Followers

Friday, September 4, 2009

Pantang larang Melayu


Sesetengahnya ada bukti santifik, tetapi tidak disedari masyarakat

MASYARAKAT Melayu antara bangsa yang masih banyak terikat dengan pantang larang yang diwarisi sejak turun-temurun meskipun mereka sedang menempuh kehidupan pada alaf ketiga dan sedia menerima pembaharuan.

Sesetengah daripada pantang larang Melayu dikaitkan dengan melawan hukum alam, ada juga yang diketengahkan sambil menampilkan akibat buruk bakal menimpa kepada pelaku dan demi menjaga kesopanan sebagai manusia berakal, di samping tidak kurang mempunyai pertalian rapat sains.

Kanak-kanak Melayu dulu dilarang makan jambu batu dan duku langsat bagi mengelakkan kecacingan, manakala individu berpenyakit kulit seperti kurap dan gatal, dilarang memakan makanan ‘sejuk’ seperti pisang, tembikai dan pucuk kayu bagi mengelakkan serangan saraf.

Sungguhpun demikian, masyarakat Melayu dulu juga bijak memanfaatkan tumbuh-tumbuhan seperti akar, daun, ranting, buah dan bunga sebagai ‘penawar’ meskipun mereka dikelilingi dengan kaedah perubatan menggunakan khidmat bomoh, pawang, dukun dan bidan.

Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Nafii Mat, berkata pemikiran saintifik sudah hadir dalam minda Melayu lama berdasarkan asas penciptaan pantang larang dan peribahasa Melayu yang memaparkan unsur jisim, alam, fizik dan ekonomi sebagai asasnya.

“Contoh terdekat dapat dilihat melalui peribahasa, meludah ke langit, muka juga yang basah, berkait rapat dengan daya tarikan graviti, tetapi hakikat ini tidak disedari sebahagian besar daripada kita,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di pejabatnya di Serdang, baru-baru ini.

Baginya, perkaitan di antara pantang larang dan petua orang Melayu lama dengan unsur saintifik membuktikan kebijaksanaan masyarakat zaman dulu, apatah lagi kebanyakan petua perubatan mereka tidak membabitkan bahan kimia yang boleh meninggalkan kesan sampingan.

“Masyarakat moden akan melihat larangan memakan ikan tongkol dan tenggiri terhadap wanita lepas bersalin sebagai pemakanan tidak seimbang, tetapi bagi orang Melayu ia bertujuan mengelakkan kegatalan di bahagian peranakan,” katanya yang juga penyair tersohor tanah air.

Naffi turut melihat kebijaksanaan masyarakat Melayu dulu bukan sekadar terhadap aspek dalaman, bahkan penjagaan luaran yang antaranya dapat dilihat melalui penggunaan limau purut yang dapat menghilangkan kegatalan kulit kepala dan mengharumkan bau rambut.

“Penggunaan kayu belur bagi mencantikkan rambut dalam masyarakat Melayu dulu, kini turut dikomersilkan apabila ia digunakan sebagai sebahagian daripada ramuan penting dalam syampu rambut,” katanya.

Exco Kanan Jaringan Siswazah Malaysia (Jasa), Sheikh Ahmad Afiq Sheikh Yahya, berkata kebanyakan pantang larang Melayu berkaitan dengan amalan pemakanan kerana kesihatan setiap individu berkait rapat dengan tabiat pemakanannya.

“Ada sesetengah pantang larang tidak membenarkan kita memakan lauk dalam kategori berlainan kerana boleh menyebabkan penyakit kulit. Contohnya, ikan tidak boleh dimakan bersama susu kerana dikhuatiri menyebabkan sopak.

“Selain itu, masyarakat dulu juga tidak menggalakkan sesiapa juga meminum air ketika makan kerana amalan itu dikatakan boleh menyebabkan kegemukan kerana makanan yang diambil tidak dapat hadam dengan sempurna.

“Larangan ini jelas selari dengan fakta saintifik yang menunjukkan tabiat makan sambil disulami dengan minum air akan menyusahkan proses penghadaman berlangsung dalam diri seseorang,” katanya yang sedang melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Baginya pantang larang mandi pada lewat malam dalam masyarakat Melayu dulu dengan alasan akan dimasuki angin selari dengan fakta saintifik bahawa liang roma terbuka luas pada waktu malam dan mereka yang suka berbuat demikian akan mudah diserang paru-paru berair.

Sheikh Ahmad Afiq yakin bahawa kebanyakan pantang larang atau cara perubatan masyarakat Melayu lama masih boleh diterima pakai, walaupun ada sesetengahnya tiada bukti secara fakta saintifik.

“Amalan yang baik seperti pendedahan terhadap khasiat tumbuhan yang diperturunkan oleh masyarakat Melayu lama dalam bentuk petua adalah pilihan menjalani kehidupan sihat pada kos paling minimum wajar dijadikan sebahagian daripada amalan,” ujarnya.

sumber : bharian

Naz : Orang-orang terdahulu lagi cerdik... ;)

7 comments:

IkanMasin90(IM90) said...

orang dulu dulu memang lagi cerdik..
wakakaka...
lame hilang naz..
g ane

mamai said...

patang larang itu tak semuanya buruk tapi ada sebabnya dan seni di sebaliknya

abang besi said...

pantang larang ni ssh sgt le gua nk ikut naz,huhu...gua ni degill..hahaha...tp org melayu dl dia kaji ek,walaupun tkde kajian dlm lab..test kt diri sdr je..hebat2..huhu..cayalah naz!

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

banyaknya pantangnya..

Redynne™ said...

cerdiknye nenek moyang sy...:)

Sulela said...

Kan best kalau akupun tergolong dalam kumpulan Melayu dulu-dulu...hehehe

hysman said...

masalahnyer aku da lahir zaman globalisasi ini..hmm...
papepon alhamdulillah lahir juga aku ke dunia yg sementara nih..