Followers

Monday, August 24, 2009

BACALAH YASSIN


Email dari Faridah...

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

'Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan' , iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada
penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti
pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, 'Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika
mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya'.

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa
minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke
dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya
diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: 'Sesiapa bersembahyang sunat
dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin
dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di
hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di
tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli
rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah
orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama
yang lain.

Naz : Jangan baca Yssin malam Jumaat sajer...

10 comments:

Redynne™ said...

hmmmm...

benar yg bonda khabarkan..Surah Yassin tu 1001 penyembuh... :)

mekasih atas tambahan ilmu pengetahuan..

pu3 balqis said...

jom perbanyak kan yasin jom..!

abang besi said...

naz,gua folo ini blog!=)

Naz said...

Redynne...
bonda awk ada beritahu juga? Alhamdulillah...

sama2.. terima kasih kpd si pengirim email ini juga...

Naz said...

pu3 balqis...
jom... lebih2 lagi di bulan yg penuh keberkatan ni...

Naz said...

rockmetaller...
sila2... terima kasih pesal sudi follow blog ni bro... :)

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

yassin itu surah pengubat..
surah penawar..
=)




harap2 tu kita mampu istiqomah mmbacanya slalu..

Naz said...

miss GAZA...
Inyaallah... lebih2 lagi di bulan baik ni... :)

hysman said...

ustaz aku ada gak ckp..hmm tp hati kan..klu tegar susah jugak..
walupon dlu aku hafal surah ni (skrg lupe2 skit)hehe tp alhamdulillah surah ni aku dengo setiap pg pkai mp3..hehehe..
camne pule eh??

Naz said...

Man..
bagus ko buat mcm tu... kita gunakan teknologi utk pembangunan rohani. walaupun x baca, kita dngr guna mp3 player.. mudah2an hati kita akan semakin lembut utk melihat jln yg lurus... amin... :)