bukan senang nak dpt mlm tu... apa2 pun, terima kasih pasal share kat sini.
:)
malam selepas siang 12 sept..
subhanallah,insyaAllah akan aku cuba.. thanx 4 da info bro..
Post a Comment