Followers

Sunday, August 23, 2009

Istikharah


Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanyaRasulullah SAW bersabda:
Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya . (Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)

Sembahyang istikharah ialah sembahyang untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya antara dua kerja.

Hanya boleh beristikharah untuk benda yang harus sahaja. Benda yang sememangnya haram atau wajib tidak dibenarkan.

Dalam hadis yang lain:-
-Tidak akan menyesal orang yang beristikharah Sabda Nabi “Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”(HR.Thabrani).
- Kalau sudah beristikharah dan Allah dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu), mestilah patuh.

Bila?

Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.

Berapa lama?

Buatlah sehingga 5 atau 7 malam. InshaAllah diberi petunjuk. (tidak semestinya melalui mimpi)

Cara beristikharah:

Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut, “Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran.” (Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2). Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:

Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya / engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.

Naz : Bulan baik ni sama2 lah kita minta petunjuk dan hidayahNya...

12 comments:

hysman said...

Aku penah buat jugak beb..
Alhamdulillah aku diberi jalan dan petunjuk dgn jelas ant 2 jln yg aku kena pilih dlm mimpi aku..
tp malangnyer aku terpaksa tak ikot ape jalan dlm mimpi aku tunjukkn..

terpaksa walaupun perit weihh..:(

TiNiE said...

salam ramadhan NAZ...

pu3 balqis said...

ya...
istikharah...
mmg bleh dapat petunjuk...
insyAllah...

Redynne™ said...

hmmm...

istikharah..naz? ;)

Naz said...

Man...
mcm mana jd mcm tu? kenapa ko x ikut petunjuk tu?

jng lah ikut jln yg perit tu... kesian ko...

Naz said...

TiNiE...
Salam Ramadhan buat awak juga TiNiE... :)

Naz said...

pu3 balqis...
memang benar cik Balqis... Insyaallah... :)

Naz said...

Redynne...
Ya cik Red... :)

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

istikharah ni elok wat hari2..
supaya setiap keputusan yg kita buat dlm hari2 kita sentiasa mendapat petunjukNya..
insyAllah..

Naz said...

miss GAZA...
cik Gaza buat hari2... Subhanallah... pokcik buat sekali sebulan pun payah...

hysman said...

hahahahaa..
aku tergelak ar beb...

Naz said...

Man..
napers?? aderkah??? ;)