Followers
Friday, March 12, 2010
Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia Jack)
Ramai mengetahui khasiat tongkat ali. Satu tumbuhan herba yang kini
semakin popular sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk minuman.
Tongkat ali dikatakan dapat meningkatkan kecerdasan dan stamina. Ia
boleh menyumbang rasa sihat secara keseluruhan dengan membantu badan
meningkatkan pengeluaran testosteron iaitu sejenis hormon untuk
lelaki. Ia turut meningkatkan kadar aliran darah dan kadar
metabolisme.
Kadar testosteron akan mula menurun untuk lelaki yang berumur 30 tahun
ke atas. Banyak kajian menunjukkan pengambilan tongkat ali pada kadar
yang ditetapkan dan pada jangka masa yang tetap mampu meningkat kadar
testosteron pada lelaki dewasa. Hormon testosteron amat penting untuk
lelaki. Ia bukan setakat untuk stamina dan tenaga, yang penting ia
menentukan kelelakian orang lelaki.
Pengambilan tongkat ali sudah diamalkan turun temurun oleh orang
Melayu sebagai tonik atau ubatan tradisional untuk tenaga batin orang
lelaki. Kini sains moden mampu mengeluarkan dan mengasingkan khasiat
tongkat ali dan hasil yang asli, pekat dan selamat.
Sertai Tipswanita.com Wanita Social Network di Facebook.com
http://www.facebook.com/pages/Tipswanitacom/103694647063
Produk tongkat ali sepatutnya bebas daripada bahagian tumbuhan seperti
habuk, kayu serpihan atau daun sama ada daripada akar atau batang
tongkat ali. Produk tongkat ali sepatutnya hanya pati daripada akar
tongkat ali itu sendiri. Ia juga perlu dihasilkan daripada pokok
tongkat ali yang berumur lebih tujuh tahun dan ditanam di tanah
tinggi.
Produk yang baik adalah hasil pati tongkat ali yang boleh larut
sepenuhnya dalam air. Ia juga perlu bebas dari bahan-bahan kimia tidak
perlu, yang mana mungkin akan memudaratkan kesihatan. Bahan-bahan
kimia yang tidak perlu ini sememangnya wujud secara semula jadi dalam
pokok tongkat ali itu sendiri. Proses pengeluaran pati tongkat ali
sepatutnya memastikan ia telah dikeluarkan sebelum dijadikan pil atau
dicampurkan dalam minuman.
Sebagaimana pengambilan bahan herba yang lain, pengambilan tongkat ali
tidak akan mula di rasa pada awal pengambilan. Kesannya akan meningkat
secara perlahan-lahan dalam beberapa hari sehingga mencapai kadar
maksimum.
Pengambilan tongkat ali boleh dilakukan pada sebelah pagi dan malam
dan sebaiknya dengan makanan. Oleh sebab kesan ‘panas’nya maka
pengambilan tongkat ali perlu disertakan dengan minum air yang banyak.
Adalah dicadangkan, tongkat ali tidak diambil secara berterusan. Ada
cadangan ambil selama 5 hari dan kemudian berhenti 2 hari. Ada pula
cadangan ambil selama sebulan dan kemudian berhenti seminggu. Pilihan
pada pengguna dan ia bergantung pada keserasian diri individu. Yang
penting tempoh berehat. Sebabnya masih belum diketahui namun didapati
kesan tongkat ali lebih berkekalan bila ada tempoh rehat pada badan.
Naz ~ suka makan biskut tongkat cicah air kopi panas..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam..
Bangsa kita ni terlalu obses tentang produk2 yang berkenaan 'tenaga batin' ni.. Hmmmm..
Post a Comment