Followers

Saturday, November 14, 2009

Tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam tak tepat


KOTA BHARU: Umat Islam yang menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah terbenam matahari tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada matahari terbenam.

Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Paimuzi Yahya, berkata persepsi umat Islam dalam menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam itu wajar dihapuskan dan perlu mengikuti ilmu falak syarie sebenar seperti disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mengikut kajian ilmu falak, terdapat dua hari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai saja dalam setahun, kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersolat.

“Untuk tujuan itulah Ilim diberi tanggungjawab melaksanakan aktiviti menjurus kepada usaha menghapuskan persepsi salah masyarakat tentang ilmu falak itu mengikut hukum Islam sebenarnya,” katanya selepas menutup Kursus Falak (Qiblat) di sini, semalam.

Kursus anjuran Jakim dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK); Jabatan Mufti Kelantan (JMK); Jabatan Agama Hal-Ehwal Agama Islam Kelantan (Jheiak); dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) disertai hampir 100 peserta terdiri kakitangan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Paimuzi berkata kebanyakan masjid dan surau dan premis hotel, dan kediaman peribadi umat Islam di negara ini masih tidak menggunakan kaedah yang betul dalam menentukan arah kiblat. – Bernama

Dipetik dari : http://hikmatun.wordpress.com

Kaedah moden tentu kiblat

Pengiraan arah kiblat

Hitungan adalah berdasarkan kepada konsep arah di sepanjang bulatan gedang bumi (great circle).

Membabitkan model matematik sfera yang mengandungi koordinat geografi tempatan dan koordinat geografi rujukan (Kaabah).

Kompas Prismatik

Penandaan arah kiblat dengan kompas banyak diamalkan di kalangan masyarakat Islam masa kini. Arah yang ditunjukkan oleh sesuatu kompas adalah arah merujuk ke arah utara.

Arah utara magnet pula tidak semestinya bersamaan dengan arah utara benar. Perbezaan arah utara ini dipanggil sebagai sudut serong magnet.

Antara masalah yang boleh timbul menggunakan kompas ialah tarikan graviti tempatan yang mana ia terkesan dari kewujudan bahan logam atau arus elektrik di sekeliling kompas yang digunakan.

Boleh digunakan sebagai alat alternatif jika alat yang lebih sesuai tidak ada.

Penggunaan Teodolit

Teodolit adalah antara alat termoden yang diguna pakai oleh kebanyakan juru ukur dan pihak yang melakukan kerja menentukan arah kiblat.

Alat itu digunakan untuk mengukur bacaan sudut secara mendatar dan menegak. Ia memberi kejituan bacaan tinggi dan tepat.

Naz : Berapa kali kita mengadap kiblat dlm sehari??

4 comments:

mamai said...

kalau terpaksa kira afdal berpandu matahari terbenam

hans said...

betul2
aku ada baca benda nih ari tu dkt newspaper

Cik Cookie said...

sokong.Cik Cookie pun ada bc artikel tuh.

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Jwapannya.. Yg wajib 5 kali pokcik.. ;)