Followers

Tuesday, June 23, 2009

Berlakulah Adil Kepada Kanak-Kanak


Hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. ”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Huraian
i) Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T yang telah diserahkan kepada ibubapa untuk dijaga dan dipelihara dengan membimbing mereka ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

ii) Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh dan hilang rasa kasih sayang sesama sendiri.

iii) Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak kerana semua perkara dari segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan antara ibubapa dan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab.

iv) Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberkan ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana yang tersebut dalam hadith Rasulullah s.a.w, maksudnya:” Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki dari anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga.” (Abu Daud & Hakim)
Credit to : http://www.rileks.info

Naz : Baru tengok kucing gurau2 dng anaknya... Binatang pun sayang anak, inikan pula manusia...

10 comments:

naqiubex said...

InsyaAllah.. saya akan berlaku adil pada anak anak dan cucu cucu saya...

SYAbAR said...

Memang kita ibubapa sentiasa cuba berlaku adil pada anak2, but sesekali anak2 tetap merasakan ibubapa tidak berlaku adil pada mereka.... bikin ana fening!!!!

Bro Framestone said...

out of topic--> tue niat je.. niat pun leh dpt pahala jugak if xbuat pun..tp niat yg baik2 je la kan... insya'lah leh tercapai sasaran 70 juta tue...

hysman said...

masa aku kecik2 slalu pikir mak bapak aku tak fair..asik lebihkan yg laen..tp bila aku da meningkat dewasa,baru ku tahu..parent ku mmg betul2 adil..suma yg diberi pada anak2nya suma sama rata..
alhamdullilah..ke bersyukur pada Yang Maha Esa..
:)

Unknown said...

betul..adil akan bawa keluarga yg harmoni..

NURA said...

salam sobat,,memang betul ,,kita sbg orang tua hrs adil jangan pilih kasih kepada anak-anak

Unknown said...

MEMANG PATUT BERLAKU ADIL...

Naz said...

Terima kasih kepada sahabat2 yang memberikan pendapat dan komen di sini... I love u all so much... :)

>pokcik sibuk dengan urusan kerja. bila dah beres, pokcik akan balas mcm biasa... :)

Nurimo said...

Salam,

Anda dijemput untuk buat komen/pendapat.walaupun dari fahaman berbeza tidak mengapa.Manalah tahu komen/idea dapat diterima.

Segala idea anda sangat saya hargai.

http://kuberharap.blogspot.com

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

kusuka kanak2..
dunia kanak2..
dan segalanya mengenai kanak2..
=)