Followers

Friday, June 26, 2009

Cinta Buta vs Cinta Celik


Di sebuah desa ada seorang gadis yang cantik manis. Walaupun begitu, gadis tersebut membenci dirinya sendiri kerana dia buta. Sebenarnya dia membenci semua orang kecuali teman lelakinya yang baik hati dan penyayang.

Teman lelaki gadis tersebut selalu memberi nasihat dan semangat kepadanya agar tidak kecewa dengan keadaan yang dilaluinya. Gadis itu memberitahu teman lelakinya bahawa sekiranya dia dapat melihat semula, dia akan berkahwin dengan lelaki tersebut.

Pada suatu hari, ada seorang yang bermurah hati telah mendermakan sepasang mata kepada gadis tersebut. Setelah melalui satu pembedahan, akhirnya gadis itu dapat melihat semula.

Dia berasa amat gembira sekali. Dia telah dapat melihat segala yang dapat dipandang oleh mata kasar termasuklah wajah teman lelakinya.

“Sekarang kamu telah dapat melihat dunia di sekelilingmu, adakah kamu akan berkahwin dengan aku?

Gadis itu memandang dan melihat wajah teman lelakinya. Ternyata teman lelakinya itu seorang yang buta. Gadis itu berasa sedikit terkejut. Dia tidak menyangka sama sekali bahawa teman lelakinya seorang yang buta.

Dengan perubahan yang berlaku kepada dirinya, dengan penglihatan yang dia ada kini, gadis itu akhirnya menolak untuk berkahwin dengan teman lelakinya yang buta itu kerana dia beranggapan bahawa dia tidak akan bahagia hidup di samping seorang lelaki yang buta.

Lelaki itu sungguh kecewa dengan sikap gadis itu. Dia menulis satu nota yang berbunyi, “Sayang, jagalah sepasang matamu itu dengan baik kerana sebelum ia menjadi milikmu, ia adalah milikku dahulu.”

Begitulah yang selalunya terjadi kepada kita yang bergelar manusia. Hati kita akan cepat berubah apabila status kita berubah. Sebab itulah kita dapati ramai yang lupa daratan apabila sudah menjadi kaya raya.

Manusia seperti kita terlalu mudah untuk menjadi “seperti kacang lupakan kulit”. Jadikanlah cerita ini sebagai pengajaran untuk kita hidup dengan lebih berhemah kerana kehidupan kita di dunia ini adalah anugerah dari Allah.

Naz : Lupa lautan...

15 comments:

amza said...

tak lupa tidor

Dj Epoi said...

Naz......

Manuasia nih dah banyak yang Gua nengok dah LUPA DIRI...

Bila dah senang....dah tak ingat dah asal usul!!!

BETUT!!! Lu jangan Lupa Tidow sudah........
Ashik dok online memalam buta jew Lu nih heheheheh

Dj Epoi said...

Naz......

Manuasia nih dah banyak yang Gua nengok dah LUPA DIRI...

Bila dah senang....dah tak ingat dah asal usul!!!

BETUT!!! Lu jangan Lupa Tidow sudah........
Ashik dok online memalam buta jew Lu nih heheheheh

pu3 balqis said...

wah best cita nih...
pengajaran pon amatlah berguna..
erm, hati manusia mg mudah berunah, apalagi digotahkan dgn pangkat dan harta...
erm.. moga kita buka dikalangan itu..

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

hai manusia..
knapala mesti ada yg begitu..
harap sangat saya bukan jenis tu..
=(





er,
nak bf gitu bleh?
=p

Naz said...

amza...
selain tido, x lupa juga kat makan... hehehe

Naz said...

Dj Epoi...
dr dulu smpai zaman skrg, manusia ni mudah lupa dan buat2 lupa...

aku online memalam pesal da join kelab burung hantu... eh, ko pun dah lama join kan.. hehehe

Naz said...

pu3 balqis...
semoga kita x bersikap spt tu. lupa diri dan lupa daratan...

Naz said...

miss GAZA...
boleh saja.. pilih la bf yg ada agama dan baik hati... Insyaallah akan bahagia smpai akhirat...

Kish said...

isk2... sob sob sob. tu la hakikat kita ni sbg manusia yg lemah kan? time susah je nak beringat, time senang, apepun lupe. tau nak kejar seronok je .. ngeh~! peringatan utk diri sndri gak.

Unknown said...

owwhh...
tk sedar dek untung!
cinta perempuan itu terlalu murah...

Redynne™ said...

sob..sob..

cedih... menyentuh ati..

*aku syg mata aku..

Naz said...

Kish...
ingat mengingat tu amalan mulia... crita ni buat peringatan buat kita, jng mudah lupa diri dan bersyukurlah dng apa yg kita ada... ;)

Naz said...

tengku_fir21...
itulah manusia... huhuhu...

Naz said...

Redynne...
jagalah mata anda... hehehe