Followers

Monday, February 9, 2009

Kita Di Malaysia la, Come on la!!!

Naz : Criter kat bawah ni mungkin boleh membuka minda kita. Kalau tak sedar juga, cuba tengok sekeliling kita. Berapa ramai orang luar yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki? Ataupun cuba tengok time Jumaat kat masjid... mungkin separuh jemaah adalah daripada Bangladesh dan Indonesia. Menggambarkan Malaysia ini mewah dengan peluang. Cuma kita saja yang terlepas pandang.

-------------------------------------

Hari ni aku terjumpa dengan Jalil, kawan lama aku masa sekolah menengah. Aku pun tanya dia...

"Apa project ko sekarang? Ko kerja dengan syarikat printing hari tu lagi ke?"
"Dah lama berenti... ada la 5-6 bulan dah... aku buat bisnes skang ni" Jawab jalil.
"Laaa... awat berentinya, apa kilang printing ko tu nak bangkrap ke?" Tanya aku.
"Aku ada bisnes skang ni, bela lintah" Jawab jalil melirik.
"What? Apsal kampung sangat ko ni? dulu masa sekolah bukan main lagi ko smart-smart kat sekolah... last-last bela lintah" aku mengejek.
"Hehehehehe... ni Malaysia la beb, kalau rajin, semua jadi, 3.50 sekor sekarang ni... kolam aku je dah ada 2000 ekor lebih..."

Lalu jalil meninggalkan aku...



Aku duduk di kerusi depan rumah aku... aku memandang sekeliling, kiri dan kanan. Ada sebuah lori berhenti di depan timbunan sampah tak jauh dari rumah aku. Lori sampah barangkali, tapi tak semua sampah diambilnya, hanya sampah-sampah kering berupa kertas dimasukkan ke dalam lori.

Aku buat-buat tanya...
"Bang, recycle kertas ke bang?"
"ha ah...kenapa? kat rumah banyak paper lama?" tanya drebar lori tu.
"ada...ada... tak banyak la... nak ambik la"

Setelah diangkut ke dalam lori, drebar lori tu menghulurkan RM2 sebagai bayaran paper lama aku tu.

"eh tak payah la... abang lebih memerlukan duit tu, tak payah bayar la" kata aku kononnya simpati.
"ye ker? tak menyesal? paper naik harga sekarang ni...." kata drebar lori tu.
"tak pe... cuma saya nak tau... kalau penuh satu lori, berapa agaknya abang dapat?" tanya aku.
"300-400 jugak la..." jawab pemandu lori dan terus blah dengan lorinya sambil mengucapkan terima kasih.


Aku duduk kembali di kerusi aku tu, dan aku teringat kembali kata-kata jalil...
"ni Malaysia la beb, kalau rajin, semua jadi"
Jual sampah pun boleh dapat 300-400 sehari....



Aku berjalan-jalan di kaki lima rumah kedai area rumah aku. Ternampak la pulak orang jual goreng pisang tepi jalan.

"kasik 2 ringgit" aku beli pisang goreng tu.
"Baik pak... terima kasih ya pak" kata peniaga tu.

Orang seberang rupanya.... kemudian peniaga tu ingin mengambil sesuatu dari keretanya... KERETA WAJA.....

"hmmm... pakai waja... kira hebatla jugak.... aku pun pakai iswara je..." fikir aku...




banyak lagi benda yang aku boleh nampak sekeliling yang amat sesuai dengan ayat "ni Malaysia la beb, kalau rajin, semua jadi".... walaupun takdelah membawa hasil sehingga jadi jutawan, tetapi takde la hidup susah sangat.... kaum yang lagi satu tu jangan ditanya... diorang memang dah hebat dari segala segi.. takde subsidi kerajaan mahupun bantuan.. mereka bleh hidup walaupun tak berpelajaran...

tu kadang-kadang aku terfikir... kenapa kita selalu merungut sana-sini.... ini tak cukup, sana tak cukup... apakah gaya hidup kita yang salah atau mentaliti kita masih kekampungan atau tak ingin berubah? Memang ini negara kita... negara melayu... tapi kenapa bangsa lain hidup senang lenang di negara kita walaupun takde bantuan kerajaan atau apa-apa keistimewaan?

Kalau kita duduk di eropah bagaimana plak? hmmmm.... ingatlah ayat ni..
"ni Malaysia la beb, kalau rajin, semua jadi"


So... aku sendiri pun masih malas dan tanak berusaha... asyik mengharap sesuatu yang ajaib berlaku dalam hidup ni... takpe la kalau sekarang ni masih kaum aku yang memerintah... kalau satu hari nanti PM aku hidungnya mancung, matanya biru rambutnya perang, agaknya apa la nasib generasi aku akan datang.... bersyukurlah... ini MALAYSIA.... kalau rajin semua jadi....

THANK YOU....

No comments: