Followers

Friday, February 13, 2009

Jadilah Hero Dengan Menderma Darah

Simpanan darah di tabung darah negara dalam paras kritikal setiap
masa. Dengan peningkatan keperluan darah dan jumlah penderma yang
tidak menentu maka ia menekan keperluan darah secara keseluruhan.

Penapisan untuk menentukan penderma darah turut diketatkan. Penapisan
yang ketat adalah untuk memastikan darah yang didermakan adalah benar-
benar sihat dan selamat. Penapisan yang ketat ini turut mengurangkan
kumpulan penderma darah yang boleh menderma darah.

Jadilah hero dengan menderma darah. Syarat-syaratnya

Anda rasa sihat hari ini.
Berumur antara 18 ke 60 tahun.
Berat melebihi 50 Kilogram.
Cukup tidur lebih daripada 4 jam.
Tidak mengambil sebarang ubat sepanjang 24 jam. (Termasuklah ubat
untuk sakit kepala seperti panadol)
Tidak mengambil sebarang anti biotik sepanjang seminggu.
Bagi wanita tidak datang haid. Jika ya hanya hari ke enam keatas baru
boleh menderma darah.

Tidak mendedahkan diri dengan risiko penyakit hubungan seks seperti
AIDS dan Siplis.
Tidak terlibat dengan hubungan seks bebas atau bertukar-tukar pasangan
lelaki atau wanita. (Risiko penyakit kelamin)
Tidak terlibat dengan hubungan sesama jenis. (Risiko penyakit kelamin)
Suami atau isteri atau pasangan seks tetap anda tidak terlibat dengan
risiko penyakit kelamin.

Syarat-syarat diatas adalah syarat asas untuk menderma darah. Sewaktu
datang menderma darah pelbagai lagi soalan kesihatan anda akan ditanya
termasuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan kesihatan asas.

Sebab itu diawal artikel ini, dinyatakan, anda adalah seorang hero
apabila menderma darah kerana anda seorang yang sihat, berani dan mahu
berbakti untuk orang lain, orang yang anda mungkin tidak kenali.

Darah yang didermakan, Plasma darah iaitu 80 peratus kandungan darah
akan diganti dalam masa 24 jam dan sel darah merah pula dalam tempoh 4
hingga 8 minggu.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pusat Darah Negara 03-26933888 atau
lawat laman

http://www.pdn.gov.my

Atau terus ke Pusat Darah Negara di jalan Tun Razak Kuala Lumpur
Malaysia (Berdekatan Istana Budaya).

No comments: