Followers

Saturday, March 6, 2010

Berniaga, melabur kurangkan beban jemaah haji


Dari : http://www.rileks.info

RAMAI rakyat Malaysia kini mempertikai Tabung Haji yang didakwa tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai tabung yang menguruskan jemaah haji sebaliknya lebih mengutamakan perniagaan?

Saya faham pandangan ini kerana apabila TH mengumumkan dividen, pengagihan dividen diterima oleh 4.7 juta pendeposit. Tetapi ketika TH menguruskan haji ia hanya menguruskan 26,000 jemaah sahaja. Jadi, impaknya berlainan.

Seolah-olah dividen lebih besar daripada jemaah yang berpeluang untuk menunaikan haji. Bagaimanapun tanggapan itu tidak tepat kerana kalau TH tidak berniaga, TH tidak mampu melaksanakan tanggungan langsung jemaah haji yang berjumlah RM75 juta pada 2008 dan tahun-tahun sebelum itu sebanyak RM36 juta.

Kalau tidak berniaga dan melabur simpanan pendeposit, sudah lama jemaah haji Malaysia terpaksa menanggung kos sebenar. Saya selalu bercakap dengan rakan-rakan luar negara bahawa TH terus kukuh sehingga hari ini kerana ia menjalankan dua perkara, menguruskan jemaah haji dan urusan pelaburan. Tidak banyak organisasi di dunia ini yang berjaya kerana menguruskan dua aktiviti yang saling bercanggah, pelaburan dengan haji.

Kenapa kos mengerjakan haji meningkat setiap tahun sedangkan harga minyak global terus menjunam?

Tekanan TH bukan harga minyak sebaliknya kenaikan harga kediaman di Mekah dan Madinah. Kalau kita ke Mekah hari ini dan dua tahun lalu, bangunan lama yang dirobohkan banyak sekali sebab hendak bina yang baru. Inilah puncanya.

Permintaan kediaman begitu tinggi, sedangkan penawarannya terhad. Kos bagi kediaman seorang jemaah haji ialah RM5,600 berbanding pada tahun 2002 sebanyak RM2,000. RM5,600 adalah harga yang termurah.

Jadi, apakah jalan penyelesaian yang sedang dilakukan oleh TH untuk membendung masalah kenaikan harga kediaman di Mekah dan Madinah?

TH telah membuat sewaan selama 25 tahun bangunan Hajjar Tower di Mekah yang memiliki 220 bilik dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Ramadan tahun ini. Malah di Madinah kita juga sudah membuat kontrak sewa selama 10 tahun di Hotel Moven Pick.

Pada masa sama, kita sedang mengenal pasti hotel-hotel dan projek hartanah di Mekah dan Madinah untuk disewa. Bagaimanapun, hasil daripada urus niaga ini tidak dapat dilihat dalam tempoh terdekat, mungkin lima hingga 10 tahun lagi. Tetapi yang penting TH sudah membuat laluan ke arah itu.

Berapakah kos purata perbelanjaan mengerjakan haji?

Pada tahun lalu, kita mengenakan kadar bayaran untuk muhassasah sebanyak RM8,973 tetapi kos sebenar ialah RM11,500. Kos yang ditanggung sentiasa meningkat setiap tahun dan TH tidak menaikkan kos sejak lapan musim haji. Kalau kita tengok harga minyak dari paras yang rendah, kemudian naik, melonjak dan kemudian turun semula tetapi TH masih mengekalkan kos yang sama. Ini terbukti model perniagaan TH berjaya.

Sekiranya perniagaan TH kukuh pada tahun-tahun mendatang, adakah kemungkinan kos mengerjakan haji akan dikurangkan?

Insya-Allah, itu perancangan jangka panjang kita apabila pembelian penginapan di Mekah dan Madinah berjalan lancar.Sebenarnya kadar penginapan yang tinggi di Mekah dan Madinah yang menjadi punca kenaikan kos haji setiap tahun.

Naz ~ Cuba utk menyimpan kat TH... :)

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih atas info ini...sangat berguna