Followers
Thursday, November 26, 2009
Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik??
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai “hiasan mata” anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan “lipstik kejujuran” pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah “sabun Istighfar” yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan “Selendang Islami” yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu’ dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung “kesucian”.
# Bedaklah wajah anda dengan “air Wudhu” nescaya akan bercahaya di akhirat.
wallahualam..
Naz : Cantik biarlah dari dalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
betul tu..kecantikan dlaman yg kekal..bkn kecantikan luaran..
hargai la anugerah y tlh d beri...jgn menyesal d kemudian ari..
Ade owg cakap if kite cantik kat dalam..
cantiklah luaran kite!!!
bile ko nak kawen naz?
Hmmmm.. Senang je nak cantik sbnrnya.. Tapi ramai kita yg pilih cantik luaran.. Hmmm..
entah kat mana cantiknya wanita tu yer
setiap org ade pendapat msg2. ehhe no komen. :D
Post a Comment