Artikel di bawah ni bukan dari email, tapi aku copy dan paste dari blog 'Bagaimana Jika Syurga Dan Dunia Tempat Yang Sama.' Aku suka akan artikel ni. So, aku nak kongsikan dng sahabat2 di alam maya ku ini....
Frontal lobe atau otak depan, mengapa saya betul2 menekankan bahagian otak ini? Malah saya menganggap ianya adalah "pemandu" kita ke syurga. Frontal lobe seperti CPU pada komputer, seperti CEO sesuatu syarikat jadi jika rosak CPU atau lemah CEO bukankah keputusan dan tindakan2 yg diambil tidak betul dan tidak bijak. Jika kita punyai frontal lobe yg kuat dan boleh mengawalnya, kita akan lebih kenal diri kita sendiri, boleh mengawal diri untuk mengambil tindakan2 tertentu dan boleh mencorak masa depan yg lebih hebat.
Frontal lobe kurniaan Allah yg membezakan kita dengan haiwan, tempat terletaknya apa yg kita panggil akal. Semua bahagian lain pada manusia terdapat pada haiwan tetapi tiada yg amat ketara selain dari frontal lobe. Dari jumlah keseluruhan otak manusia, 30-40% adalah frontal lobe, tiada langsung pada reptilia dan jika ada pun pada haiwan yg lain, peratusnya kecil berbanding dgn manusia. Pada kucing hanya 3.5%, pada anjing 7%, pada keluarga monyet pula peratusnya dari 11 hingga 17%. Jadi jika manusia makin hari makin lemah frontal lobenya, bukankah manusia tersebut akan menyerupai haiwan atau lebih buruk dari itu? Haruan makan anak?
Saya menekankan yg solat merawat frontal lobe, mungkin ada yg berkata, aku tak sembahyang pun aku ok je, takde macam haiwan pun, aha.. jangan terpedaya, periksa diri ketika anda marah, ketika anda ditimpa musibah, ketika bersedih, ketika mendapat peluang2 untuk membolot kekayaan, ketika anda bernafsu. Ingatkan kembali adakah tindakan2 yg anda ambil pada ketika itu mengikut akal atau mengikut rasa/nafsu atau memori? Sebab itu ada beza bg yg solat dan tidak, dan amat berbeza lagi mereka yg khusyuk dan tidak.
Melalui kajian, ahli saintis mengira, pada setiap saat, otak kita memproses 400 billion bit maklumat jika dilihat dari perspektif komputer, tetapi apa yg kita sedar hanyalah 2 ribu bit sahaja, iaitu hanya 0.0000005% sahaja dari proses keseluruhan. Jadi perhatian kita pada sesuatu itu pada masa2 tertentu amatlah sedikit, frontal lobe lah yg membolehkan kita mengawal kesedaran kita yg sedikit itu untuk menfokus pada sesuatu perkara.
Menurut Dr Joe Dispenza didlm bukunya Evolve Your Brain, beliau memilih "intent" atau niat sebagai fungsi utama frontal lobe. Mengawal apa niat kita untuk sesuatu agenda yg kita lakukan, bukahkah didlm Islam semua tindakan kita bergantung paa niat. Berdasarkan niat2 tertentu ini kita akan mengambil tindakan2 yg tertentu, mengawal tingkah laku, merancang masa depan untuk mendapatkanya dan juga keinginan yg kuat dan berkekalan. Jika niat bersedekah mahukan keredhaan Allah kita akan membuatnya secara sulit, jika niat untuk membanggakan diri, manusia akan memanggil akhbar dan sebagainya. Semua tindakan kita secara keseluruhan pula bergantung pada apa niat kita hidup didunia ini, jika kita faham apa yg dibaca dalam doa iftitah "Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil alamin" maka kita akan mengambil jalan yg benar dan adil buat diri kita dan juga manusia yg lain, jika hidup ini untuk mengumpul harta, untuk kuasa, untuk nafsu maka tindakan begitu juga akan dipilih oleh frontal lobe.
Frontal lobe tempat untuk pemikiran yg kritikal dan juga mencipta idea2 baru, sama seperti tugas CEO syarikat, frontal lobe akan mengambil semua maklumat2 yg tersimpan dari bahagian otak yg lain, memerhatikan apa yg dilakukan oleh bahagian otak yg lain dan juga mengarahkan bahagian2 tersebut untuk melakukan apa yg perlu. Melalui "database" yg tersimpan dibahagian otak yg lain, ianya menjadi bahan mentah untuk memberi manusia cita2, keinginan dan inspirasi untuk mendapatkan sesuatu. Frontal lobe akan menimbang semua kemungkinan dan situasi, menganalisa keadaan semasa dan menjangkakan apa yg akan terjadi dari pilihan2 yg dibuat baik dari segi kesan kepada diri sendiri, masyarakat dan juga alam persekitaran. Selepas analisa yg mendalam ini barulah frontal lobe akan mengarah bahagian otak yg lain menjalankan apa yg diingini.
Frontal lobe juga membolehkan manusia belajar dari pengalaman dan memilih tindakan yg lebih bijak dimasa hadapan. Frontal lobe membolehkan manusia mempunyai cita2 yg hebat, mencuba sesuatu yg baru dan mendapatkan hidup yg lebih hebat dan tanpa batasan. Siapa diri kita, apa yg kita mahu sekarang dan masa depan dan kehidupan bagaimana yg kita hajati semuanya bergantung bagaimana kita menggunakan frontal lobe kita. Frontal lobe juga sebagai "alat" kita mencipta realiti kehidupan ini.
Frontal lobe membolehkan kita kekal fokus pada cita2 tertentu, berapa ramai manusia yg tetapkan banyak azam pada setiap tahun baru dan berapa byk yg tercapai semuanya bergantung kepada frontal lobe. Tindakan2 manusia samada ikut akal atau ikut rasa ditentukan samada kuatnya frontal lobe atau tidak. Frontal lobe yg lemah, tindakan lebih kepada ikut memori terutama dari apa yg dilihat, didengar atau dialami walaupun ianya sesuatu yg salah.
Berikut adalah sifat2 yang ada pada manusia yg hebat frontal lobenya.
Boleh menumpukan perhatian pada sesuatu dalam jangkamasa yg lama
Berupaya menimbang semua kemungkian sebelum bertindak.
Boleh membuat keputusan dgn tepat dan cepat, tidak teragak2.
Jelas dalam semua perkara.
Ceria
Mahir dalam apa yg dipelajari.
Mudah menyesuaikan diri dgn perubahan.
Mampu belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya.
Sentiasa memikir peluang2 lain sebelum bertindak.
Punyai keyakinan diri yang tinggi.
Mampu bertindak mencapai keinginan atau cita2.
Seorang yg tinggi disiplinnya.
Mampu membina peluang yg lebih hebat berdasarkan pengalaman.
Tidak mudah terpengaruh dgn pengaruh2 luaran.
Boleh menumpukan perhatian hingga lupa pada persekitaran dan masa.
Minda yg tetap dan tidak melayang-layang.
Lebih proaktif dari reaktif.
Berpendirian tinggi.
Tidak pentingkan diri sendiri, lebih bersimpati.
Punyai impian, tujuan yg jelas dan hebat hingga tidak mampu digoyah keadaan luaran dan juga dari badan.
Banyak lagi sifat2 yg boleh di catatkan tetapi yg paling menarik adalah sifat yg akhir sekali, ingat bagaimana sahabat nabi yg diminta agar ditarik panah dikakinya hanya ketika beliau solat dan juga mereka yg tetap imannya ketika disiksa pihak Quraish. Bayangkan betapa hebat dan kuatnya frontal lobe mereka. Kita sekarang, nyamuk hinggap sahaja dah boleh rasa dan melayang fikiran dari solat.
Berikut pula sifat2 mereka yg lemah atau mati frontal lobenya.
Tidak terurus dan malas.
Tiada inspirasi, motivasi dan inisiatif untuk membetulkan sesuatu keadaan.
Suka pada benda yg sama, yang rutin dan boleh diagak.
Tidak keinginan untuk belajar.
Tidak boleh menumpukan perhatian.
Tidak boleh merancang untuk masa depan, tiada visi.
Cakap tak serupa bikin.
Tidak boleh menghabiskan apa yg dimulakan.
Reaktif.
Keras kepala dan tidak sukakan perubahan.
Selalu risau dan fikiran melayang2 memikirkan keburukan.
Tidak boleh mendengar dgn baik.
Bertindak melulu ikut rasa dan nafsu.
Selalu beremosi/moody, tidak ceria.
Pelupa.
Tidak boleh melihat/memikir kebarangkalian2 atau peluang2 lain.
Selalunya menjadi pengikut, tidak berpendirian.
Dari senarai2 tersebut sama2lah kita menyiasat diri kita sekuat mana frontal lobe kita ini, frontal lobe yg lemah membuatkan kita lebih mengambil keputusan ikut rasa dan ikut memori. Antara aktiviti yg melemahkan frontal lobe adalah menonton TV atau filem yg tidak membuatkan kita berfikir. Menurut Dr Daniel Amen melalui bukunya Change Your Brain, Change Your Life, TV dan video games adalah penyebab utama penyakit ADD (Attention Deficit Disorder) penyakit frontal lobe. Sebab itu jika dulu buang emak, buang saudara kerana kasih saya turutkan, sekarang buang emak, buang saudara, buang agama kerana kasih saya turutkan. Jika dulu tiada anak melayu yg hebat ber"lakon" aksi2 lucah, sekarang sudah banyak tersebar didlm internet. Semuanya kerana TV dan filem2 "sampah" yg di sumbat untuk melalaikan manusia dan hanya mengikut apa yg diperintah, tidak pernah terfikir mengapa TV amat dikawal? Kerana TV adalah alat hipnosis/pemukau manusia yg hebat, melalui TV juga manusia terpengaruh membeli sampah2 walaupun ianya tidak perlu untuk kehidupan.
Mengambil bahan2 toksid seperti dadah dan alkohol juga merosak frontal lobe, jangan terkejut bahawa merokok juga merosakkan bahagian tersebut. Rosaknya frontal lobe menyebabkan ketagihan terhadap benda2 tersebut tidak boleh dikawal oleh minda, tindakan ikut sedap rasa, bukan ikut akal. Tidak perlu ubat2an untuk berhenti merokok sebenarnya, cuma perlu kejutkan frontal lobe yg sudah lama terlena.
Bersolatlah dan berusaha untuk mencapai kekusyukan, amat beruntunglah mereka yg sudah mencapainya. Teramat benarlah bilal yg melaungkan azan mengajak manusia sembahyang dan menuju kejayaan, kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Negara boleh maju dari segi ekonomi dan teknologi, tetapi jika kejayaan akhirat dilupakan rosaklah akhlak manusia itu sendiri, jika tidak masakan Switzerland yg dianggap antara negara yg termaju didunia punyai adar bunuh diri yg tinggi?
Bersolatlah dan sujud menghampirkan diri kepada Allah (Surah Al Alaq 96:16) ketika darah memenuhi frontal lobe. Frontal lobe, pemandu manusia ke syurga.
Naz : Sujudlah seolah-olah itu adalah sujud yang terakhir...
16 comments:
wah panjang entri ni. tak bce semua tp bace part sujud tu best :)
dulu cgu ada pesan, lps solat subuh, sujudlah dalam seminit,bg darah jln ke kepala n at d same time kita boleh mohon ape yg kita nak..
hee!
berinformasi...
errmmmm
baru tahu!!!
fakta menarik! he he, bagus2 abg naz... posting lg artikel ilmiah camni. huhu. kotak mail kish salu dpt yg merepeks je!. ngeh~!
mekasih sbb share..
kuharap kupunya frontal lobe yg hebat..
=)
er,
frontal lobe yg cerdas datang dari tubuh yg sihat dan cergas..
betul x?
subhanallah..
rasa diri da mcm takde otak..
tanpa disedari,kita pinjam semuanya nikmat yg amazing ni dr DIA..
faNna jiEha...
memang n3 ni agak panjang. tp amat2 bagus infonya...
ooo, sujud seminit time Subuh yer.. tq pesal gtahu... :)
mamai...
yup.. :)
tengku_fir21...
kita kongsi2 apa yang bagus utk tmbahkan pengetahuan... :)
Kish...
apa yg pokcik dpt, pokcik share kat sini... insyaallah...
pss... email mcm mana tu Kish?
Redynne...
sama2. kalo awak ada bahan2 ilmiah atau apa2 email yg bagus, bolehlah send lagi yer... :)
miss GAZA...
amin... semoga memiliki Frontal lobe yang hebat. :)
ya betul... 100 markah utk saudari...
Man...
kita ni terlalu leka dng dunia sampai kita x sedar semua tu hanya pinjaman semata2... Subhanallah... semua ciptaan Allah tiada yang sia2...
betholl tu geng..
semua yg dijadikan ade sebab musabab..
yg penting kita jgn leka nak mengucap syukur kepadaNya akan nikmat yg diberi olehNya..
:)
Post a Comment