Followers
Monday, June 22, 2009
WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG.....
Email dari HysMan..
KISAH BENAR UNTUK RENUNGAN - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG.....
*
Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buat semua, pada yang dah berkahwin,
baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...
* Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke rahmatullah
secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat
di hormati dan di segani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang
tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai,
isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratap jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah
balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu.
Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.
Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu,
lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.
Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan
yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak
membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat
ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan
saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang
saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah
memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar
kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya
untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut di panggil tanpa mengetahui
akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah
di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya di serahkan
kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan
sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang
amanah. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata
kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lakinya yang
juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, di berikan tanah 15 ekar seorang
dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah. Saham-sahamnya diserahkan
kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh
saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung
pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah
memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya
diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan
kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan
kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan
sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu
pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan
dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).
Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan
mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu. 'Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa
kecuali keampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang
paling berharga.'
'Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan.
Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.'
'Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak
pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab
bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan,
tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.'
'Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku,
terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu).'
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa
balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya.
Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan
satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam....
she should be thankful.....
she got the forgiveness from her husband
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!
Naz : Kemaafan Dendam Yang Terindah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
x de kene mengene ni...
bro melodi dah ade dah...lirik pon dah ade...cume music je x de ni...
ko reti main gitar kan...ceh ceh ceh... boley bekerjesame ni...hehehe
cam ne 2 bro...ajar aku sikit
aku x reti nk upload lagu2 ni
cam ne aku nk masukan
file mp3 ke?
lahai bro, ape lak related lagu aishah tu ngan citer ni?? sob sob sob.. tu utk org yg tgh bercinta mcm bro je, he he... tpkan, betul tu... pd isteri2, dan jugak bakal2 isteri... marilah sesame kita renungkan msg tersebut. aite2~!
lu karang sendiri ke nih?
ampun ya ampun...mau pergi pejabat peguam siasat surat wasiat hehehehe baik juga aku tak berharta susah jadinya
syaf..
x der masalah. kita boleh bekerjasama.. apa kata ko rekod dulu dan kasi aku dengar...
Kish..
pandai2 jer Kish taip pokcik tngh bercinta... hahaha...
betul, sama2lah kita renungkan...
FdausAmad..
gwa x lah sehebat tu nak karang2 sendiri. aku cedok dr email da...
mamai...
hehehe... dah wat surat wasiat ker bro??
adoiy, bini dia memang wajar ar dapat layanan teruk macam ni. sape suruh buat jahat ngan hubby kan? lalala
Ku tak ingin jd isteri yg nusyuz pada suami... akan kupertahankan kebahagiaan yg kami kecapi selamanya hingga akhir hayat moga menjadi contoh yg baik utk ikutan anak2
Naz,
sama2 beringat bro..
kadang2 salah sorang dr suami or isteri pasti buat silap..klu suami,slagi tak ditegur isterinya selagi itulah dosa isteri suami tanggung..betoi kaa??
~thanx beb..
lepas nih klu ko nak post n3 dr email yg aku sent kat ko..jgn ler mention kredit for me. oraitt.
hehe..
Pokcik x dan nak balas komen2 sahabat2 di sini. terima kasih di atas kesudian menjengok2 blog pokcik ni yer.... buat la mcm rumah sendiri... :)
Man... bukan susah pun. just kredit kat ko pesal sudi kasi email2 yg dboom. :)
Post a Comment