Followers

Monday, March 15, 2010

Khasiat Dan Kebaikan Telur Ayam


Kita goreng, kita rebus dan ada yang makan telur ayam mentah. Telur
ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua
vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Ia
merupakan sumber protein yang paling murah. Berbanding dengan ikan dan
daging, hampir 93 peratus protein daripada telur diterima oleh badan.

Memilih telur yang baik akan memastikan telur yang berkualiti dan
tahan lama untuk disimpan. Telur yang segar mempunyai kulit yang
berkilat dan jika direndam akan tenggelam di dalam air. Telur perlu
datang dengan bekas simpanan yang bersih dan tahan. Kulit telur juga
perlu dibersihkan dari sebarang kotoran seperti bulu ayam yang melekat
dan najis yang mungkin terpalit.

Telur perlu disimpan di dalam peti sejuk. Ini untuk memastikan telur
tahan disimpan lama. Pastikan tarikh luput telur pada bungkusannya
diperiksa. Pilih tarikh luput yang paling lama atau pada anggaran masa
penggunaan.

Simpan telur di dalam bekasnya atau tempat khas untuk telur. Pastikan
ia tidak bercampur dengan bahan-bahan yang berbau kerana bau akan
diserap oleh telur melalui kulitnya. Cara yang betul menyimpan telur
adalah dengan hujung tajam ke bawah.

Untuk memudahkan kulit telur dikupas selepas direbus, campurkan
sedikit garam sewaktu merebus. Telur yang telah direbus apabila
diputarkan akan berpusing dengan elok dan tetap. Manakala telur mentah
akan berpusing dengan tidak sekata.

Bagi kawasan yang diisytiharkan kawasan jangkitan virus H5N1, ambil
langkah merebus telur sehingga masak. Jangan makan telur mentah atau
telur separuh masak sehingga kawasan itu diisytiharkan selamat.

Pengendalian telur adalah penting. Pastikan kulit telur dicuci sebelum
penyimpanan dan juga sewaktu sebelum penggunaan. Tangan juga perlu
dicuci selepas pengendalian telur. Ini untuk menjamin kulit telur
bebas dari bakteria.

Kini terdapat pelbagai jenis keluaran telur ayam yang bermutu. Ayam-
ayam yang menghasilkan telur ini diberikan makanan khusus. Anda boleh
lihat telur-telur keluaran dengan Omega 3, caratonoid dan ada dengan
tambahan selenium.

Telur ini didapati lebih besar saiznya, bermutu, sedap dan tahan lebih
lama. Khasiat tambahan juga dapat membantu dari segi kesihatan.

Omega 3 dapat membantu dalam mengurangkan serangan sakit jantung dan
turut meningkatkan perkembangan otak.

Selenium pula adalah sejenis garam galian dan anti oksida dan ia
membantu dari segi sistem pertahanan badan.

Caratonoids pula adalah phytonutrien yang melengkapkan pengambilan
khasiat permakanan. Xanthrophylls adalah caratonoid yang terkandung
dalam telur. Ia membantu dalam melindung sel-sel tubuh manusia
daripada mamahan usia dan kesan alam keatasnya.

Telur adalah antara sumber protein yang baik. Menurut kajian satu
kajian, pengambilan telur ayam yang bermutu sehari sekali baik untuk
kesihatan badan. Sebiji telur mempunyai 75 kalori dan 5 gram lemak.
Namun begitu, kepelbagaian itu penting. Terdapat pelbagai jenis
protein yang diperlukan oleh badan dalam membesar dan membaiki tubuh
manusia. Makan telur adalah mengambil sebahagian daripadanya.
Pengambilan protein dari tumbuhan seperti kacang soya dan spirulina
dapat melengkapkan jenis-jenis protein yang diperlukan oleh badan
manusia.

Senaman itu penting untuk mengurangkan kolesterol ?jahat? dalam badan.
Amalkan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit
hingga satu jam setiap sesi.

Maklumat di atas adalah untuk pengetahuan am sahaja. Dapatkan nasihat
doktor bertauliah untuk sebarang masalah kesihatan.

Naz ~ Pernah makan telur ayam kampung mentah2.. sedap gak :p

1 comment:

tengku_fir21 said...

jangan makan terlalu byk telur..