Followers
Wednesday, March 31, 2010
Perbaiki Prestasi Seks Anda
Hari semakin berlalu, usia perkahwinan semakin bertambah tapi bagaimana pula kehidupan seks anda? Sekamin HOT atau sebaliknya?? Kalau jawapan yang kedua mungkin anda harus mencari solusinya agar sekas anda semakin asyik seiring dengan usia. Apa kata anda cuba tip dibawah ini.
1- Cintai Seks
Menurut pakar seksologi, lebih ramai wanita yang menolak menikmati seks dari menyambutnya. Malah ada wanita yang merasa aneh dan kotor melakukan seks dengan posisi yang berlainan dari yang selalu dilakukan, misalnya bila pasangan meminta posisi ‘woman on top’ . Membayangkan saja sudah tidak sanggup.
Sebaiknya ubah cara berfikir ini. Mencuba posisi yang berlainan tidak menjadikan anda wanita murahan . Bereksperimen semasa hubungan seks akan membuat ikatan emosional dengan pasangan lebih dalam. Lagipun rahsia di tempat tidur tiada siapa yang tahu. Hanya anda dan pasangan sahaja.
2- Fokus
Tahukah anda punca utama kegagalan orgasme bukannya kerana kurang pemanasa atau salah posisi tapi berpunca daripada kurangnya tumpuan sewaktu melakukan hubungan seksual. memang banyak perkara yang bermian di fikiran wanita, pintu belum dikunci, anak belum tidur, dapur belum kemas dan pelbagai lagi.
Sebaliknya lelaki tidak pernah memikirkan perkara tadi. Sebaik memulakan pemanasan, otak mereka hanya dipenuhi satu perkara iaitu SEKS !. Jadi tidak hairanlah kalau lelaki lebih menikmati aktiviti seks.
Agar anda lebih fokus bagi meraih orgasme, pastikan semua perkara yang dirisaukan tadi diselesaikan terlebih dahulu. Atau anda cuba belajar mendisiplinkan fikiran dari memikirkan hal-hal yang tidak perlu semasa berhubungan intim. Ini pastimembuatkan anda lebih aktiviti seksual.
3- Atasi Moody
Seks akan lebih nikmat sekiranya anda dan pasangan mempunyai mood yang sama untuk melakukannya. Ada cara untuk mengetahui mood untuk seks ini. Tandakan pada kalendar hari-hari yang anda berasa hot. Biasanya hari-hari ghairah ini berulang pada setiap bulan. Jika anda rajin menelitinya, anda akan tahu pola mood bercinta anda. Beritahu pola waktu ghairah anda dan waktu anda tidak ghairah kepada pasangan supaya anda dan pasangan boleh menyiapkan diri untuk aktiviti bercinta.
4- Kenali Penambah Ghairah
Pertambahan usia akan menyebabkan wanita semakin sukar untuk ghairah secara spontan. Justeru itu, anda lebih memerlukan daripada pemanasan suami. Anda sendiri harus bertanggungjawab untuk membuatkan diri berasa terangsang. Anda perlu cari dan tahu apa yang buatkan anda berasa ghairah dan terangsang dan lakukanlah setiap kali semasa melakukan aktiviti seksual.
Selain itu pastikan anda dan pasangan menyisihkan waktu untuk berdua-duaan sekurangnya sekali seminggu. berbual dan melakukan aktiviti berdua akan membuatkan anda selalu ingat apa yang membuatkan anda jatuh hati kepada pasangan. Selain itu, ia juga akan menebalkan semangat bercinta seperti mula-mula bercinta.
5- Romantis Automatik
Hal yang romantik sudah pasti menjadi umpan untuk seks. Tapi kalau pasangan tidak romantis apa salahnya anda mengambil tempat dan peranan tersebut. Cuba lakukan perkara ini untuk suami. antara hal romantis yg boleh dilakukan ialah:-
-Puji dirinya,katakan anda suka tentang dirinya atau bahagian tubuhnya.
-sediakan makan malam istimewa
-kirimkan sms nakal(sedikit lucah pun tidak mengapa) untuk suami sebelum pulang dari kerja.
-layan suami sewaktu pulang dari kerja contohnya membawa beg, membukakan pakaiannya, atau menyediakan air kegemarannya.
-hadiahkan suami ciuman sewaktu dia membantu anda membasuh pinggan atau menyidai pakaian.
Diharap tips diatas akan lebih menjadikan anda semakin bahagia walaupun anda sudah di penghujung usia dan dikelilingi anak cucu.
Tuesday, March 30, 2010
Petua Membeli Kereta Terpakai
Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.
PEMERIKSAAN LUARAN
- Sila periksa pemegang pintu
- Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang
- Pastikan 'bumper' belakang tidak calar dan karat
- Pastikan sistem ekzos tidak berkarat
- Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
- Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik
PEMERIKSAAN ENJIN
- Pastikan keadaan enjin mestilah bersih .
- Pastikan enjin tidak diubahsuai
- Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.
- Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk
- Pastikan semua 'belt' berada dalam keadaan baik
PEMERIKSAAN DALAMAN
- Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah
- Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik
- Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik
- Pastikan lantai tidak berkarat
- Pastikan 'dashboard' tidak retak
- Pusingkan setering ke kiri dan ke kanan
- Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch
- Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik
- Pastikan tali pinggang boleh dipakai
- Pastikan 'jeck' clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik
CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT
- Cuba hidupkan 'switch' tetapi jangan hidupkan enjin
- Pastikan meter suhu bergerak
- Pastikan lampu minyak enjin menyala
- Pastikan lampu bateri menyala
Cuba hidupkan enjin
- Pastikan semua meter berfungsi dengan baik
- Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox
- Cuba matikan enjin dan hidupkan semula
- Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah
- Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran
- Tiada masalah semasa penukaran gear
- Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?
- Cuba anda pandu kenderaan tersebut dan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension.
- Cuba biarkan enjin kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya berada dalam keadaan stabil.
PEMERIKSAAN TERAKHIR
- Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin. Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta
Tip ini dipetik dari AAM Drive magazine.
Monday, March 29, 2010
Perkara Ringan Yang Mendatangkan Kesusahan
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.
Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat.
2.. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
Sunday, March 28, 2010
Buku Tidak Bermutu
Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, “Saya mahu komplain!”“Ada apa, Cik?” petugas perpustakaan bertanya.“Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!” jelas Noni.“Kenapa pula Cik?”“Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling menyedihkan, buku itu sama sekali tidak menceritakan apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!”Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata, “Aha …. Jadi Andalah orang yang membawa buku telepon kami yang hilang minggu lalu!”
Saturday, March 27, 2010
Ungkapan cinta
Teruna: "Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama."
Cewek: "Apakah kau rela kalau aku pergi?"
Teruna: "Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu."
Dara: "Apakah kau mencintaiku?"
Teruna:"Tentu! Selamanya akan tetap begitu."
Dara: "Apakah kau pernah berlaku curang?"
Teruna: "Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu."
Dara: "Maukah kau menciumku?"
Teruna: "Ya..."
Dara: "Sayangku... Sesudah lama bernikah..."
~Sila baca dari bawah ke atas~
Friday, March 26, 2010
Minuman untuk wanita hamil
KEHAMILAN menuntut seseorang wanita bukan sahaja menjaga kesihatan emosi dan pergerakan fizikal bahkan diet hariannya. Acap kali diet harian merujuk kepada pengambilan sajian yang bergizi seimbang seperti bijirin, kekacang, roti, sayuran dan buah-buahan.
Bagaimanapun, jarang sekali kita menekankan mengenai amalan minuman harian yang patut diamalkan oleh wanita.
Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr. Premitha Damodaran, seperti pemakanan, wanita hamil juga perlu menitikberatkan aspek pengambilan cecair yang diambil untuk tubuhnya.
Amat penting bagi wanita hamil untuk mengambil jumlah air yang cukup untuk tubuhnya kerana jika dehidrasi berlaku, tubuh mudah berasa letih selain mendapat serangan sakit kepala. Lebih teruk, mereka boleh mendapat penyakit yang dipanggil ‘kencing kotor’.
Terdapat empat jenis minuman yang baik untuk diambil oleh wanita mengandung iaitu air putih, susu, jus buah-buahan dan minuman berfungsi atau isotonik.
Air putih adalah minuman yang terbaik kerana tidak mendatangkan masalah jika diambil berlebihan sehingga lapan hingga 10 gelas sehari.
Susu pula menawarkan sumber kalsium untuk perkembangan tulang manakala jus buah-buahan memberikan khasiat vitamin dan minuman berfungsi dapat menggantikan zat elektrolit yang hilang semasa berpeluh.
Bagaimanapun, tegas Premitha, wanita hamil sememangnya tidak digalakkan untuk mengambil minuman seperti kopi dan minuman berkarbonat. SEBAIK-BAIKNYA hindarkanlah pengambilan kopi ketika sedang mengandung.
Dengan minuman berkarbonat telah menjadi satu budaya hidup masyarakat hari ini, ia sebenarnya memberi kesan buruk kepada kesihatan dan tubuh badan ibu dalam jangka masa panjang.
Katanya, kandungan gula yang tinggi iaitu sehingga tujuh hingga sembilan sudu dalam satu tin boleh menyebabkan kadar gula dalam darah wanita hamil tidak seimbang.
Kesan buruk itu bukan sahaja terdedah kepada diri sendiri bahkan ke atas bayi dalam kandungan kerana ia akan menyumbang kepada ketidakstabilan paras gula tubuh bayi.
“Banyak minuman berkarbonat mengandungi pewarna makanan tiruan, perasa tambahan dan sebagainya. Dengan kandungan gula yang tinggi, ramai wanita hamil berisiko mendapat kencing manis. Tahap risikonya berganda,” ujar Premitha.
Tambahnya, seseorang wanita hamil memerlukan kadar gula yang seimbang supaya keseimbangan tersebut dapat diwarisi oleh bayinya. KANDUNGAN gula yang berlebihan dalam satu tin minuman berkarbonat memudaratkan wanita hamil.
Jelas Premitha, kopi juga seharusnya dihindar oleh ibu hamil daripada menjadi minuman harian. Pengambilan kafein yang terlalu tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan bayi, malah beberapa pakar mendedahkan bahawa ia mungkin boleh mendatangkan risiko keguguran sewaktu trimester pertama.
Premitha memberi senarai masalah yang boleh berlaku jika minuman berkarbonat atau kopi menjadi pilihan ibu hamil:
1. Minuman soda atau berkarbonat menyamai sekurang-kurangnya tujuh sudu gula dalam setiap tin. Ini mungkin mendorong kepada masalah berat badan yang naik mendadak, penyakit kencing manis dan beberapa komplikasi lain yang berlanjutan daripada dua penyakit tersebut.
2. Kopi dan teh mengandungi kafein. Jika sebelum ini anda penggemar kafein, elakkan pengambilan kedua-dua jenis minuman itu secara harian. Kafein yang tinggi boleh menjejaskan proses perkembangan kandungan dan menyebabkan perubahan hormon tubuh.
3. Kafein juga mengakibatkan diuresis, iaitu keadaan yang menyebabkan pundi kecing menjadi aktif. Badan boleh kehilangan air secara berlebihan akibat terlalu kerap kencing. – NUR AISHAH MOHD. AMIN
sumber:kosmo
Thursday, March 25, 2010
Malam Jumaat
MALAM JUMAAT
Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama
isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini.
Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang
anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi
menyusu
"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani,
isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka
" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya
tidur kan mereka dulu"
" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca
Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah
mendapat kan songkok. K itab al-quran dan meminum seteguk air sejuk
Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?
"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"
" Bang anak? Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang
membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat
" SODAQALLAHULAZEEM "
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat......
Naz ~ Erkk... Dasyatnyer... :))
Wednesday, March 24, 2010
Jangan Suka Bersumpah
Firman Allah SWT :
“Dan janganlah kamu jadikan (nama ) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu dari berbuat baik,
dan bertqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa mengetahui “
(al-Baqarah ayat 224)
Sebab turun ayat
Ayat ini turun kerana ada di kalangan para sahabat yang telah berselisih faham menyebabkan mereka bersumpah tidak mahu bertegur sapa dan tidak mahu berdamai.
Menurut riwayat daripada daripada Ibnu Hatim,
ada seorang lelaki datang berjumpa Saidatina Aisyah r.anha.
Kata lelaki ini,
"Demi Allah, aku bernazar bahawa aku tidak akan bercakap-cakap dengan sifulan.
Kalau aku bercakap juga dengan dia, maka sekelian hamba-hambaku akan di merdekakan, dan segala harta bendaku akan kujadikan belanja buat pakaian Kaabah."
Mendengar nazar yang ganjil ini, Saidatina Aisyah berkata :
"Janganlah kamu lanjutkan sumpah atau nazar yang demikian.
Janganlah engkau jadikan sumpah demikian sehingga menyebabkan engkau merdekakan hamba-hambamu
dan segala harta kamu dijadikan belanja untuk pakaian Kaabah.
Sebab yang demikian telah dilarang oleh Allah SWT.
Janganlah kamu jadikan Allah sebagai penghalang dari sumpah mu itu, oleh itu hendaklah kamu bayar kaffarah dari sumpahmu itu iaitu :
1. Memerdekakan seorang hamba
2. Memberi makan kepada 10 orang miskin
3. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin."
Namun ada riwayat yang mengatakan ayat ini turun kerana Saidina Abu Bakar telah bersumpah dengan nama Allah,
tidak mahu meneruskan bantuan kepada seorang miskin yang bernama Misthah bin Utsatsah.
Ini kerana Misthah terlibat bersama Abdullah bin Ubai bin Salul menyebarkan fitnah kononnya
isteri Rasulullah saw Saidatina Aisyah r.anh mempunyai hubungan sulit dengan Safwan bin Muattol.
Apabila turun ayat Al-Quran yang membersihkan Aisyah dari tuduhan fitnah tersebut, Saidina Abu Bakar bersumpah tidak mahu meneruskan bantuan kepada Misthah.
Tiga sumpah yang dilarang oleh Rasulullah
Sabda Rasulullah saw,
لا نذر ولا يمين فيما لا يملك ابن أدم ولا في معصية الله ولا في قطعة رحم
Maksudnya :
"Tidak ada Nazar dan tidak ada sumpah pada perkara yang tidak dapat dikuasai oleh anak Adam,
dan tidak pula dalam hal yang maksiat kepada Allah SWTdan tidak pula dalam hal yang memutuskan silaturrahim.
(HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Imam Ahmad)
Berdasarkan hadis ini Nabi saw melarang bersumpah dalam 3 perkara :
1. Bersumpah dalam perkara yang tidak dapat dikuasai oleh anak Adam seperti
ungkapan :
“Wallahi, anak aku pasti akan berjaya dalam peperiksaan SPM pada hujung tahun ini”
2. Bersumpah dalam melakukan maksiat seperti katanya
“Wallahi aku akan berjudi pada petang ini”..
3. Bersumpah untuk memutuskan silaturrahim seperti katanya
“Wallahi aku tidak akan menegurnya kembali”.
Bersumpah kerana terpaksa
Firman Allah SWT pada ayat selanjutnya,
“Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah) tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang disengaja oleh hati kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(225)
Maksud ayat di atas ialah orang yang bersumpah menggunakan nama Allah secara tidak sengaja (tidak ada niat dalam hati) tidaklah dianggap berdosa.
Melainkan sekiranya sumpahnya itu disertai dengan niat dalam hati maka orang yang sedemikian hendaklah bertaubat kerana Allah SWT adalah
Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Pengajaran yang boleh diambil
Pengajaran daripada ayat 224-225,
sumpah adalah sesuatu perkara yang sangat mahal dalam Islam.
Justeru itu janganlah sekali-kali mempermain-mainkan sumpah atau bersumpah walaupun hanya dengan isu yang kecil dan remeh,
menyebabkan orang akan memandang rendah terhadap sumpah seseorang.
Kata Imam as-Syafie rhm,
“ Aku tidak pernah bersumpah baik pada yang benar atau pun pada yang dusta ”
Rujukan :
Tafsir Al-Munir
Tafsir Ahmad Sonhadji
Tafsir Al-Azhar.
Tuesday, March 23, 2010
Ibu Sarat Mengandung Dihempap Kren (ALLAH MAHA BESAR)
Bermulalah kisah......
Hanya kematian yang dapat dibayangkan oleh semua pengguna jalan raya bila
menyaksikan kejadian ini....
Bila mendapat Maklumat ada kemalangan ngeri yang melibatkan 5 buah kereta dan
sebuah kren yang telah terbabas lalu merempuh kenderaan yang sedang melalui
jalan ini dan kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat...
Akhirnya dapat dilihat kerakusan kren menerjah kesemua kereta yang melalui jalan ini....
Kia spectra yang di pandu oleh seorang ibu dengan anaknya...
Gen2 juga di pandu oleh seorang ibu yang baru balik kerja...
Akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawab......Sebuah kereta wira
terperosok dibawah kren...
Lihat lah kerakusan Kren yang menerkam kereta yang di pandu oleh seorang Ibu yang
sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak.....
Cuba anda bayangkan kedudukan dan situasi ibu ini sekarang.....
MAUT mungkin sedang memanggil......YA ALLAH.....
Suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu
berserah dan memanggil nama isteri tercinta......dan bertawakal...serta berserah pada
ALLAH yang MAHA KUASA....
Akhirnya dengan KUASA ALLAH satu keajaiban terjadi......
Si Ibu yang terperangkap dibawah Kren meminta TOLONG!!!!!!!........
Usaha Terus Ditinggkatkan bagi dapat mengeluarkan Si Ibu dengan segera.......
Pihak bomba cuba sedaya upaya dan dengan segala kelengkapan yang ada
cuba mengeluarkan mangsa dengan segala kemahiran yang ada.....
Akhirnya wajah Si isteri dapat dilihat.......
Tuhan saja yang tahu bagaimana sedihnya Hati Si Suami melihat keadaan Si
Isteri....yang tersepit dibawah Kren.....YA ALLAH...
Kata-kata semangat dan ayat suci Al-Quran yang mampu Si Suami bagi pada Si Isteri
agar ia terus bertahan dan sabar......Insyallah dia akan selamat
Pihal Bomba terus meningkatkan Usaha!!!!
Akhirnya Bumbung kereta berjaya dipisahkan dari kereta....
" YA ALLAH......"
Bantuan Sebuah Kren diperlukan bagi mengangkat kren yang menghempap kereta
Si Ibu ini......dan mengeluarkan kereta ini dari bawah kren...
AKhirnya wajah tenang Si Ibu dapat dilihat apabila kren yang menghempapnya di
angkat dan kereta mangsa di tarik keluar oleh orang ramai...
Dengan berhati-hati pihak Bomba mengeluarkan "Ibu Yang Sarat Mengandung"
Pihak Pramedik memberi bantuan pada Si Ibu agar Si Ibu dan Bayi dalam kandungan
Si Ibu selamat
Jika dilihat dari keadaan kereta ini mungkin kematian yang kita akan jangkakan....Tapi
" Ini yang disebaliknya....Dengan Kuasa ALLAH".....Subhannallah...
Monday, March 22, 2010
Full time Musim
Bismillahil Rahman il Raheem,
Based on the ahadith of the Prophet Muhammed (saaws), these are indeed glad tidings for the pious and righteous women of Islam!
1. A single pious practicing woman is equal to 70 saints (Awliya Kiraam).
2. A single bad (evil) woman is equal to 1000 bad men.
3. Two rakaats Salah of an aalimah woman are better than 80 rakaats of ordinary women.
4. A breastfeeding woman gets one virtue for each drop of milk that is fed to the child.
5. When a husband comes home full of worries and the wife extends warm welcome to him and consoles him; she receives the reward of half jihaad.
6. A woman, who is deprived of sleep owing to her child crying at night, receives the sawaab of freeing 20 slaves.
7. When a husband and a wife look at each other with love and affection, Allah (swt) looks at both of them with love and affection.
8. A woman who sends out her husband in the path of Allah (swt) and stays at home by herself, maintaining her honour and dignity (i.e. protecting herself against temptation and dishonesty) will enter jannat 500 years before her husband, while 70,000 angels and hooris will serve her. She will be given ghusl in jannah; and sitting on mountains of pearls, she will await the arrival of her husband.
9. A woman who is rendered restless owing to the illness of her baby and yet kept on striving to comfort the baby, Allah Ta'ala forgives all her sins and gives her the thawaab of 12 years accepted in ibaadat.
10. While milking her animal (cow, goats, etc.), if a woman makes the zikr of Bismillah, the animal makes dua to Allah Ta'ala on her behalf.
11. When a woman makes the zikr of Bismillah while preparing the dough (for bread), her livelihood is increased (i.e. she receives barakah in her rizq).
12. When a woman makes zikr while sweeping, she receives the thawaab of sweeping Baitullah (Ka'ba).
13. A chaste woman who is mindful of Salah and Siyam, and also serves her husband, for her all the 8 doors of Jannah are opened. She may enter from whichever doors she likes.
14. The Salah and ibaadah of a woman disobedient to her husband do not reach heaven.
15. Every night of an expectant mother (a woman who is carrying a baby in her womb) is counted as spent in ibaadah and every day as spent in fasting.
16. A woman receives the thawaab of 70 years of Salah and Siyam on giving birth to one child and the pain she suffered in every vein of her body while giving birth, for that she will receive the thawaab of one Hajj.
17. If a woman dies within 40 days after giving birth, Allah Ta'ala gives her the status of Shahaadah (i.e. she dies as a Shaheed).
18. Upon the child crying at night, if the mother feeds the child (gives milk to the child) without cursing, she receives the thawaab of performing Salah for one year.
19. When a child finishes the period of breast-feeding, an angel comes and gives glad tidings to the mother that Allah has made Jannah wajib for her.
20. When the husband comes home to sleep and the wife gives him food to eat (not being involved in dishonesty with regard to herself and her husband's belongings), Allah Ta'ala gives her the thawaab of 12 years of ibaadah.
21. When the wife presses the legs of her husband without him asking her to do so, she gets the thawaab of giving charity 7 ounce of gold, and if she presses his legs after he asks her to do so, she receives the sawaab of giving 7 ounces of silver in sadaqua.
22. When a woman's husband dies while he was happy and pleased with her, Jannah becomes wajib for her.
23. A husband's teaching one religious mas'ala to his wife is equal to 80 years of ibaadah.
24. In Jannah people will seek the proximity of Allah Ta'ala, but Allah Ta'ala himself will seek the proximity of the woman who has observed pardah while in dunyah.
25. Woman who wears thin garment (see-through garment) or who arouses passion in men, or meet men they are not allowed to mix or move about openly while heavily made up or who live without pardah, will never enter Jannah. In fact they will not even smell the fragrance of Jannah.
26. A woman who has undergone a great amount of suffering and difficulties in this world will be classified with Hazrat Asia (r.a). She was the wife of the firaun (pharaoh) who despite the fact that she was his wife, tortured and persecuted her, to renounce Deen and Imaan. She gave her life in the process (i.e. she died of the punishment inflicted to her), but did not forsake Imaan.
27. Every single woman going to hell will take four Jannati men. Because they did not take care in the world about the Deen and Imaan of that woman and did not teach her Deen. These four men will be: her father, her brother, her husband and her son.
28. If woman glances at men she is not allowed to see according to the Shariah, Allah Ta'ala sends curse upon her, just as it is forbidden for a man to glance at women he is not allowed to see.
Wal hamdulilahi Rabbil Alameen.
Sunday, March 21, 2010
Putus tunang
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak
mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........
Naz ~ Bercinta biar beribu.. berkawen biar lah satu... eh boleh pakai x?? :p
Saturday, March 20, 2010
Alternatif cantikkan wajah
Sumber : http://www.utusan.com.my
TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.
Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.
Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.
Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.
Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.
Minggu ini apa kata cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.
Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.
Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.
Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.
Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.
Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.
Naz ~ Cantik di dlm lebih menyerlah... :)
Friday, March 19, 2010
Derma
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma
untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
Naz ~ Hormatilah org tua... :)
Thursday, March 18, 2010
Wednesday, March 17, 2010
Keta penuh
Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata...Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...!!!
Naz ~ saper sini org ganu??? hehehe
Tuesday, March 16, 2010
Monday, March 15, 2010
Khasiat Dan Kebaikan Telur Ayam
Kita goreng, kita rebus dan ada yang makan telur ayam mentah. Telur
ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua
vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Ia
merupakan sumber protein yang paling murah. Berbanding dengan ikan dan
daging, hampir 93 peratus protein daripada telur diterima oleh badan.
Memilih telur yang baik akan memastikan telur yang berkualiti dan
tahan lama untuk disimpan. Telur yang segar mempunyai kulit yang
berkilat dan jika direndam akan tenggelam di dalam air. Telur perlu
datang dengan bekas simpanan yang bersih dan tahan. Kulit telur juga
perlu dibersihkan dari sebarang kotoran seperti bulu ayam yang melekat
dan najis yang mungkin terpalit.
Telur perlu disimpan di dalam peti sejuk. Ini untuk memastikan telur
tahan disimpan lama. Pastikan tarikh luput telur pada bungkusannya
diperiksa. Pilih tarikh luput yang paling lama atau pada anggaran masa
penggunaan.
Simpan telur di dalam bekasnya atau tempat khas untuk telur. Pastikan
ia tidak bercampur dengan bahan-bahan yang berbau kerana bau akan
diserap oleh telur melalui kulitnya. Cara yang betul menyimpan telur
adalah dengan hujung tajam ke bawah.
Untuk memudahkan kulit telur dikupas selepas direbus, campurkan
sedikit garam sewaktu merebus. Telur yang telah direbus apabila
diputarkan akan berpusing dengan elok dan tetap. Manakala telur mentah
akan berpusing dengan tidak sekata.
Bagi kawasan yang diisytiharkan kawasan jangkitan virus H5N1, ambil
langkah merebus telur sehingga masak. Jangan makan telur mentah atau
telur separuh masak sehingga kawasan itu diisytiharkan selamat.
Pengendalian telur adalah penting. Pastikan kulit telur dicuci sebelum
penyimpanan dan juga sewaktu sebelum penggunaan. Tangan juga perlu
dicuci selepas pengendalian telur. Ini untuk menjamin kulit telur
bebas dari bakteria.
Kini terdapat pelbagai jenis keluaran telur ayam yang bermutu. Ayam-
ayam yang menghasilkan telur ini diberikan makanan khusus. Anda boleh
lihat telur-telur keluaran dengan Omega 3, caratonoid dan ada dengan
tambahan selenium.
Telur ini didapati lebih besar saiznya, bermutu, sedap dan tahan lebih
lama. Khasiat tambahan juga dapat membantu dari segi kesihatan.
Omega 3 dapat membantu dalam mengurangkan serangan sakit jantung dan
turut meningkatkan perkembangan otak.
Selenium pula adalah sejenis garam galian dan anti oksida dan ia
membantu dari segi sistem pertahanan badan.
Caratonoids pula adalah phytonutrien yang melengkapkan pengambilan
khasiat permakanan. Xanthrophylls adalah caratonoid yang terkandung
dalam telur. Ia membantu dalam melindung sel-sel tubuh manusia
daripada mamahan usia dan kesan alam keatasnya.
Telur adalah antara sumber protein yang baik. Menurut kajian satu
kajian, pengambilan telur ayam yang bermutu sehari sekali baik untuk
kesihatan badan. Sebiji telur mempunyai 75 kalori dan 5 gram lemak.
Namun begitu, kepelbagaian itu penting. Terdapat pelbagai jenis
protein yang diperlukan oleh badan dalam membesar dan membaiki tubuh
manusia. Makan telur adalah mengambil sebahagian daripadanya.
Pengambilan protein dari tumbuhan seperti kacang soya dan spirulina
dapat melengkapkan jenis-jenis protein yang diperlukan oleh badan
manusia.
Senaman itu penting untuk mengurangkan kolesterol ?jahat? dalam badan.
Amalkan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit
hingga satu jam setiap sesi.
Maklumat di atas adalah untuk pengetahuan am sahaja. Dapatkan nasihat
doktor bertauliah untuk sebarang masalah kesihatan.
Sunday, March 14, 2010
Teknik dan Tips Menjauhi Perceraian
1 Perkara utama yang menjadi punca perceraian adalah :-
Hati yang Kotor dan Sakit.
-kalau anda miliki hati yg sakit atau kotor, apapun isteri atau suami yg buat semua tak betul. Inilah yang jadi punca perceraian..
5 Tips (5T) nak kukuhkan rumah tangga.
1- Tafahum = Faham Memahami
- kedua belah pihak mesti faham memahami tugas masing-masing. Rumah tangga merupakan tugas suami dan isteri.. bukan tugas suami atau isteri sahaja. Jadi sama-samalah memahami.
2- Takaful = Tanggungjawab Bersama
- isteri dan suami mestilah sama-sama bertanggung jawab. pihak suami mahupun isteri sentiasa menjaga dalan menunaikan tanggungjawab masiang masing. jika tanggungjawab tidak diabaikan Insyallah rumahtangga akan kekal aman.
3- Tasammuh = Bertolak ansur
- kedua-dua pihak mestilah selalu bertolak ansur..
4- Takarum = Mulia Memuliakan
- carilah sebiji emas dalam diri pasangan amsing- masing. insyallah anda akan jumpai emas tersebut.. Muliakanlah pasangan anda ibarat sebiji emas ..
5- Tarahum = Hormat Menghormati.
- buang yang keruh ambil yang jernih.. Sama- sama menghormati.. Suami hormat Isteri.. Isteri pastinya akan menghormati si suami.
Tips Utama jika rumahtangga hampir sangat kepada perceraian..
- Bawa suami , isteri, dan kedua-dua mentua.. Masuk kedalam sebuah masjid di malam hari / awal pagi sekitar jam 2 pagi..Jangan buka lampu masjid.. Biarlah gelap gelita.. Solat sunatlah dan berdoalah..mintak petunjuk daripada Allah SWT .. Insyaallah rumah tangga tidak akan berlaku perceraian..
Saturday, March 13, 2010
Merancang kewangan keluarga
Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF
IBU kepada empat orang cahaya mata, Fazuliana Wari Dali, 36, tidak pernah gagal daripada tanggungjawab menguruskan perbelanjaan keluarganya.
Meraih pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan lukisan, dia tahu cara yang betul menguruskan kewangan. Menyedari anak-anak semakin membesar dan sesi persekolahan juga bakal bermula tidak lama lagi, Fazuliana lebih selesa menabung untuk kegunaan pada saat diperlukan.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, dia masih membeli tiga pasang seragam dan kasut sekolah untuk tiga orang anaknya yang bersekolah. Sungguhpun isu kegawatan ekonomi sudah mula diuar-uarkan, Fazuliana masih belum merancang mengurangkan perbelanjaan isi rumah dan sekolah anak-anak.
Sebaliknya, dia sentiasa menasihati anak-anak agar sentiasa menjaga perilaku supaya kelengkapan sekolah boleh digunakan sepanjang tahun. Menerusi kaedah ini, dia boleh berjimat tanpa perlu membeli baju sekolah yang baru.
“Amalan berjimat cermat ini perlu diamalkan memandangkan harga barang kini semakin naik. Memang terasa apabila melihat harga barang tidak menentu. Jika sebelum ini peruntukan RM100 dapat memenuhi troli tetapi kini untuk mendapatkan barang yang sama, saya perlu berbelanja sebanyak RM250.
“Situasi ini bukan sahaja berlaku di pasar raya besar malah perang harga juga boleh dilihat di pasar borong. Jika masalah ini berterusan saya akan mengurangkan sedikit perbelanjaan supaya peruntukan perbelanjaan yang diberi suami setiap bulan sentiasa mencukupi,” luahnya yang menjalankan perniagaan melalui Internet.
Pengalaman selama 14 tahun bekerja di bank membuatkan Fazuliana memahami cara terbaik untuk menguruskan kewangan peribadi.
Tahun ini penuh dengan berita kurang enak mengenai ekonomi dunia. Malaysia dikatakan tidak terkecuali merasai tempias itu.
Menyedari perkembangan tersebut, kerajaan menyarankan supaya masyarakat mengambil langkah berjimat cermat. Pengguna perlu hanya membeli barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu.
“Benar, jika diperhatikan di Internet dan media, kebanyakan berita yang disajikan menyatakan negara kita bakal menempuh situasi ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini. Tapi, orang ramai jangan mudah panik dan bimbang kerana semuanya bergantung pada gaya hidup anda sendiri.
“Sekiranya amalan jimat cermat sudah diamalkan sejak dulu lagi dan menabung, maka isu kegawatan ekonomi bukanlah suatu masalah yang besar. Malah, tatkala krisis berlaku pun kita tidak akan terasa keperitan itu,” jelas Pengarah Urusan Life Specialist Financial Planners Sdn. Bhd., Laila Johari yang menyatakan setiap individu wajar mengamalkan sikap menabung.
Justeru, Laila menyifatkan tahun ini merupakan tahun yang paling sesuai untuk orang ramai belajar menabung.
Jika sebelum ini sejumlah wang diperuntukkan membeli barangan berjenama, melancong ke luar negara atau menikmati hidangan di restoran adalah lebih wajar kita mengubah tabiat sedemikian.
Orang ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada. Sebaik-baiknya bertukarlah membeli produk tempatan dan mengunjungi destinasi percutian dalam negara. Daripada membazirkan wang yang banyak untuk makan di luar, lebih baik sekiranya wang itu digunakan membeli bahan mentah dan makan di rumah. Dengan cara ini, sambil berjimat kita dapat meningkatkan keharmonian keluarga.
Mempunyai foto percutian yang hebat? Bolehkah ia memenangi pertandingan foto ini?
Selain menghakis sikap boros, obses menggunakan kad kredit juga harus dikawal.
Elakkan memiliki kad kredit lebih daripada satu kerana penggunaan kad kredit bakal membuatkan si pengguna terpaksa membayar hutang yang tinggi.
“Saya juga tidak bersetuju sikap pengguna yang gemar membayar hutang kad kredit sebanyak lima peratus pada setiap bulan. Hutang yang selebihnya tertunggak dan beralih pada bulan seterusnya. Semakin banyak hutang kad kredit, semakin tinggilah kadar faedahnya.
“Bagi golongan ibu bapa yang memakai kad kredit, disarankan supaya mereka menggunakan kad itu untuk hal-hal kecemasan atau kesihatan yang melibatkan ahli keluarga saja. Elakkan membeli barang menggunakan kad kredit kerana kesannya amat buruk,” ujarnya kepada Kosmo!.
FAZULIANA (tengah) sentiasa menasihati anak-anak supaya bijak menjaga kelengkapan sekolah.
Laila mengakui sistem pengurusan kewangan keluarga terletak pada kebijaksanaan isteri dalam merancang perbelanjaan setiap bulan.
Naz ~ Bijak wang bijak merancang...
Friday, March 12, 2010
Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia Jack)
Ramai mengetahui khasiat tongkat ali. Satu tumbuhan herba yang kini
semakin popular sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk minuman.
Tongkat ali dikatakan dapat meningkatkan kecerdasan dan stamina. Ia
boleh menyumbang rasa sihat secara keseluruhan dengan membantu badan
meningkatkan pengeluaran testosteron iaitu sejenis hormon untuk
lelaki. Ia turut meningkatkan kadar aliran darah dan kadar
metabolisme.
Kadar testosteron akan mula menurun untuk lelaki yang berumur 30 tahun
ke atas. Banyak kajian menunjukkan pengambilan tongkat ali pada kadar
yang ditetapkan dan pada jangka masa yang tetap mampu meningkat kadar
testosteron pada lelaki dewasa. Hormon testosteron amat penting untuk
lelaki. Ia bukan setakat untuk stamina dan tenaga, yang penting ia
menentukan kelelakian orang lelaki.
Pengambilan tongkat ali sudah diamalkan turun temurun oleh orang
Melayu sebagai tonik atau ubatan tradisional untuk tenaga batin orang
lelaki. Kini sains moden mampu mengeluarkan dan mengasingkan khasiat
tongkat ali dan hasil yang asli, pekat dan selamat.
Sertai Tipswanita.com Wanita Social Network di Facebook.com
http://www.facebook.com/pages/Tipswanitacom/103694647063
Produk tongkat ali sepatutnya bebas daripada bahagian tumbuhan seperti
habuk, kayu serpihan atau daun sama ada daripada akar atau batang
tongkat ali. Produk tongkat ali sepatutnya hanya pati daripada akar
tongkat ali itu sendiri. Ia juga perlu dihasilkan daripada pokok
tongkat ali yang berumur lebih tujuh tahun dan ditanam di tanah
tinggi.
Produk yang baik adalah hasil pati tongkat ali yang boleh larut
sepenuhnya dalam air. Ia juga perlu bebas dari bahan-bahan kimia tidak
perlu, yang mana mungkin akan memudaratkan kesihatan. Bahan-bahan
kimia yang tidak perlu ini sememangnya wujud secara semula jadi dalam
pokok tongkat ali itu sendiri. Proses pengeluaran pati tongkat ali
sepatutnya memastikan ia telah dikeluarkan sebelum dijadikan pil atau
dicampurkan dalam minuman.
Sebagaimana pengambilan bahan herba yang lain, pengambilan tongkat ali
tidak akan mula di rasa pada awal pengambilan. Kesannya akan meningkat
secara perlahan-lahan dalam beberapa hari sehingga mencapai kadar
maksimum.
Pengambilan tongkat ali boleh dilakukan pada sebelah pagi dan malam
dan sebaiknya dengan makanan. Oleh sebab kesan ‘panas’nya maka
pengambilan tongkat ali perlu disertakan dengan minum air yang banyak.
Adalah dicadangkan, tongkat ali tidak diambil secara berterusan. Ada
cadangan ambil selama 5 hari dan kemudian berhenti 2 hari. Ada pula
cadangan ambil selama sebulan dan kemudian berhenti seminggu. Pilihan
pada pengguna dan ia bergantung pada keserasian diri individu. Yang
penting tempoh berehat. Sebabnya masih belum diketahui namun didapati
kesan tongkat ali lebih berkekalan bila ada tempoh rehat pada badan.
Naz ~ suka makan biskut tongkat cicah air kopi panas..
Thursday, March 11, 2010
Amaran Keselamatan. Awas! Maklumat peribadi anda mungkin disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu.
Pengguna pakar, poket tak terbakar!
Semasa berurusan di internet, kita pastinya diminta dengan pelbagai soalan mengenai maklumat peribadi seperti nombor akaun, kad pengenalan, alamat dan sebagainya. Pastikan kita mempunyai ilmu serta maklumat secukupnya berkenaan selok-belok perdagangan di internet (e-niaga) jika sekiranya kita ingin berurus niaga di internet.Sebelum memulakan atau melakukan apa- apa transaksi atas talian maya, kita perlu mempercayai laman web atau blog tersebut.
Satu cara mudah adalah dengan menggunakan kaedah carian nama laman web tersebut di Google atau Yahoo. Jika hasil carian anda menunjukkan banyak pengguna yang tidak berpuas hati dengan peniaga atas talian tersebut, mungkin anda perlu lebih berhati-hati.
Pastikan laman atau blog peniaga tersebut ada menyatakan alamat dan nombor telefon sebenar perniagaan mereka. Melakukan siasatan awal secara sendiri adalah lebih baik untuk memastikan maklumat tersebut benar dan boleh dipercayai.
Pertama,
Anda lihat di ruang alamat di browser internet anda, huruf “s” di https://, alamat tersebut merujuk kepada transaksi yang selamat dan boleh diyakini. Lihat juga logo “mangga kunci” ( di bahagian bawah, kanan browser anda (di sebelah ruang alamat untuk Internet Explorer versi 7). Ini menunjukkan transaksi anda mempunyai enkripsi. Untuk memastikan anda berada di laman web yang sah dan bukan laman web yang ditiru, klik kanan di mana-mana di laman tersebut dan pilih properties. Anda boleh melihat alamat dan maklumat sebenar laman tersebut jika laman tersebut mempunyai enkripsi. Siasat dan dapatkan ilmu kepenggunaan dari masa ke semasa.
Kedua,
Apabila anda mendapat SMS yang menyatakan anda pemenang cabutan bertuah, pelanggan bertuah atau mendapat hadiah-hadiah lumayan dan di luar jangkaan nilainya dan wang hadiah akan dimasukkan ke dalam akaun anda. Di mana, anda hanya perlu memberikan nombor akaun bank.
Awas serta berhati-hatilah!, buat pemeriksaan lanjut sebelum anda tertipu, jangan telalu ghairah untuk mendapat untung ataupun menjadi kaya dan terus memberikan nombor akaun, nama, alamat atau segala maklumat yang diminta kepada pihak yang tidak dikenali. Fikir-fikirkanlah, anda bekerja keras untuk mendapatkan wang, tak mungkin wang boleh bergolek ke riba anda dan sebegitu mudah dengan hanya satu cabutan yang dikatakan bertuah itu!
Pengguna Bijak, Pengguna Selamat!
Pengguna bijak sahajalah yang mampu menjadi pengguna yang selamat dan berkuasa. Semakin tinggi ilmu kita sebagai pengguna maka semakin bijak dan terlindung kita dari segala penipuan.
Laporkan segera kepada talian utama di 1 800 886 600 atau boleh juga SMS ke 32255. Bersama kita menjadi pengguna yang bijak kerana “Kuasa Di tangan Anda”.
Naz ~ Jangan klik sebarang aman web dlm email...
Wednesday, March 10, 2010
Patutlah Sedap
JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.
Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.
JIJIK...kepala biawak yang ditemui dalam asam jawa.
Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.
“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.
“Saya terus melepaskan objek itu dan memanggil jiran bagi memastikan apa benda yang ada dalam asam jawa berkenaan.
“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.
Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak.
Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.
Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak.
“Saya juga akan buat laporan kepada Jabatan Kesihatan (negeri) dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang mengeluarkan asam jawa berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, wanita terbabit perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.
Naz ~ Betul ker??? huhuhu....
Tuesday, March 9, 2010
Keajaiban Kismis
Ramai yang melihat harga kismis agak mahal, sedangkan snek ringan lain yang mungkin sama harga dengan kismis tidak menyediakan khasiat kepada anak-anak.
Apabila ditanya apakah snek makanan ringan untuk kanak-kanak, jawapan yang biasa diterima adalah makanan seperti keropok, ais krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang dan jeruk.
Walaupun sedar pelbagai kesan sampingan yang negatif terkandung dalam makanan ringan tersebut terutama penggunaan monosodium glutamate (MSG), gula dan pengawet yang tinggi, masih ramai ibu bapa tetap mengamalkan diet makanan ini.
Apa kata mulai hari ini, anda cuba ubah persepsi terhadap snek makanan iaitu menggantikannya dengan bahan makanan yang lebih berkhasiat.
Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.
Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak.
“Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot.
“Berlainan dengan kismis. Dengan kismis, kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan.
“Ia juga makanan ringan yang lebih baik daripada gula-gula. Gula-gula boleh meninggalkan kesan kerosakan pada gigi kanak-kanak dan tenaga yang diperoleh juga tidak sekata,” jelas Ruth pada satu sesi penerangan tentang kebaikan kismis kepada media di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Katanya, kanak-kanak masa kini tidak lagi gemar dengan makanan yang terlalu pelbagai, sebaliknya mereka lebih gemar makanan yang lebih santai. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menjadikan kismis sebagai snek makanan ringan untuk anak-anak yang masih bersekolah.
Tambah Ruth, untuk menjadikan kismis sebagai snek ringan kepada anak-anak, ibu bapa perlu memainkan peranan.
Bagi kanak-kanak atau golongan remaja yang sudah biasa atau gemar menikmati kismis begitu sahaja, ia bukan satu masalah lagi kepada ibu bapa.
“Bila mereka tengok TV, jangan bagi mereka kuaci atau keropok sebaliknya beri mereka kismis. Bekalkan juga kismis ketika ke sekolah,” katanya.
Namun, jika ada yang tidak gemar menikmati kismis dalam bentuk mentah, ia boleh dicampur dalam pelbagai hidangan lain dengan cara mempelbagaikan makanan yang dicampur dengan kismis dalam hidangan waktu pagi, petang dan malam.
“Mereka mungkin tidak akan memilih kismis, tetapi ibu bapa perlu tahu khasiatnya. Terus beri galakan kepada anak-anak dengan mempelbagaikan masakan.
“Anda boleh campur kismis ke dalam bubur, sup, atau sayur-sayuran yang biasa dimakan anak-anak,” kata Ruth yang mengakui ia juga boleh diamalkan dalam diet orang dewasa.
Ruth yang menerima reaksi daripada ibu bapa yang memberi kismis kepada anak-anak juga memberitahu, hasil yang diperoleh amat positif.
“Ada ibu bapa mula mempelbagaikan cara pemakanan dan ada juga yang memberi kismis seperti memakan vitamin setiap hari.
“Malah, ada juga anak-anak yang gembira dengan amalan makanan anggur kering itu,” jelas Ruth yang turut mengamalkan memakan kismis sejak kecil lagi.
Dalam Islam, kismis sudah lama disaran untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.
Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya dalam diet mereka.
Penelitian Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat mendapati kismis mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.
Antara antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde, betulin, asid betulin dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural.
Asid oleanolic mampu menghambat pertumbuhan dua spesies bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan, penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal.
Sementara itu, pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta, Tan Yen Sing, berkata, kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
“Malah, khasiat daripada kismis juga boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.
Selain itu juga, kismis mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.
Katanya, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk badan.
“Saya menafikan memakan kismis akan membuatkan anda gemuk. Ia adalah mitos. Ini kerana, manis yang ada pada kismis adalah manis buah-buahan yang asli.
“Ia juga mudah untuk dibawa dan boleh dipelbagaikan dalam masakan seisi keluarga,” ujar Tan Yen Sing.
Naz ~ Suka makan krismis masa nak exam2 dulu....
Monday, March 8, 2010
Why I fired my secretary !!
Last week was my birthday and I didn't feel very well waking up in the
morning. I went downstairs for breakfast hoping my wife would be
pleasant and say, "happy birthday!", and possibly have a present for
me.
As it turned out, she barely said good morning, let alone "happy
birthday." I thought... Well, that's marriage for you, but the kids
will remember.
My kids came into breakfast and didn't say a word. So when I left for
the office, I was feeling pretty low and somewhat despondent. As I
walked into my office, my secretary Jane said, "good morning, boss,
Happy Birthday!"
It felt a little better that at least someone had remembered. I worked
until one o'clock and then Jane knocked on my door and said, "You
know, it's such a beautiful day outside, and it's your birthday, let's
go out to lunch, just you and me"
I said, "Thanks Jane, that's the greatest thing I've heard all day.
Let's go!" We went to lunch. But we didn't go where we normally would
go. We dined instead at a little place with a private table. We had
two martinis each and I enjoyed the meal tremendously. On the way back
to the office, Jane said, "you know, it's such a beautiful day... We
don't need to go back to the office, do we?"
I responded, "I guess not. What do you have in mind?" She said, "Let's
go to my apartment" After arriving at her apartment Jane turned to me
and said, "boss, if you don't mind, I'm going to step into the bedroom
for a moment. I'll be right back"
"Okay" I nervously replied.
She went into the bedroom and, after a couple of minutes, she came out
carrying a huge birthday cake... Followed by my wife, kids, and dozens
of my friends and co-workers, all singing "happy birthday".
And I just sat there...
On the couch...
Naked....
Naz ~ Sila jgn berskandal... hahahaha
Sunday, March 7, 2010
Tangisan hati
Ya Allah,
Aku bersyukur pada-Mu
Bersyukur atas nikmat yang Kau berikan padaku
Kau pelihara diriku,imanku dan agamaku
Ketika diriku sedang leka dengan dosa pada-Mu
Ketika diriku leka dengan keindahan yang sementara itu
Ya Allah
Aku hanyalah hamba-Mu
Hamba yang senantiasa menzalimi diri
Hamba yang kufur pada nikmat-Mu
Hamba yang mengikut hawa nafsu
Ya Allah
Aku mohon pada-Mu
Kembalikanlah kemanisan iman dalam diriku
Kemanisan yang pernah Kau berikan padaku
Kemanisan yang telah Engkau ambil dariku
Atas kejahilanku yang berulang kali kulakukan
Ya Allah
Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang
Lindungilah aku,payungilah aku dengan sayap para malaikat-Mu
Peliharalah pandanganku Ya Allah
Peliharalah hatiku Ya Rabbi
Peliharalah diriku Ya Rahim
Ya Allah
Penuhilah hatiku dengan cinta dan rindu
Cinta dan rindu pada-Mu dan Rasul-Mu
Cinta dan rindu pada bisikan kalam-Mu
Cinta dan rindu pada kematian
Ya Allah
Andai aku ditakdirkan mati
Matikanlah aku dalam iman
Matikanlah aku dalam Islam
Matikanlah aku ketika aku bersujud pada-Mu
Dan matikanlah aku di dalam rumah-Mu
Ya Allah
Terimalah taubatku ini
Kerana aku
Aku takut dengan azab-Mu
Aku takut dengan panasnya api neraka-Mu
Mana mungkin dapat aku menahan sakitnya azab-Mu
Aku takut Ya Allah
Naz ~ Setiap masa kita bernafas, namun kita jarang berfikir dari mana udara itu datang.....
Saturday, March 6, 2010
Berniaga, melabur kurangkan beban jemaah haji
Dari : http://www.rileks.info
RAMAI rakyat Malaysia kini mempertikai Tabung Haji yang didakwa tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai tabung yang menguruskan jemaah haji sebaliknya lebih mengutamakan perniagaan?
Saya faham pandangan ini kerana apabila TH mengumumkan dividen, pengagihan dividen diterima oleh 4.7 juta pendeposit. Tetapi ketika TH menguruskan haji ia hanya menguruskan 26,000 jemaah sahaja. Jadi, impaknya berlainan.
Seolah-olah dividen lebih besar daripada jemaah yang berpeluang untuk menunaikan haji. Bagaimanapun tanggapan itu tidak tepat kerana kalau TH tidak berniaga, TH tidak mampu melaksanakan tanggungan langsung jemaah haji yang berjumlah RM75 juta pada 2008 dan tahun-tahun sebelum itu sebanyak RM36 juta.
Kalau tidak berniaga dan melabur simpanan pendeposit, sudah lama jemaah haji Malaysia terpaksa menanggung kos sebenar. Saya selalu bercakap dengan rakan-rakan luar negara bahawa TH terus kukuh sehingga hari ini kerana ia menjalankan dua perkara, menguruskan jemaah haji dan urusan pelaburan. Tidak banyak organisasi di dunia ini yang berjaya kerana menguruskan dua aktiviti yang saling bercanggah, pelaburan dengan haji.
Kenapa kos mengerjakan haji meningkat setiap tahun sedangkan harga minyak global terus menjunam?
Tekanan TH bukan harga minyak sebaliknya kenaikan harga kediaman di Mekah dan Madinah. Kalau kita ke Mekah hari ini dan dua tahun lalu, bangunan lama yang dirobohkan banyak sekali sebab hendak bina yang baru. Inilah puncanya.
Permintaan kediaman begitu tinggi, sedangkan penawarannya terhad. Kos bagi kediaman seorang jemaah haji ialah RM5,600 berbanding pada tahun 2002 sebanyak RM2,000. RM5,600 adalah harga yang termurah.
Jadi, apakah jalan penyelesaian yang sedang dilakukan oleh TH untuk membendung masalah kenaikan harga kediaman di Mekah dan Madinah?
TH telah membuat sewaan selama 25 tahun bangunan Hajjar Tower di Mekah yang memiliki 220 bilik dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Ramadan tahun ini. Malah di Madinah kita juga sudah membuat kontrak sewa selama 10 tahun di Hotel Moven Pick.
Pada masa sama, kita sedang mengenal pasti hotel-hotel dan projek hartanah di Mekah dan Madinah untuk disewa. Bagaimanapun, hasil daripada urus niaga ini tidak dapat dilihat dalam tempoh terdekat, mungkin lima hingga 10 tahun lagi. Tetapi yang penting TH sudah membuat laluan ke arah itu.
Berapakah kos purata perbelanjaan mengerjakan haji?
Pada tahun lalu, kita mengenakan kadar bayaran untuk muhassasah sebanyak RM8,973 tetapi kos sebenar ialah RM11,500. Kos yang ditanggung sentiasa meningkat setiap tahun dan TH tidak menaikkan kos sejak lapan musim haji. Kalau kita tengok harga minyak dari paras yang rendah, kemudian naik, melonjak dan kemudian turun semula tetapi TH masih mengekalkan kos yang sama. Ini terbukti model perniagaan TH berjaya.
Sekiranya perniagaan TH kukuh pada tahun-tahun mendatang, adakah kemungkinan kos mengerjakan haji akan dikurangkan?
Insya-Allah, itu perancangan jangka panjang kita apabila pembelian penginapan di Mekah dan Madinah berjalan lancar.Sebenarnya kadar penginapan yang tinggi di Mekah dan Madinah yang menjadi punca kenaikan kos haji setiap tahun.
Naz ~ Cuba utk menyimpan kat TH... :)
Friday, March 5, 2010
JIKA TIADA
JIKA TIADA KITA
Mungkinkah ada anak,cucu dan keturunan kita menikmati kehidupan zaman berzaman?
Apa ada warisan yang kita tinggalkan sebagai pusaka mendiami bumi yang bertuah ini?
Apakah dapat kita menjalankan tanggungjawab dan pengorbanan kepada mereka?
Apakah dapat kita merasai dan mengecapi apa yang kita ada sekarang ?
Renung-renungkanlah..fikir-fikirkanlah
JIKA TIADA IBU DAN BAPA
Mungkinkah kita,zuriat dan keturunan kita mewarisi kehidupan ini?
Apakah ada sumbangan dari kita kepada kehidupan ini?
Dimanakah kita?
Renung-renungkanlah… fikir-fikirkanlah
JIKA TIADA ATUK,NENEK DAN WARIS-WARIS TUA KITA
Mungkinkah ada ibubapa kita yang melahirkan kita kedunia ini?
Mungkinkah kita dilahirkan dari ibubapa yang berlainan?
Apakah yang terjadi kepada kita?
Renung-renungkanlah..fikir-fikirkanlah
JIKA TIADA NABI DAN RASUL
Mungkinkah kita beragama Islam?
Apakah ugama kita?
Mungkinkah kita mendapat petunjuk dari Al-Quran,Hadis sebagai pedoman dan panduan kehidupan kita?
Mungkinkah tersyariat perintah Allah?
Adakah akan diturunkan Al-Quran sebagai wahyu yang menjadi kepada umat Islam?
Apakah yang akan terjadi kepada manusia?
Mungkinkah ada yang dinamakan Ugama?
Renung-renungkanlah..fikir-fikirkanlah
JIKA TIADA JIBRIL
Mungkinkah akan diperturunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad ?
Mungkinkah Nabi memperolehi wahyu?
Renung-renungkanlah..fikir-fikirkanlah
JIKA TIADA PARA MALAIKAT
Mungkinkah ada yang lain menjalankan tugas sebagai hamba menjaga dan mentadbir dunia dan alam ini dengan perintah Allah?
Apakah yang akan terjadi jika bukan mereka yang ditugaskan oleh Allah swt?
Apakah yang akan berlaku kepada kejadian ini?
Renung-renungkanlah..fikir-fikirkanlah
JIKA TIADA DUNIA,TIADA ALAM INI,TIADA KEJADIAN INI
Mungkinkah ada kehidupan seperti apa yang kita alami dan kecapi selama ini?
Apakah ada kehidupan yang lain bernama KEHIDUPAN?
Apakah ada segala KEJADIAN?
Dimanakah KITA?
Dimana SEGALANYA?
Hanya ALLAH yang mengetahui
Naz ~ RENUNG-renungkanlah… FIKIR-fikirkanlah !!!!!
Thursday, March 4, 2010
10 tabiat merosakkan otak
1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Naz ~ Jagalah otak kita... :D
Wednesday, March 3, 2010
Wanita-wanita jangan cemburu dengan Bidadari di Syurga yer
“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha.. Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.
Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.
Apa puncanya sampai jadi macam tu?
Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.!!
Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.
Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”
Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita.
Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.
Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi. “Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada?
Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai*ketua bidadari*. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.
Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi *`uruban atraaba*, yang apabila diterjemahkan bermaksud: “sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.
Di dalam bahasa Arab, kalimah *`uruban* juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).
Tentang pengertian kalimah *atraaba* pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..*for guys only*. ;-j
—
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.
Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal)
Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” ..mungkin itu yang mereka kata.
“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi *shopping* ke?” ; )
“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.
Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.
Ibarat anda dah dapat semua *file/software* yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ’search’ apa, sampai termenung di depan super komputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’… ‘latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta- juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita. “Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” .. cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. “Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorang pun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).
Hm..Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.
Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;- ..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya. ..atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja.. ;-j
—
Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. *Qaalu salaaman-salaama~ * Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!
Naz ~ Layak ke nak masuk syurga Allah??? Wallahualam...
Subscribe to:
Posts (Atom)