Followers

Monday, September 14, 2009

Tidur...


Email dari Faridah...

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun
untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka
tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan
dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu
dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang
amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan
diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid
sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur
cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau
bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata
dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa
Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah
syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang
yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia
akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk
menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak
tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk
dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum
tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama
lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak
menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya
Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan
Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa
membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan
besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi
jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika
kita bersetubuh dulu."

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah
bersabda : "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah
kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang
ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya
dia sedang mencaci dirinya sendiri".

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat
dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan
dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur
bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi
adap2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik - baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri
untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat
dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan
syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam .
Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda
cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat
berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula
perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan
perkara - perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan
perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan
perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon
keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah - surah
tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan
dan seeloknya menghadap ke kiblat .

Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al - Ikhlas , Al - Falaq dan

Al - Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua - dua belah
tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai .
Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut - turut
.

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al - Kausar sebanyak tiga kali
sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal
bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur
kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : "Segala puji bagi
Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami
akan dibangkitkan" Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot
- otot badan .

Naz : Tidur itu satu ibadah...

5 comments:

Solehah said...

Salam..terima kasih atas info ni..

hysman said...

salam bro..
certain info,ilmu baru utk aku..
thanx.. :p

meorazor said...

tanx for the info bro

Anonymous said...

info menarik.
membuat diriku menghargai tido.
hihi.

abang besi said...

blh la tido sokmo klu gini..hehe...ada cara nk tido kn...dpt pahala...