Followers

Wednesday, March 10, 2010

Patutlah Sedap


JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.

Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.

JIJIK...kepala biawak yang ditemui dalam asam jawa.

Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.

“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.

“Saya terus melepaskan objek itu dan memanggil jiran bagi memastikan apa benda yang ada dalam asam jawa berkenaan.

“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.

Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak.

Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.

Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak.

“Saya juga akan buat laporan kepada Jabatan Kesihatan (negeri) dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang mengeluarkan asam jawa berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, wanita terbabit perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.



Naz ~ Betul ker??? huhuhu....

11 comments:

Cik Cookie said...

makan bertambah nih.
nak2 hirup pulak kuah.

Jamal Rafaie said...

Salam..

Nauzubillah.. Moga-moga kita dijauhkan dari benda2 cam ni..

Mesti orang tu dah x sanggup makan assam jawa lagi kan?

Cik Akma said...

eee yucksss huhuHU~

wanita mutalib said...

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!

Anonymous said...

asam pedas kepala biawak~
wakakaka~

mamai said...

mmg sedap betul la

sweetsuraya said...

eeeiiii...
meremang bulu roma tgok gmbar tu....

Anonymous said...

sebut sekalilah jenama asam jawa tu...

sebagai alternatif gunalah asam keping atau buah belimbing atau tomato..yang boleh memasamkan masakan.

Raji and Yeen said...

uish kot jasing ker tuh...
ahahah agknyer cmner larh biawak tuh leh tmasuk dlm asam jawa tuh @@"

Ieza said...

mak aii..gelinya tengok..klau la jadi kt ieza..dh jerit terlolong tuh..geli geleman..

mr.kordes said...

eiii...wekkkskkkkkkk!!!!!!!!eii gile weh!!!!!

wekkksssss!@!!!!!!!!!naz tolong!!!