Followers

Tuesday, February 24, 2009

Khasiat Halia

Pengenalan

Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah antara rempah yang terpenting diperniagakan di dunia. Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit.

Nama Botani :Zingiber Officinale Ross
Nama lain :Ginger (Inggeris), Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia)Kinkh, Khing-daen (Thailand)


Khasiat dan Kegunaan

Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat- ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.

Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.

Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.

Sumber: Mardi

Naz : Aku suka makan jeruk halia. Merah jari macam pakai inai...

9 comments:

amirul said...

Salam kenal,
boleh tahan gak blog ni... bnyk info diperolehi... thks...

Naz said...

Salam perkenalan bro..
Semua n3, saya ambil dr email saya. Nak kongsi dng semua. Terima kasih kunjungan awak. :)

hysman said...

Naz,
jeruk halia yg mane 1 ek???
konfiusssss aku....
yg slalu aku makan wane merah tu halia ke buah pala ek???hehe..
hmmm,aku tau makan je tp tak penah nk tau benda ape tu..hehe..
thanx 4 dat info bro...
byk jugak khasiatnya...
halia ni yg slalu org masak singgang kan???
halia @ kunyit????
konfuiusssss......haha...

Naz said...

Man, yg kaler merah pedas2 tu lah jeruk halia. aku minat makan smpai berbungkus2.

sama2...

hysman said...

berbungkus2??
mak aiiii....
bio betoll mu....
tapi kate akak aku bagus jugak makan halia ni utk buang angin dlm badan bagi wanita yg baru lepas bersalin...jd tak ler kembung....
kalu kembung jugak 'sapulah minyak yuu yee cap limau'....hahahaaaa...
:p

Naz said...

aku memang suka makan mender2 yg pedas. memang kalo ada can,aku sesah jeruk halia banyak2. nasib badan aku x der angin. kalo x.. terkentut2 la jawabnyer. halia ni memang berkesan utk keluarkan angin dlm bdn. tu pasal org baru bersalin digalakkan makan halia.

lawak la ko ni... aku kadang2 sapu minyak yu yee kalo kembung perut. hahahaa...

hysman said...

badan takde hangin tapi ati sentiasa berhangin..heheee..

Naz said...

sabar... kita kasik buang itu hangin dengan mengunyah halia cicah sambal petai. :D

hysman said...

aiyaaaaaa........
sambal petai ka?????