Followers

Thursday, July 2, 2009

Pembuka Pintu Rezeki


Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata….. .

” Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )”……… nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Assalammualaikum;

Berdasarkan Hadith Nabi :

“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:

- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Wassalam.

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita tak kira lah yang masih ada atau telah meninggal dunia. - ALFATIHAH UNTUK MEREKA.

Naz : Bersyukurlah walaupun dengan rezeki yang sedikit...

10 comments:

Unknown said...

btul2
ia merupakan 1 perkara wajib...

naqiubex said...

ya.. orang yang membenci ibubabapa juga boleh mendekati kufur..

TiNiE said...

wah nice to share this naz.
tq tq

Sulela said...

Sentisa doakan kedua ibubapa...tanpa mereka, siapalah kita...huhuhu

mamai said...

tersentuh aku...aku jarang berdoa untuk mereka

mamai said...

tersentuh aku...aku jarang berdoa untuk mereka

Anonymous said...

pasti puteh tak lupa doakan mereka.
walaupun kami berjauhan,
setiap hari pasti puteh telefon untuk mendengar suara bonda..
huu..

hysman said...

tiada depa tiada kita..
tapi2 kadang kala kita lupa (bukan kita tp aku)..hehe
insyaAllah coba utk meningkatkan diri dan kendiri..
thumb up4u bro..
niru ko..

amza said...

Salam, sama2 la kita amalkan, semoga hidup diberkati, juga dapat rezeki yg halal.

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

sayang ummi ngan abah!
x al-fatihah lagi harini...


al-fatihah..
=)