Followers

Thursday, August 20, 2009

Persediaan Sebelum ke Hutan


Mejar (B) Mior Rosli menasihatkan mereka yang ingin masuk ke dalam hutan supaya rancang perjalanan, berteman, bawa kompas atau peta dan menghormati penghuni hutan.

AKTIVITI mendaki atau merentas hutan dilakukan berkumpulan. Jadi, jangan biarkan diri anda keseorangan sama ada untuk berehat atau berjalan. - Gambar Hiasan

HUTAN bukanlah tempat yang boleh diambil remeh dan setiap orang yang ingin memasukinya perlu mempunyai ilmu atau pengetahuan asas.

Terutamanya pengetahuan meneruskan hidup, apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan dan juga pantang larang.

“Pengetahuan mengenai hutan adalah penting bagi memastikan mereka yang tersesat boleh meneruskan hidup dan mencari jalan keluar,” kata Pesuruhjaya Negeri Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mejar (B) Mior Rosli Mior Mohd. Jaafar.

Beliau yang pernah berkhidmat dalam pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), berkata, perkara yang paling penting adalah rancang perjalanan sebelum memasuki hutan, pastikan berteman dan bawa bersama kompas atau peta.

“Sekarang ini, teknologi sudah canggih dan kita sudah ada Sistem Pengesanan Global (GPS). Namun, peta atau kompas masih diperlukan kerana jika alat GPS rosak, kompas dan peta amat membantu,” katanya ketika ditemui Kosmo!. di Taman Segambut, Kuala Lumpur.

Beliau yang pernah menjalani latihan ikhtiar hidup ketika berkhidmat dengan TUDM memberitahu, pengetahuan yang paling penting jika seseorang tersesat di dalam hutan adalah bagaimana memilih makanan yang boleh dimakan dan yang tidak boleh dimakan.

“Hutan di Malaysia kaya dengan pelbagai makanan. Dalam hutan negara ini, terdapat sumber makanan, ubat dan racun. Oleh itu, sesiapa yang tersesat tidak akan mati kebuluran.

“Penting untuk mengetahui bahawa apa yang monyet makan, kita juga boleh makan tetapi apa yang burung makan, tidak semestinya kita boleh makan,” katanya sambil menambah semua jenis pokok palma (lebih 200 jenis) boleh dimakan umbutnya.

Menurutnya, jika tidak dapat melihat seekor pun monyet sedang menjamah makanan maka seseorang itu perlu menjalankan lima ujian terhadap makanan yang ingin dimakan dan tiada jalan pintas bagi melakukannya.

Pertama, hidu untuk mengesan baunya. Jika terlalu busuk bermakna ada kemungkinan tumbuhan atau buah yang ditemui itu tidak boleh dimakan.

Kedua, lakukan ujian kegatalan. Caranya ialah ambil cecair dari buah itu dan sapu pada bahagian bawah lengan (antara tempat yang sensitif) atau di bibir kemudian tunggu tiga hingga lima minit.

“Namun, buah mangga, gajus dan beberapa jenis buah lain turut mengakibatkan tindak balas serupa jika getahnya disapu pada kulit, tetapi kita masih boleh menikmatinya. Oleh itu, kita perlu jalankan ujian berikutnya,” katanya.

Ujian ketiga adalah dengan mengunyah buah tersebut dan tunggu selama lima minit tetapi jangan ditelan. Kemudian yang keempat, telan sedikit air buah tadi dan tunggu selama setengah jam.

“Ujian peringkat ini perlu dilakukan berdekatan dengan sumber air kerana jika berlaku sebarang tindak balas seperti muntah, sakit perut atau cirit birit, individu tersebut perlu minum banyak air.

“Jika tidak berlaku apa-apa maka yang terakhir iaitu ujian kelima, makan buah tersebut sekadar mengalas perut dan jika tidak ada apa-apa yang terjadi dalam masa sejam maka buah itu boleh dimakan sebanyak yang mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, Mior tidak menafikan ada pantang larang yang perlu diikuti sebelum memasuki hutan yang sedikit tersasar daripada penjelasan saintifik.

“Secara saintifiknya mungkin ramai yang tidak boleh menerimanya, dan ia terpulang kepada individu tersebut.

“Kita perlu tahu hutan adalah rumah bagi penghuni seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, Orang Asli dan makhluk yang kita tidak nampak. Oleh itu, kita perlu menghormati mereka,” katanya.

Mior yang mempelajari ilmu ikhtiar hidup daripada masyarakat Orang Asli dan juga suku kaum Iban memberitahu, beliau turut didedahkan dengan pantang larang yang telah menjadi sebahagian daripada adat masyarakat itu, dan ada sebahagiannya dipraktikkannya.

“Orang kata, jangan gulung rotan atau akar dan dibawa pulang. Ini kerana menurut kepercayaan, mereka yang berbuat demikian tidak akan menjumpai jalan keluar, sebaliknya berpusing di tempat yang sama.

“Orang Asli juga percaya bahawa tidak baik kita ketawakan rama-rama dan bercukur bercerminkan air sungai, namun segalanya terpulang kepada individu untuk mempercayainya atau pun tidak,” ujarnya lagi.

Naz : Sayangilah hutan kita...

8 comments:

hysman said...

pasal hutan??hmm..
gewd info..thanx bro..

~hutan hijau..
blog ko hijau..
baju aku skrg pn ijau..
(takde kena mengena..)
hahahaa..
ku lihat hijau...

Hazlin Nazri said...

Salam,
Selamat berpuasa untuk Naz sekeluarga.
semoga Ramadhan ni menjanjikan keberkatan buat kita yang berpuasa.

Unknown said...

owwhh
tips yg baguzz...

asz said...

good tips nway!!

FdausAmad said...

Gua nak ajak lu datang pekena lepak kat blog gua..kalau suka datang lepak selalu.

Chow.

FdausAmad said...
This comment has been removed by the author.
green said...

mengingatkan ak pada pengakap ku..
uhuhu

Redynne™ said...

penah dgr ttg rotan yg jgn digulung tu.. dulu penah t'jadi pada org yg sy kenali.. :)