Followers

Tuesday, November 10, 2009

Petua Dapur


1. Cili Kering Hilangkan Kutu Beras
- bagi yang berhadapan masalah kutu beras yang seringkali terdapat didalam bekas beras simpanan anda. Cara mengatasinya ialah ambil segenggam cili kering , potongkan dua dan gaulkan bersama beras yang disimpan.
- biarkan cili tersebut sehingga hasilnya dapat dilihat.

2. Asam Keping Hilangkan Gatal Keladi
- untuk menghilangkan rasa gatal pada sayur keladi, cuci dan rebus keladi dengan beberapa asam keping selama beberapa minit.
- tos airnya dan kemudian masak seperti biasa.

3. Mengekalkan Kelembapan Kek
- untuk kekalkan kelembapan kek, simpankan kek di dalam bekas yang tertutup bersama-sama sepotong roti.
- gantikan apabila roti kelihatan sudah kering.
- selain itu anda juga boleh menyimpan kek bersama sebiji epal yang sudah dikupas.
- untuk kek buah, lebih baik jika ia dibalut dengan kertas minyak ketika ia masih panas agar dapat menambah tekstur kek.

4. Tanggalkan kesan Getah Nangka
- buah nangka sememangnya enak dimakan namun and aberdepand engan masalah menanggalkan getah nangka yang terkena pada tangan dan juga pisau/perkakas yg digunakan.
- atasinya dengan menggosokkan hampas kelapa dengan getah tadi berulang kali sehingga bersih. Insyallah anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
- atau anda juga boleh gunakan minyak masak. sapukan minyak masak pad aperkakas atau tangan yang terkena getah nangka. gosok sehingga hilang getahnya.

Naz : Selalu turun ke dapur... makan... hehehehe....

8 comments:

SYAbAR said...

Bagus....

Sebab selalu turun dapur la badan tak mau turun2 ni dik....

Cik Akma said...

wahh bgs petua ni haha. leh la trun ke dpur 3 kali seminggu :P

atie said...

Salam Naz...

Tip yang berguna nie lagi2 buat akak yang memang duk kat dapur nie... kalau tengok blog naz nie rasa macam dah berminggu akak tak duk cek blog kawan 2 semua... banyak n3 naz yg terlepas rupanya.... sibuk sikit kebelakangan nie... wah... tukar templet nampak... cantik

mamai said...

wah pandai la kau Naz nie mesti sering ke dapur

Naz said...

SYAbAR...
ok apa akak skrg ni... mcm mana drama Dapur tu? :)

Naz said...

Cik Akma..
turun dapur hari2 pun x per... hehehe

Naz said...

atie...
ye ker? sila2.. apa yg baik kat sini amalkan dan yg x elok tu dtg dr saya sendiri... yer, saja tukar template blog ni. sesekali nak ubah angin... :)

Naz said...

mamai...
ni aku cedok dr email daa... aku selalu turun dapur bila lapo jer... hahahhaa