Followers

Saturday, August 29, 2009

Sebelum bayi dilahirkan


Malaikatmu.. ...tersentuh hati.....(bacalah. ..ambillah masa walaupun 1
minit)]


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok
Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup
disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan
menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi di sini; di dalam syurga ini, apa yang saya
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi
saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan
merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya
jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang
pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan
mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan
melindungi saya ?

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam
jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan
sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi
dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama
malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan
cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang
gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan
karenah anak-anak yang sedang embesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah
telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang
silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."



"Sampaikanlah walau satu ayat"

Naz : Sayangilah ibu anda dan selalulah berdoa semoga beliau beroleh rahmat di dunia dan di akhirat...

14 comments:

joegrimjow said...

sayang mak....

G-HaD's said...

entry anda slalu mberi pengajrn + ilmu + ksedaran pd hati yg lupe..time kasih ;)

Amieynna Amin said...

i love my mak..
sedih nye..

Along Fina said...

ko jgn la buat kau sedih lak kat perantauan ni naz... huhuhu

Annies said...

Salam Ramadhan Naz... entry ni buat saya teringat kat bonda saya. walaupun hampir hari2 jumpa, tp saya nak peluk dia cium dia dan nak minta maaf banyak2 kat dia... saya tengah sedeh ni...

IkanMasin90(IM90) said...

nice entry n touching.. :)
i love my mum :)

mamai said...

tapi kini mak ramai mak yang tak mahu jadi malaikat..buang anak sesuka hati

green said...

ibu rupenye..
syg mak juge..

Redynne™ said...

i'll do evrything 4 her.. syg mama..

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

aku sayang ummi..
ummiku syg ummi..
syg2 ummi..
ummiku sayang..
(tengah nyanyi ni!sebak..)






waaa!
sedeyhnya nak tinggal mak nnti!
=(

Unknown said...

dgr ckp mak...

Cik Cookie said...

sy syg kawan sy.sy syg kucing sy.TAPI YG PALING SY SYG DAN SY CINTA ADALAH IBUBAPA SAYA.

pu3 balqis said...

hu~~
asa meremang ja bila baca tadi...

sebaknya.. tak lama da nak berkepit ngn mak pon.. hurmm

abang besi said...

naz,gua rse nk nangis la.

tq sbb sedarkn gua.