Followers

Saturday, November 21, 2009

Perempuan Yang Tidak Pernah Puas..


Sebuah kedai unik bernama Kedai Suamiku yang menjual calon suami baru saja di buka di Kuala Lumpur York. Kononnya di negara maju yang tunggang-langgang ini, wanita boleh memilih dan membeli suami yang paling tepat untuknya. Di antara arahan yang ada di pintu masuk:

“ANDA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAJA SEUMUR HIDUP”

Kedai itu ada 6 lantai. Semakin tinggi lantainya, semakin tinggi pula harga lelaki yang berada di situ. Anda dapat memilih lelaki di lantai itu atau memilih lelaki di lantai berikutnya tetapi anda tidak boleh pilih lelaki di lantai sebelum itu.
Seorang wanita pergi ke Kedai Suamiku untuk memilih suami yang tepat untuknya. Setelah dia membayar caj masuk ke kedai tersebut dengan harga yang cukup mahal, dia mula masuk ke lantai pertama.

Di lantai 1 terdapat tulisan:

LANTAI 1: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.”

Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 2 terdapat tulisan:

LANTAI 2: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan suka anak kecil.”

Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 3 terdapat tulisan:

LANTAI 3: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil dan ambil berat.”

Wow.. fikir wanita tersebut, tapi dia masih tidak puas dan ingin untuk terus naik.

Lalu sampailah wanita itu di lantai 4 dan terdapat tulisan:

LANTAI 4: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan,suka anak kecil, amat ambil berat dan suka membantu kerja rumah.”

“Biar betul..!” Wanita itu berkata, “Tak cayala…..!”.

Wanita itu tidak puas dan tetap meneruskan ke lantai 5 dan terdapat tulisan seperti ini:

LANTAI 5: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan,suka anak kecil, amat ambil berat, suka membantu kerja rumah dan memiliki sifat romantis.”

Dia tergoda untuk berhenti di lantai 5, tapi kemudian dia melangkah pula ke lantai 6 dan di lantai itu terdapat tulisan: (dia mengesat matanya kerana tidak percaya pada apa yang tertulis)..

LANTAI 6: “Anda adalah pengunjung yang ke 7,593,012. Tidak ada lelaki dilantai ini. Lantai ini diwujudkan semata-mata untuk jadi bukti betapa ramai wanita yang tidak pernah puas seperti anda! Terima kasih telah datang di Kedai Suamiku. Hati-hati bila keluar dari kedai ini dan semoga hari ini adalah hari yang indah buat anda!”

—–
MORAL: Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Orang tamak selalu rugi.

Naz : :)

4 comments:

Miss CrYingAnGeL said...

ini sikp umum manusia..x penah rasa cukup dengan apa yang ada..sering rasa ingin segala yg lebih...hukhuk

tq berkongsi

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Sebab nakkan yg terbaik dlam hidup kita sntiasa cube utk kejar benda yg lebih baik dn kdang2 tak sedar benda yg terbaik utk kita sebenarnya dh trlepas pndang.. ;)

~ terbaik utk dia tak smestinya trbaik utk kita.. jgn cari benda terbaik dlam hidup, tapi brusaha jadi yg trbaik.. kan pokcik? ;)

pu3 balqis said...

yup... appreciate things around u..
theres a reason why Allah did that

atie said...

Salam Naz...

mungkin banyak wanita macam tu... tapi lelaki banyak gak yang tak puas2.. ada bini 1.. nak 4...padahal tak mampu... kalau mampu apa salahnya..