Followers

Monday, June 29, 2009

Teori Big Bang :- Sains vs Al-Quran


(Bab yang paling aku suka)....

Teori Big Bang :- Sains vs Al-Quran

Klik pada gambar untuk besarkan gambar

Saintis2 ini telah melakukan eksperimen mereka yang pertama, iaitu eksperimen untuk mengesahkan teori “big bang” yang menakrifkan kejadian bumi adalah berpunca daripada perlanggaran partikel2/zarah2 hardon jutaan tahun yg lampau.

Ramai yang mempertikaikan kajian ini dengan bermacam-macam alasan termasuk akan memusnahkan bumi, memberi kesan buruk pada manusia… .sehinggalah ke kelompok yang melabelkan kajian ini sebagai sesat bertujuan untuk mencabar kejadian Allah yang menciptakan keseluruhan alam semesta ini.

Namun bagi aku, kita sepatutnya melihat kajian ini dari sudut yang amat positif. Sebagai seorang Islam, aku memang yakin yang Allah jua yang menciptakan semesta ini, tapi kita tidak boleh menolak mentah2 akan cara kejadiannya. Mungkin betul bumi terhasil akibat letusan kuat di cakerawala (big bang)… .itu rahsia Allah. Semua ini tidak mustahil bagiNya.

Ini bertepatan dengan Surah Al-Hadiid (besi) ayat 25:
“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Para Saintis Islam dan barat bersetuju bahawa besi dan logam amnya bukanlah unsur asal dari bumi, tetapi logam datangnya dari letusan dari sumber selain bumi, kemudian logam ini menghentam bumi dan menghasilkan taburan jisim, jenis dan?kualiti berlainan, mengikut kesesuaian geografi dan suhu penyejukan tempat tersebut.

Saintis juga meramalkan bahawa pembentukan bumi juga berlaku sedemikian, iaitu terdapat satu letupan yang kuat yang dikenali sebagai BIG BANG. Letupan yang dasyat itu menyebabkan berlakunya hentaman unsur-unsur seperti silica (pasir, batu dll), logam (besi, kuprum, emas dll) dan segala unsur-unsur kimia (rujuk jadual berkala unsur kimia) yang kedapatan di bumi pada hari ini beserta dengan gas.

Tidak salah untuk mempercayai bahawa bumi ini diwujudkan oleh Allah hasil dari letupan dasyat atau dikenali BIG BANG, kerana Allah berkuasa melakukan segala-galanya. Jadi, maka jadilah. Jika diperhalusi, teras bumi kita masih lagi panas dan cair, menyerupai lahar gunung berapi atau lebih tepat seperti cairan logam dan gas yang terbakar dipermukaan matahari.

Dalam Surah Al-Anbiya ayat 30… Allah berfirman:
“Apakah orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum satu kemudian Kami pisahkan (letupkan) antara kedua-duanya.”

Menurut teori “big bang”, alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlakulah satu letupan yang kuat ( cosmix explotion ) 10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang dinamakan “big bang”.

Sejak itu berlakulah pengembangan dan penyejukan ( expending and cooling ) sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi dan seumpamanya.

Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915. Kemudian, pada tahun 1922, seorang pakar fizik Rusia, Alexandar Friedmann mengembang dan mengukuhkan lagi teori ini. Pada tahun 1929, Edwin Hubble menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori “big bang”. Dengan menggunakan alat yang canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang.

Dalam Surah Az-Dzariyat, ayat 40… Allah berfirman:
“Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.”

So kalau benar2 la bumi dan semesta ini terhasil akibat big bang, ia adalah satu keajaiban ciptaan Allah yang menguasai seluruhnya. Sekiranya kajian ini berjaya, ia hanya akan mengesahkan lagi keEsaan Allah SWT yang telah menceritakan kejadian ini di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu. Ia juga akan meguatkan yang Al-Quran adalah mukjizat Muhammad SAW yang sentiasa sesuai sepanjang zaman, hinggalah ke hari kiamat.

Naz : Semakin takjub dengan ciptaan Allah di luar sana... Mengapa masih ramai orang yang masih tidak percaya pada Al-Quran sedangkan di dalamnya terkandung pelbagai rahsia alam yang masih belum pernah diteroka??

9 comments:

mamai said...

setiap mahluk pasti ada penciptanya...
biar sekecil zarah sekali pun kecuali...
maha pencipta yang tiada penciptanya..ujudnya dia dengan sendiri...

Naz said...

mamai...
wah... aku suka bait ayat2 ko tu. terurat dan tersirat berselang seli... :)

hysman said...

neutron,proton n elektron..
pergghhh!!terimbau dahulu kala belajo kimia..hancuss..
hehee..

~sebab itulah depa nak hapuskan al-quran utk menunjukkn kajian itu sahih 100% dr depa sendiri (kononya bijak) dan nafikan dr Allah swt..hmm... donia...

Naz said...

Man...
jngkan ko, aku pun hancus kimia. tp aku suka masuk lab. hehehe..

>betul tu bro. kononnya depa nak ckp depa la yg paling bijak... huhuhu

hysman said...

nape ko suka masok lab..
ha ni mesti suka skodeng..iye ar dok blakang2,meja beso luas pandangan,langsir plak kebuk wane itap...hahaha

Naz said...

ntah Man... bila aku masuk lab aku rasa cool jer. padahal aku bukan suka subjek tu...

pss... skodeng pun suker juger.. duk paling belakang tepi langsir... pastu tido... zzzz...

hysman said...

aku dolu2 pon mmg suka masok lab..pasal aku suka buat keje amali..baek fizik maupon kimia...
skali klu jadi mmg gumbira sakan aku..hehe
klu aku tetido,maunye kena piat telinga..hehe

Naz said...

hahaha... itu betul Man. time buat amali kadang2 kita rasa terhibur kan?? subjek kimia yg aku x pandai tu pun aku jd suka walaupun aku sendiri x paham apa yg aku tngh buat dng amali tu.. hahahaha...

hysman said...

Ikatan kovelen..asid amida,plumbum permaganat..hehehe...
sekali air biru tuko kuning daa..hehehe...

ya bettholl..aku pon dolu2 tak paham ape yg aku dok buat tp la nih aku bru paham..sonang aje ujikaji tu..itu suma juz nak membuktikan segala2nya..dats all..hehe