Followers
Wednesday, August 26, 2009
Untuk renungan semua,
Email dari Faridah...
Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil
berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir
senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa
neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu
sahaja , malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada
manusia
RENUNG-2KAN & SELAMAT BERAMAL
Naz : Jangan kedekut taw...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
aku orang u=yang senyumnya manis aku dah foward kan email nie
slmt b'amal juge..
=)
hurm...
nice...
agak2nya.. siapakah kita pula..?
;D
mekasih ye naz sbb x kedekut.. :)
siapa saya??
huh!
Cik Cookie adalah org yg manis senyumannya.ngehnggehngeh
mamai...
semoga semua member2 yg dpt email tu akan buat perkara yg sama dan tersenyum manis mcm ko... :)
Nur Mariaminul Amalina...
sama2lah kita beramal di bulan yang mulia ini dan bulan2 yg lain...
pu3 balqis...
kita semua sama kecuali iman dah taqwa kita kepadaNya... :)
Redynne...
sama2... Insyaallah sy cuba utk x menjadi kedekut... :)
miss GAZA..
saudari adalah seseorang yang bergelar miss GAZA... ;)
cookie devine...
saya amat bersetuju dng itu kerana saya dah lama terpukau dng kemanisan senyuman cik Cookie... ;)
siapakah org itu??
org itu adekah aku??
hurmm...
hanya Dia yg tau..
oleh itu cuba renung2kn dan selamat beramal..
:)
Man..
pilih saja mana yg ko mahu...
betul tu bro... hanya Dia saja yg tahu kita yg mcm mana...
salam..
ayat yang last tu best bro..
"Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia"
anaklaut...
Waalaikumsalam wbt... memang best ayat tu... sebaris jer, tp memberi impak maksima kpd org2 yg mahu berfikir... seperti anda juga... :)
Post a Comment