Followers

Tuesday, July 21, 2009

Gunakan Ubat Secara Rasional


Ubat-ubatan merupakan peralatan yang penting untuk memuihara dan meningkatkan kesihatan. Oleh yang demikian, ubat-ubatan mestilah selamat, mampu dibeli, boleh didapati, dan digunakan dengan sewajarnya. Penggunaan ubat secara tidak rasional bukanlah isu baru. Penggunaan ubat secara tak rasional masa kini telah diakui sebagai epidemik global yang baru. Penggunaaan ubat secara tak rasional bukan sahaja berbahaya kepada kesihatan awam tetapi juga mempunyai impak negatif terhadap ekonomi dan membawa kepada pembaziran.

PASTIKAN ANDA TAHU

- jenis ubat yang diambil.
- tujuan diambil.
- dos tepat yang perlu diambil.
- masa untuk mengambilnya.
- bagaimana untuk mengambilnya.
- berapa lama perlu diambil.
- jenis makanan dan minuman yang perlu dielak.
- jenis aktiviti yang perlu dielak (memandu, mengendalikan mesin dan lain-lain).
- kesan sampingan yang mungkin berlaku.

PASTIKAH DOKTOR DAN AHLI FARMASI ANDA TAHU

- segala jenis ubat (termasuk vitamin) yang sedang anda ambil.
- jenis alahan atau interaksi yang anda alami apabila mengambil sesetengah ubat.
- tabiat pengambilan minuman keras anda.
- sama ada anda merokok atau mengambil minuman berkafein.

Naz : Hai obat... hai obat... mari beli obat... lalalalalala.....

3 comments:

mamai said...

namun masih ada yang ambil ubat dengan sendiri dan pandai pulak jadi doktor sendiri

Amieynna Amin said...

gud info..
member kite yg meninggal aritu coz alergik ubat..
lg satu..
jgn minum susu b4 mkn ubat..
nanti ubat tu jd xmujarab..
=)

hysman said...

sama dgn klu minum ayak kelapa b4 amek ubat..
tak bagus..nnt kpale jd senoneng..
haha