Followers
Monday, May 4, 2009
Khayalkan Impian Untuk Sentiasa Bersemangat
Untuk Anda nak bersemangat selalu mengejar impian Anda, selalulah berkhayal mengenainya. Saya gunakan perkataan berkhayal sebagai pengganti kepada bayangan imaginasi. Namun, kedua-duanya sama saja.
Khayalkan seolah-oleh Anda dah berjaya mencapai impian Anda itu dan Anda sedang berada di dalamnya. Hadirkan sekali emosi-emosi berkaitan seperti gembira, teruja, ketawa, girang dan excited yang amat sangat. Bukan yang ala kadar, tetapi yang amat sangat! Buat selalu supaya minda Anda semakin peka dengan situasi yang Anda khayalkan.
Pada peringkat permulaan, susah untuk Anda hadirkan perasaan-perasaan dan emosi yang perlu ketika Anda sedang berkhayal tentang impian Anda. Anda hanya akan boleh berkhayal tentang gambaran masa depan, di mana anda berjaya merealisasikan impian Anda tapi agak sukar untuk Anda hadirkan emosi.
Tapi, bila dah buat selalu, ia akan berubah, cepat untuk Anda memasukkan emosi berkaitan seperti yang saya katakan tadi. Kenapa pula kita mesti masukkan emosi gembira? Kenapa tak ada emosi sedih? Jawapannya, emosi sedih tak perlu.
Bila Anda dah berjaya mencapai impian, mengapa perlu sedih?. Sedangkan, itulah yang diidam-idamkan sekian lama. Ada ke orang yang sedih bila dah berjaya? Terharu, mungkin, hingga membuat dia mengalirkan air mata. Tapi, sedih tak mungkin terjadi.
Tidak ada sebab untuk bersedih. Gembirakanlah hati, sebab apa yang Anda mahu, sekarang dah ada di depan mata!
Patutkah Anda bersedih bila dah camtu? Rugilah. Anda merugikan diri sendiri. Jadi, jangan hadirkan emosi sedih.
Mulai sekarang, saya percaya Anda ada impian sendiri yang Anda nak capai. Mungkin, nak memiliki kereta besar, rumah besar atau pendapatan besar. Mungkin, Anda nak jumpa orang-orang tertentu yang selama ni menjadi idola Anda!
Supaya mudah untuk Anda jadi bersemangat sepanjang masa, khayalkan impian Anda dalam 30 saat seolah-olah ia menjadi benar. Lama kelamaan, Anda boleh berkhayal sehingga 5 minit lamanya!
Tak perlu tutup mata, cuma kena pastikan suasana persekitaran tempat Anda berada adalah tenang supaya mudah untuk Anda berkhayal seketika. Jadikan seperti Anda sedang melihat wayang gambar. Anda nampak diri Anda berjaya mencapai apa yang menjadi impian Anda ketika itu.
Bila Anda dah rajin amalkan teknik ni, kesannya membuat Anda sentiasa FOKUS mengejar impian Anda. Anda akan terdorong jadi rajin, semakin kuat berusaha sebab tak sabar-sabar menjadikan impian Anda satu realiti.
Semakin rajin Anda berusaha, semakin rajin Anda khayalkan kejayaan mencapai impian Anda, semakin dekat Anda dengan impian Anda itu!
Naz : Aku khayalkan aku sedang berkhayal... ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
29 comments:
dreammmmm
achieveeeee
Khayalan
adalah satu kertas kerja
berkhayal xsalah..
tp jgn khayal tinggi sgt..
sbb klu jatuh nanti..
sakit...
huhu..
=)
skrang ney aku khayalkan kau sedang berkhayal..wakaka..
skrang ney aku khayalkan kau sedang berkhayal..wakaka..
beza khayal dan berangan...??
angan mat jenin..
khayal mat naz..
hehee...
btw,berkhayal satu perkara yg sungguh mnyeronokkn..
sampai kita kdg2 kita alpa..
klu aku laaa..
:)
salam,
perlu sesekali b'khayal@berangan2..
supaya kehidupan terasa lebih b'makna dn punya arah tujuan..
tp x leh lebih2 incik naz..
nnti t'jatuh dr pokok kelapa pulak..
hehe..
Joe..
dream comes true...
Ab..
ya bagi org2 yg kreatif mcm ko.. :)
Amina..
wow.. khayalan tingkat tinggi...
Bla3..
aku sedang mengkhayalkan ko sedang khayalkan aku sdng berkhayal... hehehe
Man..
beza khayal dan angan2 bergantung pada pemahaman masing2. aku lebih suka perkataan imaginasi...
aku slalu berimaginasi utk wat plan kerja hari esok. kdng2 plan dah wat, tp x leh jln pesal ada masalah... kita hanya mampu mrancang, Tuhan menentukan segalanya...
Redynne..
saya berkhayal kat tempat rendah2 jer. takut jatuh dr pokok kelapa... hehehe
khayal,angan2,imaginasi..
barangkali sama maksud tapi berlainan persepsi org yg membaca n mendengar..
perancangan awal mmg bagus tapi tak 100% akan terlaksana..
sesungguhnya kita da ade matlamat utk esok hari berbanding dgn org yg sentiasa berfikir dibelakang hari..
bagus la ko.....
kita hanya merancang hanya 'Dia' yg menentukan.....
cheeewahhh!!!
:p
kata2 ko tu mengingatkan aku dng lagu lama Wings...
Kita mampu merancang
Hanya tuhan menentukan
Tak perlu di kisahkan
Oooo....
:)
jgn lupa jaming lgu tu bro..
mendalam maksudnya tu.....
aku tunguuuu...
hehe..
lagu hukum karma pun aku x jaming2 lg... nikan pulak lg laen.. huhuhu... ;
slow2 kayuh..
nnt setle ar..
aku request ni Naz???
ha!!
hmm.. aku try nanti bila aku free utk masuk studio balik. skrg ni kurang masa la utk aku bermesra2an dng gitar kapok aku tu.
bz banyak projek ke,atau bz cari projek bro??
tak pelah take ur time..
blog ni hanya mengisi masa terluang..
keje 1st oraitt!!
abaikan je ler..
:)
aku bz carik projek. bulan ni aku sakit. payment x masuk2. apa boleh buat? melopong saja ler...
biasa la tu Naz..
bab2 bayaran nih payah skit..
tapi inilah risiko kerja mcm ko n aku nih..yg bezanya ko majikan aku pula makan gaji..projek ade ke tak,pekerja dapat gaji tapi majikan terlopong..
hehe..
sabo beb..
hmm.. skrg dlm wallet aku tinggal kad sajer. nasib installment2 dan bill aku dah bayo. skrg aku maleh nak pikir2 bender tu. melopong smbil makan super ring lg best... hehehe...
aik,duit simpanan sendiri kan ade bro..
time camni la digunakan utk support diri ko sendiri..tapi berwaspadalah..
aku ckp mcm aku terer sgt..
hehe..sorry brader..
super ring??waduhh!!!fav aku tu beb..keju....kecur air liur..
tapi la nih mak aku tak bagi makan cikedis..hehe..
saving aku juga dah kering banget. org mcm aku ni susah nak ada saving. bila ada projek, mulalah x ckup modal, so duit saving jugak jd mangsa...
ala, ko makan jer kat blkng dia. pas kat aku sebungkus...
ko byk bersedekah kat masjid tak??
hehehe....
ala,beselah tu bro..ini namanya perniagaan..adelah tu..cuma masa blom tau lg..
sabo ye..duit saving tu ko jgn guna suma..bahaya wooo..
mak aku tak nampak tapi Allah Maha Melihat..huahahahahaha..
dush!!!!!adoiiii..
hehe..aik,ko mangga muda mkn solo..nak pas kat ko camne beb??
aku da mula kedekutttttt..
ko yg ajo..huahahahaha..
bersedekah kat mesjid?? tu x payah la nak ckp. sedekah atau x tu x payah nak gtahu. :)
masalahnya, saving aku dah jadi -ve skrg.. hutang dng org. tp kalo payment masuk, insyaallah boleh cover semua hutang2 tu... kdng2 tu maleh nak pikior...
kalo camtu, kita x payah mkn cikedis. kita makan buah mangga muda cicah. yum2x...
aku gurau je laa..
hehe..its personal..
so jgn pikir..buat donow je..
insyaAllah Allah akan mempermudahkan hal ko..
:)
mangga muda??huh..
tak terkata nikmatnyaa..
:p
itu la yg sedang aku buat Man. aku try wat donno jer. tp aku sentiasa berdoa dipermudahkan semua urusan... :)
aku dah kena cirit da... ni penangan mangga muda cicah kicap pedas la ni... walaupun perut dah sakit, tp tekak ni x serik2 nak mkn... hehehe
Post a Comment