Followers

Monday, July 20, 2009

Amalan mandi


Email dari Man...

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit :

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala :

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Pesanan:-

Tolong forwardkan e-mail ini......... . kalau ramai orang dapat baca artikel ni....lagi bagus kan ?

Naz : Suka tido lewat... banyak idea time tu...

9 comments:

mamai said...

sungguh berinformatif...

tapi masih lagi yang suka mandi kerbau ahaks

mamai said...

sungguh berinformatif...

tapi masih lagi yang suka mandi kerbau ahaks

naqiubex said...

mandi air panas memang sangat best lar...

Unknown said...

rajin2 ler mandi

zaira said...

naz.. g r mandi.. bau busuk r.. hatchoooo!!! terbesin lak.. ni mesti reseptor2 kat idung terkesan bau org xmandi nih..

Anonymous said...

pasni kojo makcik mandi je.
bikin bilik mandi lebih gempaq dari bilik tdo.
ghee~

a said...

naz,
adakah mandi dengan ketulan ais memberi kemudaratan kepada kesihatan atau sebaliknya?
p/s: aku suka mandi air sejuk!

hysman said...

lepas ni bagi pasang sama itu set sub mini woofer dalam toilet pasti tak sabo2 nak pi mandi every each second..hahaaa..
hang mandi bape kali shari??
ayak panas sejuk??
aku suka mandi sejuk2 time subuh..
wahhh!!hebat penangan hingga menyerap ke tulang..hehe

~dr aku ye??aku lupa la bro email ni..hehe...

amirul said...

Salam Naz,

Aku lebih prefer air sejuk ketika mandi... segar siut... lebih2 lagi waktu subuh... peh! menggigil! hehe