Followers
Thursday, August 13, 2009
Khalifah Umar sabar, diam apabila dileteri isteri
DALAM mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Orang kita kerap menyebut 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.
Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri empunyai kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.
Firman Allah bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu.." (Surah an-Nisa, ayat 19).
Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."
Di sini, elok juga jika direnungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.
Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.
Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?"
Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.
Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku.
"Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"
Umar berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.
"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.
"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."
Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku."
Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."
Naz : Sabar separuh dari iman....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
aku first ke???
Bagus naz,artikel sungguh menarik,kpd yg baru mendirikan rumahtangga,semoga kekal ke anak cucu.
aah la..aku 1st.. hehehe..
naz,
bile ko nak kawen? cpt skit...
nanti baru ko tau hidup berumah tangga.. hehehee
psst... aku ni pakar rumah tangga taw...hehhee
adminv2,
slmat pengantin baru..
semoga kekal ke anak cucu cicit..
erm... bile aku nak kawen erk?? hehhe...
argh! fina menggatal!
Eh Fina bila plak aku kawen,aku masih solo lg la..
huh..
sesungguhnya Allah menjadikan apa yang kita benci itu kebaikan yang banyak buat kita...
ya.. tak semua yang kita benci itu buruk bg kita..
menarik artikel sal umahtangga nih..
=P
bila nak kawin nie hehehe
mn ada "Khalifah Umar" skrg.
betul3,
manusia ni xde yg perfectnya..
so xlehla kita asyik nak harapkan yg elok2 saja dari si dia.
tapi kita mesti cuba jadi yg terbaik pada si dia agar dia juga mahu utk menjadi yg terbaik buat kita..
er,
bukanke erti hidup itu adalah pada MEMBERI dan bukan meminta saja..?
heee
=)
erm..
klaw mahukan istri bertahan dengan perangai buruk suami,
suami juga kena bersabarlah atas kerenah istrinya demi kebahagian suatu umahtangga tu.
mcm khalifah umar ni..
hehe
eh,
yelaa bro..
bila kamu maw kawen ni?
(menyibuk gak nak tanya..)
=P
info menarik.
ku suke.
naz taknak jwb soklan kite la kawan2...
bia aku ulang, naz, bile ko nak kawen?
salam naz..kak ida ada buat entri pasal ni..so..jika naz beristeri nnti jgn salahkan isteri kalau dia berletr ye..:)
give n take... :)
sesekali biarlah suami lak yg b'leter.. hehe..
Post a Comment